Tiba2 pulak pagi ni, aku teringat nak google pasal muntah... Pasal Mami & daddy aku muntah2 tanpa sebab 1-2 ari lepas... Nak kata salah mkn, abg2 aku mkn mknan yg sama jugak kat umah tu, nak kata mkn kat luar atau beli mknan luar mmg xde la... Yang aku highlight warna kuning tu, kemungkinan salah satu puncanya... Just nak berkongsi dgn korang sumer, mana tau kot2 berguna...
Muntah adalah perkara yang pada satu sudut baik untuk badan manusia. Banyak sebab kenapa seseorang boleh muntah. Muntah berpunca dari 2 klasifikasi besar iaitu punca peripheral dan punca central.
Muntah dengan punca periferi berlaku apabila muntah disebabkan oleh gangguan selain daripada sistem saraf sentral. Antara contoh termasuk makan terlalu banyak sehingga perut (stomach) menjadi terlalu tegang. disebabkan perut terlalu tegang, saraf yang menduduki bahagian perut terganggu dan menghantar impuls untuk muntah. Ini menyebabkan individu tersebut muntah setelah tidak henti henti makan. perkara yang sama berlaku apabila kita meminum air terlalu banyak (terutamanya air kosong).
Meminum air kosong terlalu banyak (melebihi 1 liter sekali minum) dapat menegangkan perut dan menyebabkan impuls muntah dihasilkan. selain itu, air kosong juga mempunyai mineral yang sangat rendah. sekiranya air kosong diminum dalam kuantiti yang banyak (terutamanya selepas sukan yang menyebabkan dahaga yang keterlaluan), air kosong ini menyebabkan darah menjadi sangat cair akibat dilarutkan oleh air kosong tersebut. Kandungan darah yang terlalu cair menyebabkan tekanan osmosis di otak secara relatifnya menjadi lebih tinggi dari sediakala. Air akan bergerak masuk ke dalam sel otak dan menyebabkan tekanan yang tinggi berlaku di kawasan otak. Akibat tekanan yang tinggi, bahagian bawah otak akan terbonjol keluar dari lubang yang dinamakan (foramen magnum) di bawah tengkorak dan menyebabkan himpitan terhadap tangkai otak (brain stem). Tangkai otak merupakan pusat yang amat penting dalam mengawal banyak sistem badan termasuk pernafasan, jantung, dan juga mengawal tindakbalas muntah. Sekiranya bonjolan di bawah kepala berlaku, makan himpitan di kawasan brain stem yang mengawal tindak balas muntah menyebabkan individu tersebut muntah. Perkara ini berlaku hanya kerana minum air terlalu banyak selepas sukan yang menyebabkan dahaga yanng keterlaluan. Sebab itulah selepas sukan, kita disarankan meminum air isotonik agar kita tidak menghadapi masalah ini kerana air isotonik dapat mengelakkan perubahan osmolariti cecair badan..
Sebab lain yang menyebabkan muntah ialah apabila seseorang dibelasah di bahagian perut (macam dalam drama melayu).. hentakan yang kuat pada perut menyebabkan tindakbalas muntah boleh berlaku.
Ibu mengandung pada trimester ke 3 juga boleh mengalami masalah muntah muntah kerana tekanan yang tinggi disebabkan uterus yang semakin membesar menghimpit perut dan usus kecil. Oleh sebab itu tidak hairanlah mengapa ibu sarat mengandung selalu muntah. Tetapi kes ini harus dibezakan daripada kes ibu yang baru sahaja mengandung beberapa minggu (perut tidak lagi kelihatan besar). Pada peringkat seawal ini, ibu mengandung juga mengalami muntah muntah, namun bukan disebabkan oleh tidakan mekanikal terhadap perut, tetapi disebabkan oleh tindakan hormon terhadap ibu.
Muntah juga merupakan tindak balas badan terhadap jangkitan bakteria di dalam perut dan toksin yang ditelan. Hal ini merupakan tindakan semulajadi badan yang dikurniakan Allah kepada manusia untuk menyingkirkan sebarang kotoran yang boleh memudaratkan. Sekadar untuk tambahan, bukan semua toksik dapat dikesan oleh badan untuk dimuntahkan semula. Ada juga toksin yang tidak boleh menyebabkan muntah seperti toksin yang dihasilkan oleh sejenis cendawan iaitu Amanita Phalloides yang amat merbahaya kepada manusia. Hanya satu cendawan dapat membawa kematian. Jadi bagi yang suka mengutip cendawan, berhati hati dalam memilih cendawan..
Bagi yang keracunan, Profesor Kuba dari Charles University mencadangkan agar kita meminum air suam bercampur garam berkonsentrasi tinggi agar dengan cara ini gerak balas muntah dapat dihasilkan supaya toksik yang memudaratkan itu dapat disingkirkan melalui muntah..
