Showing posts with label awas. Show all posts
Showing posts with label awas. Show all posts

Tuesday, April 1, 2014

Sihat Cara Aku....

Sebelum kawen : Penyakit yg selalu & kerap kali datang menyerang 
1) migraine 
2) resdung 
3) sakit belakang
 4) Senggugut tiap2 bulan

Ubat yg mesti ada dlm beg & kat rumah : 
1) Pain Killer (panadol biasa dah tak jalan) 
2) Minyak angin 
3) Yoko-yoko/koyok (yg jenis panas menyengit punya)
4) Panadol Menstrual (Inchik Hubby panggil Panadol PINK :p)

Selepas kawen : 
1) Migraine ~ dah segan2 nak singgah. 
2) Resdung ~ merajuk/hilang terus 
3) Sakit belakang ~ terus terlupa tulang belakang bengkok :D
4) Senggugut ~ Cuma rasa lenguh2 kat sendi2 seminggu sebelum period. Bila dah tiba harinya, still cergas macam biasa walaupun pengeluaran di hari pertama agak heavy. 

Macam mana boleh jauh berbeza? Aku ingatkan sebab hormon lepas kawen punyer hal.. eheemmm... ahaakkss... pun salah satu penyumbang jugak kan? Tapi penyumbang2 yg lain ialah sebab aku mula amalkan pengambilan supplement. (pesal skema sgt ayat aku neh.... ish).. tapi betul la, tak tipu... xbaik tipu, dosa.. kan... kan... aaaaa... :D

Jujur la aku citer ni, sebelum kawen aku mmg tak berapa nak rajin & percaya kat supplement2 ni bagai... pada aku yg penting cukup setakat jaga pemakanan & exercise... supplement ni sumer bazir duit je. Tapi serius aku nyesal giler ada pemikiran gitu. Kalo aku tau la kan... duluuuuuuuuuuuuuuuuuuuu lagi aku dah amik supplement. Takde la aku sakit itu ini... Sket2 g klinik.. Mungkin jugak boleh bantu 'kakak' aku sembuhkan cancer ovari dia (al-fatihah)... Tapi dah terlambat. Sekarang ni, aku dah cuba & mmg serasi dengan aku & aku nak share dengan korang jugak... takde paksaan disini tapi korang pikir2kan la... Aku dah citer pasal Shaklee ari tu kan.. ni aku nak citer lg...

Baru berapa bulan aku amik supplement Shaklee ni... Penyakit rutin aku sumer xde dah... best wooo... 

Supplement apa yg aku amik untuk penyakit2 aku tadi tu... 

Untuk Migraine : Ostematrix & B Complex
Untuk Senggugut : GLA Complex, Ostematrix & B Complex
Untuk Sakit belakang/tulang : Ostematrix, Omega Guard & Advanced Joint Health Tablet
Untuk Resdung : B Complex, Vitamin C & Alfalfa





Nampak mcm byk je kan... tp perasan x, supplement2 tu byk yg berulang kali aku sebut eh taip... haaa... kan... tu lah.... :p Ok lah, aku bab exercise agak kureng byk... tp turun naik tangga tiap2 ari tu pun kira exercise gak kot ek... hehehe... So, sejak hari pertama aku jatuh cinta dgn Shaklee... aku tak kira dah.. asal habis je, aku top up... untuk mkn sorang boleh sebotol tu tahan 2-3 bln tengok pada kuantiti kandungan tablet tu la kan.. kalo share haruslah cepat habis. Skang ni, aku mesti beli 2 set.. (yg mana kena mkn waktu pagi & tengari je) 1 set letak kat opis, 1 set letak kat umah... xyah tiap2 hari nak berangkut pegi balik... 

