Gigih aku bertahan sampai habis event Anniversary Shuib & Siti Sarah kat fb ahad malam hari tu... lambat sikiiiiittttt je, majlis dah bermula, baru teringat nak tonton... hahaha tonton ye, bukan hadir... aku sapa, xde sapa nak jemput pun.... kekekeke
Kagum aku dengan Shuib ni sebenarnya. Susah nak cari lelaki macam dia... sangat rare i would say. Tahniah Siti Sarah, beruntung sangat kamu dek.... harapnya rumahtangga korang kekal bahagia hingga ke jannah. InsyaAllah, amiiinnnnn ya rabb.
Terbaca somewhere, Shuib dari takde apa masa mula terjebak dalam Maharajalawak dengan Sepah, kemudian Sepahtu... mampu sediakan mas kawen semata2... tapi kemudian melimpah-ruah rezekinya lepas kahwen. Dari anak 1 sampai anak 3.. setiap kali isteri bersalin, dibaginya hadiah sebagai menghargai si isteri. Hadiah ketiga ni dibelinya sebuah rumah.. Allahuakbar... beruntungnya Sarah... Sempena ulangtahun ke 6, ditunaikan janji untuk bersanding sebab masa nikah dulu takde sanding2, tak mampu katanya.
Berseri macam pengantin baru :D
Aku tumpang berbangga dengan Sarah kerana dapat bersuamikan lelaki seperti Shuib. Syabas Siti Sarah, sebab jadi isteri yang bukan high maintenance. Sanggup setia bersama2 dalam mengharungi susah & senang.
Berseri macam pengantin baru :D
Aku tumpang berbangga dengan Sarah kerana dapat bersuamikan lelaki seperti Shuib. Syabas Siti Sarah, sebab jadi isteri yang bukan high maintenance. Sanggup setia bersama2 dalam mengharungi susah & senang.
Mesti lepas ni ada isteri yang mintak suami buat macam ni kan... hahahaha
Kalau suami mampu, apa salahnya... kan.. kan...
Tapi kalau tak dapat, jangan sampai bergaduh masam muka pulak...
Orang kata, ukur baju dibadan sendiri sudah :)
Selamat pengantin baru Jep & Sari Yanti. Semoga korang dapat mencontohi sahabat karib korang ni. Juga semoga dikurniakan keluarga yang sempurna & bahagia selama--lamanya.
Bila orang kata
"Kesetiaan wanita diuji saat lelaki tak punya apa-apa,
Kesetiaan lelaki diuji saat dia mempunyai segala-galanya"
ye, aku setuju :)
No comments:
Post a Comment