Thursday, March 14, 2013

Mami Masuk Spital

Isnin 11/3/2013 @ 12.38am
Aku dah tido time ni, tetiba masuk 1 sms. Besenya aku malas nak tgk sbb ingatkan sms drpd maxis ke, pkr ke, umno ke... ye a, lately ni ntah apa2 sms aku dpt, ntah dr mana dorg dpt nombor... drpd maxis la tu... hampeh... Back to d story, tgk2 daddy aku yg sms. Dia kata Mami da otw ke hospital dgn abg2 aku. Terus aku call tanya apa hal. Daddy kata mami ngadu sakit dada pas batuk x benti2... 

Selasa 12/3/2013 @1.06am
Abg Edi aku plak call. Suruh aku balik umah sbb Daddy tgl sorang2, takut nti jadi apa2 plak, dah la tengah demam tu. Terus aku pun bangun, pack baju lebih kurang, siapkan mknan utk arnab2 aku, kemas apa patut... terus balik umah sana.

2.16am
Aku & inchik hubby sampai umah sana. Terang-benderang lampu umah, Daddy tgh tgk tv. Inchik hubby terus naik bilik tido sbb nti kol 5.30am nak terus kuar g skool. Aku tido pun dlm kol 4-5am gitu kot... lepas tu Abg Edi call btau Mami dah masuk wad. Kena tahan daaaa... Citer detail xtau lg, masa tu dia cuma kata Mami kena lung infection.

7.35am
Aku sms boss, kata aku amik EL utk ari selasa tu. Pastu siap2 aku pack kain baju Mami, bekalan sumer. Sambil2 tu kemas umah lebih kurang. Siapkan sarapan. Borak2 ngan Abg Emy (abg sulung) aku, dia kata tgh mlm tu panik sbb Daddy jerit pgl dorg kata Mami sakit dada. Kelam-kabut msg2 siap nak bawak mami g spital.

12pm
Abg Halil hantar aku dgn Abg Emy g spital, bwk brg2 segala. Byknya la keta, sampai nak parking pun susah, panas terik lak tu. Last2 Abg Halil xdpt naik tgk, psl xde parking lgsg... nak tak nak dia balik a nak amik Akim dr skool. Naik tingkat 5, masuk wad kelas 3... haddooiii... ramainya la weh yg sakit... katil Mami yg last skali. Sibuk Mami suruh tukarkan ke bilik lain, kelas 1 punya. Dah tu ada plak la, makcik mental kat wad tu. Katil dia jauh sket dr katil Mami... huhhu... mmg mental la sapa yg x tahan... termsk a aku... asik dok pgl2 anak2 dia suruh bgn tido... tp aku tgk doktor & nurse kat situ mcm buat layan xlayan je. Mami kata, mlm pun makcik tu mcm tu, sampai xleh tido dibuatnya... Waktu  melawat kat HKL ialah dr jam 12.30pm - 2.30pm & 4.30pm-7.30pm... hari tu aku tgu gak la sampai 7.30pm, Abg Emy blk dulu tengari tu. Gila lama aku xteman mami kat spital sejak dia pencen cikgu, masa dia mengajar dulu selalu gak la admitted kat HKL & selalu gak la aku bermlm sama kat situ... tp masa tu aku skolah lg...

Rabu 13/3/2013
Kol 12.30pm kitorg g spital lg. Kali ni aku terpaksa la bermlm jugak teman mami. Sbb Mami xleh nak jln sendiri, takut tiba2 pitam kang, jatuh pulak... terpaksa kena ada org temankan... aku la kan... sapa lg... xpelah, bila lg nak berbakti kat org tua. Petang dlm kol 3pm lbh, nurse pindahkan Mami ke katil lain yg agak jauh sket drpd makcik mental tu, tp still boleh dgr la suara dia.... huhuhu... Pastu aku dok terpikir, cemana aku nak tido mlm ek... Tido duduk? Boleh tahan ke aku, dgn tulang blakang yg bengkok ni.... peeehhhh... tahankan je la, nak wat cemana? Mami 2-3 kali gak berulang ke bilik air.. terpaksa aku sorong ngan wheelchair (lupa lak nak suruh Mami buat tgn mcm Usop Wilcha) hikhikhik.... :p

