Wallahualam... aku baru terbaca psl ni kat
sinar online jap td... aku pun mkn gak kolagen seaweed ni, tp skip2 la... beli ari tu (dah 2 bln lepas kot) yg dah siap proses (masak).. ada lg 1/2 bekas dlm fridge... biasa a kan, mula2 je rajin mkn, pastu bila dah terrrrskip skali, makanya.. terus2 la terrrskip berkali2.... hehehe...
Saja nak share dgn kwn2... baca je la ek, wpun pjg berjela... sharing is caring... kan... kan... :D
Setakat ini tiada sebarang kajian sains menunjukkan rumpai laut mengandungi kolagen.
Sebatian omega-3 menyumbang sifat antioksidan yang membantu mencegah stres oksidatif terhadap kolagen.
Sebahagian iklan dan label bungkusan produk berasaskan rumpai laut
Sabah tertera istilah-istilah yang menarik seperti ‘marin kolagen’, ‘ibu
kolagen’ atau ‘kolagen mentah’. Adakah benar rumpai laut Sabah
mengandungi kolagen?
Jawapannya ialah rumpai laut tidak mengandungi kolagen. Setakat ini
tiada sebarang kajian sains yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal
terkemuka menunjukkan rumpai laut dari mana pun asalnya didapati
mengandungi kolagen.
Kolagen hanya terdapat dalam tubuh haiwan iaitu meliputi semua haiwan
bertulang belakang dan haiwan tidak bertulang belakang. Ia tidak wujud
dalam tumbuh-tumbuhan. Kajian-kajian terhadap komposisi rumpai laut
hanya menemui protein. Kolagen adalah sejenis protein.
Protein yang memiliki sifat-sifat kimia dan fizikal yang menepati sifat
kolagen barulah boleh dipanggil sebagai kolagen. Jadi, menyatakan
sesuatu jenis rumpai laut mengandungi kolagen semata-mata kerana
terdapat protein di dalamnya adalah tindakan yang tidak bijak.
Istilah kolagen menarik perhatian orang ramai kerana mereka mengetahui
bahawa kolagen merupakan sejenis protein yang amat penting kepada tubuh.
Lebih kurang tiga puluh peratus dari keseluruhan protein dalam tubuh
manusia adalah terdiri dari kolagen.
Bahan penting
Ia merupakan protein berstruktur terdiri dari kabel-kabel terbina dari
molekul yang menguatkan tendon serta lapisan-lapisan elastik yang
menyokong kulit dan organorgan dalaman. Tulang dan gigi dibina dengan
menambah kristal-kristal mineral kepada kolagen.
Jadi, secara umumnya kolagen merupakan sejenis protein yang
bertanggungjawab menyumbang struktur kepada tubuh selain menjaga dan
menyokong tisu-tisu lembut serta melekatkannya pada tulang. Peningkatan
usia ialah faktor pembinaan kolagen semakin berkurangan dari segi paras
dan kualiti.
Kadar pembinaan kolagen berkurangan pada purata 1.5 peratus setiap
tahun bermula pada umur 25-30. Apabila mencapai umur 45, jumlah paras
kolagen berkurangan sebanyak 30 peratus. Kekurangan berterusan ini
memberi kesan kepada tisu, tulang, kesihatan kulit dan kuku.
Kolagen dibina dari asid-asid amino. Setelah rantai kolagen dibina, ia
memerlukan vitamin C untuk mengubahsuai proline kepada hydroxyproline
iaitu molekul yang penting untuk kestabilan kolagen. Vitamin C
diperlukan bagi membantu penambahan oksigen.
Kekurangan vitamin C akan mengurangkan pembinaan hydroxyproline dan
memberhentikan pembinaan kolagen baru. 100 gram rumpai laut iaitu
bekalan sebulan yang biasa diambil oleh kaum wanita hanya mengandungi
lebih kurang 35 miligram vitamin C.
Pengambilan 1 miligram lebih vitamin C setiap hari ini dipercayai tidak
mencukupi untuk membina hydroxproline. Kekurangan vitamin C akan
menyebabkan struktur kolagen tidak kukuh dan membentuk sariawan. Menurut
perspektif perubatan moden sariawan ialah sejenis penyakit dengan
simptom-simptom termasuk gusi berdarah, kulit/bibir merekah (dan
berdarah) serta lesu
melampau.
Doktor tidak memberitahu anda (kerana mereka tidak tahu) bahawa
sariawan sebenarnya berlaku pada seluruh tubuh termasuk arteri jantung,
arteri karotid dan arteri (dan arteriol) dalam otak! Ketidakkukuhan
kolagen dan kerosakan sel kulit akan bermanifestasi dalam bentuk kulit
berkedut.
