Showing posts with label serabut. Show all posts
Showing posts with label serabut. Show all posts
Thursday, July 25, 2019
Tuesday, November 29, 2016
Wednesday, August 10, 2016
Bonggol Jalan
Bonggol jalan? Tau kan? Bukan unta je ada bonggol... jalanraya pun ada... (atas kepala pompuan pun ada gak... hehhehe)
Ntah apa tujuan buat bonggol sebanyak itu.. addooiiii tak paham...
![]() |
| Masa exam nak amik lesen memandu ada nampak sign ni tak? |
Cakap dalam Bahasa Malaysianya BONGGOL... bunyinya di atas tekak ya pakcik... bukan di hidung... cakap omputehnya pulak HUMP... bukan humpty dumpty sat on the wall ye... Aku nak taip balik panjang berjela pulak... meh klik link ni http://www.mpsp.gov.my/brgonline/garispanduan/kej/bonggol.pdf ... tu dia citer psl bonggol. Meh aku tambah lagi citer pasal bonggol ni sepanjang dari rumah ke opis aku... Kadang rasa macam naik unta pun ada gak... boleh sesak nafas dibuatnya... kadang2 tu aku saja je tahan punggung kat dalam keta... sebab nak kurangkan impact terhentak... huhuhu (pegang pemegang kat atas tingkap keta... tak tau la inchik hubby prasan ke tak...) :p
Bukan tak bagus ada bonggol jalan ni... mmg baguuuussss sangat, sebab boleh mengelakkan kenderaan dari dipandu laju di area perumahan, boleh mengelakkan dari jadi tempat rempitan kaki2 motor & kaki2 kereta laju... TAPI, kalo dah banyak sangat bonggol tu.. boleh merosakkan kenderaan jugak kan? Tak tau la berapa lama kereta boleh bertahan... minyak jangan cakap la... paling2 pun break pad kereta paling cepat haus...
Kat area umah aku takde signage bonggol macam ni. Takde btau pun lagi berapa jauh jarak bonggol ke, signage "awas bonggol dihadapan' ke... 'perlahankan kenderaan' ke... taraaakkk... bonggol yang ada line kuning gitu, ada la dalam 2-3 kot... yang lain macam takde tapi ada... haa gituuu... kena pulak sama kaler hitam ngan jalan, bila jalan dah diletak tar baru... tak reti2 plak kontraktor jalan letak line kuning kat bonggol tu. tau2 kang... kereta dah melompat, dengan orang dalam kereta terhentak... mula la keluar maki-hamun segala... kena pulak waktu malam, dengan cahaya lampu jalan yang ala2 lomantik, bagaikan nak jimatkan elektrik tu kan... serius la, aku ada masanya rasa macam sesak nafas, belakang aku macam kena hentak gitu... dek kerana bonggol yang tetiba ada tu. Ingatkan, sebab jalan baru tar mungkin later on kontraktor akan buat line kuning tu.... tapinya kan sampai jalan dah tukar jadi kelabu terang dari hitam legam, tak jugak ada line kuning tu. Dari aku bersangka baik sampai aku dah buruk sangka sokmo... tak jugak ada... acaner tu?
![]() |
| Gambar pinjaman dari pakcik google... ni contoh yang aku citer... |
Bonggol tu kalo kecik & rendah takpe. Boleh ampun lagi la, ini tak.... ini jenis yang orang akan kata 'abis la absorber keta aku!!!' haaa gitu... Tiap2 hari kitorang lalu time pergi & balik keje... tak kurang dari 22 biji bonggol sehala... dah boleh naik unta dah gitu... gerenti tak mabuk... huhuhu
Ntah apa tujuan buat bonggol sebanyak itu.. addooiiii tak paham...
![]() |
| Jom inchik hubby.. kita naik unta plak pasni... hahaha |
Wednesday, June 11, 2014
Wednesday, June 4, 2014
Sedetik.. Kisah & Tauladan
Korang mesti biasa dengar peribahasa ni kan...
"IBARAT MELEPASKAN ANJING YANG TERSEPIT"
Maksudnya lebih kurang mcm ni... kita tolong lepaskan anjing yang tersepit, tak boleh nak lepaskan diri sendiri, tapi bila dah lepas, kita balik yang digigitnya.. atau dengan kata lain kita menolong orang lain yang sedang dalam kesusahan, dengan ikhlas tanpa ada niat untuk meminta balasan, tapi bila dia dah lepas dari kesusahan tu, kita pulak yang disakitinya ditambah lagi dengan maki-hamun.. memang tak mengenang budi langsung kan?
Tapi, ye lah.. dah namanya manusia. Memang mudah lupa pada jasa orang lain. Lebih-lebih lagi bila dia dah senang & tak perlu meminta-minta lagi pada orang lain untuk menolong diri dia. Terus buka cerita baru.. "Hal kau, hal kau aje, bukan hal aku..." Sedangkan, dia mungkin terlupa siapa orang yang menolong dia masa susah dulu. Sanggup susah & senang bersama, hinggakan kepentingan diri-sendiri pun sanggup diketepikan, semata-mata nak pastikan yang dia tak kesusahan & bahagia. Walaupun bantuan sekadar yang termampu, tetapi cukup untuk melegakan sesak didada.
