Derita berakhir
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
Ipoh: Selepas 10 hari bertarung nyawa, kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang didera ibu kandungnya, akhirnya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh (HRPB), di sini, petang semalam.
Sumber polis berkata, mangsa yang sebelum ini koma dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik hospital itu pada 16 Ogos lalu, disahkan meninggal dunia oleh doktor pakar HRPB jam 2.30 petang, semalam.
Menurut sumber itu, mangsa yang mempunyai banyak kesan lebam dan luka di tubuh dan kepalanya dipercayai didera teruk menggunakan objek keras oleh ibu kandungnya yang berusia 30 tahun.
“Mangsa terus tidak sedarkan diri dan bergantung pada mesin bantuan hayat di HRPB. Mayat mangsa dihantar ke bilik mayat HRPB untuk tujuan bedah siasat.
“Proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa dilakukan pada jam 9 pagi esok (hari ini),” kata sumber itu.
Mangsa sebelum ini dibawa bapanya mendapatkan rawatan di HRPB pada 16 Ogos lalu selepas mangsa mengalami luka teruk akibat dipukul.
Doktor yang mengesyaki mangsa didera segera membuat laporan polis sebelum ibu bapa kanak-kanak itu ditahan polis mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. Berdasarkan siasatan awal, suspek yang tinggal di Taman Wang, Mengelembu di sini, memukul anaknya itu dengan rotan kerana mendakwa anaknya itu nakal.
Ibu mangsa bagaimanapun sudah didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada 20 Ogos lalu atas dua pertuduhan iaitu menganiaya dan menyebabkan kecederaan parah terhadap anaknya itu. Suspek bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan minta dibicarakan.
Namun, tertuduh diperintahkan untuk menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia Hulu Kinta selama sebulan dan tidak dibenarkan mendekati mangsa.
Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan dilarang mendekati mangsa.
Jika tertuduh melanggar syarat itu, mahkamah akan menarik balik kebenaran jaminan berkenaan.
Innalillah... kesian anak ni... malang sungguh dia dpt mak bapak kejam mcm tu... kenapa ye? Kalo xnak bela anak tu, hantar la ke rumah anak yatim ke, bg kat org ke.... takpun, jgn beranak langsung!!!!! Ada otak, ada akal... tp xguna... letak kat dlm usus, buat proses jd t**k gaknya... Tak bersyukur langsung.... ditakdirkan la kalo mak bapak arwah ni menyesal pun, mmg xguna dah... bukan anak tu boleh hidup balik pun, xkisah la apa pun alasan dorg buat mcm tu.... Sedihnya... sedangkan aku nak marah arnab kat umah tu pun kesian, boleh pujuk balik mcm pujuk budak... binatang pun ada perasaan, inikan pulak manusia...
No comments:
Post a Comment