Sebab itulah sebahagian pengeluar produk kecantikan menggabungkan
kolagen dengan vitamin C. Oleh sebab kolagen juga berfungsi sebagai gam
kepada sel-sel endotelia arteri maka produk berasaskan kolagen bukan
sahaja dibeli oleh kaum wanita malah oleh kaum lelaki.
Produk-produk yang didakwa berasaskan kolagen memang benar-benar
mengandungi kolagen. Yang peliknya hari ini ialah apabila sebahagian
pengeluar dan pengiklan berani mendakwa rumpai laut atau produk
berasaskan rumpai laut yang mereka peragakan mengandungi kolagen!
Ramai wanita yang bersungguh-sungguh mengamalkan pengambilan gel rumpai
laut semata-mata kerana percaya ia mengandungi kolagen. Pengambilan
pada dos yang sesuai dan secara berterusan memang didapati menghasilkan
kesan positif terutama pada kesihatan kulit. Jika tidak terdapat kolagen
adakah kandungan protein dalam rumpai laut membantu mencantikkan kulit
dan membantu proses awet muda?
Jawapannya ialah paras protein yang amat rendah dalam pengambilan
harian gel rumpai laut dipercayai tidak memenuhi keperluan asas tubuh
untuk membina dan memulihara pelbagai jenis protein.
Berdasarkan kandungan tertinggi protein yang terdapat dalam rumpai laut
Sabah seperti yang didapati dari hasil kajian para penyelidik
Universiti Putra Malaysia (Synthesis, 11 Jun 2011) iaitu 10.4 peratus
(pada Caulerpa lentillifera, rumpai laut hijau) maka penulis andaikan
hanya 11 gram terdapat dalam sediaan gel untuk dimakan selama sebulan
(berdasarkan 100 gram rumpai laut kering).
Maksudnya, hanya 0.367 gram protein yang diambil melalui gel rumpai
laut setiap hari! Jumlah pengambilan harian protein yang dicadangkan
oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat ialah antara 0.8 - 1.1 gram
(bergantung kepada umru dan keadaan) bagi seiap kilogram berat tubuh
seseorang. Maksudnya, seseorang yang memiliki berat 60 kilogram maka
mereka perlu ambil antara 48 - 66 gram makanan berprotein setiap hari!
Pelbagai produk protein
Dalam usus kecil setiap jenis protein termasuk kolagen dan gelatin yang
sebelumnya diurai kepada peptide dalam perut akan diurai kepada
asid-asid amino yang ringkas. Tubuh akan menentukan jenis protein yang
akan dibina menurut keperluan. Pelbagai kajian mendapati suplemen
kolagen membantu membina kolagen baru.
Melalui ekspresi gen, asid-asid amino akan digabungkan bagi membentuk
jenis protein yang diperlukan contohnya antara lain untuk dijadikan
enzim, protein penanda sel (terletak pada sel bagi memudahkan saintis
mengenal pasti sesuatu jenis sel) pintu laluan mineral (terletak pada
membran sel) dan kolagen.
Jadi, oleh sebab paras protein dari pengambilan harian rumpai laut
tidak mencukupi maka sebahagian besar protein perlu diambil dari
sumber-sumber makanan lain. Proses awet muda dan mencantikkan kulit
dipercayai berpunca dari kombinasi beberapa aktiviti biologi pelbagai
fitokimia rumpai laut. Sifat detoksifikasi rumpai laut adalah kerana
kandungan polifenol, zink dan magnesium serta beberapa jenis vitamin.
Sebatian-sebatian polifenol, vitamin C, alfatocopherol, omega-3,
pelbagai karotenoid, zink dan selenium menyumbang sifat antioksidan.
Bahan-bahan antioksidan membantu mencegah berlakunya stres oksidatif
(berpunca dari serangan radikal bebas) terhadap kolagen, pelbagai jenis
enzim dan komponen sel.
Magnesium membantu mengawal hormon termasuk keseimbangan
estrogen-progesterone. Zink dan magnesium yang dibantu oleh folat serta
fitokimiafitokimia antisoksidan membantu ekspresi gen.
Selenium dan iodin bertanggungjawab membina hormon tiroksin yang
berfungsi mengawal metabolisme. Fiber pula membantu proses pencernaan
berjalan dengan lancar. Pengambilan suplemen vitamin C dos tinggi antara
2,000-3,000 gram sehari bersama jus buah-buahan kaya bioflavonoids
dipercayai membantu aktiviti-aktiviti biologi rumpai laut secara lebih
sempurna.