Monday, May 8, 2017

Mary Kay : Kenali Botanical Effects Skin Care


Botanical Effects Skin Care sesuai untuk para remaja yang berusia belasan tahun & mereka yang mempunyai masalah kulit akibat daripada penggunaan Skin Care yang tidak selamat atau pendek kata mengandungi merkuri & bahan-bahan yang terlarang. Botanical Effects Skin Care terdiri daripada 3 jenis pencuci yang berlainan mengikut kesesuaian kulit pengguna iaitu untuk kulit kering, normal dan berminyak.

Formula Botanical Skin Care Effects adalah daripada bahan-bahan botanik seperti Silymarin (susu buah tistel) & Luo Han Guo. Bahan-bahan ini bertindak bagi melindungi & menenangkan kulit kita & juga mengukuhkan sistem imun.


Formula 1 - khusus untuk kulit kering
* Mengandungi ekstrak biji flaks yang kaya dengan asid lemak omega-3, ianya membantu melegakan ketidakselesaan kulit kering.
* Mengandungi ekstrak alga laut yang terkenal sebagai sumber vitamin, mineral & asid lemak yang bertindak sebagai pelembap & menyeimbangkan kelembapan kulit.

Formula 2 - khusus untuk kulit normal
* Mengandungi ekstrak bunga kemboja yang bertindak untuk menenangkan & melegakan kulit serta sejenis antioksidan yang membantu melindungi daripada tekanan persekitaran.
*Mengandungi ekstrak bunga teratai yang merupakan sumber mineral penting untuk kulit yang sihat

Formula 3 - khusus untuk kulit berminyak
* Mengandungi ekstrak pokok teh putih yang membantu mengurangkan bakteria yang menyebabkan pori-pori tersumbat.
* Mengandungi ekstrak jambu batu yang membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati & pori-pori tersumbat supaya mengurangkan permukaan berminyak.


Rangkaian Botanical Effects Skin Care terdiri daripada
3 in 1 Cleanser
Freshen
Hydrate
Mask

Ujian klinikal telah dilakukan & diakui selamat walaupun dengan kulit yang paling sensitif. Rangkaian Botanical Effects Skin Care juga ternyata menjimatkan penggunaan dengan tatacara & tunjuk ajar yang betul.

Dapatkan rangkaian Botanical Effects Skin Care daripada Beauty Consultants Mary Kay berhampiran anda & kami dengan senang hati akan memberi nasihat & tunjuk ajar kepada anda sehingga anda berpuashati dengan perubahan kulit anda kepada yang lebih baik.

Pastikan anda tidak membeli rangkaian penjagaan muka Mary Kay daripada online shopping web yang lain, kerana anda tidak akan dapat khidmat nasihat yang sepatutnya. Pastikan wang yang anda labur itu tidak sia-sia.

Wednesday, March 8, 2017

SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA SEDUNIA

TERHARU TAPI GITULAH REALITINYA

Mesej yg menyentuh hati dari seorang wanita....
❦ Saya bekerja 24 jam sehari..
 Sayalah ibu...
 Sayalah isteri...
 Sayalah anak perempuan..
 Sayalah menantu...
❦ Sayalah jam loceng..
 Sayalah tukang masak...
 Sayalah pembantu rumah...
 Sayalah guru...
 Sayalah pelayan..
 Sayalah nenek...
❦ Sayalah jururawat..
 Sayalah jurukamera..
 Sayalah pengawal keselamatan..
 Sayalah kaunselor..
 Sayalah selimut...

🚫 saya x ada percutian
🚫 saya x ada cuti sakit
🚫 saya x ada cuti harian
🚫 saya bekerja siang malam
🚫 saya sentiasa 'on call'

Dedikasi untuk semua wanita.

Wanita adalah karakter yg paling unik umpama garam 💋
Adanya dia tidak diingati. Tiadanya dia menyebabkan segalanya menjadi tawar!! 

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA




Tuesday, February 28, 2017

Tahniah... Happy Anniversary Shuib & Siti Sarah, Selamat Pengantin Baru Jep & Sari Yanti

Panjang betui tajuk n3... hahaha... kita bagi wish sekali harung je la, senang...

