APTB!!! Start from now on... no blogwalking... keje.... keje... keje...
Showing posts with label psycho. Show all posts
Showing posts with label psycho. Show all posts
Wednesday, June 11, 2014
Wednesday, September 18, 2013
Isteri kaki pukul
Harian Metro
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Asmah Rusman
Kajang: Dia menendang pintu bilik di rumahnya di Saujana Impian, di sini, sehingga pecah sebelum memukul dan menendang suaminya yang bersembunyi di dalam.
Itulah tindakan ganas seorang wanita berusia 38 tahun terhadap suaminya berusia 40 tahun selepas mengesyaki lelaki itu menduakannya.
Akibat kejadian kira-kira jam 1.30 pagi Sabtu lalu itu, suami terbabit yang juga peniaga dilaporkan cedera di badan dan kepalanya akibat ditendang dan dipukul isterinya.
Akibat kejadian kira-kira jam 1.30 pagi Sabtu lalu itu, suami terbabit yang juga peniaga dilaporkan cedera di badan dan kepalanya akibat ditendang dan dipukul isterinya.
Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini, dan difahamkan dia sudah membuat lima laporan polis berhubung keganasan isterinya yang sering memukulnya sejak lebih tujuh bulan lalu.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian awal pagi Sabtu lalu, mangsa yang baru pulang mengajak isterinya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu berbincang mengenai masalah keluarga mereka.
“Bagaimanapun, permintaan mangsa dibalas dengan maki-hamun oleh isterinya. Biarpun dipujuk, wanita itu terus memaki hamun mangsa sebelum mengugut untuk membelasahnya,” katanya.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian awal pagi Sabtu lalu, mangsa yang baru pulang mengajak isterinya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu berbincang mengenai masalah keluarga mereka.
“Bagaimanapun, permintaan mangsa dibalas dengan maki-hamun oleh isterinya. Biarpun dipujuk, wanita itu terus memaki hamun mangsa sebelum mengugut untuk membelasahnya,” katanya.
Menurutnya, bimbang dengan ugutan isterinya dan menyedari wanita itu sering bertindak agresif terhadapnya, mangsa segera masuk ke bilik utama rumahnya sebelum mengunci pintu dari dalam.
“Kira-kira 10 minit kemudian, wanita terbabit mengetuk pintu bilik sambil mengarahkan mangsa membukanya, namun mangsa hanya mendiamkan diri di dalam bilik kerana takut dipukul.
“Kira-kira 10 minit kemudian, wanita terbabit mengetuk pintu bilik sambil mengarahkan mangsa membukanya, namun mangsa hanya mendiamkan diri di dalam bilik kerana takut dipukul.
“Tindakan mangsa menyebabkan isterinya berang lalu wanita itu menendang pintu bilik sehingga pecah. Selepas masuk, dia terus menendang dan memukul mangsa beberapa kali,” katanya.
Sumber itu memberitahu, ketika ditendang dan dipukul, mangsa tidak melawan sebaliknya hanya meminta dikasihani, namun rayuannya tidak diendahkan isterinya.
“Suspek (isteri) hanya berhenti memukul suaminya itu selepas melihat kepala mangsa berdarah,” katanya.
Menurutnya, mangsa kemudian bergegas meninggalkan rumahnya sebelum membuat laporan polis. “Dalam laporannya, mangsa menyatakan dia sering dipukul isterinya sejak lebih tujuh bulan lalu dan sudah membuat lima laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima lima laporan laporan berhubung kejadian itudan memberitahu semua kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Sumber itu memberitahu, ketika ditendang dan dipukul, mangsa tidak melawan sebaliknya hanya meminta dikasihani, namun rayuannya tidak diendahkan isterinya.
“Suspek (isteri) hanya berhenti memukul suaminya itu selepas melihat kepala mangsa berdarah,” katanya.