Muntah berpunca dari gangguan sentral (saraf pusat) pula berlaku apabila pusat yang mengawal tindak balas muntah yang terletak pada pangkal otak (brain stem) terganggu. Ini berlaku dalam kegagalan buah pinggang (sila baca artikel Kegagalan Buah Pinggang). Penghidap masalah ini mempunyai kandungan toksik yang tinggi dalam badan akibat kegagalan buah pinggang menyingkirkannya. Antara bahan kimia yang terkumpul yang menyebabkan gangguan pusat kawal atur muntah ialah urea. Urea, selain menyebabkan gatal gatal kulit (pruritus) dan merendahkan aktiviti sum sum tulang (menyebabkan kurang darah), ia juga boleh menyebabkan muntah muntah. Jadi bagi yang menghidap penyakit buah pinggang, berhati hatilah kerana penyakit buah pinggang bukan sesuatu yang remeh.
Hentakan yang kuat pada kepala juga menyebabkan muntah muntah. Brain concussion (kecederaan akibat hentakan pada kepala) boleh menyebabkan perkara ini berlaku. Muntah terjadi apabila hentakan dikepala menyebabkan pusat kawal atur muntah terganggu (irritated) dan menyebabkan rasa loya mahu muntah. Selain muntah, individu yang mengalami gegaran kepala juga mengalami perkara lain iaitu hilang ingatan sementara lebih kurang 5 minit sebelum berlakunya kejadian hentakan tersebut (retrograde amnesia)..
Jangkitan kuman pada otak juga boleh menyebabkan muntah muntah (megikut Prof. Kuba dari Charles University). Oleh sebab itu, beliau menegaskan bahawa sesiapa yang muntah muntah perlu segera mendapatkan rawatan di hospital.
Ah, jagan lupa juga bahawa kekurangan aliran darah ke perut (English: stomach, Czech: zaludek) boleh menyebabkan muntah muntah. Jangan ambil mudah perkara ini. Orang tua yang mempunyai pengeluaran jantung (cardiac output) yang rendah hanya termampu mengepam darah yang sedikit ke seluruh badan. Kesannya hipoxia (kurang oksigen) berlaku di perut dan ini menyebabkan mereka berasa loya (nausea, nevolnost), hilang selera makan seterusnnya menambah burukkan lagi masalah nutrisi mereka, masalah yang bergerak dalam satu bulatan: (kurang selera makan -> kurang zat besi -> microcytic anemia -> low perfusion of the GIT -> nausea + kurang penghasilan asid di perut + penyerapan zat besi tidak efisyen ->kurang selera makan)
Individu yang selalu saja stres juga boleh selalu muntah muntah. Hal ini demikian kerana mereka mengakifkan sistem sympathetic dan menyebabkan vasoconstriction pada bahagian organ dalaman seperti saluran pemakanan. Akibatnya, aliran darah yang kurang baik menyebabkan individu stres selalu menghadapi muntah muntah selain cirit birit yang tidak kurang hebatnya..
Prinsip yang sama dalam penghidap sakit jantung. Individu ini menghadapai masalah dalam mengalirkan darah ke saluran pemakanan akibat cerutan salur darah ke organ tersebut (sympathetic system). Akibatnya: loya dan muntah..
Bagi orang yang mabuk laut/kereta, inilah jawapannya. Mata kita mempunyai sistem yang membolehkan kita melihat sesuatu objek secara fokus sewaktu bergerak. Jika anda perasan, sewaktu anda duduk di dalam kereta / bas di bahagian belakang dan anda sedang memandang ke luar tingkap, mata anda akan fokus kepada satu objek (pokok dll.), mata bergerak mengekorinya, dan setelah itu memandang kepada objek yang lain dan mengekorinya pula.. pergerakan mata ini dipanggil nystagmus (statokinetik). Pusat kawalan statokinetik ini mempunyai kaitan rapat dengan pusat kawal atur muntah, sebab itulah penumpang belakang yang melihat ke luar tingkap mudah merasa pening dan loya. Selain itu, pergerakan kenderaan kekiri kekanan ke atas dan bawah juga menyebabkan gangguan pada 'semi circular canal' dan menyebabkan muntah. Jadi bagi yang menghadapi masalah ini, pastikan anda duduk di bahagian depan kenderaan agar anda dapat melihat pemandangan di hadapan anda, bukannya pemandangan sisi yang boleh memeningkan.. Duduk di hadapan kenderaan juga membolehkan anda meramal pergerakan yang akan anda hadapi seterusnya mengelakkan pening..
Sebagai nasihat, sekiranya menghadapi loya dan muntah, segeralah ke klinik berdekatan kerana muntah merupakan tanda yang serius..
Read more: http://www.blog.kesihatanonline.com/2011/03/masalah-muntah.html#ixzz2WizXxieW
I love what you guys are usually up too. This kind of clever work and reporting!
ReplyDeleteKeep up the awesome works guys I've incorporated you guys to blogroll.
Here is my blog post :: website ()
Tq anon :)
ReplyDelete