Gigih aku bertahan sampai habis event Anniversary Shuib & Siti Sarah kat fb ahad malam hari tu... lambat sikiiiiittttt je, majlis dah bermula, baru teringat nak tonton... hahaha tonton ye, bukan hadir... aku sapa, xde sapa nak jemput pun.... kekekeke

Kagum aku dengan Shuib ni sebenarnya. Susah nak cari lelaki macam dia... sangat rare i would say. Tahniah Siti Sarah, beruntung sangat kamu dek.... harapnya rumahtangga korang kekal bahagia hingga ke jannah. InsyaAllah, amiiinnnnn ya rabb.

Terbaca somewhere, Shuib dari takde apa masa mula terjebak dalam Maharajalawak dengan Sepah, kemudian Sepahtu... mampu sediakan mas kawen semata2... tapi kemudian melimpah-ruah rezekinya lepas kahwen. Dari anak 1 sampai anak 3.. setiap kali isteri bersalin, dibaginya hadiah sebagai menghargai si isteri. Hadiah ketiga ni dibelinya sebuah rumah.. Allahuakbar... beruntungnya Sarah... Sempena ulangtahun ke 6, ditunaikan janji untuk bersanding sebab masa nikah dulu takde sanding2, tak mampu katanya.

Berseri macam pengantin baru :D

Aku tumpang berbangga dengan Sarah kerana dapat bersuamikan lelaki seperti Shuib. Syabas Siti Sarah, sebab jadi isteri yang bukan high maintenance. Sanggup setia bersama2 dalam mengharungi susah & senang.



Mesti lepas ni ada isteri yang mintak suami buat macam ni kan... hahahaha
Kalau suami mampu, apa salahnya... kan.. kan... 
Tapi kalau tak dapat, jangan sampai bergaduh masam muka pulak...
Orang kata, ukur baju dibadan sendiri sudah :)


Selamat pengantin baru Jep & Sari Yanti. Semoga korang dapat mencontohi sahabat karib korang ni. Juga semoga dikurniakan keluarga yang sempurna & bahagia selama--lamanya.


Bila orang kata 
"Kesetiaan wanita diuji saat lelaki tak punya apa-apa,
Kesetiaan lelaki diuji saat dia mempunyai segala-galanya"

ye, aku setuju :)


Saturday, February 25, 2017

Tak paham....

Cuba nak paham mak bapak zaman sekarang ni... macam dah jadi trend pulak, meletakkan 200% tanggungjawab menjaga anak2 kpd cikgu. Tak semua la maksud aku.. Ini segelintir yang aku perati selama aku kawen dengan cikgu. Silap sikit, cikgu yang kena. Tapi tak pulak nak salahkan diri-sendiri. 

Anak pegi sekolah, ada yang xde duit belanja pun. Anak tu lapar... cikgu kesian, kena belanja pulak makan. Itu kalo sorang... itu kalo sehari... Kalo berorang2 murid, & berhari2 mcm tu... ko rasa cemana? Kopak cikgu ooiii... Ko ingat gaji cikgu RM85,000 sebulan? Kalo tak nak bagi duit belanja, sediakan la bekal makanan, tak pun beli tapau nasi lemak ke apa bawak ke sekolah... susah ke?

Anak malas belajar, tido dalam class, ponteng merayap.. bila exam fail. Mak pak tak puas hati, tanya ngan cikgu... Cikgu explain, mak pak tak leh terima anak dia macam tu. Cikgu jugak yg disalahkan bukan anak. Anak samseng kat sekolah, buli budak lain, cikgu denda.. mak pak datang sekolah tanya kenapa... tak leh terima, kata cikgu fitnah anak dia.. cikgu kena saman... hahahahha... ngok sgt! No wonder anak2 zaman sekarang sangat berani.

Masukkan anak join persatuan kat sekolah, tapi uniform x beli... suruh cikgu belikan. Lepas tu? Buat x tau... Salah saiz, suruh cikgu pergi tukarkan. Lencana uniform, dah dibelikan pun, tak reti2 nak jahit. Dah bagi info kat bahagian mana nak letak, tak jugak buat... Ko mak bapak buat apa? Ala2 bagus sangat main bagi je arahan kat cikgu.. lu sapa?