Sedih, kecewa, terkilan... kenapa sampai begitu drastik sekali perubahan yang ditunjukkan. Atau mungkin takut, orang yang dulu menolong meminta balasan? Tak mungkin, kerana orang itu masih berkudrat untuk menampung diri-sendiri dan bukannya mata duitan atau materialistik.. yang diinginkan cuma sebuah KEJUJURAN. Itu sahaja. Tapi dibalas dengan kata-kata nista... kenapa? Hanya kerana sekelumit pertolongan yang diminta...? Allahuakbar, sungguh berat ujianMu Ya Allah... cuma kesabaran yang sangat tinggi yang diperlukan saat ini.
Rasanya tiada salahnya kalau dikongsi bersama rezeki yang dinikmati tu kan... Sekadar berbudi-bahasa, mengenang jasa bantuan orang lain. Tanpa perlu diberi "hint" atau terpaksa diungkit segala jenis bentuk bantuan yang dulu dihulurkan.. Sekiranya terdetik keikhlasan dihati, semua tu takkan berlaku.
Tiada siapa yang sempurna, yang perfect... baik yang menolong & yang ditolong... Tanggungjawab bersama untuk bersusah senang bersama & bantuan dari orang lain itu BUKANnya satu kewajipan, tapi lebih kepada rasa kasih & tak sanggup melihat orang itu kesusahan. Sekiranya orang yang menolong itu tidak redho maka tidak akan dihalalkan semuanya dunia & akhirat. Tapi bila dah dimaki, tak mungkin pertolongan yang dah diberi itu diikhlaskan..
Sedetik... Kisah & Tauladan.. apa yang berlaku disekeliling aku, yang didepan mataku... Sangat memilukan. Renungkanlah diri... apakah betul apa yang kamu lakukan? apakah patut perkataan nista itu yang kamu lontarkan? Apakah patut semua itu diterima oleh orang yang telah membantu kamu? Jangan sombong & riak...

p/s: doa ni boleh diamalkan untuk semua bukan untuk family sahaja ye.. jom kita cuba, semoga hati-hati manusia yang keras disekeliling kita akan terbuka & lembut akhirnya... InsyaAllah... amin
Labels:
serabut
Tuesday, September 24, 2013
Anai-anai
Aku paling seriau kalau berkaitan dgn anai-anai ni... Nampak je kecik secoet, tapi impactnya... uuuhhhaaaiiiiii.... kalo x dicegah cepat mmg bahana la jawabnya... tetiba aku cerita pasal anai-anai plak ek.. sebab per? sebab hari tu dlm 1-2 bulan lepas, bilik tido aku ada anai-anai... ntah dr mana datang pun aku xtau... tau2 lantai parquette bilik aku da berlubang je... pastu nampak semut putih2 merayap kat bwh lapisan kayu lantai tu... haiiyyoooo.... xboleh jadi ni... esok tu terus aku g beli racun anai-anai kat kedai hardware. Ingat nak cari yg mcm umpan tu, tp kedai tu xde plak, dorang cuma ada yg racun cecair tu je... aku cakap yg tu bau busuk, aku taknak... mati2 budak kedai tu kata xde bau... nak tak nak aku pun beli la jugak... baru bukak tutup botol racun tu pun aku dah pening... mcm tu ko kata xberbau ye budak??? Dah campur ngan air sumer, aku mulakan tugas meng'spray' tempat2 rayapan si anai2 bertuah tu.... peeehhhhh.... berpinau mata aku, tangkap ke kepala baunya.... dlm seminggu gak la aku monitor hasilnya... Nampak mcm da kurang, mcm la kan... sbb tmpt yg aku spray tu dah takde kesan anai2 lg... so lega jugak la rasanya walaupun aku tau xsemudah tu anai2 nak menghilangkan diri... tapi baru2 ni, aku dpt detect kehadiran si anai2 gerombolan yg baru... terus aku google cari umpan anai2... jumpa ada org jual, 1 tiub rm20... terus aku order 2 tiub... sementara tu aku spray jugak dgn racun anai2 busuk tu, on kipas bilik sbb xnak bg bilik tu berbau busuk sgt kan...
Esok tu terus sampai, umpan anai2 tu... alhamdulillah...
![]() |
| Main order je, rupanya kat Terengganu... huhuhu... tq tuan kedai :) |
Balik umah, aku perabih 1 tiub dulu... 1 lg simpan.... kita try test cuba yg ni pulak... Masuk ari ni dah 4-5 hari gak la... mcm xluak je umpan anai2 tu, ntah2 dah xde kot anai2 pasal aku da spray sebelum tu... hhmmm....
Aku tanya2 gak dgn kwn2 aku... kot dorg ada kenal sesapa yg amik upah bunuh anai2... Mmg ada la sorang btau... tp dia amik dlm rm750 kalo umah apartment, mula2 dia dtg check dulu, yg tu free je... nanti kalo kompom kena buat kerja baru dia caj... tp kan sbb dek kenal kwn2, dia pun bg la harga kwn2 jugak... ada la diskaun sket... hehe... tp walaupun diskaun, aku kena bajet2 gak tu :p Takpe lah, aku cuba cara mudah & murah mcm ni dulu... kalo xberkesan, baru aku upah org la kot.