Dan 1 lg yg aku amik tiap2 pagi sebelum g keje ialah... ESP & minuman lepas lunch aku ialah Performance Drink. Kenapa? Sbb ESP elok utk kulit ko Senah... gebus jadinya.. ni aku nak beli petang kang, stok kat umah dah tgl untuk esok je lagi... selain untuk kulit, elok untuk elak ko kelemauan kat opis pagi2... hehe... Performance Drink plak aku amik pas lunch dlm kol 2 - 3pm gitu... elok mata nak lelap pekena Performance Drink, terus cerah bijik mata ko sampai ke malam... tp time tido, ko tido la kan... :p

Dan kalo nak tau... kombinasi ESP + Vitamic C = superb untuk kulit yg lebih cantik & mulus... jerawat pun segan2 je nak singgah... best x.. best x... :D

Tinggal lak 1 lagi... VIVIX... sejak amik Vivix tidur mlm ku selalu lena.. rasa beeesssttttt je tido...gituuu... Vivix ni sebenarnya dalam keluarga Shaklee dipanggil Magic Potion pasai Vivix membantu penambahbaikan sel2 tubuh secara menyeluruh gitu... itu ikut pemahaman aku la kan... sapa2 yg penagih rokok ketegaq tu kalo nak benti merokok cuba amik Vivix ni... try test cuba la... x rugi apa pun..

ooo ye a... vivix pun dah habis... kena top up jugak.. hehehe... 


Lain2 keajaiban supplement ni korang boleh tengok kat blog lg 1 : Kita Dan Vitamin atau fb page Kita Dan Vitamin.

Ada sapa2 nak try Shaklee... ?? 

Wednesday, July 10, 2013

Ragut di lampu isyarat



Ladies... berhati2 k... jgn biarkan ini terjadi kpd kita... beg tangan make sure jgn letak di seat belah penumpang.. lg elok sorokkan sket dibawah seat atau tmpt2 yg org luar xboleh nampak atau capai... raya xlama lagi, walaupun baru sehari kita mula berpuasa... beringat sebelum kena, nak menyesal kemudian tak guna dah... masa ni la penjenayah bertambah ligat nak cari rezeki mudah....

Friday, July 5, 2013

Umur 4 tahun sudah ketagih dadah....?

Korang baca paper harian metro ari ni x? Cemana la masa depan budak pompuan ni nanti ek? hhhmmmm... ;(

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Siti Norhidayatidayu Razali - Harian Metro
Kuala Lumpur: Usianya baru empat tahun, namun sudah ketagihan dadah selepas terdedah kepada perbuatan ibu bapanya yang juga penagih dadah tegar melepas gian di hadapan kanak-kanak perempuan itu.
Lebih mengejutkan kanak-kanak itu turut dipercayai menjadi mangsa gangguan seksual di kawasan tempat tinggalnya di Jalan Chow Kit, di sini, menyebabkan dia menjadi trauma terhadap lelaki.

Bagaimanapun, pihak berkuasa sukar mengesan siapa pelaku gangguan seksual itu berikutan tempat tinggal mangsa dan ibu bapanya dipenuhi penagih dadah.
Mangsa ditempatkan di sebuah pusat perlindungan kanak-kanak di pinggir ibu kota selepas ibu bapanya ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah sebulan lalu.

Jurucakap pusat perlindungan itu berkata, mangsa petah bercakap dan dia menceritakan tinggal dalam rumah yang turut menjadi tempat penginapan beberapa penagih dadah lain.

“Difahamkan, kanak-kanak itu sejak kecil membesar dalam keadaan persekitaran yang amat teruk iaitu dikelilingi penagih dadah berikutan kedua-dua ibu bapanya juga penagih dadah. “Setiap hari mereka melepaskan gian di hadapan kanak-kanak itu menyebabkan dia kerap terdedah kepada asap dadah itu hingga turut mengalami ketagihan,” katanya.
Selepas ibu bapanya ditahan dan dimasukkan ke penjara, kanak-kanak itu terabai sebelum dia diselamatkan sebuah yayasan kebajikan, seterusnya dihantar ke pusat perlindungan.

