Friday, August 22, 2014

APLIKASI DI DALAM SMARTPHONE

Zaman serba canggih, semuanya dihujung jari segala. Sehinggakan tiada ruang privasi untuk seseorang itu lagi.

Korang perasan tak? Sesetengah aplikasi yang kita download kat smartphone boleh amik segala data di dalam smartphone kita tanpa izin kita... tanpa sukarela... tanpa paksarela...

Sebabnya... bila kita download sesuatu aplikasi, jarang sekali kita baca terms & condition yang diberi. Kita terus je klik... OK. CONFIRM. PROCEED. etc... kan? Kan?

Makanya, kenalah ubah attitude kita selama ni kot... jgn simpan gambar2 peribadi yang terlampau... video peribadi ke... naya je kalo kena cilok... kot ada la kat smartphone korang kan... hhmmmm... cemana tu? Kat phone aku memang takde la... hehe...

Aku dah uninstall aplikasi facebook messenger, tapinya cemana nak pm inbox orang lain ikut facebook tu sendiri? Ada sapa-sapa tau?

Ada beberapa lagi aplikasi yang macam ni antaranya Crome. Screenshot aku amik tu dari facebook dan crome. Skang ni tengah pikir cemana nak buat. Sama ada transfer segala aplikasi guna nombor fon 1 lagi (nombor untuk bisnes saja) atau aku guna balik fon zaman tok kaduk yang xde fungsi macam smartfon... huhuhu...

Monday, June 16, 2014

Hhhmmm... MMG APTB LAH!!!

What else can i say?

Ari tu boleh lg nak post blog, cuma tak boleh nak view je... tapi skang nak posting pun tak boleh dah...

Watdehel...???

Alahai IT department oiiii... facebook tu korang tak nak block plak ke? Baik blocked yang tu je drpd blocked blog2 sumer ni... adooyyaaiii... goblock betul lah korang... sama mcm yg tukang bagi arahan tu jugak...!!!

TAT NENAS MAMA LAGIIIIII....

Meh order meh... ahkak baru amik stok ni. Tat Nenas Mama yg terhangat dipasaran. Kalo nak, meh cecepat wassap ahkak ye... Kalo jauh xpe, kita boleh pos tapi kena caj postage la ye... InsyaAllah akan sampai dgn selamatnya.

Wednesday, June 11, 2014

Cuti-Cuti ke Kota Kinabalu, Sabah (Part 1)

Cuti sekolah adalah hari pergi bercuti2 bagi cikgu2 & murid2 sekolah terutamanya... kan? Jadinya, sapa isteri atau suami yang bekerja sebagai cikgu tu, siap2 la standby cuti ye... mcm aku... hehehehe... Tetiba, cuti kali ni Inchik Hubby ajak ke Sabah plak. Nak g jalan ke Kota Kinabalu katanya. Kebetulan plak pakcik dia ada kat sana, jadi arrangement tempat tinggal, transport & aktiviti, Inchik Hubby yang uruskan. Aku cuma booking flight tiket & bungkus kain baju je.

Kitorang pegi 4 hari 3 malam, bertolak hari khamis 5hb June (flight malam) sampai Kota Kinabalu dalam 12am gitu. Balik hari ahad 8 June (flight petang kol 6.30pm) sampai KLIA2 dlm kol 9pm. Kereta memang parking je KLIA2 tu je & chargesnya sungguh maveles skali... huhuhuhu... nanti aku cuba letak linknya nanti ye.

Day 0 - Khamis 5 June 2014

Lepas balik je keje, Inchik Hubby amik aku balik rumah dulu. Mandi2, siap2 terus gerak ke KLIA2. Nasib baik jalan x jem. Sampai airport kol 7 lebih gitu. Check in segala bagasi & equipment memancing Inchik Hubby, nak gak bawak tu, sbb katanya nanti nak mancing Kat Kota Kinabalu. Iyo lah... den layankan ajo. huhu... Gambar tak plak amik... hehehe...

Sampai di Airport Kota Kinabalu, dah jam 12am.. tunggu nak amik bagasi lg dah setengah jam. Pakcik Inchik Hubby dah tunggu dah kat luar. Pakcik dia ni pun baru je pindah ke sana, dalam 3-4 bulan gitu kot. Jadinya, tu yang dia ajak je kitorang stay kat rumah dia selama kitorang kat bercuti tu. Walaupun kitorang dah plan, mungkin bermalam 1-2 malam je, hari lain nak g jalan2 sendiri2... tapi impian tak tercapai... huhuhu...

Dah sampai umah pakcik Inchik Hubby, borak jap lebih kurang, masuk bilik terus masing2 pengsan. Rasa macam baru je terlelap, sedar2 dah pagi subuh. Sini cepat je siangnya. kol 6am dah cerah dah.

