Thursday, December 29, 2016

Antara KAWAN, SAHABAT & TEMAN....... & SUAMI/ISTERI




Tuesday, December 20, 2016

COKLAT LOVE HABIBI & KOPI JSD

SIAPA YANG SESUAI MAKAN COKLAT LOVE HABIBI??
~ lelaki, perempuan,yang dah kawen, yang belum kawen, yang tua, yang masih muda, remaja.
~ yang baru mula nak berjamu
~ yang nak jaga kesihatan
~ yang ada migrain
~ yang ada banyak angin dalam badan
~ yang ada banyak toksin dalam badan
~ yang kitaran period tak teratur setiap bulan
~ yang period tak lawas..datang sikit2 dan sekejap2
~ yang selalu senggugut/PMS
~ yang selalu moody semasa datang period
~ yang badan selalu letih2, lemau2, malas2,lesu2, lenguh2
~ yang perut selalu sebu/pencernaan tak berapa bagus
~ yang selalu sembelit
~ yang peredaran darah dalam badan tak lancar
~ yang ada tekanan darah tinggi (bergantung kpd bacaan tekanan darah)
~ yang ingin turukan berat badan
~ yang hormon tak stabil
~ yang kurang nafsu (bagi yang dah berkahwin)
~ yang inginkan zuriat (isteri: makan semasa period..sebelum waktu subur, berhenti semasa dan selepas waktu subur wanita//suami: makan setiap hari)
~ yang penat bekerja dan perlukan tenaga tambahan

SIAPA YANG DILARANG MAKAN COKLAT LOVE HABIBI??
~ ibu-ibu yang sedang mengandung
~ ibu-ibu yang sedang berpantang bersalin
~ yang ada penyakit berkaitan jantung/penyakit kronik
~ yang sedang mengamalkan ubat-ubat/supplement utk menurunkan berat badan

