Showing posts with label HKL. Show all posts
Showing posts with label HKL. Show all posts

Saturday, June 22, 2013

Hospital oh Hospital

Aku kalo boleh nak elak drpd berurusan dgn hal2 berkaitan dgn hospital ni... kalo boleh la kan. Sakit jiwa dibuatnya.. elok2 aku sihat, mau aku pulak yg kena admit.... haaaiiihhh

Baru2 ni kan daddy aku admitted, 3 hari 2 mlm.. 1 mlm di ICU, 1 mlm lg wad biasa. Masa mlm last daddy aku kat spital, dtg sorg nurse india, agak muda.. btau yg daddy aku dah boleh discharge. Tapi kena tunggu kejap la, sbb dorg nak prepare segala documentation & akan amik masa dlm 2-3 jam gitu. Dah dpt semua tu nanti boleh la balik. Pastu dia tanya pulak, memandangkan masa tu dah jam 8mlm & proses documentation agak amik masa nak buat, dia tanya daddy & abg aku, sama ada nak tunggu atau datang balik esoknya utk collect dokumen2 tu. So, daddy aku kata, xpe lah kitorg tunggu je. Habis 1 part.... kitorg pun tunggu la... Tetiba, dlm lbh kurang jam 10pm +, inchik hubby ckp, nurse india tu nak balik dah, siap dgn beg nak keluar. Abg aku pun apa lg, terus ke meja nurse yg ada kat situ, tanya dokumen utk discharge da siap ke belum? Sebab nurse india yg attend kitorg td nampak mcm nak balik dah... Boleh pulak dorg ni terpinga2 mcm xtau apa. Mungkin dorg pgl nurse india tu masuk balik ke wad. 

Abg tanya dia, apa cerita dokumen yg dia kata tu, mana dianya.... Boleh pulak nurse tu jwb, "Saya ada ckp ke pakcik boleh discharge skarang? Lagipun doktor mata belum dtg utk buat check mata pakcik lg..." Kitorg dgr dia ckp gitu, masing2 dah menyirap darah... Yang ko kata nak prepare dokumen, sampai 2-3jam & tanya nak tunggu atau nak balik tu apa? Pastu apa plak tetiba masuk citer psl doktor mata bagai? Walhal, sedari mula xde pun mention psl nak check mata. Aku pun hangen la... Nape nak pusing citer? Xnak ngaku salah... Kang aku sebut kaf lam ya nga kang marah pulak... aku mula nak tinggi suara, tp sib baik dlm wad, patient sumer dah tido... terpaksa aku control la jugak... Aku ulang apa yg dia ckp awal td. Then abg tanya lg, "skarang dah pukul 11, bila doktor mata nak dtg check", dan jawapan dia... "doktor mata bz, xboleh dtg skarang sbb ada lg 3 blok dia nak round"  uuuhhhh... wat da....????!!! 3 blok hokey... bkn 3 org! bygkan berapa jam lg tu. Ok, pastu, abg aku tanya lg... "nti lepas doktor dah check mata, dah boleh discharge?" Lagi skali jawapan yg aku rasa patut dibg penampar 18kali... "itu saya tak tau, encik kena tanya doktor"

Betapa muka abg aku dah ketat seketatnya... org tu dah la bad temper... kalo kat luar spital, mau nurse india tu kena tengking kot... huhuhu... Tp mmg pastu kena sound tepat la kan... berubah gak a muka nurse tu. Pastu dia kata, skarang ni kita xboleh nak tuding jari sapa salah, sapa betul... dia mintak maaf gak la... pastu blah... Abg aku suruh aku ngan inchik hubby balik dulu. Biar dia je yg tgu. Oklah, fine... kitorg pun balik.

Sampai rumah, xdan sejam gitu.. Abg call, dorg dah sampai umah.. Aaaiikkkk... cepat pulak. Rupanya, doktor yg last check daddy aku sebelum tu kata, boleh discharge jam tu gak. Pening sudah... :P

Sekarang ni soalan aku... kenapa selalu terjadinya perkara mcm ni? Menyusahkan org ramai, ahli keluarga pesakit... Staff hospital langsung x efisyen... Bukan kata spital gomen je... spital swasta pun sama gak... Dorg ni kena hantar utk training la aku rasa... Bukan semua la yg mcm ni, mungkin cuma segelintir... tp dek kerana staff2 yg mcm ni, maka keseluruhannya tercalit sama....

hhhaaaiiihhhhh dan hhaaaaiiihhhhhh lg.....