Menurutnya, mangsa kemudian bergegas meninggalkan rumahnya sebelum membuat laporan polis. “Dalam laporannya, mangsa menyatakan dia sering dipukul isterinya sejak lebih tujuh bulan lalu dan sudah membuat lima laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima lima laporan laporan berhubung kejadian itudan memberitahu semua kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
apa nak jadi la suami isteri skarang ni... garang bebenor isterinya ni, suaminya plak yg takut.... huhuhuhu.... sadis betul :p
Wednesday, September 11, 2013
Kilang kicap ‘botol arak’
Oleh Mohd Fadly Samsudin
Kuala Lumpur: Sebuah kilang memproses kicap bukan sahaja memaparkan logo halal yang tidak diiktiraf, malah bertindak ‘biadab’ menggunakan botol arak yang dikitar semula bagi menghasilkan produk keluarannya.
Difahamkan, botol yang diimport dari Thailand itu dibasuh di belakang premis yang kotor, malah proses menuang kicap ke dalam botol dilakukan secara manual pekerja tanpa menitik-beratkan soal kebersihan.
Pengarah PPDNKK WPKL Abu Samah Shabudin berkata, serbuan kira-kira jam 1.15 tengah hari itu dibuat hasil risikan selama dua bulan selepas aduan diterima daripada pengguna.
PEGAWAI penguat kuasa PPDNKK WPKL memeriksa kicap diletakkan dalam botol arak yang dikesan di sebuah kilang di Cheras. Gambar kecil, kerja pemprosesan dalam persekitaran amat kotor.
“Pihak kami berjaya merampas sebanyak 2,000 botol kicap, 20,000 botol kosong dan mesin pemprosesan yang dianggarkan bernilai RM150,000.
Kenapa perlu dikaburkan label botol kicap tu kalo dah tau pengguna tertipu.... biar je la terang2 tunjuk... hhhmmmm....
Monday, August 26, 2013
Dera lagi... Tak sudah-sudah... :(
Derita berakhir
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
Ipoh: Selepas 10 hari bertarung nyawa, kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang didera ibu kandungnya, akhirnya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh (HRPB), di sini, petang semalam.
Sumber polis berkata, mangsa yang sebelum ini koma dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik hospital itu pada 16 Ogos lalu, disahkan meninggal dunia oleh doktor pakar HRPB jam 2.30 petang, semalam.
Menurut sumber itu, mangsa yang mempunyai banyak kesan lebam dan luka di tubuh dan kepalanya dipercayai didera teruk menggunakan objek keras oleh ibu kandungnya yang berusia 30 tahun.
“Mangsa terus tidak sedarkan diri dan bergantung pada mesin bantuan hayat di HRPB. Mayat mangsa dihantar ke bilik mayat HRPB untuk tujuan bedah siasat.
“Proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa dilakukan pada jam 9 pagi esok (hari ini),” kata sumber itu.
Mangsa sebelum ini dibawa bapanya mendapatkan rawatan di HRPB pada 16 Ogos lalu selepas mangsa mengalami luka teruk akibat dipukul.
Doktor yang mengesyaki mangsa didera segera membuat laporan polis sebelum ibu bapa kanak-kanak itu ditahan polis mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. Berdasarkan siasatan awal, suspek yang tinggal di Taman Wang, Mengelembu di sini, memukul anaknya itu dengan rotan kerana mendakwa anaknya itu nakal.
Ibu mangsa bagaimanapun sudah didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada 20 Ogos lalu atas dua pertuduhan iaitu menganiaya dan menyebabkan kecederaan parah terhadap anaknya itu. Suspek bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan minta dibicarakan.
Namun, tertuduh diperintahkan untuk menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia Hulu Kinta selama sebulan dan tidak dibenarkan mendekati mangsa.
Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan dilarang mendekati mangsa.
Jika tertuduh melanggar syarat itu, mahkamah akan menarik balik kebenaran jaminan berkenaan.