APA PANTANG LARANG SEMASA MAKAN COKLAT LOVE HABIBI??
~ elak minum ais/air gas/air kelapa/alkohol
~ elak makan madu asli/durian
~ jangan campur makan dengan ubat/supplement menguruskan badan (hentikan drp pengambilan produk tersebut selama SEBULAN terlebih dahulu sebelum mengamalkan COKLAT LOVE HABIBI
BAGAIMANA CARA MAKAN COKLAT LOVE HABIBI (CLH)?
Colekkan coklat dgn sudu plastik kering. Pastu gentel2 agak2 besar hujung jari kelingking. Kunyah atau telan dgn air suam. 1 bj , 2 kali sehari. Siang dn malam
Disarankan ambil ketika sarapan n makan malam. Boleh juga diganti sebagai kudap kudap. Digalakkan jauhkan diri dari minum ais ( angin), Air kelapa ( tawar ubat n herba), alkohol (panas), durian ( panas)
Coklat love habibi bole dimkn waktu period jika ada masalh senggugut, haid tdk teratur, haid tidak lawas. Tapi jika x de apa2 masalah nk mkn CLH masa period pn blh. Malahan bagus utk menambahkan tenaga n kurgkn moody..
**** CLH TAK BOLEH KENA AIR..****
====================
Masalah:
* Kerap sakit kepala,
* Badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab,
* Susah bangun tidur,
* Berat badan meningkat, kehadiran selulit,
* masalah jerawat, banyak angin dalam badan,* keliling mata gelap dan lain2
>>Anda ade tanda2 ini? penyelesaian nya adalah dengan..COKLAT LOVE HABIBI…
Pengambilan COKLAT LOVE HABIBI ni akan merasa tindak bls sedemikian :
* Kerap Sendawa buang angin
* Melawaskn pmbuangan, kalo perut buncit tu akan kerap mmbuang so mengempiskan perut anda
* Kerap kencing buang toksin dlm badan
* Mana kurang bernafsu tu jgn terkejut asik nak saja
* Melancarkan sistem perjalanan drh dlm bdn
* Melancarkan haid
* menghilangkan senggugut..
=================================
TAHUKAH ANDA??
Macam-macam khasiat COKLAT LOVE HABIBI seperti di atas..tapi tahukah uols kandungan di dalam ramuan COKLAT LOVE HABIBI yang SUPERBEST ini? Baiklah, untuk pengetahuan uols, COKLAT LOVE HABIBI mengandungi herba-herba antaranya lada pahit, mata pelanduk, tongkat ali hitam, daun derhaka mertua, mahkota dewa, sarsi dan lain-lain. Jom ketahui apa khasiat herba-herba warisan nenek moyang ini..
LADA PAHIT:
  • anti oksidan untuk melawan radikal bebas yang menjadi punca permulaan penyakit didalam badan kita
  • merupakan penawar untuk mengubati pelbagai jenis penyakit secara semulajadi antaranya ialah tekanan darah tinggi, diabetes atau kencing manis, sakit jantung, gout dan lain-lain lagi.
  • amat berkesan sebagai pencegah penyakit kanser dan juga batu karang.
  • Lada pahit didapati telah berhasil merawati penyakit-penyakit berikut:-
  1. Kencing manis atau diabetes
  2. Darah tinggi
  3. Sakit jantung
  4. Lelah (asthma)
  5. Sakit sendi
  6. Gout
  7. Masalah penglihatan
  8. Resdung
  9. Mencegah pembentukan batu karang
  10. Tiriod
  11. Sembelit/buasir
  12. Senggugut wanita
  13. Melancarkan perjalanan darah & mengawal kolestrol
  14. Juga berupaya menambah tenaga dan anti kanser
TONGKAT ALI HITAM:
  • menguatkan tenaga batin lelaki
  • menguatkan buah pinggang
  • merawat darah tinggi dan kencing manis
  • meningkatkan stamina dan keupayaan lelaki.
  • Melancarkan peredaran darah melaluipembersihan dan penyucian sistem dalaman
  • Meningkat jisim otot, tenaga dan stamina
  • Menggalakkan pemprosesan (synthesis) sperma
  • Membantu mereka yang mempunyai masalah mati pucuk (seksual dysfunction)
  • Mengawal kolesterol dalam darah bagi membantu mencegah masalah jantung dan tekanan darah tinggi
  • Meningkatkan tahap testosteron, menguatkan ereksi dan meningkatkan jumlah sperma bagi lelaki
  • Sebagai perangsang bagi kedua-dua lelaki dan wanita
  • Menunjuk ciri-ciri anti-ketumbuhan (tumour) dalam uji-kaji in-vitro
  • Melancar peredaran darah, membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan merawat tekanan darah tinggi, batuk kering, demam, demam kuning, cirit-birit dan disenteri.
  • Meningkatkan mental, kepekaan fizikal dan persembahan
  • Mengurangkan kelesuan mental dan keletihan
  • Membantu pemulihan dan penyembuhan dari penyakit dan tugasan
  • Membantu dalam mati pucuk, pancutan pra-matang, kencing tidak terkawal, kesukaran hamil, lemah pinggang dan kaki, lumpuh, dan lain-lain
MATA PELANDUK:
  • mengubat kudis
  • merawat demam panas
  • mengubat sakit tekak atau dada
  • mengubat penyakit sengal-sengal tulang
  • menyembuhkan penyakit meroyan
DERHAKA MERTUA:
  • mengatasi masalah sembelit
  • bersifat anti radang
  • mengembalikan kecergasan badan
  • mengubati batuk, bronkitis
  • angin dalam perut (colic)
  • kudis buta (scabies)
  • melancarkan perjalanan haid
MAHKOTA DEWA:
  • Bersifat detoksifikasi, yang mampu meneutralkan racun dalam tubuh kita
  • Sumber anti bakteria dan anti virus
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Mengurangkan kadar gula dalam darah
  • Mengurangkan penggumpalan darah
  • Melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah.
  • Mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi pengumpulan lemak pada dinding pembuluh darah.
  • Mengurangi kadar risiko penyakit jantung koronari.
  • Mengandung antiinflamasi (antiradang).
  • Berfungsi sebagai anti-oksidan.
  • Membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan.
  • Berfungsi sebagai anti histamine (antialergi).
  • Demam Berdarah(Denggi)
  • Kanser & Tumor
  • Hati(Hepatetis)
  • Darah Tinggi(Hipertensi)
  • Stroke/Angin Ahmar
  • Penyakit Jantung
  • Kencing Manis/Diabetes
  • Ginjal/Cuci darah
  • Keputihan
  • Haid tidak lancar
  • Reumatik( Sakit Sendi)
  • Lemah Syahwat
  • Gout & arthritis
  • Hepatitis (Radang Hati)
  • Eksim (Penyakit Kulit)
  • Penyakit Lumpuh
  • Kegemukan/obesiti
  • Batuk
  • Sesak nafas
  • Jerawat (menghaluskan kulit)
BELUT:
  • mampu meningkatkan daya seksual
  • menjaga daya tahan tubuh
  • tinggi fosfur, kaya dengan vitamin yang diperlukan tubuh badan
  • meningkatkan kolestrol baik
  • mengurangkan tekanan darah dan risiko arthritis
  • bermanfaat utk penglihatan, perkembangan fungsi saraf pusat, menormalkan tekanan darah pada otak.
  • mengurangkan risiko diabetes
  • mengurangkan risiko jantung
SARSI:
  • menyingkirkan angin dlm badan ataupun gejala flu awal,
  • melegakan rongga dada dan rongga hidung.
  • mengurangi jerawat
  • mencerahkan kulit dan membuat awet muda
  • mengatasi masalah kulit seperti psoriasis
  • antioksidan
  • memiliki sifat antibakteria yang mampu menyembuhkan infeksi dan mempercepat penyembuhan luka
  • mengandung hormon progesteron sehingga dapat mencegah timbulnya jerawat akibat ketidakseimbangan hormon.
  • meningkatkan hormon testosterone bagi lelaki
  • melancarkan pembuangan air kecil dan mengatasi diare.
  • meningkatkan kemampuan belajar dan daya ingatan

