Holiday ke Perhentian ni benornya kan, aku dah plan awal2 lg sebelum kwn aku ajak ke Singapore ari tu. Semua dah setel, cuma tunggu nak pegi je lagi. Kononnya, nak celebrate anniversary aku & incik hubby kat sini la kan.... Anniversary yg pertama gitu, nak celebrate dlm laut... haha... Kitorg pergi 31 May - 2 Jun, betul2 seminggu selepas balik drpd Singapore... hameekk... penat pun xilang lg..
Holiday kali ni, aku amik pakej dgn Calypso World Travel & Tours. Korang kalo nak, boleh cari kat FB, nama Nazri Mohd.
Ada 1 lg pakej (yg aku amik).. sama je semua kecuali chalet ber'air-cond', harga pakej RM350. Betul2 facing seaview... sgt cantik... xrugi aku amik yg tu :D Korang boleh terus berurusan dgn En. Nazri ni, no tepon sumer ada kat situ. Tapi kalo dia lambat reply, sabar je la ek... sbb katanya dia tgh bz sket skang ni... Gerenti xde tipu punya org... :D
Senang berurusan dgn En. Nazri ni, baik pun baik orgnya... ewwaahhh... Aku berurusan dgn dia ni, melalui FB & tepon je. Jumpanya tak langsung... Punya la aku percaya kat dia kan... Dan Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn lancar & seperti yg dijanjikan. Bila tgk kat FB dia, post mcm2 pakej, geram la plak... tempat best2 plak tu & harga pakej pun rasanya xde la mahal mana. Still under bajet gitu....
Ok, nanti aku citer dlm entry lain Day 1-3 k (lagi) hahahaha... sabar je la :P
No comments:
Post a Comment