Jurucakap itu berkata, mangsa tidak menunjukkan sebarang reaksi aneh ketika mula-mula berada di pusat perlindungan sehingga dia demam pada 1 Julai lalu dan dihantar ke hospital untuk rawatan.
“Doktor wanita yang merawatnya mendapati mangsa mengalami trauma yang teruk terhadap lelaki. Ini kerana, apabila doktor lelaki mendekatinya untuk pemeriksaan, dia takut dan mula menjerit.

“Berikutan itu, doktor wanita berkenaan percaya kanak-kanak itu mangsa gangguan seksual,” katanya.

Doktor berkenaan kemudian membuat laporan di Balai Polis Cheras.

Friday, April 26, 2013

Pemandu yg ✗ sayang nyawa

Malam td, otw nak balik ke rumah dr Festival City.. Kereta Myvi putih ni, dok cucuk keta kitorg dr belakang, siap bg lampu tinggi lg. Padahal jalan ada 3 lane, kitorg kat lane tengah. Dah kalo nak laju sgt, pegi la lane kanan skali, apa hal lak nak cucuk2 keta org? Inchik hubby pun da hangen 1 bdn.. Nak ke kiri ada plak lori pikap, nak xnak kitorg terpaksa laju lg & potong lori tu. Tapi yg sengalnya, lori tu pun xreti nak slow, xkan xnampak Myvi putih mcm nak tercirit lajunya kat blakang kitorg. Nasib baik xeksiden sbb mmg dah dkt sgt jarak lori dgn keta kitorg. Yg Myvi putih sengal tu terus ptg kitorg masuk simpang kiri, yg mana sehala dgn laluan kitorg!! Sekali lorong tu jem dowh... Dia boleh plak cilok ke belah kanan jalan besar & then masuk balik ke belah kiri... Samseng btl!

Yang bestnya apa? Kitorg dok perati jugak keta tu nak hala ke perumahan mana... Rupa-rupanya sama apartment dgn kitorg!!!! Drivernya pun budak2 je lg, mcm budak U je. Boleh plak jln berlenggang kangkung ke block apartment dia. Ingatkan emergency la sgt nak g jamban!! Baldigol sood punya org... Akai takdak!!

Sent from my BlackBerry®

Thursday, April 4, 2013

Kena Ragut

Tetiba citer psl kena ragut... tapi bukan aku la... nauzubillah, mintak dijauhkan drpd kena ragut atau perbuatan yg tak bertanggungjawab gini.

Pagi ni aku baca metro online. Salah satu drpd tajuk utama yang menarik perhatian aku ialah "Yasmin diragut kali kedua". hhmmm... kesian dia. Bende kalo dah nak jadi akan jadi jugak, walau berhati2 cemana skalipun  kan... Menurut artikel, Yasmin letak beg dia kat seat belah penumpang & waktu kejadian dia tgh berhenti kat trafik lite & tetiba dtg motorist smash cermin tingkap keta dia... Tapi Yasmin sempat tarik beg dia & motorist tu xdpt apa yg ditarget. 

Apa yg korang terpikir bila baca atau nampak atau terlibat dgn situasi yg mcm tu? Mcm aku selalu terpikir, org pompuan ni kdg amik mudah hal2 keselamatan mcm ni, wpun nampak remeh. Tapi kesannya??? Aku kalau drive sorang2 (sebelum kawen aku mmg akan drive sendiri nak ke mana2).. Perkara paling penting yg mula2 aku buat... masuk je keta, kunci pintu pastu keluarkan wallet & fon, handbag letak bwh seat... sama ada seat belah penumpang atau seat driver. Kenapa? Sebab kalau boleh, aku nak elakkan perkara mcm ni berlaku pd aku. Kenapa kuarkan wallet & fon? Sebab kalo lalu tol, senang la nak capai wallet & kuarkan duit kan :p xde la time tu baru terhegeh2 nak seluk beg bwh seat.... ko ingat tol tu ko sorg je yg lalu??? huhuhu... Fon pun gitu gak... time tu fon bunyi, time tu gak ko teraba2 bwh seat cari beg... kalo eksiden sapa nak jwb? unless kalo korg guna handsfree la kan... 