Anak2 ada aktiviti di luar waktu sekolah, cikgu dah bagi surat pekeliling. BACA betul2!! Aktiviti buat kat mana, dari jam berapa habis jam berapa. Kalau takat sejam dua je, ko tunggu je la kat situ... tak yah la sibuk2 nak balik ke apa... Kalau nak balik dulu boleh tapi pastikan datang balik tepat waktu. Jangan biar anak tu menunggu, merayap ntah ke mana. Apa2 jadi kat anak2 tu, korang salahkan cikgu. Cikguuuuuuu jugak yg kena. Korang ingat cikgu ni takde life? Tak komitmen lain ke? 24/7 nak kena hadap anak2 korang? Bila call suruh datang amik anak tu, macam2 plak alasan. Terpaksa jugak cikgu hantarkan balik ke rumah. sebab tak nak apa2 jadi kat anak murid dia... ada pilihan lain, tinggalkan je kat tempat tu. Pandai2 korang la nak hidup. Itu kalau takde apa2 buruk yg jadi, fine! If not? Anak hilang tak jumpa... Ntah sapa2 datang konon mak pak suruh datang jemput, pastu tetiba hilang.... sapa nak jawab? Dah la skarang ni manusia tak boleh nak dipercayai. Pantang lepa, habiiiissss.... kirim salam je la.

Mentang2 cikgu tak banyak cakap & tak banyak bantah, senang2 nak take advantage la ye? Senangnya la hidup mak pak zaman sekarang ni... Asal tak kena je, buat report kat sekolah... wassap bertalu2 kat cikgu... komplen, komplen, komplen..... 

Aku yang bukan cikgu ni pun stress tau tak! Stress sebab kena dengar luahan sakit hati, marah, maki-hamun dari seorang cikgu... kat mana lagi dia nak luahkan kalau bukan kat rumah? Benda takde kena-mengena ngan aku kot... Kena sama pulak bantu kuar modal untuk urusan murid2... beli itu ini, bayar segala macam... Tokey balak pun boleh bankrap... 

Sekolah tu pun 1 hal... dah ada peruntukan, gunakan la.. apasal nak kena cikgu pulak keluarkan duit sendiri? Itu kalau cikgu tu ada duit... kalau takde? Spouse jugak yang jadi mangsa! Dah la sesama cikgu 1 sekolah pun tak boleh nak bagi kerjasama.. masing2 pentingkan diri-sendiri... lepas tangan gitu je... Bila kantoi, tau plak marah. Mula tuding jari kiri kanan atas bawah. tak nak ngaku salah... hadooiiii!!!

Mak bapak aku dulu pun cikgu... cikgu & cikgu besar pencen... tak pulak aku tengok dorang susah payah macam ni. Paling2 pun, bawak buku budak balik umah utk tanda... Aku pun pernah gak tolong tanda paper exam budak2. Aktiviti kelas ke aktiviti sekolah ke, semua budak2 yang urus sendiri, cikgu cuma bagi arahan je. Elok je menjadinya. Takde masalah pun. Mak Pak dulu2 takde komplen pun. Takde banyak songeh pun...
oohh mmmyyyyy... i am so stressful!! 

Aku nak bercerita dengan husband sendiri pun dah terbantut. Nak jugak la cerita seharian kat tempat keja, pasal kawan2... memang tak dapek la kalo dah macam ni gayanya. Aku pulak yang terpaksa tadah telinga dengar cerita dia, masalah dia, stress dia... lepas tu, aku pun sama stress!!

Ye... aku tengah marah sangat skang ni!!

Allahuakbar...

Tuesday, February 7, 2017

Ada Apa Dengan MARY KAY?

Mary Kay?

1st time aku tau pasal produk ni masa aku amik class part time kat UM dulu. tahun 2010 kot tak silap... Tapi masa tu aku tak berapa nak kisah sangat benda-benda kecantikan ni... hehehe... so aku belek gitu-gitu je la katalog Mary Kay tu. Tu pun sebab coursemate tu duduk sebelah aku... hahaha.. dah aku tak bertanya detail, dia pun takde la bercerita sangat...


Ditakdirkan aku kembali berkenalan dengan Mary Kay tahun lepas. Tu pun sebab stokis JSD aku join Mary Kay pulak as a Beauty Consultant. Dia ajak aku & kwn opis aku untuk attend skin care class. FREE katanya. Dengar je free... apa lagi, ok kan je lah. Tak rugi apa pun. Kali kedua, aku datang lagi untuk attend class make-up pulak, pun FREE jugak. Datang je la dengan muka togel.. plain tak bermekap. Sampai class nanti baru dorang akan ajar cara-cara bermake-up dengan betul.

