Showing posts with label shaklee. Show all posts
Showing posts with label shaklee. Show all posts

Thursday, November 10, 2016

Gastrik La Pulak... Peppermint Ginger Plus, Alfalfa Complex & ESP Shaklee to the rescue...!!

Mami aku ni lepas keluar dari hospital... macam-macam allergy dengan ubat hospital. Dah kena gastrik la pulak. Tak tau la ubat mana pulak yang tak serasi dengan dia. Dia tanya aku, apa supplement untuk gastrik. Disebabkan aku dah lama tinggalkan Shaklee ni, semuanya hilang dari kotak kepala aku yang cenonet ni.... apa lagi tanya la kat pakcik Google aku tu ha... sekali dia tunjuk kat aku gambar bawah ni..

Ok... Alfalfa Complex dah ada. Kena gi beli Peppermint Ginger Plus & ESP.







Seminggu lepas tu Mami aku kata, gastrik dia dah ok. Senang dah hati dia, takde pedih-pedih perut, ulu hati bagai dah...

Aku dulu suka jugak ESP ni. Nak sedap lagi korang boleh blend kurma, fresh milk & esp. Minum sebelum sarapan. Sodaaaaappppp!!!! Kulit pun cantik k... Nak kena start balik la pasni... hahahha

Harga semua dalam set ni? Jap aku check balik ek... eeekkkk...

Alfalfa Complex (S/330 biji) RM56.98 / (L/700 biji) RM103.35
Peppermint Ginger Plus (90 biji) RM47.70
ESP (850gm) RM159.00

Cara pengambilan ada diterangkan kat botol tu. So, kalau nak cuba boleh la beli di cawangan Shaklee yang terdekat atau kadang-kadang ada jugak farmasi yang jual produk Shaklee ni. TAPI... cuma ahli sahaja yang boleh beli ye. So, kalo korang nak beli melalui aku pun boleh atau kalau nak beli sendiri pun boleh DENGAN syarat korang mendaftar dulu jadi ahli kat mana-mana cawangan Shaklee & gunakan ID aku sebagai sponsor. Ni ID Shaklee aku 999398. Kalau tak silap aku la daftar ahli cuma RM69.00 (seumur hidup).

Kalau jadi ahli tu dapat la murah sket harganya. Harga retail dah termasuk gst & tak termasuk postage.

Wednesday, November 9, 2016

Omega Guard Shaklee

Dah lama ku tinggalkan dunia Shaklee ni... Cuma tiap-tiap bulan belikan untuk mami aku Alfalfa Complex Shaklee je, yang itu memang dia tak boleh putus makan. Pernah dekat sebulan dah habis, tak dibagitau vitamin dia dah habis & tak disuruh pun belikan. Asik la mengadu badan tak sedap, lemah, kepala pening, sembelit... pelik gak. Klinik dah berulang kali pegi, ubat doktor dah macam-macam makan... Satu hari tu, baru mami aku kata... dia start jadi macam tu lepas Alfalfa Complex dia habis. Haiyoooo... bikin saspen der...

Esoknya tu terus aku pergi Shaklee, belikan 2 botol yang besar terus.. hahaha... memang makan 3-4 bulan tak habis la kalo sebotol tu sebab sebotol yang besar ada 700 biji. So, yang sebotol lagi tu, bagi daddy aku makan... Semalam tanya ada banyak lagi tak balance Alfalfa tu, mami aku kata ada suku botol lagi... rasanya aku beli ari tu masa bulan 2 kot... ha koooo... dekat setahun tahan. hehehehe...


K, itu cerita Alfalfa Complex. Ni aku nak citer pasal Omega Guard Shaklee. Selain Alfalfa Complex, mami aku tak pernah try supplemen Shaklee yang lain. Tak tertelan banyak-banyak katanya. 

