Wednesday, June 4, 2014

Sedetik.. Kisah & Tauladan

Korang mesti biasa dengar peribahasa ni kan... 

"IBARAT MELEPASKAN ANJING YANG TERSEPIT"

Maksudnya lebih kurang mcm ni... kita tolong lepaskan anjing yang tersepit, tak boleh nak lepaskan diri sendiri, tapi bila dah lepas, kita balik yang digigitnya.. atau dengan kata lain kita menolong orang lain yang sedang dalam kesusahan, dengan ikhlas tanpa ada niat untuk meminta balasan, tapi bila dia dah lepas dari kesusahan tu, kita pulak yang disakitinya ditambah lagi dengan maki-hamun.. memang tak mengenang budi langsung kan?

Tapi, ye lah.. dah namanya manusia. Memang mudah lupa pada jasa orang lain. Lebih-lebih lagi bila dia dah senang & tak perlu meminta-minta lagi pada orang lain untuk menolong diri dia. Terus buka cerita baru.. "Hal kau, hal kau aje, bukan hal aku..." Sedangkan, dia mungkin terlupa siapa orang yang menolong dia masa susah dulu. Sanggup susah & senang bersama, hinggakan kepentingan diri-sendiri pun sanggup diketepikan, semata-mata nak pastikan yang dia tak kesusahan & bahagia. Walaupun bantuan sekadar yang termampu, tetapi cukup untuk melegakan sesak didada.

Sedih, kecewa, terkilan... kenapa sampai begitu drastik sekali perubahan yang ditunjukkan. Atau mungkin takut, orang yang dulu menolong meminta balasan? Tak mungkin, kerana orang itu masih berkudrat untuk menampung diri-sendiri dan bukannya mata duitan atau materialistik.. yang diinginkan cuma sebuah KEJUJURAN. Itu sahaja. Tapi dibalas dengan kata-kata nista... kenapa? Hanya kerana sekelumit pertolongan yang diminta...? Allahuakbar, sungguh berat ujianMu Ya Allah... cuma kesabaran yang sangat tinggi yang diperlukan saat ini. 

Rasanya tiada salahnya kalau dikongsi bersama rezeki yang dinikmati tu kan... Sekadar berbudi-bahasa, mengenang jasa bantuan orang lain. Tanpa perlu diberi "hint" atau terpaksa diungkit segala jenis bentuk bantuan yang dulu dihulurkan.. Sekiranya terdetik keikhlasan dihati, semua tu takkan berlaku. 

Tiada siapa yang sempurna, yang perfect... baik yang menolong & yang ditolong... Tanggungjawab bersama untuk bersusah senang bersama & bantuan dari orang lain itu BUKANnya satu kewajipan, tapi lebih kepada rasa kasih & tak sanggup melihat orang itu kesusahan. Sekiranya orang yang menolong itu tidak redho maka tidak akan dihalalkan semuanya dunia & akhirat. Tapi bila dah dimaki, tak mungkin pertolongan yang dah diberi itu diikhlaskan.. 

Sedetik... Kisah & Tauladan.. apa yang berlaku disekeliling aku, yang didepan mataku... Sangat memilukan. Renungkanlah diri... apakah betul apa yang kamu lakukan? apakah patut perkataan nista itu yang kamu lontarkan? Apakah patut semua itu diterima oleh orang yang telah membantu kamu? Jangan sombong & riak... 

p/s: doa ni boleh diamalkan untuk semua bukan untuk family sahaja ye.. jom kita cuba, semoga hati-hati manusia yang keras disekeliling kita akan terbuka & lembut akhirnya... InsyaAllah... amin

No comments:

Post a Comment