Thursday, March 21, 2013

Mami dah discharged... jom kita pegi makan :D

huhuhu... panjangnya la tajuk :p

Mami aku dah kuar spital ari isnin lepas, leganya rasa... takde la risau sgt nak berkejar ulang-alik dr opis ke umah ke spital lg dah... Last day aku tido kat spital ari sabtu ari tu... ari ahad tengari aku balik. Terpaksa gak balik umah, risau dok pikir lama tglkan umah, tglkan rabbit2 comey aku... tglkan inchik hubby... eh :p. Tapi at d same time, risau gak nak tglkan mami aku sorg2 kat spital, takut dia kena kacau dek antu setan lg... ari tu sampai lebam lutut keteguran, ntah mana dpt xtau la... mami aku tu da la lemah semangat, org tua la katakan... tido siang2 kat spital pun boley kena kacau gak... dah zikir & ngaji pun kena jugak... cemana tu.. 

View mlm dr bilik mami aku..
Kol 1pm gitu, inchik hubby sampai spital, bwk brg2 mami skali... sementara tu aku kemas apa2 patut, siapkan air panas utk mami aku.. Perut dah berkeroncong kelaparan dr pg cuma mkn muffin Occubite yg aku beli ari jumaat ari tu... huhuhu... Siap sumer, kitorg pun balik la... 

Inchik hubby bawak aku makan kat gerai makan kat Kg. Baru, nak mkn ayam kampung katanya. Aku ok je, janji mkn.... xleh tahan dah lapor. Tengari tu tiba2 hujan la pulak, tp xla lebat sgt pun... Sampai Kg. Baru, sib baik ada parking tepi jln... 

Kedainya... Seri Banting

Antara lauk2 yg ada
Ikansss bakar...


Ayam kg goreng
Sedap gak mkn kat sini... aku yg dah berapa hari xjumpa nasi sejak ulang-alik spital, mkn xhengat kat sini wpun nasi mintak sparuh, lauk pun takat 3 jenis je.... tp tumpuanku sepenuhnya ke pinggan.. gambar2 ni sumer inchik hubby yg amikkan... sampai kena ngorat dgn awek2 kedai tu... ambbooiii cik kak... kemain lg korang ye... suka la inchik hubby kan... kan.. kan... layaannn...

Pinggang 0 aku... amik lauk semilang bercili (peberet guwe)... ayam kg... taufu sup..
Harga boleh tahan gak a kat sini... tp sib baik sedap, bayar kan je... Inchik hubby kata kalo nak yg betul2 ori punya masak ayam kg ialah kat gerai yg hujung sekali... kat mana ramai org berpusu, kat situ la kedainya... dah mcm semut pulak...  :D

Dah tu je citernya... xde mood nak update blog benornya ni... tu yg xde idea nak membebel... 

k lah ek... bye

Friday, March 15, 2013

Mami kat spital - bilik baru

K, dah selamat pindah bilik yg more privacy & relax.. View pun cantek.. Nampak KLCC & KL Tower. Tapi still ada komplen gak... Overall bilik ni ok cuma tilam katil ni mcm dok atas besi.. Nipiiisss bwhnya mmg a katil besi kan.. :p so, kitorg pun mintak la kat nurse wad baru ni extra tilam, tp nurse tu kata kat sini mmg xde extra tilam nama je wad kelas atasan, tp dorg xdpt bajet mcm wad kelas 3... Pulok ddooohhh... Maka dialasnya je la dgn extra comforter yg nipis jugak.. Ada la drpd xde kan... Redho je la...
Sent from my BlackBerry® smartphone

Mami kat spital - hari ke4

Mami aku dah pindah ke wad kelas 2 since semlm, tp baru hari ni aku dpt dtg tgk. Observation aku dlm masa sejam kat sini... Wad kelas 3 is much more better in terms of layanan doctors & staff nurses wpun wad sana lebih ramai pesakit. Kat sini agak wpun pesakit xramai tp yg bisingnya ialah doctors & staff nurses nyer... Hhhmmm.. Tp nasib baik jap lg nak pindah ke wad kelas 1. Tgh tgu bilik clear kot, ptt jam 6.30pm td.