Innalillah... kesian anak ni... malang sungguh dia dpt mak bapak kejam mcm tu... kenapa ye? Kalo xnak bela anak tu, hantar la ke rumah anak yatim ke, bg kat org ke.... takpun, jgn beranak langsung!!!!! Ada otak, ada akal... tp xguna... letak kat dlm usus, buat proses jd t**k gaknya... Tak bersyukur langsung.... ditakdirkan la kalo mak bapak arwah ni menyesal pun, mmg xguna dah... bukan anak tu boleh hidup balik pun, xkisah la apa pun alasan dorg buat mcm tu.... Sedihnya... sedangkan aku nak marah arnab kat umah tu pun kesian, boleh pujuk balik mcm pujuk budak... binatang pun ada perasaan, inikan pulak manusia...
Thursday, August 1, 2013
Menjelang Raya Yang Suram
Patutnya dah nak dekat2 raya ni, kita happy nak sambut Syawal.... Tapi tahun ni aku agak kureng excited nak beraya... tak mcm tahun2 lepas... Sedih... frust... x paham... mcm2 perasaan berkecamuk dalam kepala otak & hati aku ni... Sampai termimpi2 aku bertekak dgn bos aku... Sebabnya, thn ni opis aku x bagi lgsg peruntukan kpd staff utk belanja raya... harap ada increment je la, tu pun takat celah gigi... cukup ke? bila dr situ la utk segala bil, installment loan, minyak keta, mkn minum, belanja skolah anak, nak balik kampung, belanja beli brg raya, nak beli baju raya anak.... itu jugak la yg kena bajet sampai hujung bulan ni... haddduuuuu... kenapa HR? kenapa boss? Tak adil betul bila dpt tau mgt dpt bonus berbulan2, sdgkan staff dpt gaji semata!! Yang kaya bertambah kaya, siap beraya ke luarnegara bermingu2... staff nak beraya balik kampung sendiri pun pikir beribu kali... kenapa???
Jangan la kejam sgt... kalo xde staff, company xdpt untung apa... ada boss pun xguna, kalo staff xde nak wat keje... Xtau nak ngadu kat sapa... kalo ngadu pun, bukan boleh ubah apa2... silap2 kena smash balik... haaaiiihhhh.... aku mengeluh bukan utk diri aku sendiri je , tp jugak utk kwn2 yg masing2 pecah kepala pikir mana gagau duit untuk bertahan sebulan ni... tak pernah mgt buat mcm ni.... kenapa tetiba skang mcm ni?
Terpaksa la bajet selagi boleh... hoh... aku mmg tunjuk muka ketat kat opis sejak semlm... pedulik... bos pun xberani nak tegur... lantak :P
Terbantut niat aku nak belikan daddy aku supplement Shaklee... at least ada la perubahan walau sikit sekalipun.. sebab aku byk baca review tentang produk tu... teringin sgt aku nak bg daddy aku cuba.. mana la tau kan.... kot mujarab... tp sebab agak costly... aku terpaksa jugak pikir berkali2... nanti aku sesak, tanah mana plak aku nak korek cari harta karun? Xkan tanah kubur plak kot... Ada plak hantu gigi bangun kejar aku kang... huhuhuhu....
Wednesday, July 3, 2013
Alahai.... Teduhan Kasih
Sapa follow citer Teduhan Kasih ni? Semlm last kan? Aku start follow masa da episod tengah2... kira sempat jugak la menjiwai citer ni.... peeehhhh... piiaannnggg.... :p
Tahniah Along@Zarina Zainuddin & Ayu@Nabila Huda... sgt menjadi lakonan korang, sampai aku rasa mcm nak sepak2 je korang bila korang ada depan mata... huhuhuhu.... Ehsan@Adi Putra, aku xberapa minat dia ni sebenonya... aku suka lg kat Aaron Aziz... ahaakksss.... Efa@Sherry Ibrahim, come back yg bagus... da lama xberlakon kan... Tapi endingnya sgt klise, pesal mesti bini tu peknen terus nak beranak? Nak menunjukkan kebahagiaan? Takde cara lain ke? eseeyymmeeennn...
