Thursday, November 10, 2016

Gastrik La Pulak... Peppermint Ginger Plus, Alfalfa Complex & ESP Shaklee to the rescue...!!

Mami aku ni lepas keluar dari hospital... macam-macam allergy dengan ubat hospital. Dah kena gastrik la pulak. Tak tau la ubat mana pulak yang tak serasi dengan dia. Dia tanya aku, apa supplement untuk gastrik. Disebabkan aku dah lama tinggalkan Shaklee ni, semuanya hilang dari kotak kepala aku yang cenonet ni.... apa lagi tanya la kat pakcik Google aku tu ha... sekali dia tunjuk kat aku gambar bawah ni..

Ok... Alfalfa Complex dah ada. Kena gi beli Peppermint Ginger Plus & ESP.







Seminggu lepas tu Mami aku kata, gastrik dia dah ok. Senang dah hati dia, takde pedih-pedih perut, ulu hati bagai dah...

Aku dulu suka jugak ESP ni. Nak sedap lagi korang boleh blend kurma, fresh milk & esp. Minum sebelum sarapan. Sodaaaaappppp!!!! Kulit pun cantik k... Nak kena start balik la pasni... hahahha

Harga semua dalam set ni? Jap aku check balik ek... eeekkkk...

Alfalfa Complex (S/330 biji) RM56.98 / (L/700 biji) RM103.35
Peppermint Ginger Plus (90 biji) RM47.70
ESP (850gm) RM159.00

Cara pengambilan ada diterangkan kat botol tu. So, kalau nak cuba boleh la beli di cawangan Shaklee yang terdekat atau kadang-kadang ada jugak farmasi yang jual produk Shaklee ni. TAPI... cuma ahli sahaja yang boleh beli ye. So, kalo korang nak beli melalui aku pun boleh atau kalau nak beli sendiri pun boleh DENGAN syarat korang mendaftar dulu jadi ahli kat mana-mana cawangan Shaklee & gunakan ID aku sebagai sponsor. Ni ID Shaklee aku 999398. Kalau tak silap aku la daftar ahli cuma RM69.00 (seumur hidup).

Kalau jadi ahli tu dapat la murah sket harganya. Harga retail dah termasuk gst & tak termasuk postage.

No comments:

Post a Comment