Aku tanya2 gak dgn kwn2 aku... kot dorg ada kenal sesapa yg amik upah bunuh anai2... Mmg ada la sorang btau... tp dia amik dlm rm750 kalo umah apartment, mula2 dia dtg check dulu, yg tu free je... nanti kalo kompom kena buat kerja baru dia caj... tp kan sbb dek kenal kwn2, dia pun bg la harga kwn2 jugak... ada la diskaun sket... hehe... tp walaupun diskaun, aku kena bajet2 gak tu :p Takpe lah, aku cuba cara mudah & murah mcm ni dulu... kalo xberkesan, baru aku upah org la kot.
Thursday, August 1, 2013
Menjelang Raya Yang Suram
Patutnya dah nak dekat2 raya ni, kita happy nak sambut Syawal.... Tapi tahun ni aku agak kureng excited nak beraya... tak mcm tahun2 lepas... Sedih... frust... x paham... mcm2 perasaan berkecamuk dalam kepala otak & hati aku ni... Sampai termimpi2 aku bertekak dgn bos aku... Sebabnya, thn ni opis aku x bagi lgsg peruntukan kpd staff utk belanja raya... harap ada increment je la, tu pun takat celah gigi... cukup ke? bila dr situ la utk segala bil, installment loan, minyak keta, mkn minum, belanja skolah anak, nak balik kampung, belanja beli brg raya, nak beli baju raya anak.... itu jugak la yg kena bajet sampai hujung bulan ni... haddduuuuu... kenapa HR? kenapa boss? Tak adil betul bila dpt tau mgt dpt bonus berbulan2, sdgkan staff dpt gaji semata!! Yang kaya bertambah kaya, siap beraya ke luarnegara bermingu2... staff nak beraya balik kampung sendiri pun pikir beribu kali... kenapa???
Jangan la kejam sgt... kalo xde staff, company xdpt untung apa... ada boss pun xguna, kalo staff xde nak wat keje... Xtau nak ngadu kat sapa... kalo ngadu pun, bukan boleh ubah apa2... silap2 kena smash balik... haaaiiihhhh.... aku mengeluh bukan utk diri aku sendiri je , tp jugak utk kwn2 yg masing2 pecah kepala pikir mana gagau duit untuk bertahan sebulan ni... tak pernah mgt buat mcm ni.... kenapa tetiba skang mcm ni?
Terpaksa la bajet selagi boleh... hoh... aku mmg tunjuk muka ketat kat opis sejak semlm... pedulik... bos pun xberani nak tegur... lantak :P
Terbantut niat aku nak belikan daddy aku supplement Shaklee... at least ada la perubahan walau sikit sekalipun.. sebab aku byk baca review tentang produk tu... teringin sgt aku nak bg daddy aku cuba.. mana la tau kan.... kot mujarab... tp sebab agak costly... aku terpaksa jugak pikir berkali2... nanti aku sesak, tanah mana plak aku nak korek cari harta karun? Xkan tanah kubur plak kot... Ada plak hantu gigi bangun kejar aku kang... huhuhuhu....
Wednesday, June 19, 2013
Rabu Yang Serabut...
Mmg serabut & semak kepala otak dibuatnya... Masuk je keje, on pc.. Mozilla firefox pulak kena blocked, sbelom ni FB, ok lg la... Habis segala bookmark website ilang, dropbox aku ilang... Check dgn kwn lain, dorg guna Chrome.. Boley lg bukak. Fine!! Aku download Chrome sbb aku xsuka guna IE.. Sebelum ni da kuar memo, staff dilarang mendownload apa2... Ada aku kesah??!!! Kot ye nak blocked apa2, agak2 a sket... Ppuuuiiii!!!
Dlm jam 10am, mami aku call.. Kata daddy aku warded kena strok. Aahhhh... Lg serabut kepala aku. Pagi td, daddy aku jatuh kat bilik, bengkak kepala & luka, xdpt nak bergerak lgsg dah. Abg2 aku bwk g klinik. Doktor klinik suruh bwk g spital sbb serius katanya.
Mami aku plak ✗ sihat, muntah2 dr semlm.. Cakap kat fon pun gigil2 je td. Nak ✗ nak, aku ckp kat bos, aku amik EL ari ni. Explain lbh kurang, setel apa patut.. Aku balik umah mami aku. Esok xtentu lg mcm mana, keje ke ✗...
As at skang ni, daddy aku still kat ICU, baru pas buat scanning. Doktor marah sbb da teruk mcm ni baru nak g spital. Bukan ✗ nak bwk awal2 dulu, tp daddy aku yg degil ✗ nak g jumpa doktor. Jenuh dah ajak :(
Skang aku teman mami kat umah, nak tgl dia sorang kang, takut apa2 jd pulak. Takde org jaga. inchik hubby balik td kejap & da otw ke spital.