Dan 1 perkara lg, yg aku tau dlm wad xleh guna henfon kan, tp... Staff nurse yg dtg check darah mami aku td, sambil operate mesin tekanan darah boleh berfb lg kat fon... Muka xbley blah serius... Alahaiiii... Xfokus lgsg!!
Sent from my BlackBerry® smartphone

Thursday, March 14, 2013

Mami Masuk Spital

Isnin 11/3/2013 @ 12.38am
Aku dah tido time ni, tetiba masuk 1 sms. Besenya aku malas nak tgk sbb ingatkan sms drpd maxis ke, pkr ke, umno ke... ye a, lately ni ntah apa2 sms aku dpt, ntah dr mana dorg dpt nombor... drpd maxis la tu... hampeh... Back to d story, tgk2 daddy aku yg sms. Dia kata Mami da otw ke hospital dgn abg2 aku. Terus aku call tanya apa hal. Daddy kata mami ngadu sakit dada pas batuk x benti2... 

Selasa 12/3/2013 @1.06am
Abg Edi aku plak call. Suruh aku balik umah sbb Daddy tgl sorang2, takut nti jadi apa2 plak, dah la tengah demam tu. Terus aku pun bangun, pack baju lebih kurang, siapkan mknan utk arnab2 aku, kemas apa patut... terus balik umah sana.

2.16am
Aku & inchik hubby sampai umah sana. Terang-benderang lampu umah, Daddy tgh tgk tv. Inchik hubby terus naik bilik tido sbb nti kol 5.30am nak terus kuar g skool. Aku tido pun dlm kol 4-5am gitu kot... lepas tu Abg Edi call btau Mami dah masuk wad. Kena tahan daaaa... Citer detail xtau lg, masa tu dia cuma kata Mami kena lung infection.

7.35am
Aku sms boss, kata aku amik EL utk ari selasa tu. Pastu siap2 aku pack kain baju Mami, bekalan sumer. Sambil2 tu kemas umah lebih kurang. Siapkan sarapan. Borak2 ngan Abg Emy (abg sulung) aku, dia kata tgh mlm tu panik sbb Daddy jerit pgl dorg kata Mami sakit dada. Kelam-kabut msg2 siap nak bawak mami g spital.

12pm
Abg Halil hantar aku dgn Abg Emy g spital, bwk brg2 segala. Byknya la keta, sampai nak parking pun susah, panas terik lak tu. Last2 Abg Halil xdpt naik tgk, psl xde parking lgsg... nak tak nak dia balik a nak amik Akim dr skool. Naik tingkat 5, masuk wad kelas 3... haddooiii... ramainya la weh yg sakit... katil Mami yg last skali. Sibuk Mami suruh tukarkan ke bilik lain, kelas 1 punya. Dah tu ada plak la, makcik mental kat wad tu. Katil dia jauh sket dr katil Mami... huhhu... mmg mental la sapa yg x tahan... termsk a aku... asik dok pgl2 anak2 dia suruh bgn tido... tp aku tgk doktor & nurse kat situ mcm buat layan xlayan je. Mami kata, mlm pun makcik tu mcm tu, sampai xleh tido dibuatnya... Waktu  melawat kat HKL ialah dr jam 12.30pm - 2.30pm & 4.30pm-7.30pm... hari tu aku tgu gak la sampai 7.30pm, Abg Emy blk dulu tengari tu. Gila lama aku xteman mami kat spital sejak dia pencen cikgu, masa dia mengajar dulu selalu gak la admitted kat HKL & selalu gak la aku bermlm sama kat situ... tp masa tu aku skolah lg...