Banyak pengajaran sebenarnya dalam citer ni. Banyak jugak situasi yang terjadi dalam dunia realiti... Tengok contoh Along & mak dia, terpekik terlolong bila berckp, sombong, suka menghina org lain... Ayu, walau Effa tu bestfriend dia, sanggup sampai merampas suami kwn baik sendiri semata2 cemburu... susah-payah berpikir mcm mana nak balas dendam pada org yg tak bersalah. Akhirnya, segala perbuatan jahat memakan diri sendiri... Nenek aku kata, 'what goes around, comes around'... Pandai nenek aku ckp omputeh.. :p
Tu la kan, dalam drama ke filem ke, dapat gak kita tengok apa yg terjadi akhirnya... Sepatutnya, bende2 mcm ni kita jadikan iktibar... jodoh, rezeki, ajal, maut tu semua dr ketentuanNya, mana tau ntah pendek umur ke kita... xsempat nak bertaubat, xsempat nak mintak ampun, mintak maaf pada org2 yg kita ada buat salah.. cemana? X aman dlm kubur tu nanti... Nauzubillah :(
Peringatan untuk diri aku sendiri jugak... jgn sekali2 menzalimi org lain...
"Mulia dibalas syurga
Dosa kan sengsara
ini hukum karma....
gila darjat
gila harta
gila kuasa
semua gila....."
Labels:
psycho
Tuesday, July 2, 2013
Alahai...
Alahai kamu manusia... catatan harian aku kamu jadikan bahan rujukan untuk kepentingan & kepuasan serakah kamu...? Tapi aku bersyukur, sbb apa yg terkandung dalam catatan blog aku semuanya fakta yg tak pernah aku putar-belitkan... Kesenangan & kegembiraan kami berdua adalah hasil usaha kami yg halal & bukan dr hasil manipulasi hak org lain... Kami tahu apa tujuan kamu, apa yg dah kamu lakukan dibelakang dia... ingatlah sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga... kamu tak kan selamanya berada diatas... walau siapa juga kamu, siapa kawan2 penasihat kamu, siapa keluarga kamu... Allah tu maha mengetahui... Takkan dibiar hambaNya yang tak bersalah ditindas sewenang-wenangnya... Sesungguhnya, doa orang2 yang teraniaya itu pasti dimakbulkan...
Kami sedar, kami tidak semewah kamu wahai manusia... tapi Alhamdulillah, hati kami bersih... tiada sekelumit pun hasad dengki... tiada anggapan buruk terhadap kamu walau apa jua yg cuba kamu lakukan... cuma terbit rasa kasihan kerana kamu sedaya-upaya cuba merosakkan penghidupan dia yang baru nak dimulakan kembali... Setelah bergolok-bergadai semata-mata cuba memberikan apa yg kamu minta... Permintaan yang adakala tidak masuk dek akal... sehingga langsung tak punya apa...
Aku sedia maklum dengan manusia2 yang berperangai sebegini... selagi belum tercapai kepuasan dihati, selagi tu takkan berhenti... Walau dengan apa cara sekalipun... Astaghfirullahalazim...
Mahkamah duniawi boleh kamu seleweng informasi, mmg ramai yg sudi membantu...
mahkamah di akhirat, cuma kamu yang menghadapinya sendiri... dimana kwn2 kamu?