Harga: RM48.00.  30gm
sifat fizikal: lembut n kenyal, berbau wangi herba
rasa; manis, lemak
kelemahan: air. pastikan jari anda kering ketika mencubit coklat love habibi ini.
if terkena air: mudah berkulat.
jangka hayat: 2 tahun jika tidak terkena air dan terkena panas.
tempat simpan yg paling sesuai: simpan dalam suhu bilik biasa. JANGAN SIMPAN DALAM PETI AIS.



Kopi Pacak Power (KPP) – khas utk lelaki:
– merawat masalah kulit seperti kurap , kayap & panau.
– membantu menyembuhkan luka dgn cepat.
– menyegar & menyihatkan badan
– membantu memanaskan badan & melancarkan perjalanan darah
– kekal bertenaga , cergas & lebih tahan lama utk bersama isteri.
Bahan2 :
– kopi, krimer, gula perang, skim milk, kurma, mahkota dewa, madu, goji, guarana, tongkat ali, bidara, garam bukit.
Kandungan2 = herba .
Kopi Anggun Pesona (KAP) - khas untuk perempuan
  • mencantikkan kulit dengan pengambilan yang berterusan
  • menganjalkan payudara & punggung
  • menghilangkan masalah keputihan
  • membantu memanaskan badan & melancarkan peredaran darah
  • kekal bertenaga & cergas sepanjang masa bekerja
Bahan2 :
  • kopi, krimer, gula perang,skim milk, kacip fatimah, manjakani, akar serapat, bidara & pegaga

Cara penggunaan :
– koyakkan 1 sachet ke dlm secawan air panas (100 – 150 ml) . Kacau hingga larut & sedia utk di minum .
– Pantang larang sama spt ambil jamu2 lain.
– Blh di minum ketika dlm pantang .
– Dilarang keras utk IBU HAMIL .
– Sesuai utk yg belum atau dah berkahwin.
– Kencing manis blh minum.
– Menopouse blh minum.
– Sakit buah pinggang boleh minum.
HARGA : Rm 57.90 / kotak
1 kotak = 10 sachet x 25g