Mami aku start consume Omega Guard Shaklee ni lepas dia keluar dari hospital baru-baru ni. Puncanya, dia tak boleh makan ubat hospital yang doktor bagi. Allergy katanya, badan jadi gatal-gatal, kulit kering, panas & dia jadi lagi lemah. Aku pulak memang langsung tak teringat pasal supplement ni... lagipun aku dah malas nak propose makan itu ini kat mami aku.. takkan dia naknya... tapi ni dah dia sendiri yang mintak, baru aku belikanlah.

Sebabnya dia nak Omega Guard Shaklee ni, ialah untuk kesihatan jantung dia. Lepas baca buku supplement Shaklee aku bagi dulu, baru dia nak cuba. So, ini botol yang kedua dia consume. Maknanya, dia boleh terima & sesuai untuk dia. Dan yang paling penting, ubat jantung & kolesterol yang doktor hospital bagi dia langsung tak makan dah. Ok je. Makin segar badan, takde rasa jantung berdegup laju & tak menyesak dada.


OmegaGuard helps reduce the risk of heart disease by providing a full spectrum of seven ultra-pure, pharmaceutical-grade omega-3 essential fatty acids, naturally found in small, cold-water fish. Small size for easier swallowing.
  • Helps maintain a healthy heart and cardiovascular system‡
  • Helps retain healthy triglyceride levels‡
The fish oil found in OmegaGuard® comes certified by Friend of the Sea®, an international conservation organization that follows strict criteria for sustainability. Friend of the Sea tracks fish populations and works with fishermen to set catch limits and avoid harvesting during spawning seasons. Their efforts help ensure a constant supply of high-quality fish oil for Shaklee products without harming the environment.
‡ Supportive but not conclusive research shows that consumption of EPA and DHA fatty acids may reduce the risk of heart disease. See nutrition information for total fat and saturated fat content.


Sedia maklumlahkan, Omega 3 memang bagus untuk kesihatan jantung, mata & otak. Jadinya, ia sesuai untuk semua peringkat umur kecuali baby. Baby kecik lagi, nak bg cemana kan? hehehe... unless keluar minyak ikan tu, titik sket dalam susu... mungkin boleh.. MUNGKIN...


Nak kurus pun boleh consume Omega Guard Shaklee. Cer tengok gambar kat atas ni....


testimoni anak menghidap asma & selepas consume Omega Guard Shaklee
Sebotol ada 90 kapsul. Cara pengambilan ada diterangkan kat botol tu. So, kalau nak cuba boleh la beli di cawangan Shaklee yang terdekat atau kadang-kadang ada jugak farmasi yang jual produk Shaklee ni. TAPI... cuma ahli sahaja yang boleh beli ye. So, kalo korang nak beli melalui aku pun boleh atau kalau nak beli sendiri pun boleh DENGAN syarat korang mendaftar dulu jadi ahli kat mana-mana cawangan Shaklee & gunakan ID aku sebagai sponsor. Ni ID Shaklee aku 999398. Kalau tak silap aku la daftar ahli cuma RM69.00 (seumur hidup).

Kalau jadi ahli tu dapat la murah sket harganya. Harga retail ialah RM144.16 sebotol (termasuk gst & tak termasuk postage).


Tuesday, April 1, 2014

Sihat Cara Aku....

Sebelum kawen : Penyakit yg selalu & kerap kali datang menyerang 
1) migraine 
2) resdung 
3) sakit belakang
 4) Senggugut tiap2 bulan

Ubat yg mesti ada dlm beg & kat rumah : 
1) Pain Killer (panadol biasa dah tak jalan) 
2) Minyak angin 
3) Yoko-yoko/koyok (yg jenis panas menyengit punya)
4) Panadol Menstrual (Inchik Hubby panggil Panadol PINK :p)

Selepas kawen : 
1) Migraine ~ dah segan2 nak singgah. 
2) Resdung ~ merajuk/hilang terus 
3) Sakit belakang ~ terus terlupa tulang belakang bengkok :D
4) Senggugut ~ Cuma rasa lenguh2 kat sendi2 seminggu sebelum period. Bila dah tiba harinya, still cergas macam biasa walaupun pengeluaran di hari pertama agak heavy. 