Rabu 13/3/2013
Kol 12.30pm kitorg g spital lg. Kali ni aku terpaksa la bermlm jugak teman mami. Sbb Mami xleh nak jln sendiri, takut tiba2 pitam kang, jatuh pulak... terpaksa kena ada org temankan... aku la kan... sapa lg... xpelah, bila lg nak berbakti kat org tua. Petang dlm kol 3pm lbh, nurse pindahkan Mami ke katil lain yg agak jauh sket drpd makcik mental tu, tp still boleh dgr la suara dia.... huhuhu... Pastu aku dok terpikir, cemana aku nak tido mlm ek... Tido duduk? Boleh tahan ke aku, dgn tulang blakang yg bengkok ni.... peeehhhh... tahankan je la, nak wat cemana? Mami 2-3 kali gak berulang ke bilik air.. terpaksa aku sorong ngan wheelchair (lupa lak nak suruh Mami buat tgn mcm Usop Wilcha) hikhikhik.... :p

Jam dah melepasi waktu melawat... abg2 aku dah balik sumer... tgl aku je terkonteng2 kat situ... apa nak buat ni... Henfon cap ayam katik aku, dah nak abis bateri... harus aku off sumer apps... mati akal aku, xtau apa nak buat.... asik la dok ulang baca paper pg td... sampai pedih2 mata.... pukul berapa ntah aku terlelap jap... terjaga bila tiba2 blakang aku rasa perit... addooiiyyyaaiii.... baru berapa jam, belum pagi pun lg... rasanya setiap jam aku terjaga, xleh nak tido... dah kol 3am, husband achi katil sebelah dtg tgk bini dia, ntah cemana dia leh masuk wad pompuan, pastu ntahkan berbincang ke, bergaduh ke, aku xpaham apa dia ckp tp gayanya mcm marah2 je... aku terkejut part husband achi tu sebut salam dgn penuh kemudian buat hand language (mencarut) kat bini dia... maakkk aaiiiii..... agak nak mencarut pun jgn a guna bahasa quran.. dasar kamlamyanga!! bengang gak aku....Dalam bengang2 tu aku cuba tido balik... terlelap, xpasan ntah bila husband achi tu blah.

5am
Lampu2 sumer dah bukak... nurse2 tgh siap2 nak bg ubat kat pesakit2. Aku terkebil2 paksa bukak mata... Lepas turn mami mkn ubat, cek darah sumer... aku try pejam mata blk sambil bersandar.... serius blakang aku dah sakit time tu, tp aku wat donno je malas nak komplen. Kol 6am, bgn blk, mami nak mandi... Apa2 hal aku g amik wheelcair dulu. Xlarat aku nak papah, bilik air agak jauh ke belakang. Dah siap sumer, aku plak g mandi, sebelum kena ramai lg masuk kan... dah mcm kat hostel plak aku rasa :p 

8am
Doktor segala jenis doktor, ntah doktor pelatih ke, pakar ke aku dah xtau nak beza.... dtg check mami. Tanya itu ini... nti kejap lg, dtg lak doktor lain, tanya lg.... aku ni dah la xsuka org tanya byk2 kali... tensen la plak. Kejap kang cucuk amik darah... Nasib baik doktor pompuan sorg tu boleh tahan lawa, suka aku tgk sbb mcm muka artis, bersih je kulitnya, ckp pun lembut (oiiiii.... aku straight okay... tp sbb aku mmg suka tgk pompuan cantik, aku puji ikhlas)... Majoriti doktor2 & nurse2 kat situ berbudi bahasa... mami aku dok ulang tanya byk kali psl bilik yg dia request pun dorg still boleh senyum menjawab, wpun dlm hati dah bosan nak jwb (paham sgt)... X lama pastu sarapan pun sampai... menu hospital paham2 je la kan.. Nak komplen xguna, dah menu org sakit katanya... Yg aku plak, xmkn2 dr semlm... just mkn kuih bahulu 3 biji, lapar tp xde selera... Nak tak nak, sebelum aku plak tiba2 join mami, baik aku g cari mknan dulu. Turun ke kedai bwh, beli kuih pau 2 biji, sandwich, nasi lemak... tapikan, kena menapak nak turun sbb lif tgh under maintenance... takpe a turun, tu belum citer naik lg... Pas beli2 tu, ingatkan dorg dah siap, rupanya belum... terpaksa menapak plak ke tgkt 5. Ko bygkan la senah... ahkak menapak ke tgkt 5, dgn belum mkn, belum minum telan air liur semata.... peeehhh... lencun baju, tudung segala... sampai2 tgkt 5, terus aku beli air tin sejuk dr vending machine, sambil menggigil2... balik ke katil mak aku, cuma sebiji pau je aku lalu mkn, yg lain xpandang pun.. haddooiiii

