Baru2 ni kan daddy aku admitted, 3 hari 2 mlm.. 1 mlm di ICU, 1 mlm lg wad biasa. Masa mlm last daddy aku kat spital, dtg sorg nurse india, agak muda.. btau yg daddy aku dah boleh discharge. Tapi kena tunggu kejap la, sbb dorg nak prepare segala documentation & akan amik masa dlm 2-3 jam gitu. Dah dpt semua tu nanti boleh la balik. Pastu dia tanya pulak, memandangkan masa tu dah jam 8mlm & proses documentation agak amik masa nak buat, dia tanya daddy & abg aku, sama ada nak tunggu atau datang balik esoknya utk collect dokumen2 tu. So, daddy aku kata, xpe lah kitorg tunggu je. Habis 1 part.... kitorg pun tunggu la... Tetiba, dlm lbh kurang jam 10pm +, inchik hubby ckp, nurse india tu nak balik dah, siap dgn beg nak keluar. Abg aku pun apa lg, terus ke meja nurse yg ada kat situ, tanya dokumen utk discharge da siap ke belum? Sebab nurse india yg attend kitorg td nampak mcm nak balik dah... Boleh pulak dorg ni terpinga2 mcm xtau apa. Mungkin dorg pgl nurse india tu masuk balik ke wad.
Abg tanya dia, apa cerita dokumen yg dia kata tu, mana dianya.... Boleh pulak nurse tu jwb, "Saya ada ckp ke pakcik boleh discharge skarang? Lagipun doktor mata belum dtg utk buat check mata pakcik lg..." Kitorg dgr dia ckp gitu, masing2 dah menyirap darah... Yang ko kata nak prepare dokumen, sampai 2-3jam & tanya nak tunggu atau nak balik tu apa? Pastu apa plak tetiba masuk citer psl doktor mata bagai? Walhal, sedari mula xde pun mention psl nak check mata. Aku pun hangen la... Nape nak pusing citer? Xnak ngaku salah... Kang aku sebut kaf lam ya nga kang marah pulak... aku mula nak tinggi suara, tp sib baik dlm wad, patient sumer dah tido... terpaksa aku control la jugak... Aku ulang apa yg dia ckp awal td. Then abg tanya lg, "skarang dah pukul 11, bila doktor mata nak dtg check", dan jawapan dia... "doktor mata bz, xboleh dtg skarang sbb ada lg 3 blok dia nak round" uuuhhhh... wat da....????!!! 3 blok hokey... bkn 3 org! bygkan berapa jam lg tu. Ok, pastu, abg aku tanya lg... "nti lepas doktor dah check mata, dah boleh discharge?" Lagi skali jawapan yg aku rasa patut dibg penampar 18kali... "itu saya tak tau, encik kena tanya doktor"
Betapa muka abg aku dah ketat seketatnya... org tu dah la bad temper... kalo kat luar spital, mau nurse india tu kena tengking kot... huhuhu... Tp mmg pastu kena sound tepat la kan... berubah gak a muka nurse tu. Pastu dia kata, skarang ni kita xboleh nak tuding jari sapa salah, sapa betul... dia mintak maaf gak la... pastu blah... Abg aku suruh aku ngan inchik hubby balik dulu. Biar dia je yg tgu. Oklah, fine... kitorg pun balik.
Sampai rumah, xdan sejam gitu.. Abg call, dorg dah sampai umah.. Aaaiikkkk... cepat pulak. Rupanya, doktor yg last check daddy aku sebelum tu kata, boleh discharge jam tu gak. Pening sudah... :P
Sekarang ni soalan aku... kenapa selalu terjadinya perkara mcm ni? Menyusahkan org ramai, ahli keluarga pesakit... Staff hospital langsung x efisyen... Bukan kata spital gomen je... spital swasta pun sama gak... Dorg ni kena hantar utk training la aku rasa... Bukan semua la yg mcm ni, mungkin cuma segelintir... tp dek kerana staff2 yg mcm ni, maka keseluruhannya tercalit sama....
hhhaaaiiihhhhh dan hhaaaaiiihhhhhh lg.....
No comments:
Post a Comment