Macam mana boleh jauh berbeza? Aku ingatkan sebab hormon lepas kawen punyer hal.. eheemmm... ahaakkss... pun salah satu penyumbang jugak kan? Tapi penyumbang2 yg lain ialah sebab aku mula amalkan pengambilan supplement. (pesal skema sgt ayat aku neh.... ish).. tapi betul la, tak tipu... xbaik tipu, dosa.. kan... kan... aaaaa... :D

Jujur la aku citer ni, sebelum kawen aku mmg tak berapa nak rajin & percaya kat supplement2 ni bagai... pada aku yg penting cukup setakat jaga pemakanan & exercise... supplement ni sumer bazir duit je. Tapi serius aku nyesal giler ada pemikiran gitu. Kalo aku tau la kan... duluuuuuuuuuuuuuuuuuuuu lagi aku dah amik supplement. Takde la aku sakit itu ini... Sket2 g klinik.. Mungkin jugak boleh bantu 'kakak' aku sembuhkan cancer ovari dia (al-fatihah)... Tapi dah terlambat. Sekarang ni, aku dah cuba & mmg serasi dengan aku & aku nak share dengan korang jugak... takde paksaan disini tapi korang pikir2kan la... Aku dah citer pasal Shaklee ari tu kan.. ni aku nak citer lg...

Baru berapa bulan aku amik supplement Shaklee ni... Penyakit rutin aku sumer xde dah... best wooo... 

Supplement apa yg aku amik untuk penyakit2 aku tadi tu... 

Untuk Migraine : Ostematrix & B Complex
Untuk Senggugut : GLA Complex, Ostematrix & B Complex
Untuk Sakit belakang/tulang : Ostematrix, Omega Guard & Advanced Joint Health Tablet
Untuk Resdung : B Complex, Vitamin C & Alfalfa





Nampak mcm byk je kan... tp perasan x, supplement2 tu byk yg berulang kali aku sebut eh taip... haaa... kan... tu lah.... :p Ok lah, aku bab exercise agak kureng byk... tp turun naik tangga tiap2 ari tu pun kira exercise gak kot ek... hehehe... So, sejak hari pertama aku jatuh cinta dgn Shaklee... aku tak kira dah.. asal habis je, aku top up... untuk mkn sorang boleh sebotol tu tahan 2-3 bln tengok pada kuantiti kandungan tablet tu la kan.. kalo share haruslah cepat habis. Skang ni, aku mesti beli 2 set.. (yg mana kena mkn waktu pagi & tengari je) 1 set letak kat opis, 1 set letak kat umah... xyah tiap2 hari nak berangkut pegi balik... 

Dan 1 lg yg aku amik tiap2 pagi sebelum g keje ialah... ESP & minuman lepas lunch aku ialah Performance Drink. Kenapa? Sbb ESP elok utk kulit ko Senah... gebus jadinya.. ni aku nak beli petang kang, stok kat umah dah tgl untuk esok je lagi... selain untuk kulit, elok untuk elak ko kelemauan kat opis pagi2... hehe... Performance Drink plak aku amik pas lunch dlm kol 2 - 3pm gitu... elok mata nak lelap pekena Performance Drink, terus cerah bijik mata ko sampai ke malam... tp time tido, ko tido la kan... :p

Dan kalo nak tau... kombinasi ESP + Vitamic C = superb untuk kulit yg lebih cantik & mulus... jerawat pun segan2 je nak singgah... best x.. best x... :D

Tinggal lak 1 lagi... VIVIX... sejak amik Vivix tidur mlm ku selalu lena.. rasa beeesssttttt je tido...gituuu... Vivix ni sebenarnya dalam keluarga Shaklee dipanggil Magic Potion pasai Vivix membantu penambahbaikan sel2 tubuh secara menyeluruh gitu... itu ikut pemahaman aku la kan... sapa2 yg penagih rokok ketegaq tu kalo nak benti merokok cuba amik Vivix ni... try test cuba la... x rugi apa pun..

ooo ye a... vivix pun dah habis... kena top up jugak.. hehehe... 