Aaahhhh... Aku serabut. Nampak je mcm ✗ de perasaan :(
Sent from my BlackBerry®
Dlm jam 10am, mami aku call.. Kata daddy aku warded kena strok. Aahhhh... Lg serabut kepala aku. Pagi td, daddy aku jatuh kat bilik, bengkak kepala & luka, xdpt nak bergerak lgsg dah. Abg2 aku bwk g klinik. Doktor klinik suruh bwk g spital sbb serius katanya.
Mami aku plak ✗ sihat, muntah2 dr semlm.. Cakap kat fon pun gigil2 je td. Nak ✗ nak, aku ckp kat bos, aku amik EL ari ni. Explain lbh kurang, setel apa patut.. Aku balik umah mami aku. Esok xtentu lg mcm mana, keje ke ✗...
As at skang ni, daddy aku still kat ICU, baru pas buat scanning. Doktor marah sbb da teruk mcm ni baru nak g spital. Bukan ✗ nak bwk awal2 dulu, tp daddy aku yg degil ✗ nak g jumpa doktor. Jenuh dah ajak :(
Skang aku teman mami kat umah, nak tgl dia sorang kang, takut apa2 jd pulak. Takde org jaga. inchik hubby balik td kejap & da otw ke spital.
Aaahhhh... Aku serabut. Nampak je mcm ✗ de perasaan :(
Sent from my BlackBerry®
Labels:
serabut
Friday, March 22, 2013
Gangguan apakah....???
Pagi2 nak citer pasal ganggu-gugat nih... Tetiba lak baru terasa nak citer kat sini...
Dalam beberapa bulan kebelakangan ni kan, kat umah aku selalu terdengar bunyi org main guli la, bunyi org berlari2 la, bunyi org dok alih2 perabut la... Yang kitorang laki bini ni dok la ingat org umah atas yg punya keje (mungkin la)... Pastu baru2 ni rasa mcm keadaan makin worst bila, tiba2 inchik hubby ngadu sakit kepala mcm kena migrain, walhal sebelum ni dia mana pernah kena sakit kepala teruk gitu. Bila dah sakit kepala, inchik hubby pun agak stress & moody... ckp pun xhengat2, sampai aku pun kdg sentap gak pastu mula la pikir yg bukan2... Aku pulak tak leh nak tido dlm gelap, xselesa rasanya... Jadinya sampai ke subuh la aku tido dgn lampu terbukak.. Naluri aku kata mcm ada yg xkena lately ni. Puas la aku pikir.... tetiba teringat pakcik aku ada bagi ubat utk pendinding diri & rumah... aku terus mintak inchik hubby buat hari tu jugak... Percaya atau x, yg penting ikhtiar asalkan tak syirik... Surprisingly, mlm tu terus takde bunyi org main guli & lari2 & alih2 brg.... lega gak rasanya. Tapi esok mlmnya & mlm td... bunyi guli dah takde, tp bunyi org berlari terasa makin kuat pulak.... haddooiiii.... Pasni nak beli cd rukyah, nak pasang kat umah utk halau jin setan...
Semlm ada sorang ustaz, mami aku jemput dtg ke rumah... sbb mami aku still xbaik2 lg. Asal senja je, mula sakit2 & pitam... waktu siang ok pulak. Lepas keje terus aku & inchik hubby balik rumah sana & btau ustaz pasal masalah kitorg. Ustaz tu kata, sebelum nak 'pagar' rumah, tuan rumah kena bersih rohani & jasmani dulu sbb mana la tau, kita dok ingat umah tu yg 'kotor' walhalnya tuan punya badan yg 'kotor'...& bende2 halus ni suka mengikut... Jadi pulihkan diri sendiri dulu... Jenuh la kitorg dimengajikan dek ustaz tu... huhuhu... Permulaannya, kitorg kena mandi air yg dah dibaca dek ustaz td & mandi air batu selepas asar, nanti dlm seminggu kita tgk apa tindakan selanjutnya.
Nama ustaz tu Ustaz Shamsul Manab. Korang leh g kat link tu kalo nak cuba. Kaedah pentingnya kita cuba utk pulihkan keadaan rumahtangga & kesihatan, Ustaz ni xde guna jampi serapah bagai2... cuma berdasarkan ayat al-quran semata & bayaran ikut ikhlas. Nak panggil dia ke rumah boleh atau nak ke klinik dia pun boleh. Kalo xsilap semlm katanya klinik dia kat Pandan Indah, berdekatan dgn hospital ampang.
(81) "Dan apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya
(dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan"
(82) "Dan Allah sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya,
walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa"
Saturday, March 9, 2013
Demam Lagi...
