Hari terakhir kat sini. Lepas sarapan, kitorg jln2 lagi sbelom check out. Barang2 sumer dah siap packing dah awal2 pg tu. Masa tgh sarapan, ada 2 group lain baru sampai, group dari MSU & 1 lg aku xpasti dr mana. Nampak sgt masing2 excited baru sampai.... hehehe... ada yg da siap2 pakai baju swimming, ada yg bergaya ala2 mak datin... tersenyum sumbing je aku nengok gelagat org... tumpang seronok.. sbb aku paham, masing2 nak release tension, asik keje je kan... aku pun mcm tu jugak :)
Check out jam 12pm, terus ke jeti tgu bot. Cuaca sgt elok hari nak balik ni.... adduuuhhh.. kenapaaa bukan semalam????
It's a very crystal clear water.... aku sgt terkilan sbb terpaksa balik jugak :( |
Di Jeti Kuala Besut... Bye Pulau Perhentian |
Air nira mawar & nipah |
Sampai Kuala Terengganu, aku btau Inchik Hubby nak cari air nira. Dah lama xpekena... sodap wwoooo.... Ada 2 jenis air nira iaitu mawar/pandan & nipah. Dua2 ni sedap sebenarnya, terpulang pd citarasa masing2... tp jgn korang minum byk2 pulak.. xpasal2 weng nanti... haha.. Inchik Hubby xberani minum sgt, sbb nak drive jauh.
Sempat singgah di Pasar Payang kejap. Pecah rekod, singgah paling sekejap dlm stengah jam aje, semata2 nak beli keropok... hehehe... kalo mami aku ada skali, maunya berjam2 kat dlm tu... :P
Perjalanan balik melalui hiway PLUS agak lancar hingga ke selepas hentian rehat Maran. Selepas tu mula dah jem sampai la ke tol gombak... mungkin ramai yg baru balik bercuti, byk kereta berenti tepi2 hiway. Driver2 tido la kot, xsanggup nak harung jem. Kitorg berenti skejap kat Lipur Lintang, kat situ je pun da berderet2 kereta & bas persiaran berenti. Tido jap dlm stengah jam, bila tgk trafik agak lancar sket, kitorg sambung la gerak balik. Tak lama je lancarnya, lepas tu slow balik...
Masa berenti kat R&R Gambang, org ramai kecoh kat situ. Pasal apa? Pasal kat toilet xde air!! huhu... Termasuk la aku.. nak x nak terpaksa beli air mineral sebotol, nasib baik nak buang yg kecik je, kalo yg besar??? huuiiihhh... haru... :P Station minyak yg berhampiran pun terlibat dgn masalah bekalan air, sampai ada 1 kereta tu mencicit laju keluar dr situ, dah xtahan gaknya driver tu kot... darurat la tu.... :p
Kitorg sampai rumah lebih kurang jam 3am. Xdan nak bwk naik brg2 sumer, mana yg perlu je... xlarat sudah... Cuci muka, cuci kaki, tukar baju.... ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ....
Abih dah citer 3 hari 2 mlm Percutian di Pulau Perhentian Kecil, Terengganu. Maka objektif Tahun Melawat Terengganu 2013 dah tercapai... gitu :D
Lepas ni dok umah diam2... kumpul duit lagi, utk percutian yg lain. Next destination? Thn depan la plak kot kan... xmampu nak g holiday selalu.... huhuhu
ps: Sekiranya kamu hamba Allah atau kawan2 kamu yg sentiasa memantau kami berdua... jgn meroyan pulak bila tgk holiday yg bertalu-talu ni k... xbaik gitu & jgn pulak jadikan entry2 aku ni sebagai alasan menuntut yg bukan2... sesungguhnya kamu lebih berkemampuan... Doakan kami yg baik2 sudah, pahala pun dapat kan? :) SALAM
No comments:
Post a Comment