Labels:
psycho
Thursday, April 25, 2013
Bila Dugaan Menjelma
Entry yg da lama terperap kat draft box.... ikutkan hati aku xnak post n3 ni. Tapi since ada hamba Allah yg agak seringkali mempertikaikan tentang kemampuan & 'kemewahan' aku selepas kawen... makanya aku decide utk post kan jugak kat sini... Aku malas nak layan sebenarnya, buang masa aku je & mungkin nti ada jugak readers yg slh sangka dgn aku... xbest la pulak kan... tp harap2 korg jgn la pikir yg bukan2 ek... :)
Sebelum aku kawen, mmg aku xde peluang nak g bercuti kemana2 dgn kwn2 kecuali jika berkenaan dgn company, kena g outstation ke contohnya... tp lepas je kawen ni, alhamdulillah... aku rasa da lepas bebas & kawen pulak dgn org yg sama hobi & sekepala... takat ni apa2 program yg kitorg plan, semua on je.... TAPI bila bajet mencukupi la kan... jenuh gak dok ikat perut nak simpan duit utk g bercuti ke, beli brg2 ke.... apa, ingat kitorg ni gaji berpuluh ribu ke? Anytime je nak kuar duit, nak belanja sakan? NO.... kat situ yg si hamba Allah ni silap & salah sangka... :) Nak argue tempat mana kitorg g mkn sedap2, yg mcm aku posting kat n3 lepas2 tu? Cuba tgk.... ada ke aku post psl mkn kat hotel 5 star? Mkn kat club? Resort? xde kan? Semua tmpt cikai2.... tepi2 jln... restoran2 biasa, yg menarik ttp harga berpatutan... x salah rasanya aku nak share dgn kwn2 blog kat sini, berkongsi sesuatu yg baik... bukan nak menunjuk... jauh panggang dr api org kata... Nak argue psl aku g bercuti laki bini? Cer tgk sket... kat mana kitorg pegi.... ada g paris? london? new zealand? zimbabwe???? habih jauh pun takat g Krabi, tu pun g honeymoon, beli pakej masa MATTA Fair... berapa la sgt... alahaaiii...
Rupanya lepas kawen ni lg byk dugaan ek... sabar je la :( Nak tau nape? Masa nak kenduri kawen aku, kucing kesygan family aku mati, sekor demi sekor... yg tgl cuma sekor je lg... tu pun sampai skang dok dlm umah & dilarang kuar sama skali... huhuhu.... Pastu daddy aku lak xsembuh2 sakit sampai skang, doktor pun xtau nak kata sakit apa, nak kata strok bukan, tp semakin hari, semakin lemah & kerap demam panas... baru2 ni mami aku plak masuk spital, seminggu... pastu inchik hubby pun masuk spital jugak & sampai skang still berulang jumpa doktor kat HKL... & baru2 ni, inchik hubby eksiden. Pagi masa nak g skool... 3 keta terlibat, keta inchik hubby yg belakang skali, agak teruk kemek depan keta dia... sebulan jugak keta dia tersadai kat 'spital'.... tp nasib baik daddy aku xguna sgt keta dia, so kitorg pun pinjam la guna sampai keta inchik hubby siap... dah pinjam sebulan tu, xkan nak wat tak tau je kan... kena la byrkan utk bulan tu... peeehhhh... peritnya rasa bila bajet utk bln ni lari mencanak2!! sib baik aku pakai tudung, kalo x... mmg terserlah kebotakan kepala aku.... hehehe... makanya, kitorg xde la kemana2.. dok diam2 kat umah... layan arnab2 manja kitorg yg 3 ekor tu :P
Bila dah pindah umah, kwn aku si hamba Allah ni, sibuk nak mintak dtg umah... apa yg dia nak tgk sgt aku pun xtau la... nak kata kitorg duduk kat umah banglo mewah harga berjuta, xjugak... cuma rumah merpati biasa je... perabut pun xde... pendek kata umah kitorg ni, mcm umah org bujang... xde sofa, xde TV, xde astro... xde almari kayu jati :P betul aku ckp ni, serius... sofa kitorg cumalah sebijik beanbag yg aku beli dr Sigategi... tu je.. haaiihhhh... xpsl bocor rahsia rumahtangga aku.... hehehe... brg rumah yg paling mahal kitorg beli, cuma mesin basuh separa automatik... taaadddaaaaaa.... best kan :D So, kwnku... kalo kau baca blog ni, paham2 sendiri je la ek, aku malas nak bg alasan lg dah... org kata, bila berterus-terang, org xpercaya tp bila kita menipu, org terus2 percaya... pelik kan? Dah, pasni xyah nak banding2 aku dgn kau... kita jauh berbeza... aku x semewah kau... keta 2-3 biji, rumah besar, jawatan tinggi, gaji tinggi... sudah2 la, jgn riak & tamak... Allah xsuka org mcm kau...
