Tuesday, February 7, 2017

Ada Apa Dengan MARY KAY?

Mary Kay?

1st time aku tau pasal produk ni masa aku amik class part time kat UM dulu. tahun 2010 kot tak silap... Tapi masa tu aku tak berapa nak kisah sangat benda-benda kecantikan ni... hehehe... so aku belek gitu-gitu je la katalog Mary Kay tu. Tu pun sebab coursemate tu duduk sebelah aku... hahaha.. dah aku tak bertanya detail, dia pun takde la bercerita sangat...


Ditakdirkan aku kembali berkenalan dengan Mary Kay tahun lepas. Tu pun sebab stokis JSD aku join Mary Kay pulak as a Beauty Consultant. Dia ajak aku & kwn opis aku untuk attend skin care class. FREE katanya. Dengar je free... apa lagi, ok kan je lah. Tak rugi apa pun. Kali kedua, aku datang lagi untuk attend class make-up pulak, pun FREE jugak. Datang je la dengan muka togel.. plain tak bermekap. Sampai class nanti baru dorang akan ajar cara-cara bermake-up dengan betul.

Aku start guna produk skincare Mary Kay, pada May 2016. Skincare Mary Kay yang pertama aku beli ialah Botanical Effect Cleanse untuk kulit sensitif. Kenapa untuk kulit sensitif pulak? Sebab sebelum2 ni aku guna macam2 jenis brand skincare set... bila 1st time aku try cleanser Mary Kay masa kat skincare class, esoknya tu kulit aku ada peeling sket kat bawah bibir. Tapi sebab dah kebetulan pencuci muka aku pun dah habis, aku pun tanya la kawan aku ni... nak guna yang mana sesuai untuk situasi kesihatan kulit muka aku tu. So, itulah yang dia advise. Pastu guna sekali Timewise Pore Minimizer, ini untuk mengecilkan pori-pori muka, Oil-Free Hydrating Gel untuk mengurangkan penghasilan minyak di muka & memberi lebih kelembapan pada kulit muka aku. Spot Solution untuk mengeringkan & merawat parut jerawat (kebetulan ada pulak jerawat besar seketul... hehe) & last skali CC Cream yang bertindak sebagai lotion pelindung matahari sebab dia ada SPF15 & juga berfungsi sebagai foundation. CC Cream ni sangat light, tak terasa pun macam pakai... selalunya aku guna ni je kalo nak keluar kemana2... bedak2 tak pakai sangat... haaa... tu dia barisan pertahanan muka aku... hahaha... banyak eh?

Mahal? Mahal gak la... mula2 je terasa mahal sebab kena kuar duit sekelepuk gitu... lepas tu terus lupa untuk at least 4 - 5 - 6 - 7 - 8 bulan seterusnya. Tahan lama weh... Timewise Pore Minimizer, Oil-Free hydrating Gel, Spot Solution aku guna dari bulan 5 2016 sampai skang ada lagi... yang aku top up cuma cleanser & CC Cream tu pun baru 2 kali top up. Jimat tak? Penjimatan yang teramat disitu.. Itu kalo dikira dari segi perbelanjaan, belom kira dari segi effect penggunaan. Sorang Beauty Consultant tegur aku baru2 ni, sebab dia nampak aku dah lain. Kulit dah tak kusam macam mula2 kitorang jumpa last year. Skang ni dia kata kulit aku nampak lebih sihat & glowing. (ada sinar nuuurrr disitu... ahak2)

Ni masa skin care class. Dah rupa citer Braveheart... masa ni tgh guna Botanical Effect Mask. Memang sengaja dorang suruh sapu sebelah muka gitu... sebab nanti boleh compare dengan sebelah lagi... apa perbezaannya...
Tapikan, produk Mary Kay ni sesuai untuk orang2 yang punya tahap kesabaran yang tinggi setinggi langit ke7 je... hehehe.. Sebab apa tau.. Sebab produk Mary Kay ni berasaskan botanical & menggunakan bahan2 natural. Jadinya, effect pemulihannya tu agak mengambil masa & depends pada tahap kesihatan kulit korang jugak la. Kalo korang target start guna awal bulan, pastu nak kulit jadi putih gebu flawless by tengah bulan... lupakan je la ye... unless kalo kulit korang takde masalah kronik, itu mungkin akan membantu.
Ni 2nd class... Make up Class
belum start mekap lagi...
dah mekap... takde ler lawo mana... newbie katanya... tapi boleh la tu... hikhikhik
Di Mary Kay, korang jugak akan diberi consultant oleh Beauty Consultant. Dorang akan advise product mana yang sesuai untuk korang. Item yang mana patut korang guna dulu, yang mana kemudian, yang mana tak perlu. Dorang akan pantau dari masa ke semasa sampailah kulit korang betul2 pulih. Make sure korang ikut nasihat & jangan culas. Kalo tak, jangan komplen kenapa korang tak dapat result yang macam korang target tu. Satu lagi... penting ni ye... Produk Mary Kay memang boleh didapati secara online di Lazada, 11th Street, Mudah.my etc... harga memang jauh lagi murah... TETAPI takde consultation dari si penjual aka Beauty Consultant ye. Kalo korang dah beli melalui online, lepas tu baru menggagau nak cari Beauty Consultant Mary Kay mintak nasihat & tunjuk ajar cara guna... LUPAKAN. Korang takkan dilayan. Unless korang dapat cari Beauty Consultant yang tak kisah & baik hati budi nak tolong korang. Jadi, silalah berurusan dengan Beauty Consultant Mary Kay yang ada disekitar tempat korang... google je, sure jumpa punya...

Di Mary Kay, Beauty Consultant  adalah terlatih & diberi latihan dari masa ke semasa bagaimana untuk handle client masing2, mengenali fungsi produk, memberi khidmat nasihat & mencantikkan client.  Seronok keje Beauty Consultant Mary Kay ni.. hahaha...

Dan yang paling penting... Mary Kay juga menawarkan JAMINAN pulangan semula barangan dorang, tetapi DENGAN BERSYARAT la.  1st time jugak ni aku tau, ada keistimewaan macam ni. Brand lain tak pernah lagi aku dengar... kot ada la kan. Aku tak pernah tau.

Jadi.. oleh kerana aku dah serasi dengan rangkaian skincare & mekap dari Mary Kay, aku pun amik keputusan untuk join jadi BEAUTY CONSULTANT baru2 ni. hahaha.. gitteewww.... Maka bermulalah, sessi melawa aku lepas ni... dari pegi keje tak bermekap, skang dah mula tepek sket2 kaler kat muka. Sebelum ni cuma pakai yang asas je, bedak, lipstik, mascara.

So, kalo korang nak mencuba skincare & mekap Mary Kay... meh ler, jangan malu2 wassap aku ye. Dah merata nombor fon aku kat blog ni... cari je ler... (tu tugasan pertama korang) hahaha...

k, bye...
Masa ni, belum pun join jadi Beauty Consultant MK, saja je menyibuk kat situ... amik aura katanya... hahahaha

No comments:

Post a Comment