Jam dah melepasi waktu melawat... abg2 aku dah balik sumer... tgl aku je terkonteng2 kat situ... apa nak buat ni... Henfon cap ayam katik aku, dah nak abis bateri... harus aku off sumer apps... mati akal aku, xtau apa nak buat.... asik la dok ulang baca paper pg td... sampai pedih2 mata.... pukul berapa ntah aku terlelap jap... terjaga bila tiba2 blakang aku rasa perit... addooiiyyyaaiii.... baru berapa jam, belum pagi pun lg... rasanya setiap jam aku terjaga, xleh nak tido... dah kol 3am, husband achi katil sebelah dtg tgk bini dia, ntah cemana dia leh masuk wad pompuan, pastu ntahkan berbincang ke, bergaduh ke, aku xpaham apa dia ckp tp gayanya mcm marah2 je... aku terkejut part husband achi tu sebut salam dgn penuh kemudian buat hand language (mencarut) kat bini dia... maakkk aaiiiii..... agak nak mencarut pun jgn a guna bahasa quran.. dasar kamlamyanga!! bengang gak aku....Dalam bengang2 tu aku cuba tido balik... terlelap, xpasan ntah bila husband achi tu blah.

5am
Lampu2 sumer dah bukak... nurse2 tgh siap2 nak bg ubat kat pesakit2. Aku terkebil2 paksa bukak mata... Lepas turn mami mkn ubat, cek darah sumer... aku try pejam mata blk sambil bersandar.... serius blakang aku dah sakit time tu, tp aku wat donno je malas nak komplen. Kol 6am, bgn blk, mami nak mandi... Apa2 hal aku g amik wheelcair dulu. Xlarat aku nak papah, bilik air agak jauh ke belakang. Dah siap sumer, aku plak g mandi, sebelum kena ramai lg masuk kan... dah mcm kat hostel plak aku rasa :p 

8am
Doktor segala jenis doktor, ntah doktor pelatih ke, pakar ke aku dah xtau nak beza.... dtg check mami. Tanya itu ini... nti kejap lg, dtg lak doktor lain, tanya lg.... aku ni dah la xsuka org tanya byk2 kali... tensen la plak. Kejap kang cucuk amik darah... Nasib baik doktor pompuan sorg tu boleh tahan lawa, suka aku tgk sbb mcm muka artis, bersih je kulitnya, ckp pun lembut (oiiiii.... aku straight okay... tp sbb aku mmg suka tgk pompuan cantik, aku puji ikhlas)... Majoriti doktor2 & nurse2 kat situ berbudi bahasa... mami aku dok ulang tanya byk kali psl bilik yg dia request pun dorg still boleh senyum menjawab, wpun dlm hati dah bosan nak jwb (paham sgt)... X lama pastu sarapan pun sampai... menu hospital paham2 je la kan.. Nak komplen xguna, dah menu org sakit katanya... Yg aku plak, xmkn2 dr semlm... just mkn kuih bahulu 3 biji, lapar tp xde selera... Nak tak nak, sebelum aku plak tiba2 join mami, baik aku g cari mknan dulu. Turun ke kedai bwh, beli kuih pau 2 biji, sandwich, nasi lemak... tapikan, kena menapak nak turun sbb lif tgh under maintenance... takpe a turun, tu belum citer naik lg... Pas beli2 tu, ingatkan dorg dah siap, rupanya belum... terpaksa menapak plak ke tgkt 5. Ko bygkan la senah... ahkak menapak ke tgkt 5, dgn belum mkn, belum minum telan air liur semata.... peeehhh... lencun baju, tudung segala... sampai2 tgkt 5, terus aku beli air tin sejuk dr vending machine, sambil menggigil2... balik ke katil mak aku, cuma sebiji pau je aku lalu mkn, yg lain xpandang pun.. haddooiiii