Lain2 keajaiban supplement ni korang boleh tengok kat blog lg 1 : Kita Dan Vitamin atau fb page Kita Dan Vitamin.

Ada sapa2 nak try Shaklee... ?? 

Wednesday, January 22, 2014

MLM - Multi Level Marketing

Sebelum ni kan, aku memang pantang betul kalo dengar pasal MLM ni. Bukannya apa, aku pantang btl bila org sibuk dok promot mcm2 jenis bisnes. Lepas 1, 1 lah... Aku plak jenis xsuka nak kuar jumpa org, dok borak ngan org xkenal pastu nak kena ada target sale la bagai... adoi laa.... serius mmg aku fail. Sebab aku tau aku bukan jenis org yg boleh buat marketing... & mmg aku xsuka marketing line... hahaha

Bukan takde kawan2 yg ajak join bisnes... ada... banyak... tapi aku yg x minat. TAPI... tapi... skang ni aku dah terjebak dengan SHAKLEE. Nak salahkan sapa skang ni? Sapa? :p

TAPI... haaa... tapi lagi... TAPI aku x menyesal. heheh... betul, aku x nyesal... sebab per tau, sebab dapat menyihatkan tubuh badan sambil menjana pendapatan sambil berkongsi dengan keluarga & org ramai sambil2 dapat merubah masa depan & hidup sambil menukar persepsi tentang MLM. ha kan... byk sambil aku :D Aku seronok sangat dengan group Shaklee yg aku join skang ni & terima kasih sgt2 kat nuyun, sebab dialah yg mengheret aku ke kancah dunia Shaklee ni... (Bunyi semacam la plak... haha) Dalam group aku Nuyun berpangkat Mak aku... so apa2 refer pada dia, bila down xde sale pun refer pada dia, nak ngadu pun pada dia gak... tapi ada masa boleh tahan gak tegas... :P Tapi tu la, untuk kebaikan anak2 buah untuk berjaya jugak. Dalam Shaklee, xde istilah siapa Leader dia dapat lebih... semua kena kerjasama dari atasan sampai la kebawahan... sebab nanti yg dapat nama group masing2 jugak. Dan tak mustahil, kalau dapat anak2 buah yg rajin usaha, dia boleh cantas orang atas... rajin keje, dapatlah imbuhan masing2.. Kalo malas, melangut la kome, nengok org lain dapat bonus tiap2 bulan... :p Alhamdulillah, aku merasa jugak bonus setiap bulan bermula dari bulan pertama aku join pada bulan 9 sampai bulan 12 last year. Takde la byk mana, tapi Alhamdulillah... sbb biasanya tiba dah hujung2 bln, mesti stress tgk duit dah mcm nak x nak je ada kan.. tp skang xde la sgt mcm tu lagi.. still bole senyum, xde kerut2 dahi lagi dah :D

Macam mana aku boleh terjebak? Mulanya sebab aku belikan Vivix Shaklee untuk daddy aku daripada Nuyun. Dari situ dia ajak terus join jadi member. Sebab dia kata kalo jadi member boleh dapat beli brg dengan harga ahli yg jauh lebih murah daripada harga market. Pastu dpt free membership la plak, whole life lagi... sapa xnak kan? Aku pun terus... ok Yun, register lah :D Maka dengan itu, secara rasminya aku skarang adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR : ID no 999398.