Satu lg cara, korg tinted la cermin keta. Ada kelebihan mentinted cermin keta ni... tp jgn la sampai gelap-gelita. Aku pun tinted cermin keta aku, tp agak melebihi sedikit dr spesifikasi yg dibenarkan... & dgn keadaan cermin yg gelap gitu telah menyelamatkan aku drpd org2 yg berniat tidak baik mungkin, alhamdulillah. Pernah ada sorg lelaki, ketuk cermin keta aku nak mintak duit. Masa tu aku berhenti kat trafik lite nak ke UM. Walau xlama, cukup utk buat aku menggigil seriau... cemana aku tau dia nak mintak duit? Sebab sebelum tu, lelaki tu dah pau driver kancil merah depan aku... driver tu rasanya lelaki cina & muda lg... nampak dia bg RM10 sekeping, kemudian sekeping lg... baru si lelaki tu beredar ke kereta aku pulak. Aku xbukak tingkap... gilo?? takat pandang dia dr dalam keta je. Dalam 2-3minit gitu, dia terus blah.

Sekali lg, kat trafik lite jugak, rasanya aku nak ke Ikea jumpa kwn... (quiet sometime, da lupa)... motorist benti sebelah keta (belah penumpang), tetiba aku terkejut sbb ada bunyi mcm org ketuk cermin keta aku dgn bende keras... aku toleh kiri, motorist tu (berdua) terus blah & aku perasan kat tgn pembonceng mcm dia pegang bende (xtau apa)... huh.... nasib baik xjadi apa2... tapi skang aku dah jarang2 sgt dpt drive sendiri (rindu pun ada gak :P)... tp aku tetap beringat jugak... beg aku selitkan kat celah seat, jgn bg org nampak terutamanya org2 yg naik motor... kena gak beringat kan... bkn nak kata sumer org yg naik motor tu jahat.

Dan 1 lg nak aku ingatkan pada korg2 wanita ni... yg bwk motor sendiri ke mana2... jgn la letak beg korg dlm raga motor tu. Biarlah sangkut beg tu kat badan cemana pun kemudian pakai jeket, maknanya beg tu berada didalam jeket. So, xde org jahat nampak & dpt meragut korg kan.... & 1 lg, pd awek2 yg membonceng motor pakwe2... kalo pakai beg yg jenis tali panjang tu, begnya jgn la diletakkan arah ke belakang... tu namanya saja nak menempah malang ye... kenapa?? lu pikir la sendiri, xkan itu pun aku nak kena bgtau....

Peringatan ni bukan utk korang je tp utk aku jugak.... Berwaspada la selalu... Dan utk kaum lelaki jugak... yg mana suka sgt tglkan wallet & fon dlm keta... tlg tukar tabiat buruk tu k.... Org kalo nak buat jahat, mmg dorg pandai je nak cari rezeki mudah.... Pecah keta & amik brg2 berharga yg ada... 1 hal plak nak kena g wat report polis, nak kena buat ic baru, bank kad baru... report kat bank, cancel credit card... call telco cancel line... leceh kan? 

Seram sungguh bila teringat bende2 gini.... hhmmmm...


Friday, March 22, 2013

Gangguan apakah....???

Pagi2 nak citer pasal ganggu-gugat nih... Tetiba lak baru terasa nak citer kat sini... 

