Tuesday, July 2, 2013

Alahai...

Alahai kamu manusia... catatan harian aku kamu jadikan bahan rujukan untuk kepentingan & kepuasan serakah kamu...? Tapi aku bersyukur, sbb apa yg terkandung dalam catatan blog aku semuanya fakta yg tak pernah aku putar-belitkan... Kesenangan & kegembiraan kami berdua adalah hasil usaha kami yg halal & bukan dr hasil manipulasi hak org lain... Kami tahu apa tujuan kamu, apa yg dah kamu lakukan dibelakang dia... ingatlah sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga... kamu tak kan selamanya berada diatas... walau siapa juga kamu, siapa kawan2 penasihat kamu, siapa keluarga kamu... Allah tu maha mengetahui... Takkan dibiar hambaNya yang tak bersalah ditindas sewenang-wenangnya... Sesungguhnya, doa orang2 yang teraniaya itu pasti dimakbulkan... 

Kami sedar, kami tidak semewah kamu wahai manusia... tapi Alhamdulillah, hati kami bersih... tiada sekelumit pun hasad dengki... tiada anggapan buruk terhadap kamu walau apa jua yg cuba kamu lakukan... cuma terbit rasa kasihan kerana kamu sedaya-upaya cuba merosakkan penghidupan dia yang baru nak dimulakan kembali... Setelah bergolok-bergadai semata-mata cuba memberikan apa yg kamu minta... Permintaan yang adakala tidak masuk dek akal... sehingga langsung tak punya apa... 

Aku sedia maklum dengan manusia2 yang berperangai sebegini... selagi belum tercapai kepuasan dihati, selagi tu takkan berhenti... Walau dengan apa cara sekalipun... Astaghfirullahalazim... 

Mahkamah duniawi boleh kamu seleweng informasi, mmg ramai yg sudi membantu... 
mahkamah di akhirat, cuma kamu yang menghadapinya sendiri... dimana kwn2 kamu?

No comments:

Post a Comment