Semalam 1 dunia sibuk menunggu waktu nak tengok Supermoon. Aku pun sama la tu.. hehe.. tapi tak kesampaian. Cakap kat Inchik Hubby, aku nak tengok jugak supermoon tu. Cemana ke rupanya, ye ke besar.. Skali dia kata... "i tak minat la benda2 gini.. takyah la tengok"... wwwaaaaaa seddiiihhhh...
Tapi dah pukul 8 malam tu, aku keluar jugak menjenguk kat balcony rumah, hhhmmmm hampaaaaa... takde pun, bulan keluar kat belakang umah kot. Sebab belah belakang nampak langit agak terang. So... pakat tengok orang update kat fb je la... huhuhu
cilok pic dari fb kawan skolah... hehehe |
Apa itu Supermoon?
"Pada malam ini bulan akan nampak 14% lebih besar dan 30% lebih terang dari bulan purnama lainnya. NASA mengatakan bahwa peristiwa langka ini tidak akan terjadi sampai 25 November 2034.
Bulan akan terlihat lebih besar di musim dingin. Kerana Bumi akan berada paling dekat dengan Matahari pada bulan Disember setiap tahun, yang berarti bahawa graviti bintang menarik bulan lebih dekat ke arah planet ini. Kerana efek ini supermoon akan menjadi sangat besar jika terjadi di musim dingin."
cantik kan.... |
Hhhmmmm... macam tak kesampaian je nak tengok lagi supermoon akan datang. Lagi 18 tahun baru ada lagi.
Tapi walaupun Super moon dah berlalu.. jangan lupa !! .. kesan buruk dari supermoon ni akan berlaku pagi esok .. bila graviti bumi kuat tarik bulan nampak besar .. graviti bulan menyebabkan fenomena air pasang pagi surut pukul 5... nyonya bangun pagi siram pokok bunga... pokok bunga melor tanam tepi kolam.. itik bertelor ayam mengeram...
hahahaha... k bye
No comments:
Post a Comment