dunia.. dunia... selagi manusia bergelar manusia... xkan berubah lumrah hidup,... selagi xpuashati selagi tu lah terus-terusan menindas manusia lain.... ingatlah, skarang ni kamu diatas, xkan bertahan selamanya kat atas tu... tiba masa nanti kamu akan berada dibawah jugak...
xpasal panjang berjela aku bebel kat sini... sori ye geng... agak terlepas sket tahap kesabaran aku ari ni... :(
Labels:
psycho
Tuesday, April 16, 2013
Selagi bergelar manusia...
1) Yang tamak & haloba : Tak puas dgn apa yg ada. Selagi boleh dikerah keringat manusia lain bg memuaskan nafsunya, xkira bagaimana keadaan manusia lain itu. Tambah lg bila didorong kepercayaan terhadap nasihat teman2 rapat kononnya.
2) Yang pandai tp bukan cerdik : Belajar la setinggi mana pun, tp bila akal dah dikuasai nafsu & syaitan, sanggup melakukan apa saja yg walhal sudah terang bahawa yg dilakukan itu salah. Ada otak tp letak kat tumit! Pandai... ye mmg pandai, tp pandai menyusahkan hidup org lain.
3) Yang berhati busuk : Tak boleh melihat manusia lain memperolehi kehidupan yg bahagia. Sentiasa mencari onar bg memporak-perandakan kebahagiaan itu. Mungkin terasa kebahagiaan & kesenangan yg pernah dikecapi bersama dirampas oleh org lain... Orang lain yg tidak bersalah.
4) Yang terpesong akidahnya : Menduakan Yang SATU... Astaghfirullah... Syirik tu... Tapi demi mencapai cita-cita... Tak kau pedulikan semua tu.... Tapi Allah maha mengetahui & doa org2 yg kau zalimi akan dimakbulkan olehNya.
5) Karma : Kalau pun 1 hari nanti, kau dapat apa yg kau hajati, tp ingat... 1 hari nanti kau juga akan dpt merasa apa saja kejahatan yg kau buat pada manusia lain. Jika tidak pada diri-sendiri, mungkin kepada kaum keluarga atau insan2 yg kau sayangi...
6) Teman : Wahai teman2 kepada manusia seperti ini, nasihatilah mereka dgn nasihat yg baik2, nasihat2 yg berguna... bukan menambahkan lg api ke bara yg masih bernyala. Apa yg kamu dapat jika terus-terusan menambahkan kebencian manusia ini kepada manusia yg lain? Dapat pahala? Jauh sekali.... Jika kamu sebenar2nya seorang teman yg baik, jgn mendengar disebelah pihak saja... & begitu, kamu tidak layak memberi nasihat & menjadi penasihat & kamu bukanlah seorang teman yg sebenar2nya teman yg sejati.
7) Kamu : & kamu manusia... renungkanlah... bermuhasabah diri sendiri. Kamu bijak, cerdik & cantik... muliakan apa yg ada pd diri kamu, jgnlah merosakkan org lain xkira pada zahir & batinnya... lupakan apa yg dah berlalu, xguna berdendam.. kelak dendam itu akan memakan diri kamu sendiri. Cubalah utk terima seadanya apa yg kamu ada... Kerana itu saja yg mampu diusahakan oleh dia. Tak perlu bersyak-wasangka, tiada siapa yg menghasut manusia itu utk melakukan apa yg kamu fikirkan... Semoga Allah bukakan mata hati kamu utk menginsafi diri, segala apa yg berlaku ada hikmah disebaliknya... & jika kamu bertemu dgn seseorang, jagalah dia, jauh lebih baik drpd yg sbelumnya.