Aku start guna produk skincare Mary Kay, pada May 2016. Skincare Mary Kay yang pertama aku beli ialah Botanical Effect Cleanse untuk kulit sensitif. Kenapa untuk kulit sensitif pulak? Sebab sebelum2 ni aku guna macam2 jenis brand skincare set... bila 1st time aku try cleanser Mary Kay masa kat skincare class, esoknya tu kulit aku ada peeling sket kat bawah bibir. Tapi sebab dah kebetulan pencuci muka aku pun dah habis, aku pun tanya la kawan aku ni... nak guna yang mana sesuai untuk situasi kesihatan kulit muka aku tu. So, itulah yang dia advise. Pastu guna sekali Timewise Pore Minimizer, ini untuk mengecilkan pori-pori muka, Oil-Free Hydrating Gel untuk mengurangkan penghasilan minyak di muka & memberi lebih kelembapan pada kulit muka aku. Spot Solution untuk mengeringkan & merawat parut jerawat (kebetulan ada pulak jerawat besar seketul... hehe) & last skali CC Cream yang bertindak sebagai lotion pelindung matahari sebab dia ada SPF15 & juga berfungsi sebagai foundation. CC Cream ni sangat light, tak terasa pun macam pakai... selalunya aku guna ni je kalo nak keluar kemana2... bedak2 tak pakai sangat... haaa... tu dia barisan pertahanan muka aku... hahaha... banyak eh?

Mahal? Mahal gak la... mula2 je terasa mahal sebab kena kuar duit sekelepuk gitu... lepas tu terus lupa untuk at least 4 - 5 - 6 - 7 - 8 bulan seterusnya. Tahan lama weh... Timewise Pore Minimizer, Oil-Free hydrating Gel, Spot Solution aku guna dari bulan 5 2016 sampai skang ada lagi... yang aku top up cuma cleanser & CC Cream tu pun baru 2 kali top up. Jimat tak? Penjimatan yang teramat disitu.. Itu kalo dikira dari segi perbelanjaan, belom kira dari segi effect penggunaan. Sorang Beauty Consultant tegur aku baru2 ni, sebab dia nampak aku dah lain. Kulit dah tak kusam macam mula2 kitorang jumpa last year. Skang ni dia kata kulit aku nampak lebih sihat & glowing. (ada sinar nuuurrr disitu... ahak2)

Ni masa skin care class. Dah rupa citer Braveheart... masa ni tgh guna Botanical Effect Mask. Memang sengaja dorang suruh sapu sebelah muka gitu... sebab nanti boleh compare dengan sebelah lagi... apa perbezaannya...
Tapikan, produk Mary Kay ni sesuai untuk orang2 yang punya tahap kesabaran yang tinggi setinggi langit ke7 je... hehehe.. Sebab apa tau.. Sebab produk Mary Kay ni berasaskan botanical & menggunakan bahan2 natural. Jadinya, effect pemulihannya tu agak mengambil masa & depends pada tahap kesihatan kulit korang jugak la. Kalo korang target start guna awal bulan, pastu nak kulit jadi putih gebu flawless by tengah bulan... lupakan je la ye... unless kalo kulit korang takde masalah kronik, itu mungkin akan membantu.
Ni 2nd class... Make up Class
belum start mekap lagi...
dah mekap... takde ler lawo mana... newbie katanya... tapi boleh la tu... hikhikhik
Di Mary Kay, korang jugak akan diberi consultant oleh Beauty Consultant. Dorang akan advise product mana yang sesuai untuk korang. Item yang mana patut korang guna dulu, yang mana kemudian, yang mana tak perlu. Dorang akan pantau dari masa ke semasa sampailah kulit korang betul2 pulih. Make sure korang ikut nasihat & jangan culas. Kalo tak, jangan komplen kenapa korang tak dapat result yang macam korang target tu. Satu lagi... penting ni ye... Produk Mary Kay memang boleh didapati secara online di Lazada, 11th Street, Mudah.my etc... harga memang jauh lagi murah... TETAPI takde consultation dari si penjual aka Beauty Consultant ye. Kalo korang dah beli melalui online, lepas tu baru menggagau nak cari Beauty Consultant Mary Kay mintak nasihat & tunjuk ajar cara guna... LUPAKAN. Korang takkan dilayan. Unless korang dapat cari Beauty Consultant yang tak kisah & baik hati budi nak tolong korang. Jadi, silalah berurusan dengan Beauty Consultant Mary Kay yang ada disekitar tempat korang... google je, sure jumpa punya...

