Tuesday, July 30, 2013

Bila la nak serik ek?

Still ada jugak yg xmkn saman budak2 zaman skang ni.... baru hilang jari, pecah tapak tangan, buta... mati je x lagi... xsayang nyawa kot dorg ni... tp dah berkurangan la dr tahun2 yg lepas... hhhmmmm.... baca dalam metro online hari ni... pasal cedera main mercun buatan sendiri... rentikan la cita2 nak jd mcGyver tu dik oiiiii.... xberbaloi tau x?

Kota Bharu: Akibat kreatif tidak bertempat, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun terpaksa menanggung azab apabila serpihan besi pelita panjut tertanam di dalam perutnya, selain terpaksa menerima lebih 15 jahitan di tangan kiri selepas usaha meletupkan mercun buatan sendiri menggunakan belerang mercun bola yang diisi ke dalam pelita panjut tidak menjadi, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 3 petang di Kampung Banggol Keterah, Tanah Merah itu, mangsa, Muhammad Arish Irfan Che Omar baru selesai menunaikan solat Jumaat bersama bapanya, Che Omar Che Mat, 42.
Menurut Che Omar, ketika dia tidur, Muhammad Arish Irfan bersama adiknya, Muhammad Azim berusia 11 tahun secara senyap-senyap bermain mercun di kawasan yang terletak lima meter dari rumahnya.

Katanya, anaknya itu menghasilkan mercun buatan sendiri dengan memasukkan belerang mercun bola ke dalam pelita panjut, namun ketika menyalakan sumbu berlaku letupan dan serpihan pelita terkena tangan kiri dan perutnya. “Saya terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi letupan kuat sebelum Muhammad Arish pulang ke rumah dalam keadaan tangan berlumuran darah.


“Saya menghantarnya ke Hospital Tanah Merah sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), semalam (kelmarin),” katanya ketika ditemui di HRPZ II, semalam.



Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II Zaid Ahmad berkata, mangsa dijangka menjalani pembedahan bagi mengeluarkan beberapa serpihan besi pelita di dalam perutnya.

“Setakat ini, Muhammad Arish adalah mangsa ketiga mercun yang dirujuk ke hospital ini. Dia dijangka menjalani pembedahan bagi mengeluarkan serpihan pelita yang meletup itu, malam ini (malam tadi),” katanya. Sehingga kini, Kelantan mencatat tiga mangsa mercun buatan sendiri dengan Ahmad Fuad Jaafar, 27, dari Kampung Salor, dekat sini, yang cedera di tangan kiri pada 13 Julai lalu menjadi mangsa pertama mercun.
Pada 24 Julai lalu pula, Muhammad Nor Hakim Mohd Nawi, 11, cedera di mata kanan dan menerima beberapa jahitan pada kiri mulut selepas cubaannya menghasilkan percikan bunga api dengan mencipta formula menggabungkan belerang, pasir dan mercun bola di dalam botol plastik meletup sebaik dinyalakan.

No comments:

Post a Comment