So, pasni sapa2 nak order supplement... btau aku k... aku bg special price yg bukan harga market, cuma mungkin kena caj kat postage je la... Kalo korang nak join aku jadi member pun boleh gak, takde hal... aku dengan besar hati rela menerima & memberi tunjuk ajar, takde selindung2 punya.... Feel free to blogwalk to my Shaklee BlogSpot : kitadanvitamin.blogspot.com. Satu lg yg best tentang group2 Shaklee yg aku mula kenal... masing2 lebih menekankan sifat2 yg sgt tulus... lebih kepada islamik... Kebanyakan para leader selalu remind anak2 buah untuk lebih beribadah walau sesibuk mana sekalipun. Jangan lupa Solat Dhuha, jangan lupa Istighfar kalo kesulitan, jangan pentingkan diri sendiri... dorang sentiasa memantau dengan beri motivasi & galakan... aku rasa mcm dok kat asrama pun ye gak... haha... Tapi 1 kepantangan Mak2 Leader... jgn anak buah kata dah putus asa... sbb nampak sgt ko x kuat semangat nak capai cita2 sendiri kan?

Baru2 ni, aku ikut Nuyun ke Master Coordinator Celebration, Master Hafsah Mardhiah. Muda lg tu, baru 29thn tak silap aku... tp pendapatan dah cecah 6 angka setahun. Berbintang2 jap mata aku bila tgk figure tu kat slide screen dewan. Korang x terliur ke? Aduhaaaiiii... aku mula berangan, kalau la aku boleh dapat mcm tu jugak... Tapi mmg boleh pun, kena la usaha & jgn mengelat...

Huh, dah citer bisnes la plak.... hahaha...


Thursday, January 16, 2014

Takde lagi Nescafe untuk minum pagi :)

Selamat pagi kengkawans & Assalamualaikum..


Akhirnya aku berjaya jugak mengurangkan ketagihan candu nescafe.... yeeaaayyy... Sebab per tau? Sebab skang aku dah amik minuman kesihatan Shaklee (cewwaahhh... pagi2 dah pomot :p)... iaitu ESP + Mealshake + Performance Drink pastu korang shake pulak dengan fresh milk... peeehhhh, wa ckp lu.... lazat seeyyy... mcm pagi2 minum vanilla shake perisa oren... haaaa...



Mighty 3Gem & RedBean Bun

Nampak tu... dah tinggal setengah bekas baru teringat nak amik gambor... hehe.... Sbb makcik roti lambat btau roti da sampai... Aku dengan lahapnya belasah shake tu dulu... :P

Nampak gayanya, susu pekat 2 tin & nescafe kat umah aku tu, kena sedekah kat umah mami aku la... sbb inchik hubby dah xleh minum minuman yg berkafein... sakit pala katanya.. padahal dia dulu peminat tegar kopi o kaw takde gula...cemana la rasanya ek.. pahit gilsss la kot... ish :P

Aku sebelum ni cuma consume ESP je, sebelum terjebak dgn Mealshake & Performance Drink. Tujuan aku supaya aku cergas & segar sepanjang hari kat opis. Dan... mmg sgt berkesan...xde dah kelemauan melanda mcm selalu.. walaupun pagi tu minum nescafe mcm biasa... Kalo selalu kol 11 - 12 gitu dah mula berkeroncong perut... skang da xde... kalo pas lunch plak, mesti ngantuk... skang xde dah... yeeaahhhaaaa....

Shake ni kan, kalo korang amik masa bulan puasa nanti, mmg elok sesgt tau... cubalah kalo x caya... sedap pun sedap... mahal sket pun xpe lah asalkan hasilnya memuaskan.... Kalo aku mmg gitu, biar mahal asal bagus & berbaloi.... jgn nak murah je tp expect result mantop... xde maknanya... hehehe

Klik sini kalo nak tau apa itu Mighty 3Gem & kebaikannya...

k, aku nak sambung sarapan.. bos da sampai opis... ahakssss


Friday, November 1, 2013

"PROMO NOVEMBER-VIVIX (Amazing product)

♡ Buy 6 FREE 1 anda dapat FREE MEMBERSHIP+CASH BONUS bulan hadapan+FREE SEBOTOL
♡ Beli 1 botol sahaja pun tetap dapat harga PROMO
♡ Beli 2 botol dgn harga AHLI anda dapat FREE MEMBERSHIP+CASH BONUS utk bulan hadapan
 
Bulan ni offer vivix beli 6 percuma 1..
 
kebaikan vivix sampai org gelar as magic portion!
 