Baru bulan 3, dah 2 kali aku amik MC... thn ni thn sakit aku ke gaknya... asik x sihat je... bln lepas doktor kata suspek aku kena denggi psl simptom2 demam denggi tu aku ada, tp xsempat check darah aku dah agak ok sket pas mkn ubat... 1-2 ari pastu sakit gigi plak... adooiiyyaaaiiii... mmg turun berat aku gaknya.. 2 minggu gak a aku xde selera mkn... Skang ni aku demam lg, masuk ari ni dah ari ke-4 kot... tp gagahkan jugak g keje. Ptg semlm pas keje, inchik hubby antar aku g klinik... Dah alang2 tu jumpa doktor encem kat Klinik Idzham tu kan.. aku pun mintak a skali MC utk ari ni... hehehe... Xlarat pun ye, buang masa g keje ari sabtu pun ye gak... aku bukannya buat keje sgt pun kalo sabtu, buang masa kan... baik dok rehat kat umah, spend masa ngan kesayangan2 aku... inchik hubby ari ni kena g skool ganti, tengari kang baru balik.
![]() |
| ubat lg... kali ni dah xde antibiotik lg ek... |
Ubat dah mkn... pasni nak baring jap ah...
aaaaa.... semlm kan aku tinggalkan Byte & Bella bebas kat luar kandang kan? okay... dorang pass the test... pasni xyah risau kalo tinggal kat umah, wayar2 pun dorg tak geget... yakyak & weewee pun elok je kat kandang... yeeaayyy.... i love my wabbits... muahmuahmuah...
k, da abis, bai...
Labels:
serabut
Thursday, January 31, 2013
Dan apabila....
Hati berkata-kata... tertanya-tanya...
x tau kemana nak dirujuk...
nak mengadu takut disalaherti...
maknanya diam sendiri... pikir sendiri... perhati sendiri.....
apa perubahan... apa yg kurang... apa yg diluar jangkaan.....
pasrah...
Sesekali terdetik dihati... x pernah macam ni...
x pe... diamkan dulu... sabar...
aku jua x sempurna... xpernah aku mengaku aku sempurna...
tapi sekurang-kurangnya aku tau tanggungjawabku...
aku x menipu.. aku x pernah sorokkan apa-apa...
sebab aku x perlu berbuat begitu...
xde sebab kenapa aku perlu berbuat begitu...
aku x mampu berkata-kata...
aku x mau berjuraian airmata...
ada baiknya aku diam sahaja...
x semua org suka ditanya walaupun pertanyaan itu sesuatu yg perlu...
x semua pertanyaan akan mendapat jawapan
kalau ada pun, jawapan yg penuh keegoan yg akan dibalas juga dgn pertanyaan...
aku juga pernah begitu dulu...
KARMA
Friday, December 28, 2012
Pagi2 dah tension!!!!
Haddooiiiii laaaa..... cemana leh silap byr ni? Nak byr sewa umah tp boleh tak pasan g byr tnb... makanya... berganda222222222222222222222 terlebih byr la bill tnb umah sewa aku!!! haadddoooiiiiii!!!!!!!!!!!!!! abis la duit sopping langkawi aku........ wwwwwwwwaaaaaaaaaaa........ Nak g tnb melawati, xde transport la plak... nak mintak inchik hubby pegi, dia dah kat skolah. Ngadu kat dia td pun mcm xngadu je, sbb dia pun tgh tension xdpt tukar skolah. Tanggung je la sendiri..... byk tu terlebih byr, kalo sikit aku x heran deh... kalo pun tnb nak refund, xkan dpt jam tu jugak, tp xkesah la asal dpt refund. Xtau lagu apa nak nangis nih... wwwwaaaaaaaaaaaa..... tp sewa umah tetap aku byr... xnak utang2, xsuker.... :'(
Labels:
serabut
Tuesday, October 30, 2012
50 Simple Ways To Reduce Stress at Home and at Work
- 1. Breathe, when you feel tense, take 10 slow, deep breaths in through your nose, out through your mouth.
2. Touch, hug someone, hold hands, stroke a pet, make non-sexual physical contact with people, brush your hair.
3. Communicate, be honest with your Self and others. Ask for what you want. Express your true feelings when they occur.
4. Drink at least eight, 8 oz. glasses of good water a day. This flushes toxins out of our body.
5. See the humor in life. Laugh at your self and life. Have fun and "play" at life.
6. Meditation 15 minutes a day. Take time to relax, sit, breathe deeply, quiet your mind. Record In-sights and dreams in a journal.
7. Be Human. Let up on yourself. Forgive your self and others. Slow down and enjoy being alive.
8. Communicate with friends. Spend time with each other. Share the good stuff.
9. Hug three people each day. Relax and enjoy the feeling of
10. Quit worrying about the Future. Concentrate on what you can do NOW.
11. Make a TO DO list of your agreements for each month. Schedule both play time and free time, and do both activities.
12. Write it down. Make notes to yourself. Make a list. Write special dates down on your calendar. Put it on tape.
13. Say "NO" Allow yourself to say "NO" to some requests. Don't over commit yourself. Put yourself first; say YES to you.
