Saturday, February 25, 2017

Tak paham....

Cuba nak paham mak bapak zaman sekarang ni... macam dah jadi trend pulak, meletakkan 200% tanggungjawab menjaga anak2 kpd cikgu. Tak semua la maksud aku.. Ini segelintir yang aku perati selama aku kawen dengan cikgu. Silap sikit, cikgu yang kena. Tapi tak pulak nak salahkan diri-sendiri. 

Anak pegi sekolah, ada yang xde duit belanja pun. Anak tu lapar... cikgu kesian, kena belanja pulak makan. Itu kalo sorang... itu kalo sehari... Kalo berorang2 murid, & berhari2 mcm tu... ko rasa cemana? Kopak cikgu ooiii... Ko ingat gaji cikgu RM85,000 sebulan? Kalo tak nak bagi duit belanja, sediakan la bekal makanan, tak pun beli tapau nasi lemak ke apa bawak ke sekolah... susah ke?

Anak malas belajar, tido dalam class, ponteng merayap.. bila exam fail. Mak pak tak puas hati, tanya ngan cikgu... Cikgu explain, mak pak tak leh terima anak dia macam tu. Cikgu jugak yg disalahkan bukan anak. Anak samseng kat sekolah, buli budak lain, cikgu denda.. mak pak datang sekolah tanya kenapa... tak leh terima, kata cikgu fitnah anak dia.. cikgu kena saman... hahahahha... ngok sgt! No wonder anak2 zaman sekarang sangat berani.

Masukkan anak join persatuan kat sekolah, tapi uniform x beli... suruh cikgu belikan. Lepas tu? Buat x tau... Salah saiz, suruh cikgu pergi tukarkan. Lencana uniform, dah dibelikan pun, tak reti2 nak jahit. Dah bagi info kat bahagian mana nak letak, tak jugak buat... Ko mak bapak buat apa? Ala2 bagus sangat main bagi je arahan kat cikgu.. lu sapa?

Anak2 ada aktiviti di luar waktu sekolah, cikgu dah bagi surat pekeliling. BACA betul2!! Aktiviti buat kat mana, dari jam berapa habis jam berapa. Kalau takat sejam dua je, ko tunggu je la kat situ... tak yah la sibuk2 nak balik ke apa... Kalau nak balik dulu boleh tapi pastikan datang balik tepat waktu. Jangan biar anak tu menunggu, merayap ntah ke mana. Apa2 jadi kat anak2 tu, korang salahkan cikgu. Cikguuuuuuu jugak yg kena. Korang ingat cikgu ni takde life? Tak komitmen lain ke? 24/7 nak kena hadap anak2 korang? Bila call suruh datang amik anak tu, macam2 plak alasan. Terpaksa jugak cikgu hantarkan balik ke rumah. sebab tak nak apa2 jadi kat anak murid dia... ada pilihan lain, tinggalkan je kat tempat tu. Pandai2 korang la nak hidup. Itu kalau takde apa2 buruk yg jadi, fine! If not? Anak hilang tak jumpa... Ntah sapa2 datang konon mak pak suruh datang jemput, pastu tetiba hilang.... sapa nak jawab? Dah la skarang ni manusia tak boleh nak dipercayai. Pantang lepa, habiiiissss.... kirim salam je la.

Mentang2 cikgu tak banyak cakap & tak banyak bantah, senang2 nak take advantage la ye? Senangnya la hidup mak pak zaman sekarang ni... Asal tak kena je, buat report kat sekolah... wassap bertalu2 kat cikgu... komplen, komplen, komplen..... 

Aku yang bukan cikgu ni pun stress tau tak! Stress sebab kena dengar luahan sakit hati, marah, maki-hamun dari seorang cikgu... kat mana lagi dia nak luahkan kalau bukan kat rumah? Benda takde kena-mengena ngan aku kot... Kena sama pulak bantu kuar modal untuk urusan murid2... beli itu ini, bayar segala macam... Tokey balak pun boleh bankrap... 

Sekolah tu pun 1 hal... dah ada peruntukan, gunakan la.. apasal nak kena cikgu pulak keluarkan duit sendiri? Itu kalau cikgu tu ada duit... kalau takde? Spouse jugak yang jadi mangsa! Dah la sesama cikgu 1 sekolah pun tak boleh nak bagi kerjasama.. masing2 pentingkan diri-sendiri... lepas tangan gitu je... Bila kantoi, tau plak marah. Mula tuding jari kiri kanan atas bawah. tak nak ngaku salah... hadooiiii!!!

Mak bapak aku dulu pun cikgu... cikgu & cikgu besar pencen... tak pulak aku tengok dorang susah payah macam ni. Paling2 pun, bawak buku budak balik umah utk tanda... Aku pun pernah gak tolong tanda paper exam budak2. Aktiviti kelas ke aktiviti sekolah ke, semua budak2 yang urus sendiri, cikgu cuma bagi arahan je. Elok je menjadinya. Takde masalah pun. Mak Pak dulu2 takde komplen pun. Takde banyak songeh pun...
oohh mmmyyyyy... i am so stressful!! 

Aku nak bercerita dengan husband sendiri pun dah terbantut. Nak jugak la cerita seharian kat tempat keja, pasal kawan2... memang tak dapek la kalo dah macam ni gayanya. Aku pulak yang terpaksa tadah telinga dengar cerita dia, masalah dia, stress dia... lepas tu, aku pun sama stress!!

Ye... aku tengah marah sangat skang ni!!

Allahuakbar...

No comments:

Post a Comment