Dalam beberapa bulan kebelakangan ni kan, kat umah aku selalu terdengar bunyi org main guli la, bunyi org berlari2 la, bunyi org dok alih2 perabut la... Yang kitorang laki bini ni dok la ingat org umah atas yg punya keje (mungkin la)... Pastu baru2 ni rasa mcm keadaan makin worst bila, tiba2 inchik hubby ngadu sakit kepala mcm kena migrain, walhal sebelum ni dia mana pernah kena sakit kepala teruk gitu. Bila dah sakit kepala, inchik hubby pun agak stress & moody... ckp pun xhengat2, sampai aku pun kdg sentap gak pastu mula la pikir yg bukan2... Aku pulak tak leh nak tido dlm gelap, xselesa rasanya... Jadinya sampai ke subuh la aku tido dgn lampu terbukak.. Naluri aku kata mcm ada yg xkena lately ni. Puas la aku pikir.... tetiba teringat pakcik aku ada bagi ubat utk pendinding diri & rumah... aku terus mintak inchik hubby buat hari tu jugak... Percaya atau x, yg penting ikhtiar asalkan tak syirik... Surprisingly, mlm tu terus takde bunyi org main guli & lari2 & alih2 brg.... lega gak rasanya. Tapi esok mlmnya & mlm td... bunyi guli dah takde, tp bunyi org berlari terasa makin kuat pulak.... haddooiiii.... Pasni nak beli cd rukyah, nak pasang kat umah utk halau jin setan...

Semlm ada sorang ustaz, mami aku jemput dtg ke rumah... sbb mami aku still xbaik2 lg. Asal senja je, mula sakit2 & pitam... waktu siang ok pulak. Lepas keje terus aku & inchik hubby balik rumah sana & btau ustaz pasal masalah kitorg. Ustaz tu kata, sebelum nak 'pagar' rumah, tuan rumah kena bersih rohani & jasmani dulu sbb mana la tau, kita dok ingat umah tu yg 'kotor' walhalnya tuan punya badan yg 'kotor'...& bende2 halus ni suka mengikut... Jadi pulihkan diri sendiri dulu... Jenuh la kitorg dimengajikan dek ustaz tu... huhuhu... Permulaannya, kitorg kena mandi air yg dah dibaca dek ustaz td & mandi air batu selepas asar, nanti dlm seminggu kita tgk apa tindakan selanjutnya.

Nama ustaz tu Ustaz Shamsul Manab. Korang leh g kat link tu kalo nak cuba. Kaedah pentingnya kita cuba utk pulihkan keadaan rumahtangga & kesihatan, Ustaz ni xde guna jampi serapah bagai2... cuma berdasarkan ayat al-quran semata & bayaran ikut ikhlas. Nak panggil dia ke rumah boleh atau nak ke klinik dia pun boleh. Kalo xsilap semlm katanya klinik dia kat Pandan Indah, berdekatan dgn hospital ampang.


(81) "Dan apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya 
(dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan"
(82) "Dan Allah sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, 
walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa"

Wednesday, March 6, 2013

Ooohhh.... Lahad Datu

Dah hampir sebulan... masalah pencerobohon di Lahad Datu still berterusan, ntah bila akan tamat... Malah makin lama makin bertambah parah... segala macam update aku baca, dari blog ke berita, fb, watsapp.... segala medium yg ada... simpati pada rakyat Sabah, tak terbygkan akan ketakutan yg mereka alami. Selama ni cuma tgk negara2 bergolak yg lain je berperang, xterlintas akan berlaku perkara yg sama di negara sendiri. Harap jgn merebak sampai ke Semenanjung sudah... nauzubillah... 

Teringat peristiwa Memali di Kedah dlm thn 80an dulu... bezanya di Memali berperang dgn rakyat sendiri, tp kali ni berperang dgn rakyat lain yg dikatakan menceroboh. Pertumpahan darah berlaku, perajurit negara berjuang sehabis nyawa. Simpati kpd keluarga yg ditinggalkan. 

Aku xnak cerita pjg, sbb aku xnak menjadi salah sorg pengulas x bertauliah tentang peperangan ni, sbb aku sendiri xpasti punca pergaduhan yg berlaku, siapa yg betul, siapa yg salah... berbaur politik katanya... wallahualam.

