Friday, December 9, 2016

Drama 7 Hari Mencintaiku

Sapa follow citer ni? Aku start follow masa dah episode ke 7 ke 8 gitu.... so, bila dah tengah2 citer ni, aku tak berapa nak layan sangat, sebab tak paham... hehehe.... Tapi tengok gak la.. bila free2 tu, aku tengok balik mula dari episod 1.

Tapi episod 20 semalam... memang touching sangat... Sakit ati pun ada gak tengok si Mia tu. Memang ego tahap atok gaban aku rasa... Kerasnya hati dia... astaghfirullahalazim...!!! Sanggup tinggalkan baby dia yang baru lahir gitu je, semata2 kerana ego dia... Nangis aku bila tengok Khuzairi down giler... lelaki kot, susah nak kuar airmata... memang jatuh segala ego lelaki, walau dia cuba cover kesedihan dia. Apa je yang dia tak buat. Semua kehendak Mia dia ikut. Kecuali bila Mia suruh dia tinggalkan mak tiri dia. Itu memang sangat dilemma. Bila Mia nekad nak tinggalkan Khuzairi & dia terpaksa terima keputusan Mia, memang masa ni meleleh2 airmata aku...& lagi sedih bila Khuzairi seakan hilang punca, melutut atas jalan lepas Mia pergi... nasib baik inchik asben kat dalam bilik keje dia, kalo tak, mau kena ejek kot... cepat2 aku kesat airmata kering2 sebelum dia kuar dari bilik... hahahaha..tapi agaknya dia perasan jugak, cuma tak tegur je... hehehe...

Ok, aku emo... hehehehe... tak sabar nak tunggu endingnya minggu depan. Nak tengok macam mana menyesalnya Mia & nak tengok apa usaha dia untuk kembali pada Khuzairi & anak dia & macam mana Khuzairi nak cuba terima Mia balik. Tapi memang anaklah yang akan jadi punca dorang kembali bersama... Sebab kalau dalam kehidupan realiti pun... semuanya kerana anak. Cuma yang bezanya, ego ibubapa anak tu... Mak tiri si Khuzairi tu pun satu hal jugak... boleh tahan mulut dia... kalaulah aku jadi Mia, cemana ek... giler stress. Memang jadi hati batu kot..




No comments:

Post a Comment