**belum termasuk kos poslaju**
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ini ialah supplement tradisional kegemaran aku sekarang. Bukan sebab aku menjual, aku promot... tapi aku nak share kebaikan produk2 ni dengan semua yang membaca blog aku. Dah alang-alang nak cerita, baik aku letak complete info sekali kan? Tq kepada sumber yang aku pinjam info ni ye.
Salah satu sebab kenapa aku dah kurang makan, kurang rasa lapar... tapi makan tetap makan, cumanya makan tu buat alas perut je orang kata. Bila tiap-tiap minggu timbang berat, takde berat mana, menten gitu je....
Selalunya aku bancuh Kopi Anggun Pesona ni, waktu petang dalam jam 3 - 4pm gitu... sebelum balik keje. Kunyah-kunyah sekali Coklat Love Habibi tu... Bila dah berterusan pengambilan, ko tunggu la sapa-sapa tegur perubahan ko.... Kulit bersih, kedut-kedut kurang, dalaman terasa bertenaga. Kadang-kadang terasa macam muda je.... hahahaa... ok, itu perasan sendiri namanya... sebab ko yang makan. So, sendiri la yang terasa.
K... kalau nak cuba, boleh wassap aku k. Nombor ada kat pic atas tu. so WASSAP je ye...
daaaaaa......

BC COMICS CAFE, SUNWAY PUTRA MALL

Sapa dah pernah makan kat sini? Ok ke tak? Boleh repeat ke tak? 

Al-kisah di hari minggu hari tu... lepas melaundry kain baju, Inchik Hubby ajak ke PWTC. Ada event komik katanya. Yang tu nanti entry lain aku ngomel ye. Dah jalan2 dalam PWTC tu, aku ajak la dia ke Sunway Putra Mall. Dah berkurun kot aku tak jejak ke sini. Last sebelum bertukar nama, The Mall ke apa ntah... Since dah kebetulan datang sini, sambil2 la singgah. Masuk2 je Sunway Putra Mall ni, kitorang macam.. wwwaaaahhhhhh... dah lain la. Jakun jap... kesian tau... hehehe...

Terus aku kata, nak try makan kat cafe Batman, jom cari... gigih la melilau mata mencari, rupanya setingkat je dari tempat kitorang masuk. 1st impression aku, laaaa... kecik je tempat dia. Ingatkan dalam restoran besar ke... rupanya sebelah cafe, sebelah kedai souvenir BC Comics. Ada la patung Batman besor gabak 2 ketul kat situ. Amik gakla gambar... tapi aku xnak letak kat sini, sebab Inchik Hubby kata aku nampak gemok... huhuhu... 



gitu.... berdepan je cafe & souvenir shop dia

Apa yang kitorang order... harga tu agak2 branded cafe punya harga k... *nangis*

Ingatkan boleh bawak balik bekas makanan tu, dah alang2 bayar mahalkan... hahaha

Dia punya

Aku punya
Sedap burger & 'patty'nya... tapi portion besar bagi aku, tak habis... nak mintak tapau malu plak.. dah rupa macam tikus makan... kihkihkih... tapi aku bawak balik mineral water dia je. Sayang ooiii... ada lagi setengah botol. Mineral water je kot.. apa kesah sangat? Ehhh... aku kisah noookkk... sebotol tu RM9.90 k... tu harga atas katebang tu.... bila tengok import dari mana... boleh tahan gak la jauhnya... nuuunnnnn dari Pendang, Kedah.... muuuaaahahahahahaha... kuingatkan ye la import dari Gotham City... hehe

Konon nak jimat, gigih order mineral water je... ice lemon tea dah termasuk dalam set Batman. Sekali tengok resit... amiiikk kkooo...
Takpelah... ni je lah sekali aku datang sini, buat syarat kata orang kan. Takde la jakun sangat bila orang dok cerita.... huhuhu... Tapi waiter yang datang amik order kitorang tu, sangatlah politenya... Bagus2...

Tetiba Batman datang hinggap kat burger Superman... aaiikkk...

Dah tu je citernya... 1st & last la aku datang makan sini. Sekian, mekaseh... akak bukan orang hado2 nak repeat makan tempat macam ni deekkk... Dapat merasa sekali cukup la... lalalalalala....

Friday, December 9, 2016

PERLU KE MENINDAS ORANG LAIN UNTUK KESENANGAN DIRI-SENDIRI


“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil.” (An-Nisa’: 29)


Penjelasan Beberapa Mufradat Ayat

Jangan kalian memakan.

Yang dimaksud ‘makan’ di sini adalah segala bentuk tindakan, baik mengambil atau menguasai. (Tafsir Al-Alusi)

Ibnul Arabi t menjelaskan: “Maknanya, janganlah kalian mengambil dan janganlah kalian menempuh caranya.” (Ahkam Al-Qur’an, 1/97)


“Dan janganlah sebagian kamu memakan harta sebagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui”. [al Baqarah/2 : 188].



