Wednesday, June 5, 2013

Singapore - Day 1

Dah nama pegi cuti 3 hari 2 malam kan... harus la ada day 1 - 3 k... :D

Kami bertolak hari khamis, jam 12.30tgh mlm... Tunggu kwn aku, Fizza kat opis aku, parking keta dia kat situ je, senang & selamat... Bismillah, kami terus mulakan perjalanan. Trafik menghala ke Johor melalui PLUS, agak lancar walaupun kenderaan byk & ada 1 kemalangan maut kat hiway ke Seremban, penunggang motosikal mati, xpasti melayu ke india ke atau cina... situ je la jem sket... 

Dalam kol 2 pagi, kami berenti rehat jap kat hentian senawang kot (lupa plak :p)... minum jap, buang2 jap... huhuhu... Da lama aku xkuar travel tgh2 mlm buta... sejuk dingin gitu... Mata mengantuk tapi xleh nak lelap... cian plak inchik hubby drive sorang2, walaupun xbyk nak borak2... masing2 layan perasaan sambil aku jd tukang hulur kuaci & air... hahaha

Dalam jam 5.20am, kami tiba di JB. Berenti tido jap kat Petronas Bandar Baru Uda, sementara tunggu hari cerah. Sejuknya la subuh2 hari gitu... Dah tu, Inchik Hubby ajak ke Danga Bay, sambil jalan2.... sampai sana terus cuci muka, tukar baju siap2... sbb aku dr umah pakai tshirt & seluar track je... sempoi.... hehehe... Dah berposing sakan kat Danga Bay tu, kitorg pegi ke Masjid Sultan Abu Bakar plak... masa tu dah hujan dah.... tp xlebat la. Aman sgt kat masjid tu, boleh nampak singapore kat seberang, dgn angin selat bertiup, sejuk xterkata... Dlm jam 10am, kitorg gerak ke JB Central plak. Jalan2 cuci mata katanya, tp aku tersangkut gak blouse selai kat FOS... hahaha... hampeh tol... dah tu terus g bfast kat subway. Sambil2 berwatsapp dgn Rozzie, set time & kat mana nak jumpa.

Buat kami yg pertama kali nak masuk ke Singapore ni, rasanya agak mencabar jugaklah. Ye lah, sbb xdpt nak bygkan mcm mana prosedurnya nak ke sana. Berpandukan arahan Rozzie, agak menolong jugak lah. 

Nak masuk ke tambak johor tu, mula kastam verify paspot. Baru verify, belum cop lg... lepas verify, baru terus ke seberang utk cop paspot & isi kad putih (xtau apa nama :P) Masa kat sini, Rozzie kata kena dptkan Autopass (ala2 top up kad). Lepas je cop paspot, ke depan sket ada 1 bangunan utk declare brg la bagai2... g kat situ, park keta... Kena bwk dokumen kenderaan utk beli autopass kad tu, harga dlm SGD10. Autopass ni gunanya utk tourist, nak masuk parking mana2 gitu (kalo drive lah) & utk naik public transport. Tapi autopass ni, valid utk kegunaan org yg beli tu je, kalo nak beli utk diri msg2 kena la beli sendiri ye.... & autopass ni valid selama 5 thn. So, anytime nak pegi lg, xyah la beli lg gitu. Nak top up autopass ni pun senang je, pegi je kat mana2 kedai serbaneka Cheers (lbh kurang 7E sini).
 
Punya banyak kereta dari Semenanjung nak masuk Singapore :p
Rozzie & family dah tunggu kami kat tempat autopass tu, baik kan kwn aku... hehehehe.... padahal kat situ mana boleh tunggu. Tapi sbb takut kami xreti, xpaham apa kena buat... dia tunggukan jugak. Dah setel semua... kami terus ke rumah Rozzie di Woodlands, sebelum ke hotel.

Org pompuan kan, kalo dah jumpa, xingat dunia... lagi2 BFF yg da lama xjumpa.... hamek kaaooo.. pening kepala inchik hubby... hehehe... sampai terlepas simpang dibuatnya... :p Dalam 10 minit drive, sampai la ke rumah si Rozzie... sempat tumpang bilik air & baring2 jap kat katil empuk.... ppeehhhh... lurus rasanya tulang belakang aku... hahaha...

My 2 dearest girlfriends :D
Destinasi seterusnya... check in kat Hotel 81 Tristar, Onan Road. Boleh tahan bilik kat situ, besar jugak... tp sini xdpt plak complimentary parking. Terpaksa la inchik hubby pandai2 cari parking, dah la parking kat sini sgtlah limited... Dah siap check in & mandi... terus kitorg g mkn. Tunang Rozzie belanja... ihik... tq PakDin.... :D

Dah mkn2, kenyang perut... kitorg pun g la berjln2 kat sekitar shopping mall yg ada kat situ. Sampai pedih la tapak kaki aku ni ha... Dari 1 shopping ke shopping mall yg lain, dapat la 2 helai tudung, Fizza belanja... hehe... sampai ntah mcm mana muka & badan aku gatal2, xtau apa punca, hama kot gaknya... dah jd mcm udang kena bakar, merah2 & bengkak muka aku.... xdan Fizza nak beli tudung lagi kat bazaar, tgk aku dah tergaru2 gitu, terus ajak balik hotel... sampai hotel xtunggu dah... terus mandi dgn air sejuk... leganya rasa.... terus tertido sampai mlm ko... lena... huhuhuhu

End of day 1... pjgnya la citer... kira karangan la ni ek.... hahahaha.... tunggu utk entry Day 2 plak... aku tengah berhempas-pulas dgn keje yg x berkesudahan... selagi belum totop mata, keje.. keje.. keje... :p



No comments:

Post a Comment