Semoga segera selesai kemelut yg melanda negara, sebelum lg ramai nyawa perajurit yg terkorban.... Sama2 la kita berharap & berdoa... Semoga Malaysia aman damai seperti sedia kala. 

Amin.


Thursday, February 21, 2013

Lagi2 Baby Didera...

Tergempar sungguh apa yg berlaku baru2 ni. Walau dah kena penjara 20 thn, aku tetap nak post jugak citer ni... 

Ada masalah mental kot amah ni... baru 1 hari je keje dah buat kejam gitu. Tapi nasib baik gak mak bapak baby tu bijak, pasang cctv & connect ke fon. Kalo x? Mau balik keje, anak tu dah jadi arwah kot... 

Bila aku tgk kat berita, terang2 amah setan tu dok lambung2 baby tu, aku pulak yg terjerit kat umah... maakkk aaaiihhh... sdgkan anak kucen pun aku xsanggup nak berkasar, ni kan pulak anak org. Aku pun pernah gak jadi babysitter masa pas skolah dulu, jaga anak makcik yg still baby.... elok sampai besar 'sihat'nya... sampai kena g gym la skang nak bg slim... hehehehe

Seriau la pulak nak bg anak sendiri org lain jaga... mau aku benti keje kot, kalo dah byk sgt dgr citer pengasuh dera budak gini... Fobia dowh... Tetiba terjadilah tajuk diskusi antara aku ngan Inchik Hubby mlm tu. Punca makin ramai budak2 yg termasuk dalam kategori kanak2 istimewa & bermasalah dlm pembelajaran. Ada kemungkinan x korang rasa, berpunca dari penjagaan pengasuh? Ye la... kita hantar anak ke nursery atau pun amik maid kat umah... Kena pulak kita dpt pengasuh yg baik kat depan tp belakang mcm setan... mana nak tau kan? Masa dlm penjagaan dorg, ntah apa2 je la dorg buat kat budak tu.... bila kita amik balik keja tgk lebam sana, benjol sini... bila tanya... dijawabnya "oooo.. td budak tu terjatuh masa main2...." atau "budak si A td xsengaja terlanggar anak tu, tu yg kepala bengkak"... ada tak agak2 dorg nak ngaku..."td saya sepak anak tu sbb asik nangis je" atau "saya tolak anak tu kat dinding sbb nakal sgt"....xde kan...gila nak ngaku?

Kanak2 ni still fragile... mana boleh dikasar2... walau nakal ke, hyper ke.... jgn la sampai didera, dilambung, dibanting budak tu... kesannya nanti pada budak tu jugak. Terbantut tumbesaran dorg. Boleh menyumbang pd salah satu punca kenapa dorg lambat utk 'pick-up' mcm kanak2 normal yg lain. Yg mak bapak ni pun dok la pelik, nape anak aku boleh jd mcm ni? Masa lahir ok je, setiap kali pegi check-up, xde pulak apa2 yg pelik, sejarah family takde plak yg terbantut, takde plak yg cacat otak. Tapi ye la, tu sumer Allah yg punya kuasa. Kot mmg ada gen2 yg xnormal dlm family & terkena pulak pada kita2 ni maka dptla anak2 yg gitu. Tapi kalo boleh mintak la dijauhkan. Biarla anak2 sihat mental & fizikal dorg.

Yg maid2 kita amik ni, biar la drpd agensi2 yg sah.... jgn main sauk je ikut mana dan... Mcm yg terjadi baru ni, katanya maid tu dorg amik dr mana ntah secara persendirian & x didaftarkan. Tengok apa dah jadi... Kesian budak tu, baru 4 bln... & doktor kata dia mengalami kecederaan dalaman & sesak nafas. Kecederaan dalaman... aku sure la baby tu mesti alami gegaran otak... & kemungkinan akan beri effect pd tumbesaran dia... nauzubillah... baby sebesar tu tak boleh digoncang2kan? Betulkan aku kalau salah... Aku yg belum beranak ni pun, xbyk sikit pun tau jugak cemana nak jaga baby... tak la terer, kira jahil la jugak.. cuma sumer tu common sense kan... boleh pikir sendiri.

