Wednesday, August 10, 2016

Bonggol Jalan

Bonggol jalan? Tau kan? Bukan unta je ada bonggol... jalanraya pun ada... (atas kepala pompuan pun ada gak... hehhehe)

Masa exam nak amik lesen memandu ada nampak sign ni tak?

Cakap dalam Bahasa Malaysianya BONGGOL... bunyinya di atas tekak ya pakcik... bukan di hidung... cakap omputehnya pulak HUMP... bukan humpty dumpty sat on the wall ye... Aku nak taip balik panjang berjela pulak... meh klik link ni http://www.mpsp.gov.my/brgonline/garispanduan/kej/bonggol.pdf ... tu dia citer psl bonggol. Meh aku tambah lagi citer pasal bonggol ni sepanjang dari rumah ke opis aku... Kadang rasa macam naik unta pun ada gak... boleh sesak nafas dibuatnya... kadang2 tu aku saja je tahan punggung kat dalam keta... sebab nak kurangkan impact terhentak... huhuhu (pegang pemegang kat atas tingkap keta... tak tau la inchik hubby prasan ke tak...) :p

Bukan tak bagus ada bonggol jalan ni... mmg baguuuussss sangat, sebab boleh mengelakkan kenderaan dari dipandu laju di area perumahan, boleh mengelakkan dari jadi tempat rempitan kaki2 motor & kaki2 kereta laju... TAPI, kalo dah banyak sangat bonggol tu.. boleh merosakkan kenderaan jugak kan? Tak tau la berapa lama kereta boleh bertahan... minyak jangan cakap la... paling2 pun break pad kereta paling cepat haus...


Kat area umah aku takde signage bonggol macam ni. Takde btau pun lagi berapa jauh jarak bonggol ke, signage "awas bonggol dihadapan' ke... 'perlahankan kenderaan' ke... taraaakkk... bonggol yang ada line kuning gitu, ada la dalam 2-3 kot... yang lain macam takde tapi ada... haa gituuu... kena pulak sama kaler hitam ngan jalan, bila jalan dah diletak tar baru... tak reti2 plak kontraktor jalan letak line kuning kat bonggol tu. tau2 kang... kereta dah melompat, dengan orang dalam kereta terhentak... mula la keluar maki-hamun segala... kena pulak waktu malam, dengan cahaya lampu jalan yang ala2 lomantik, bagaikan nak jimatkan elektrik tu kan... serius la, aku ada masanya rasa macam sesak nafas, belakang aku macam kena hentak gitu... dek kerana bonggol yang tetiba ada tu. Ingatkan, sebab jalan baru tar mungkin later on kontraktor akan buat line kuning tu.... tapinya kan sampai jalan dah tukar jadi kelabu terang dari hitam legam, tak jugak ada line kuning tu. Dari aku bersangka baik sampai aku dah buruk sangka sokmo... tak jugak ada... acaner tu?

Gambar pinjaman dari pakcik google... ni contoh yang aku citer...

Bonggol tu kalo kecik & rendah takpe. Boleh ampun lagi la, ini tak.... ini jenis yang orang akan kata 'abis la absorber keta aku!!!' haaa gitu... Tiap2 hari kitorang lalu time pergi & balik keje... tak kurang dari 22 biji bonggol sehala... dah boleh naik unta dah gitu... gerenti tak mabuk... huhuhu

Ntah apa tujuan buat bonggol sebanyak itu.. addooiiii tak paham...

Jom inchik hubby.. kita naik unta plak pasni... hahaha

No comments:

Post a Comment