Day 1 - Jumaat 6 June 2014

Hari ni Pakcik Inchik Hubby kerja, ye lah hari Jumaat kan. Inchik Hubby nak ke Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, untuk dapatkan informasi pasal keje dia lah.. Tapi aku sangat xpaham dengan kedudukan setiap jabatan kat dalam bangunan tu. Lain2 tempat sumernya... haiyyooo... dah la tu, jauh2.. kena naik bas atau teksi. Aku hangen dah ni... dah rupa mcm ceti nak kejar org mintak hutang :P 

Kat Sabah panggil Bas Mini
Tanyalah kat org2 situ, cemana nak ke tempat yang dituju. Dorang kata, "naik saja bas mini bha, mao naik taksi pun buleh, tapi caj mahal.. tapi kalo mao jalan kaki lagi bagus, buleh nampak macam2..." (aku ingatkan dekat... so ok lah).. Kitorang pun turun dari pejabat tu, lintas jalan, sekali berhenti sebiji van (mcm van skolah).. abg driver van tu tanya nak ke mana... rupanya itu dia bas mini Sabah... hahaha... tambangnya seringgit sorang. Tapi sedia maklum je lah kan, keadaan dalam van cemana :P

Ok, dah selesai hal Inchik Hubby. Kitorng ke pasar filipin pulak. Sepupu aku dah tunggu sana. Aku pun ada gak sepupu kat Sabah, keje kat UMS. Naik lagi van bas mini ke pasar tapi aku xbtau nak ke pasar filipin, makanya bas mini tu berhenti la kat pasar jugak, tp pasar lain yang agak jauh jugak la dari pasar filipin. My bad... ko jawab... menapak kekdahnya... masa tu baru kol 9am, tapi aku rasa mcm dah tengari. Dah nak dekat sampai ke pasar filipin, aku nampak Starbucks. Terus serbu masuk dalam... nak minum air... tak tahan sudah... huhuhu... Sambil2 tu aku dok berwassap2 dgn sepupu aku, nak jumpa kat mana. Lepas lepak2 jap, hilangkan lelah kepanasan yg membahang (ewaahhh)... kitorang gerak ke Le Meridien Hotel, sebelah starbucks tu je pun. Sepupu aku tunggu sana. Masa tgh nak lintas jalan, ada sorang makcik tgh syahdu menyanyi... penuh perasan gitu.. & kuat sepenuh hati... hehehe... Inchik Hubby siap bagi duit, sedekah katanya.. ntah org tu waras ke tak gaknya, main bagi je... huhuhu


Takat jalan2 beli brooch 3-4 biji untuk sendiri & Inchik Hubby belikan untuk cikgu2 skolah dia. Aku dah takde mood nak shopping pasal plan hari pertama dah mcm apa je... Brooch pearl memang melambak2 la kan, tapi xde la dapat murah mana pun. Jenuh la mintak kurang... takat singgit - dua je kurangnya... hhmmm.. Kalo aku bwk duit byk takpe gak nak memborong. Kang aku soping sakan kat sini, balik KL menganga, duit banjer dah habis... naya je kang :P

Ole2 dah beli, pegi ke pasar sebelah plak, beli ikan bilis. Ikan bilis mata biru org kata, RM30 sekilo, kalo xsilap aku la... Beli tu, beli ni... terus g umah sepupu aku plak kat Kolombong. Inchik Hubby boleh plak buat lawak... "datang dari Kolompo nak pegi ke Kolombong... terus ko laut, ko darat" deeeyyy... wat lawak bahaso minang yo... huhuhuhu... lepak la kat sana sampai petang. Sempat la makan tengari & semayang jumaat yang lelaki2nya.. aku? Bantai tido sampai dorang balik solat... hehehe... ngantuk sgt, x cukup tido... Makcik aku pun kebetulan ada kat sana, dah seminggu, meneman cucunya balik ke Sabah dari MCKK.

Dah petang, jumpa plak dengan kawan universiti Inchik Hubby, sambil2 tunggu pakcik dia datang jemput kitorang kat Wawasan Plaza. Borak geng2 pendidik ni, aku x campur sgt... Pastu terus g cari makan malam, seberang Wawasan Plaza tu.

Ikan dah x berapa fresh.. hhmmm
Terbantut lagi plan asal, sebab ingat nak g makan seafood yang fresh kat sana. Dah dibawak makan kat sini, kitorang telan je lah daripada kebulur tengah malam kang... huhu

ikan jelawat 3 rasa, sotong goreng tepung & baby kailan

Cantik kan... 
Serius, masa ni aku dah x larat sangat. Kepenatan & mengantuk. Mungkin sebab siang tu berjalan kaki jauh & berpanas. Pakcik Inchik Hubby ni pulak layan borak macam2.... hhhmmmm... 

End of Day 1.

Mission: Exhausted. Target 0 achieved. Frustrated.

Sambung Day 2 pulak.

Wordless Wednesday


APTB!!! Start from now on... no blogwalking... keje.... keje... keje...