Dan kita2 ni (peringatan utk aku jugak)... kalau la xde pilihan lain melainkan terpaksa amik maid, jgn kita layan maid tu mcm org takde perasaan. Dorg pun manusia jugak... buat salah mmg lumrah, kita pun ada jugak buat salah... mana la ada org yg perfect serba-serbi. Tapi... nak layan baik sgt pun xboleh jugak... nanti dipijak kepala kita... Serba-salah kan? Cumanya kita sebagai Tuan kpd maid kena la jugak bijak handle dorg2 ni. Kena pada gaya, lama la dorg dgn kita & buat keje pun kita senang hati. Takde la kot depan kita baik, ye puan... baik puan... tp belakang kita... botol kicap pun disumbat lipas... eeeewwwwwww..... 

Teringat masa aku kecik2 dulu, mami & daddy aku walaupun cikgu, tp org gaji sampai 4 org... boley? Setiap sorg keje lain2 & salah sorg tu kejenye jaga aku aje. Mmg mcm2 perangai, ada yg mencuri, ada yg menipu... mami aku dpt tau, harus kena swing sorg2... huhuhu... & aku pun xberapa nak normal bila dah besar, tulang belakang aku bengkok. Patut a mami aku kata aku asik nangis je masa baby dulu... bila tanya maid aku ada jatuh ke tak, of coz la dia kata takde kan? Maunyer dia nak ngaku? bertuah :p Tapi org tua aku tak la pulak terpikir nak bawak check ke spital... alih2 dok berubat tradisional dgn arwah moyang aku.. Elok la pulak takde nangis2 dah pastu... hehee

Ntah bila la ilang citer2 kejam gini kan.... kdg sampai aku xnak amik tau walaupun cerita tgh sensasi depan mata. Tak sanggup nak dengar & tengok. Sedih...

Friday, January 4, 2013

Baby malang

Apalah salah baby ni? Pagi2 dah terbaca kat metro online citer mcm ni.... Kat mana letaknya akal, hati & perasaan org yg melahirkan & membuang baby ni? Buang kat tong sampah pulak tu... nyaris nak masuk kat compressor lori sampah dah... nasib baik baby ni menangis. Kalau tidak, nauzubillah.. hancur la gaknya dia... (info dr paper lain). Mcm mana ek, kalo baby ni dah besar nanti & tau citer dia dibuang kat tempat sampah.... kesiannya... 

Laknat la manusia yg berlaku kejam pd baby2 yg x berdosa... Dah tau xnak jgn la dibuang, kalo malu nak ngaku anak tu luar nikah, tinggalkan la kat umah org ke, kat spital ke, jabatan kebajikan ke, balai polis ke.... TAPI JANGAN LA KAT TONG SAMPAH.... eeeee........ nak je aku carut2 org mcm ni.... haih....

‘Zuriat’ tak disangka

Oleh Hamid Karim
SAMPAI HATI...bayi perempuan dibuang di tempat pembuangan sampah.
SAMPAI HATI...bayi perempuan dibuang di tempat pembuangan sampah.
SHAH ALAM: “Doa saya setiap hari agar kami dikurniakan anak, akhirnya dimakbulkan Allah sekalipun dalam keadaan begini.
“Mungkin penemuan ini ada hikmahnya, saya berasa gembira walaupun geram dan sedih melihat tubuh bayi yang dibiar kesejukan,” kata Mohd Zakaria Saharudin, 43, yang menyelamatkan seorang bayi perempuan dipercayai dibuang.
Bayi perempuan berkenaan ditemui atas lantai tempat buang sampah, berdekatan Kota Kemuning, dekat sini, semalam.