14. Clean it up Recycle old junk and papers. Clean your physical and mental house of old garbage.
15. Wear comfortable, clean clothes, that make you feel good about yourself.
16. Avoid doing anything to excess, even having fun.
18. Express and receive love as often as possible to yourself and others.
19. You always have choices in life. Re-Order your priorities. If you are not happy, choose some- thing new.
20. Express your anger to the person involved the moment it's experienced.
21. Be honest with yourself con- cerning your fears. Ask for more information or assistance.
22. Crying is nature's way of releasing toxins from the body, releasing stress, or expressing joy.
23. Change is constant. You can choose to change your choice anytime you want to do so.
24. Trust your Self, and value your needs and choices. Follow your own intuition.
25. Live in the moment. Stop fanta- sizing about "What If ". Choose from what IS available, Now.
26. Feel good about yourself and your choices in life. Value what you Believe in. Walk your Talk.
27. Forgive yourself and others. Withholding Love does not nur- ture relationships.
28. When you do not love yourself first, you can not be satisfied by loving and doing for others.
29. Make a commitment to expand your Spiritual, Mental, Emotional, and Physical well-being.
30. Your most valuable and limited resource is your time. Value it, so others will.
31. Obtain a written job description from your boss. Make any changes needed to keep your agreements.
32. Take pride in your work. You only get One First Impression!
33. Be responsible for your work. Do your best with every opportunity.
34. Only do your job. Do not get conned into permanently assuming another person's job responsibilities.
35. Do not play office politics. Be open and above board in all your relationships. Honor your Integrity.
36. Do not listen to, encourage, or spread gossip. It damages your credibility and others.
37. Talk with your co-workers about how to work together to solve problems.
38. Don't be a "fix it " person for people's problems.
39. When you have a problem, go to the person who can solve that specific problem. Ask questions.
40. Ask questions. When you are not sure, or don't know, get information before taking action.
41. Contribute Become a solution provider for problems, not just a problem discoverer.
42. Leave work. When you go home, Go Home ! Work can be a part of your life, not your whole life.
43. Put your family, career, and Self in perspective; know which is most important and nourish it.
44. Value your emotions. Feel your feelings. Allow yourself to express them appropriately as they occur.
45. Express your anger directly with clarity. Indirect or covert anger only prolongs distress and distrust.
46. When asked, always tell the whole truth to yourself and to others.
47. Respect your own ideas, and have respect for other people's feelings, ideas, and choices.
48. Exercise, walk, stretch, move about. Staying physically fit keeps you mentally fit, emotionally calm, and at peace.
49. Eat healthy foods and chew well. Don't eat just because you are bored, unhappy, or angry.
50. Experience and express joy at being alive, at having choices, and at the opportunity to explore loving relationships.
uuhhh... xcukup 1 lg.... mana pulak ilangnya... ini boleh mendtgkan stress... huhuhu
sapa yg baca satu persatu mesti tau nombor mana yg takde... lalalalala....
Tuesday, October 16, 2012
Dan....
Akhirnya... dgn bantuan drpd Asknie berjaya jugak aku masuk blog sendiri.... As, sila timba ilmu2 yg berguna drpd adik tu ye... pastu share ngan ahkak taw.... kuikuikuikui....
tp aku nak apdet haper.... kol brape dah ni... kat umah je la... korang tengok blog lagi 1 la ye...
stengah jam lg nak balik.... (dtg da la lambat, ada hati nak balik on time... eh, tp ari ni aku awal sbb naik teksi... hahahaha) :P
tata
tp aku nak apdet haper.... kol brape dah ni... kat umah je la... korang tengok blog lagi 1 la ye...
stengah jam lg nak balik.... (dtg da la lambat, ada hati nak balik on time... eh, tp ari ni aku awal sbb naik teksi... hahahaha) :P
tata
Rupa-rupanya...
..... Opis aku yg punya hal... Psl hilang pageview blog aku... Ari ni, dpt tau... Blog pun kena blocked jugak... Haaiiyyyooo... Kadawalleeyyy... Yiiinnggaapppahhh... Patut a nak sign in pun xboley... Bukak blog crafters xboley...
BLOCKED!!
BLOCKED!!
BLOCKED!!
Sgt menurut perintah wahai kamu staff2 IT... Tahniah.. Tawun depan sure dpt bonus 8 bulan, gaji naik mencanak2... Ada kosong ✗ kat IT dept? Tp wa xnak jd kroni...
Kuikui...
k lah... Bai :p
Sent from my BlackBerry® smartphone
BLOCKED!!
BLOCKED!!
BLOCKED!!
Sgt menurut perintah wahai kamu staff2 IT... Tahniah.. Tawun depan sure dpt bonus 8 bulan, gaji naik mencanak2... Ada kosong ✗ kat IT dept? Tp wa xnak jd kroni...
Kuikui...
k lah... Bai :p
Sent from my BlackBerry® smartphone
Monday, October 15, 2012
Hilang jugak?
aaiikkk... total pageview blog yg ni pun hilang jugak??? nape ni??? adooyyyaaaiiiii.....!!!!
Labels:
serabut
Thursday, October 4, 2012
Annoying phone call...
Dlm dok google phone no utk dptkan alamat 1 company tu.. terjumpa pulak blog sedara ni http://www.zuraidin.com/2012/01/annoying-phone-call.html#comment-form. Since aku baru terkena semlm dgn debt collector ambank, aku pun tumpang reply & bg phone no company tu.