Sorg doktor (pakar) kot... pompuan, lupa apa nama dia... dgr briefing drpd doktor cantik td. Pastu terus dia explain kat Mami & aku, keadaan mcm mana. Tgk pada x-ray, mmg ada jangkitan kuman kat paru2 belah kiri bawah, ada blockage kat salur jantung tp block separuh, nadi tak sekata & darah xcukup garam potassium. Kaedahnya skang, utk paru2 just mkn ubat, untuk saluran tersumbat terpaksa amik nebulizer & mkn ubat cairkan darah, untuk darah pulak kena drip dgn garam potasium... tgk keadaan mcm mana until hujung minggu ni. Kalo salur tersumbat tu dah clear & nadi dah sekata, boleh discharge, kalo x kena stay lg... haiiyyooo... Yang Mami dah ngeluh asik kena cucuk amik darah je. Nak wat cemana kan, dah gitu la kalo dok spital. Kalo xkena cucuk xsah...

kol 1pm, abg emy sampai. abg edi tgh cari parking. Mmg xkan dpt la parking time tengari gitu, terus dia call tanya aku nak balik ke tak... aku kata nak la balik. nak rehat.. aku kena baring jugak... xleh tahan dah. Tgl la abg emy tgu mami sampai ptg. Aku ingat nak dtg blk ptg tu, tp rupanya aku takleh nak bgn! Terus abg edi je yg pegi spital jemput abg emy. Ptg tu jugak Mami dpt tukar ke wad kelas 2, tu pun sbb makcik aku Angah Roslin yg call spital. Makcik aku tu Matron tp dah pencen, skang attach dgn Kementerian Kesihatan. Alhamdulillah... dpt la jugak tukar wpun bukan kelas 1. Sementara la kot, nak tgu Kelas 1 ada bilik kosong. Kalo dpt nanti lg senang, abg aku boleh tgu tiap2 mlm.

Kat umah, ptg tu aku gagahkan jugak bgn, masak utk mkn mlm. Inchik hubby dah blk, aku mintak dia masakkan sup ayam. Daddy plak demam lg. Alahai... mmg thn uzur ke gaknya a? Aku yg baru nak baik demam ni pun, da terasa mcm nak demam balik. Kitorg tunggu Abg2 aku balik umah dulu, kalo x nanti Daddy tgl sorg plak. Kol 8.30pm dorg sampai umah, aku siap2 nak balik skali la... otw nak balik pakcik aku, Busu plak call. Tanya sapa tgu Mami kat spital. Aku ckp takde sapa, aku takleh tgu dah, esok nak keje, dah 2 ari amik EL... xbest la plak... Dah kena bebel.. itu la, ini la, mcm mana la Mami nak g toilet, susah nak pgl nurse... aadddooooiiiiii..... aku plak yg kena ke? Kata just nak ckp je, tp cara ckp tu bunyinya mcm aku plak xbertanggungjawab... sib baik bateri fon dah weak, terus call terputus. Dah sampai umah aku, baru perasan handbag aku tgl... sekali dgn tag opis & kunci umah... hhhmmmm.... xkan nak patah blk...

Masuk umah, leganya wpun sakit ati tgk umah berterabur dgn baja2 Byte & Bella... tp sbb rindu sgt kat 2 ekor ni, xleh nak marah... aku gak yg bela dorg kan... nak kurung dlm sangkar x sampai ati lak..

k, sambung later. penat xilang lg ni. ptg ni ntah pegi spital ke x, sbb inchik hubby dah ada kat sana. P register utk sleeping test esok.


Wednesday, March 13, 2013

Wordless Wednesday

Sent from my BlackBerry® smartphone