Mohd Zakaria berkata, dia tidak dapat menahan sebak terutama ketika membuang semut yang menghurungi kepala bayi malang itu sebaik ditemui jam 8.30 pagi berhampiran sebuah tadika swasta di Jalan Anggerik Vanilla bersama lima pekerja syarikatnya.

“Sebenarnya sejak berkahwin selama 14 tahun, saya belum dikurniakan anak dan tak putus berdoa, bila bertemu bayi dibuang begini, runtun perasaan saya.

Thursday, October 4, 2012

Annoying phone call...

Dlm dok google phone no utk dptkan alamat 1 company tu.. terjumpa pulak blog sedara ni http://www.zuraidin.com/2012/01/annoying-phone-call.html#comment-form. Since aku baru terkena semlm dgn debt collector ambank, aku pun tumpang reply & bg phone no company tu. 

Kerana dorg la... xpernah2 aku, abg aku & inchik hubby aku mengamuk... mmg tak pelik la bila yg ramai jadi peguam, debt collector, samseng tu ialah 'kap lam ya nga'! aku tak kata semua tp kebanyakannya... sbb? mungkin salah satu sbb : dorang boleh berckp tanpa henti & sgt bijak memutarbelitkan kenyataan & juga kurang ajar. Ini drpd apa yg aku alami ptg semlm.  Suka2 hati kata kita PENIPU & xbyr hutang??? Bila mintak fax no, xnak pulak bg... mintak alamat ofis pun xnak bagi... kita nak backing diri sendiri pun xboleh bila dorg xbenti berckp!!! Jawabnya... mmg kena maki hamun la mereka2 tu... 

And at some point... it's not me the one who should face this thing!!! DAMN!!!!

Thursday, April 5, 2012

Bila Sekali Terleka....

Terleka??? ha'a... aku terleka.... terleka masa tengah drive sampai x perasan trafik lite dah kunen... hhmmm.... Nasib baik xkena saman dgn abg polis bandaraya... dia kata kali ni dia lepaskan, tp no plate keta dia rekod... kalo x, dah kena saman rm300 katanya .. Kena saman takpe lg, boleh bayor.. kalau kena langgar dek keta ke motor ke bas ke time tu??? huuiiihhh... jenuh nak menjwb tu. Ye la.... aku ngaku la aku salah... mmg aku yg salah.... (baru 1st time pun :P)

Tp yg buat aku panas hati tu... ada sorang malaun mamat ni drive viva putih bwk awek kat sebelah dia, siap bukak cermin keta, maki hamun aku siap angkat2 tangan lg... bajet mcm bagus jek... mcm dia tak penah buat kesalahan jalanraya pulak.... dah tu, ada pulak penunggang/pembonceng motor pi ketuk bonet keta aku... terkejut badak bapak aku dok belakang, sib baik takde lemah jantung ke apa.... mulut aku dah ringan je nak maki.... (teringat org tua aku ada skali, tersebut separuh je la :P) serius la... aku xsuka nak sebut perkataan2 kurang ajar ni walau marah cemana sekali pun, aku cuba sedaya boleh utk tak sebut perkataan tu.... sbb aku xsuka dengar & sbb tu jugak aku x suka sebut.... bila dah terkena kat btg hidung sendiri kena maki, aku terpikir plak... mak bapak dorang ni xpernah ajar berbudi bahasa ke gaknya... hhhmmmm...


Moral of the story.... jgn leka bila tgh driving walau cemana rancak pun korang berborak dlm keta... mintak2 aku x kena lg la mcm semlm.... hilang mood aku terus.... totally 0!!!

p/s: kpd pemandu2 keta, penunggang2 motor yg memaki hamun & ketuk bonet keta aku semlm tu... sori la, aku bukan sengaja nak tunjuk samseng... jgn sampai mulut & tangan korang bengkak ke, patah riuk ke satu hari nanti kalau korg terus dgn attitude gitu... (aku doa gak ni kalau jd btl2 kat korg... huhuhu....)