Friday, March 22, 2013

Gangguan apakah....???

Pagi2 nak citer pasal ganggu-gugat nih... Tetiba lak baru terasa nak citer kat sini... 

Dalam beberapa bulan kebelakangan ni kan, kat umah aku selalu terdengar bunyi org main guli la, bunyi org berlari2 la, bunyi org dok alih2 perabut la... Yang kitorang laki bini ni dok la ingat org umah atas yg punya keje (mungkin la)... Pastu baru2 ni rasa mcm keadaan makin worst bila, tiba2 inchik hubby ngadu sakit kepala mcm kena migrain, walhal sebelum ni dia mana pernah kena sakit kepala teruk gitu. Bila dah sakit kepala, inchik hubby pun agak stress & moody... ckp pun xhengat2, sampai aku pun kdg sentap gak pastu mula la pikir yg bukan2... Aku pulak tak leh nak tido dlm gelap, xselesa rasanya... Jadinya sampai ke subuh la aku tido dgn lampu terbukak.. Naluri aku kata mcm ada yg xkena lately ni. Puas la aku pikir.... tetiba teringat pakcik aku ada bagi ubat utk pendinding diri & rumah... aku terus mintak inchik hubby buat hari tu jugak... Percaya atau x, yg penting ikhtiar asalkan tak syirik... Surprisingly, mlm tu terus takde bunyi org main guli & lari2 & alih2 brg.... lega gak rasanya. Tapi esok mlmnya & mlm td... bunyi guli dah takde, tp bunyi org berlari terasa makin kuat pulak.... haddooiiii.... Pasni nak beli cd rukyah, nak pasang kat umah utk halau jin setan...

Semlm ada sorang ustaz, mami aku jemput dtg ke rumah... sbb mami aku still xbaik2 lg. Asal senja je, mula sakit2 & pitam... waktu siang ok pulak. Lepas keje terus aku & inchik hubby balik rumah sana & btau ustaz pasal masalah kitorg. Ustaz tu kata, sebelum nak 'pagar' rumah, tuan rumah kena bersih rohani & jasmani dulu sbb mana la tau, kita dok ingat umah tu yg 'kotor' walhalnya tuan punya badan yg 'kotor'...& bende2 halus ni suka mengikut... Jadi pulihkan diri sendiri dulu... Jenuh la kitorg dimengajikan dek ustaz tu... huhuhu... Permulaannya, kitorg kena mandi air yg dah dibaca dek ustaz td & mandi air batu selepas asar, nanti dlm seminggu kita tgk apa tindakan selanjutnya.

Nama ustaz tu Ustaz Shamsul Manab. Korang leh g kat link tu kalo nak cuba. Kaedah pentingnya kita cuba utk pulihkan keadaan rumahtangga & kesihatan, Ustaz ni xde guna jampi serapah bagai2... cuma berdasarkan ayat al-quran semata & bayaran ikut ikhlas. Nak panggil dia ke rumah boleh atau nak ke klinik dia pun boleh. Kalo xsilap semlm katanya klinik dia kat Pandan Indah, berdekatan dgn hospital ampang.


(81) "Dan apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya 
(dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan"
(82) "Dan Allah sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, 
walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa"

No comments:

Post a Comment