Di Mary Kay, Beauty Consultant  adalah terlatih & diberi latihan dari masa ke semasa bagaimana untuk handle client masing2, mengenali fungsi produk, memberi khidmat nasihat & mencantikkan client.  Seronok keje Beauty Consultant Mary Kay ni.. hahaha...

Dan yang paling penting... Mary Kay juga menawarkan JAMINAN pulangan semula barangan dorang, tetapi DENGAN BERSYARAT la.  1st time jugak ni aku tau, ada keistimewaan macam ni. Brand lain tak pernah lagi aku dengar... kot ada la kan. Aku tak pernah tau.

Jadi.. oleh kerana aku dah serasi dengan rangkaian skincare & mekap dari Mary Kay, aku pun amik keputusan untuk join jadi BEAUTY CONSULTANT baru2 ni. hahaha.. gitteewww.... Maka bermulalah, sessi melawa aku lepas ni... dari pegi keje tak bermekap, skang dah mula tepek sket2 kaler kat muka. Sebelum ni cuma pakai yang asas je, bedak, lipstik, mascara.

So, kalo korang nak mencuba skincare & mekap Mary Kay... meh ler, jangan malu2 wassap aku ye. Dah merata nombor fon aku kat blog ni... cari je ler... (tu tugasan pertama korang) hahaha...

k, bye...
Masa ni, belum pun join jadi Beauty Consultant MK, saja je menyibuk kat situ... amik aura katanya... hahahaha

Wednesday, January 18, 2017

Friday, January 13, 2017

Tips Memilih Perfume Yang Sesuai

Minyak wangi dan colognes adalah aroma lelaki dan wanita gunakan untuk menyerlahkan kecantikan mereka atau menarik pasangan yang berpotensi. Mereka boleh mengangkat mood yang membangkitkan kenangan manis atau hanya sekadar membantu anda mendapatkan bau yang benar-benar bersesuaian. Terdapat beribu-ribu minyak wangi dan colognes yang berbeza di pasaran hari ini. Jadi bagaimana anda hendak memastikan yang bauan itu adalah yang terbaik untuk anda? Terdapat beberapa cara yang berbeza bagaimana anda boleh membuat keputusan untuk memilih aroma yang sempurna yang akan dipadankan dengan gaya dan personaliti anda yang unik.


Setiap minyak wangi atau cologne terdiri daripada "nota." yang berbeza. Nota-nota ini akan menentukan bau keseluruhan wangian itu. Nota ini terdiri daripada tiga lapisan yang berbeza dipanggil asas (base), atas (top), dan nota tengah (middle), dan mereka semua bekerja dalam sinergi untuk mewujudkan bau yang tertentu. Sesetengah minyak wangi sebagai contoh akan dianggap bunga dan mengandungi nota bau yang berbeza seperti mawar atau geranium. Lain-lain mungkin sedikit seperti buah-buahan yang bersifat seperti limau atau epal. Minyak wangi eksotik mengandungi nota yang agak kuat seperti bunga lawang atau kayu manis. Aroma lelaki mempunyai pelbagai nota juga. aroma kasturi mempunyai bau yang lebih berat, nada yang lebih maskulin, sementara yang lain mungkin mempunyai bau seperti pain atau nota berasaskan kulit. Ia memang satu idea yang baik untuk menentukan jenis cologne atau minyak wangi yang anda suka dan kemudian melihat kandungan nota asas sebelum membuat keputusan untuk membeli. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai nota yang berbeza digunakan untuk membuat cologne dan minyak wangi untuk mendapatkan idea yang lebih baik yang mana anda fikir akan sesuai dengan citarasa anda.


Wangian terdapat di dalam empat tahap yang berbeza tumpuan. Apabila kepekatan semakin tinggi, harga biasanya akan lebih tinggi juga. Biasanya, colognes atau minyak wangi dengan kepekatan tinggi mempunyai bau yang lebih kuat dan tahan lebih lama. Mereka boleh menjadi agak mahal, tetapi sesetengah orang merasakan harga yang lebih tinggi sememangnya berbaloi. Kepekatan tertinggi hanya dipanggil minyak wangi atau parfum. Tahap ini biasanya akan bertahan sepanjang hari dengan hanya satu sapuan atau semburan dipergelangan tangan atau mata nadi. Tahap yang lebih rendah seterusnya adalah eau de parfum, yang biasanya boleh bertahan kira-kira enam jam hingga lapan jam selepas semburan. Tahap ketiga dipanggil eau de toilette dan biasanya agak berpatutan dan mudah untuk mencari di kedai-kedai. Ia biasanya memerlukan lebih daripada satu semburan sepanjang hari untuk memastikan ia bertahan. Kepekatan wangian keempat dan yang paling rendah adalah eau de cologne, yang hanya berlangsung kira-kira dua jam.


Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli mana-mana wangian, anda perlu melakukan beberapa ujian mudah untuk memastikan bahawa ia adalah sesuatu yang anda akan mahu memakai dan anda akan nikmati. Lakukan ujian menghidu untuk botol yang pertama untuk mendapatkan idea utama ia berbau seperti apa. Yang penting, adalah untuk mencuba sedikit wangian pada kulit anda. Ini adalah mengapa kebanyakan bahagian atau kedai kosmetik menawarkan 'tester' untuk pelanggan supaya mereka boleh cuba sesuatu sebelum mereka membelinya. Kulit kita mempunyai kod tersendiri, hormon dan pheromones yang sedikit atau banyak yang boleh mengubah cara wangian itu. Ia adalah idea yang baik untuk menyembur sedikit pada pergelangan tangan anda, tunggu beberapa ketika, dan kemudian bau pada kulit anda. 


Inspired Perfume
PARFUM BY DHIYA

RM45.00
35ml
Long lasting up to 8 hrs ++++
Mesra solat
Mudah dibawa
Kualiti setanding original
Yang penting... BERBALOI dengan harga!!

Adleen
Whatsapp : 017 257 1198



Thursday, January 5, 2017

Parfum By Dhiya

Terjebak jugak aku akhirnya.

Secara rasminya mulai dari hari ini aku bergelar 
DROPSHIP AGENT PARFUM BY DHIYA

Meh ler FOLLOW & LIKE FB PAGE aku yang baru ni k...
leviu oolllssss.... muahmuamuuaahhh



Amik masa jugak sebenarnya aku nak join jadi agent ni. Sebab aku jenis, cuba dulu... kalo puashati dengan effect product tu baru aku consider... nak terus jadi customer je ke atau aku join dengan dorang untuk buat side income... 
tapi kalo barang tak elok, aku campak tepi, tak nak share apa-apa dengan semua orang... gituuu...

So trust me... Parfum By Dhiya aku boleh kata setanding dengan yang perfume yang ori.

Tahan lama
Mesra solat
Harga berpatutan
Mudah dibawa
Banyak pilihan wangian (lebih dari 50 jenis)
EDP

Dari feedback yang aku dapat & aku baca... majoriti yang beli kata SANGAT berpuashati dengan kualiti Parfum By Dhiya ni.

So... kalo berminat, boleh wassap aku untuk order k...

Tak sure bau macam mana?
Nak tau "notes" wangian macam mana?

boleh pegi kat link ni FRAGRANTICA

Korang cari la preference fragrance korang kat situ, pastu roger2 aku k...


JOM WANGI...!!!!



ps: aku pakai sebulan sebotol sebab aku suka spray sedas dua sebelum tido... 
tido pun nak wangi koooooo.... hahahaha....

Tuesday, January 3, 2017

Selamat Kembali Ke Sekolah Anak-anak & Cikgu-cikgu

Dah mula sekolah dah hari ni. Macam mana anak-anak yang baru masuk darjah 1 hari ni? Sedangkan masa hari orientasi pun, ada yang mencebik-cebik takut kena tinggal ngan parents... mula hari ni ntah macam mana la agaknya... hehehe...

1st day hari ni, kembali sesaklah jalanraya. 6.45am dari rumah aku nak keluar menghala ke simpang 4 Ukay Perdana pun dah jammed giler... lambat la Inchik Hubby sampai sekolah pagi ni agaknya. Panas punggung dia dalam kereta bila tengok trafik macam siput sedut.... huhuhu... Aku pun start datang awal balik la ke opis, dah takde transport sendiri kekdahnya... terpaksa la ikut time cikgu sekolah.

Lepas ni kena keluar lagi awal la kot... 6.30am? ke 6.15am? wwoohhooooo.... macam kerja kat Balakong la plak... Redho je la nok... dah ko takde keta sendiri, nak wat caner.....







Sunday, January 1, 2017