“Harta-harta kalian”, meliputi seluruh jenis harta, semuanya termasuk kecuali bila ada dalil syar’i yang menunjukkan kebolehannya. Maka segala perkara yang tidak dibolehkan mengambilnya dalam syariat berarti harta tersebut dimakan dengan cara yang batil. (Fathul Qadir)


 “Barangsiapa merampas hak seorang muslim dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkan baginya surga,” maka salah seorang bertanya,”Meskipun sedikit, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab,”Ya, meskipun hanya setangkai kayu sugi (siwak).”[HR Muslim]
  
“Sungguh akan datang kepada manusia suatu masa, yaitu seseorang tidak lagi peduli dari mana dia mendapatkan harta, dari jalan halal ataukah (yang) haram”. [HR Bukhari]




Drama 7 Hari Mencintaiku

Sapa follow citer ni? Aku start follow masa dah episode ke 7 ke 8 gitu.... so, bila dah tengah2 citer ni, aku tak berapa nak layan sangat, sebab tak paham... hehehe.... Tapi tengok gak la.. bila free2 tu, aku tengok balik mula dari episod 1.

Tapi episod 20 semalam... memang touching sangat... Sakit ati pun ada gak tengok si Mia tu. Memang ego tahap atok gaban aku rasa... Kerasnya hati dia... astaghfirullahalazim...!!! Sanggup tinggalkan baby dia yang baru lahir gitu je, semata2 kerana ego dia... Nangis aku bila tengok Khuzairi down giler... lelaki kot, susah nak kuar airmata... memang jatuh segala ego lelaki, walau dia cuba cover kesedihan dia. Apa je yang dia tak buat. Semua kehendak Mia dia ikut. Kecuali bila Mia suruh dia tinggalkan mak tiri dia. Itu memang sangat dilemma. Bila Mia nekad nak tinggalkan Khuzairi & dia terpaksa terima keputusan Mia, memang masa ni meleleh2 airmata aku...& lagi sedih bila Khuzairi seakan hilang punca, melutut atas jalan lepas Mia pergi... nasib baik inchik asben kat dalam bilik keje dia, kalo tak, mau kena ejek kot... cepat2 aku kesat airmata kering2 sebelum dia kuar dari bilik... hahahaha..tapi agaknya dia perasan jugak, cuma tak tegur je... hehehe...

Ok, aku emo... hehehehe... tak sabar nak tunggu endingnya minggu depan. Nak tengok macam mana menyesalnya Mia & nak tengok apa usaha dia untuk kembali pada Khuzairi & anak dia & macam mana Khuzairi nak cuba terima Mia balik. Tapi memang anaklah yang akan jadi punca dorang kembali bersama... Sebab kalau dalam kehidupan realiti pun... semuanya kerana anak. Cuma yang bezanya, ego ibubapa anak tu... Mak tiri si Khuzairi tu pun satu hal jugak... boleh tahan mulut dia... kalaulah aku jadi Mia, cemana ek... giler stress. Memang jadi hati batu kot..




Thursday, December 8, 2016

SUMPAH PALSU

Firman Allah S.W.T dalam Surah Ali Imran :77
" Sesungguhnya orang-orang  yang menukar janji Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak akan mendapatkan pahala di akhirat. Dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka, dan tidak akan melihat mereka pada hari kiamat, bahkan tidak akan menetapkan kesucian mereka dan mereka akan mendapat  seksaan yang pedih"
Ayat ini turun sehubungan dengan dua orang lelaki yang bersengketa pada sebidang tanah dan mengadu kepada Nabi s.a.w. Menurut riwayat Abdullah bahawa ketika itu Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Barangsiapa yang bersumpah palsu untuk mengambil hak dari seseorang muslim, maka nantinya akan menemui Allah dalam keadaan mendapat kemurkaannya"
Menurut Abu Umamah katanya: Kami duduk bersama Nabi s.a.w, lalu beliau menyatakan:
"Barangsiapa yang mengambil hak seseorang Muslim dengan menggunakan sumpahnya, maka Allah mewajibkan baginya untuk memasuki neraka, dan diharamkan baginya memasuki syurga" (Hadis Riwayat Muslim)