10 KEBAIKAN VIVIX!
1. Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
2. Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius.
3. Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4. Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis.
5. kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf.
6. Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk.
7. Membantu dlm proses penurunan berat badan
8. Menyokong kesihatan matah
9. Meningkatkan kesihatan imum badan
10. Menggalakan kesihatan keseluruhan
 
Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit2 serius, antaranya :
• Diabetes
• Kolestrol tinggi
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Tekanan Darah Tinggi
• Alzheimer atau nyanyuk
• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
• Gout
• Letih
• Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
• Kanser dan tumor
• Katarak dan masalah mata
• Masalah saraf
• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh
• masalah kulit jerawat jeragat dan masalah kulit lain termasuk eczema
 
 
 
Berminat?
Hubungi saya @018 272 1323 sms/whatsapp
bbm : 75F5375F 

Wednesday, October 16, 2013

Sembelit

Pagi2 dah kuar tajuk n3 psl sembelit... korang pernah kena x? Ke memang selalu kena? Kalo kena gitu, korang buat cemana? Ada ubat x? Ada orang cari milo... asal minum je milo menggelodak isi perut... xsabor2 nak kuor... ada orang minum air kosong je banyak2... ada orang amik pil chi kit teck aun... macam2 lg lah...
 
Cer cari alternative lain untuk mengelakkan sembelit... macam mamat kat bawah ni ha... :)
 
Apa kata kita cuba ini pulak...
 
Nak cuba? Sms/wassap aku 018-2721323... Nak g beli sendiri? boleh je... guna ID aku ni: 999398...
 
Nenek aku kata... mencegah lebih barik daripada mengubati... dapat cegah lebih awal, lagi bagus kan...

Thursday, October 10, 2013

SHAKLEE - COLLAGEN

Shaklee Collagen Powder ada promotion laaaaa..... BELI 6 PERCUMA 1... meh pakat share2 ngan kwn2 beli... 
 
Ada apa dgn Collagen Powder Shaklee ni? Ok, meh sini aku citer...
 

Al -kisah...
al-kisaaahhh... (toiiyyyiibbbb)..... hehehe :p

Collagen Powder Shaklee ni asalnya daripada sisik ikan merah. Ia merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
 
Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.
 
Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan

Dengarnya ramai yg berebut2 nak beli Collagen Powder Shaklee ni... itu menunjukkan betapa ramainya wanita2 kat luar sana yg nak cantik, nak sihat, nak cergas.... ye la... kita pompuan ni kan multitasking gitu... walaupun buat 2-3 keje dalam waktu yang sama tapi tetap menteeeennnnn.... korang xnak ke? Xnak ke bagi inchik2 hubby msg2 kagum ngan korang? Dah la dapat bini cergas & sihat... merungut penat jarang sekali.. makin lama makin cun lak tu... mantappp....
 
Jom2... beli ramai2... tengah promosi ni, untuk bulan Oktober ni je.. Pasni xde dah, kena tunggu tahun dopan plak... kalo xlarat nak beli sorang2, share la dgn kwn2... Gerenti x nyesal punya... :D
 
Kalo nak order, contact aku kat sini, sms/wassap aje ye : 018-2721323.. atau nak guna ID aku pun boleh jugak 999398... atau bole email aku : adleenshoppe@gmail.com..
 
(p/s: fon rosak da pekak balik :p so better xyah call until further notice... huhuhu)