Kerana dorg la... xpernah2 aku, abg aku & inchik hubby aku mengamuk... mmg tak pelik la bila yg ramai jadi peguam, debt collector, samseng tu ialah 'kap lam ya nga'! aku tak kata semua tp kebanyakannya... sbb? mungkin salah satu sbb : dorang boleh berckp tanpa henti & sgt bijak memutarbelitkan kenyataan & juga kurang ajar. Ini drpd apa yg aku alami ptg semlm. Suka2 hati kata kita PENIPU & xbyr hutang??? Bila mintak fax no, xnak pulak bg... mintak alamat ofis pun xnak bagi... kita nak backing diri sendiri pun xboleh bila dorg xbenti berckp!!! Jawabnya... mmg kena maki hamun la mereka2 tu...
And at some point... it's not me the one who should face this thing!!! DAMN!!!!
Wednesday, September 26, 2012
RM1,000,000.00 Moneydrop
Korang penah tgk x game show ni? Penah tgk x cemana rupa org menang cash ond spot? huhuuhu.... Sure berangan kan kalo dpt masuk game show ni, pastu menang la pulak.... x kira la dpt berapa RM, janji menang.... :P
Aku pun sama gak a... dok tertgk2 gak pas habis game show ni, kot2 ada advertise utk masuk next season... xdak la plak... until aku nampak kat FB Moneydrop Official ni... dorg tgh buat audition utk season baru. 15 & 16hb Sept 2012 last audition kat Garden Hotel, Mid Valley. Apa lg... aku pun btau la kat incik hubby, ajak dia g audition ni. Siap aku letak reminder dlm fon takut terlupa... hahaha... Tiba harinya... awal subuh kitorg dah bgn... siap g sarapan dulu kat kedai mamak... Aku gagahkan jugak pegi walhal masa tu aku tgh demam lg... selsema pun xilang lg dgn batuk lg... tp konon nak cuba nasib mana la tau kot2 dpt ke kan.... MACAM!!! :P
Sampai2 kat Garden dlm kol 7.30am, tgk org da q punya la panjangnya yg amat.... masa kitorg sampai tu rasanya ada la dlm 1000 org dah dok q... org yg depan sekali kat entrance, dgrnya 1 family dr Kelantan, siap overnite kat situ... haiiyyoooo.... dah tu kitorang pun ikut je la barisan org q tu teruuuuuuuuuuussssssss ke belakang bangunan kat ngan car park keta masuk Garden, hampir buat tawaf kitorg dik.... huhuhu... punya la hangat sambutan org2 KL yg majoritinya org MELAYU... cina? lgsg xnampak muka, yg ada pun takat dorg bertanya nape beratur ramai2 ni, ada apa? haiiyyaaa... meleka x tawu wooo!! india? ada la nampak 2 org.... haha
Sampai naik kematu kaki berdiri beratur.... tu belum kira berapa helai tisu dah habis buang hingus.. eeeee.... berapa biji strepsils da masuk mulut... berapa byk virus dah berterbangan psl dok batuk.... nasib a sapa yg lemah antibodi kat situ :P
Beratur punyer beratur, sampai dekat kol 3pm dik.... berapa jam dah ahkak buang masa kat situ? dgn lapar, dgn dahaga, penat, panas, tension... sib baik x pitam je.... xtau la mana la silapnya... hapah pun xdpt... jgn kata nak register, nombor giliran jauh skali... sampai org ramai yg q kat depan2 mangamuk... bergaduh dgn organiser... kecoh dik.... ahkak ni pun bzbodi la jugak, sementara incik hubby beratur, ahkak pun jln2 la ke depan nak tgk apa cerita... meh nengok gambor. jap...
![]() |
| ni kat depan entrance nak masuk utk register |
![]() |
| time ni dah start kecoh.... org2 depan tu dah marah menjerit2 kat organiser |
![]() |
| masing2 dah berkerumun ke depan pintu.... ada notis kata audition habis kol 2pm |
![]() |
| Organiser kena kerumun, nasib baik x kena hentak dgn org ramai... info ntah apa2... |
Dengarnya dr kol 12pm lg nombor giliran dah habis, tp x sorang drpd pihak organiser dtg maklumkan kat org ramai utk bersurai or watever.... kesian mana yg dtg siap bwk anak kecik (tp perlu ke bwk budak kecik time2 mcm ni).. or at least kesian kat org yg dtg dr awal pg & beratur dgn sabar tp layanan organiser mcm apa je.... hhmmmm
Kalo korang nak tau citer g kat fb moneydrop ni.... segala sumpah seranah ada... dah kecoh2 gitu, aku pun ajak la incik hubby balik... byk kali gak aku ajak tp incik hubby nak gak tgu... sampai kol 2.30pm gitu kot.... aku dah lapar giler xtahan.... terus g mkn kat MidValley... batuk2 pun aku belasah minum ais, mkn paru goreng bagai... lantak... huhuhuu
Anggaran org ramai yg datang selepas kitorg ada la dlm 4000 org lg.... hhmmm.... Itu la pengalaman sekali dlm seumur hidup aku, gara2 nak mencuba masuk game show gini. pasni tobat ah... xnak dah... korang offer la berapa juta pun hadiahnya... (unless kalo ada kabel dlm, tu len citer la kan).... hahaha...