Sayu hati ini bila melihat keperitan yg ditanggung oleh manusia yg teraniaya... InsyaAllah, moga Allah bukakan jalan untukmu bagi memperolehi kehidupan yg lebih sempurna... AMIN.
Labels:
psycho
Thursday, January 31, 2013
Dan apabila....
Hati berkata-kata... tertanya-tanya...
x tau kemana nak dirujuk...
nak mengadu takut disalaherti...
maknanya diam sendiri... pikir sendiri... perhati sendiri.....
apa perubahan... apa yg kurang... apa yg diluar jangkaan.....
pasrah...
Sesekali terdetik dihati... x pernah macam ni...
x pe... diamkan dulu... sabar...
aku jua x sempurna... xpernah aku mengaku aku sempurna...
tapi sekurang-kurangnya aku tau tanggungjawabku...
aku x menipu.. aku x pernah sorokkan apa-apa...
sebab aku x perlu berbuat begitu...
xde sebab kenapa aku perlu berbuat begitu...
aku x mampu berkata-kata...
aku x mau berjuraian airmata...
ada baiknya aku diam sahaja...
x semua org suka ditanya walaupun pertanyaan itu sesuatu yg perlu...
x semua pertanyaan akan mendapat jawapan
kalau ada pun, jawapan yg penuh keegoan yg akan dibalas juga dgn pertanyaan...
aku juga pernah begitu dulu...
KARMA
Friday, January 4, 2013
Baby malang
Apalah salah baby ni? Pagi2 dah terbaca kat metro online citer mcm ni.... Kat mana letaknya akal, hati & perasaan org yg melahirkan & membuang baby ni? Buang kat tong sampah pulak tu... nyaris nak masuk kat compressor lori sampah dah... nasib baik baby ni menangis. Kalau tidak, nauzubillah.. hancur la gaknya dia... (info dr paper lain). Mcm mana ek, kalo baby ni dah besar nanti & tau citer dia dibuang kat tempat sampah.... kesiannya...
Laknat la manusia yg berlaku kejam pd baby2 yg x berdosa... Dah tau xnak jgn la dibuang, kalo malu nak ngaku anak tu luar nikah, tinggalkan la kat umah org ke, kat spital ke, jabatan kebajikan ke, balai polis ke.... TAPI JANGAN LA KAT TONG SAMPAH.... eeeee........ nak je aku carut2 org mcm ni.... haih....
‘Zuriat’ tak disangka
Oleh Hamid Karim
SAMPAI HATI...bayi perempuan dibuang di tempat pembuangan sampah.
SHAH ALAM: “Doa saya setiap hari agar kami dikurniakan anak, akhirnya dimakbulkan Allah sekalipun dalam keadaan begini.
“Mungkin penemuan ini ada hikmahnya, saya berasa gembira walaupun
geram dan sedih melihat tubuh bayi yang dibiar kesejukan,” kata Mohd
Zakaria Saharudin, 43, yang menyelamatkan seorang bayi perempuan
dipercayai dibuang.
Bayi perempuan berkenaan ditemui atas lantai tempat buang sampah, berdekatan Kota Kemuning, dekat sini, semalam.
Mohd Zakaria berkata, dia tidak dapat menahan sebak terutama ketika membuang semut yang menghurungi kepala bayi malang itu sebaik ditemui jam 8.30 pagi berhampiran sebuah tadika swasta di Jalan Anggerik Vanilla bersama lima pekerja syarikatnya.
Mohd Zakaria berkata, dia tidak dapat menahan sebak terutama ketika membuang semut yang menghurungi kepala bayi malang itu sebaik ditemui jam 8.30 pagi berhampiran sebuah tadika swasta di Jalan Anggerik Vanilla bersama lima pekerja syarikatnya.
“Sebenarnya sejak berkahwin selama 14 tahun, saya belum dikurniakan anak dan tak putus berdoa, bila bertemu bayi dibuang begini, runtun perasaan saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)


