Friday, August 26, 2016

Tengok Wayang FREE!!!

Semalam, kitorang dapat tengok wayang free.... hehehehe... Lepas habis makan, Enchik Hubby ajak singgah Setapak Central jap. Nak cari buku katanya. Buku dia kat sekolah dah kena songlap, tak tau sapa punya kerja. Padahal baru je beli minggu lepas. Ni dah kena beli lagi skali... Apa daaa.. kat bilik guru sendiri pun ada kaki songlap ke?

Berbalik pasal tengok wayang free ni. Saja la pegi ke MBO tu, nak tengok apa cerita terbaru. Kot2 la ada yang best ke... Sekali Enchik Hubby nampak cerita si Kubo and the Two Strings ni. Memang sejak tengok preview dulu, dia dah excited nak tengok. Sebab dia suka tengok kerja grafik dalam cerita ni, menarik katanya. Aku pun ok kan je lah.

Terus queue... orang tak ramai pun. Aku hulur la skali member kad MBO Allstar. Sekali adik kaunter tu kata, nak redeem point tak? Dah ada 2000++ point dlm ni, boleh redeem 2 tiket free until 31 Ogos 2016. Nanti mula 1 September, 2000 point dpt 1 tiket je, rugi kak... 


Huiiihhh.. apa lagi, dah FREE katanya... kitorang pun ok jeeeee... selamat duit tiket. hahaha...

Tak caya? tu nampak RM0.00....
Ok gak la citer ni, menarik walaupun simple. Cuma part ending tu, macam nak cepat habis je. Yang tu aku tak berapa nak rasa best sangat.

Korang nak tiket free, kena register jadi MBO Allstar dulu. Pegi je kat website MBO tu. Register free je. tak pun korang klik sini http://www.mbocinemas.com/SignUp.aspx
Pastu rajin2 la pegi tengok wayang, kumpul point banyak2 pastu redeem la apa2 yang korang nak dengan point yang terkumpul tu.

Dah, tu je citer semalam... hehe

No comments:

Post a Comment