Org kata... bukan senang nak senang, bukan susah nak susah.... ni la dia contohnya... renung2kan & selamat berusaha utk senang... :D
Tuesday, September 11, 2012
Apabila Demam Menyerang....
Dah lama aku xkena demam selsema... last sekali 2 thn lepas kot... seminggu mc... hehe...
Sekali hari jumaat lepas terserlah sudah simptom2 demam selsema kat aku... sakit tekak, perit kat kerongkong, nak telan air pun susah.... terus pas keje aku mintak inchik hubby hantarkan aku g klinik. Malam.... dah mula batuk2... esoknya sabtu rasmi sudah AKU DEMAM... flu, batuk, kahak, panas badan.... complete ko dpt senah... huhuhu.... Sib baik aku mintak MC kat doktor siap2 sbb dah agak mmg tak kan bangun punya.... 2 hari aku takat tido baring je, bgn pun utk mkn minum buang air je... (melampau la kan buang air pun atas tilam kan :P)
Sampai ari ni aku belum fully recover lg.... semlm aku amik half day MC, tengari balik... mintak inchik hubby hantar g klinik lg skali amik MC. Makan pun tak lalu cane? Bubur McD tu pun paksa gak telan.... pastu batuk2 gak sebab bubur McD tu pun agak berminyak.... nescafe feveret aku pun xleh minum, nak muntah rasa... makanya hanya air kosong & teh o je la skang ni yg lalu... inchik hubby pulak dengan penuh kasih sayang, masakkan bubur sotong & ayam goreng utk aku hari minggu tu. Tp aku xleh nak telan, aku mkn sikiiiitttttt je, ayam lgsg aku x usik sbb takut kang batuk (sampai terkeluar anak tekak)... alahai... bukan xsedap, sedap... tp ye la, tekak org demam kan... Ari ni, pagi2 lepas inchik hubby g skool, aku masak bubur kosong 1 pot, utk bekal kat opis. Bubur kosong semata... kosong... kosong...oooohhh... :p Sbb semlm lunch aku tak turun mkn pun... mmg takde selera lgsg.... tido lg besh....
1 hal lg bila aku demam... yg ni baru2 ni je pulak kena... sbelum ni tak pernah lak kena soal. "Demam berisi ke?" " Demam ada apa2 ke?" " Lin demam??? Yeeaayyy" errr... motif???
Ye la... ye la.... sumer expect aku peknen kaaannn??? ttaaakkkk.... lom lg... mmg kompom aku kena demam selsema ye kengkawan.... pasal baru je ari tu aku piyet... regular... mcm biasa... tak lebih, x kurang... mekaseh la kat korang sumer, pasal korang concern kat aku ni... mekaseh sgt2 ye... tp kalo dah sekali aku kata TAK tu... makanya TIDAK la ye.... jgn la tanya byk kali sampai aku naik STRESS... okay? bosan seeyyy nak ulang byk kali... :P
Bukan aku xnak peknen... naaaakkk sgt... tp kalo dah belum rezeki lg, nak wat cane? mcm jodoh aku jugak... lambaaaaatttttt sgt nak sampai.... sabar je la weh... xkan aku nak ajak inchik hubby 'bunuh setan' 24jam kot?? sikit hagak takde... aku x serakus itu hoookaaaay :p
Itu la dia manusia... xpernahnya yg puashati... bila belum kawen tanya bila nak kawen, dah kawen.. tanya pulak bila nak peknen (kalo jwb rasa mcm nak peknen kejap lg la, boleh x?) kang dah beranak sorang, tanya pulak bila nak tambah sorang lg.... pastu kang bila dah terberanak setahun sorang, komplen plak produktif sgt..... pendek kata semua serba xkena lah... hadooiii laaaa.....
eh... dah masuk salah simpang plak.... kekekeke.... ni citer psl demam ke citer psl peknen??? hahahaha....
tpkan.... masa belum kawen ari tu, takde plak org tanya mcm ni ek.... pesal? org x kawen, x leh peknen ke? kan? betul kan? cer jawab sket....
Friday, July 13, 2012
What da....???
Suatu ptg di opis....
Aku : (dial ext ***)
Org tu : ye abc extention.. (jiran sebelah meja)
Aku : eh... abc mana ek?
Org tu : abc takde la kak, tu psl saya jwb... (jawapan yg sgt irritating)
Aku : (hangen sudey) hmmm.... tu pasal la akak tanya si abc mana?
what daaa.....???? tak leh ke jwb soalan terus? susah sgt ek?
Aku : (dial ext ***)
Org tu : ye abc extention.. (jiran sebelah meja)
Aku : eh... abc mana ek?
Org tu : abc takde la kak, tu psl saya jwb... (jawapan yg sgt irritating)
Aku : (hangen sudey) hmmm.... tu pasal la akak tanya si abc mana?
what daaa.....???? tak leh ke jwb soalan terus? susah sgt ek?
Subscribe to:
Posts (Atom)