Sorg doktor (pakar) kot... pompuan, lupa apa nama dia... dgr briefing drpd doktor cantik td. Pastu terus dia explain kat Mami & aku, keadaan mcm mana. Tgk pada x-ray, mmg ada jangkitan kuman kat paru2 belah kiri bawah, ada blockage kat salur jantung tp block separuh, nadi tak sekata & darah xcukup garam potassium. Kaedahnya skang, utk paru2 just mkn ubat, untuk saluran tersumbat terpaksa amik nebulizer & mkn ubat cairkan darah, untuk darah pulak kena drip dgn garam potasium... tgk keadaan mcm mana until hujung minggu ni. Kalo salur tersumbat tu dah clear & nadi dah sekata, boleh discharge, kalo x kena stay lg... haiiyyooo... Yang Mami dah ngeluh asik kena cucuk amik darah je. Nak wat cemana kan, dah gitu la kalo dok spital. Kalo xkena cucuk xsah...

kol 1pm, abg emy sampai. abg edi tgh cari parking. Mmg xkan dpt la parking time tengari gitu, terus dia call tanya aku nak balik ke tak... aku kata nak la balik. nak rehat.. aku kena baring jugak... xleh tahan dah. Tgl la abg emy tgu mami sampai ptg. Aku ingat nak dtg blk ptg tu, tp rupanya aku takleh nak bgn! Terus abg edi je yg pegi spital jemput abg emy. Ptg tu jugak Mami dpt tukar ke wad kelas 2, tu pun sbb makcik aku Angah Roslin yg call spital. Makcik aku tu Matron tp dah pencen, skang attach dgn Kementerian Kesihatan. Alhamdulillah... dpt la jugak tukar wpun bukan kelas 1. Sementara la kot, nak tgu Kelas 1 ada bilik kosong. Kalo dpt nanti lg senang, abg aku boleh tgu tiap2 mlm.

Kat umah, ptg tu aku gagahkan jugak bgn, masak utk mkn mlm. Inchik hubby dah blk, aku mintak dia masakkan sup ayam. Daddy plak demam lg. Alahai... mmg thn uzur ke gaknya a? Aku yg baru nak baik demam ni pun, da terasa mcm nak demam balik. Kitorg tunggu Abg2 aku balik umah dulu, kalo x nanti Daddy tgl sorg plak. Kol 8.30pm dorg sampai umah, aku siap2 nak balik skali la... otw nak balik pakcik aku, Busu plak call. Tanya sapa tgu Mami kat spital. Aku ckp takde sapa, aku takleh tgu dah, esok nak keje, dah 2 ari amik EL... xbest la plak... Dah kena bebel.. itu la, ini la, mcm mana la Mami nak g toilet, susah nak pgl nurse... aadddooooiiiiii..... aku plak yg kena ke? Kata just nak ckp je, tp cara ckp tu bunyinya mcm aku plak xbertanggungjawab... sib baik bateri fon dah weak, terus call terputus. Dah sampai umah aku, baru perasan handbag aku tgl... sekali dgn tag opis & kunci umah... hhhmmmm.... xkan nak patah blk...

Masuk umah, leganya wpun sakit ati tgk umah berterabur dgn baja2 Byte & Bella... tp sbb rindu sgt kat 2 ekor ni, xleh nak marah... aku gak yg bela dorg kan... nak kurung dlm sangkar x sampai ati lak..

k, sambung later. penat xilang lg ni. ptg ni ntah pegi spital ke x, sbb inchik hubby dah ada kat sana. P register utk sleeping test esok.


No comments:

Post a Comment