Friday, September 23, 2016

KATIL HOSPITAL

Lain yang aku nak belikan untuk daddy aku, lain pulak yang dapat beli dulu... dah rezeki daddy aku kot, dapat la belikan dia katil macam kat hospital tu. Memang dah dalam list aku nak beli tapi hold dulu... pastu tetiba mami aku call kata kesian kat abg aku, dah sakit dada, sakit belakang dia pasal dok angkat daddy aku hari-hari. 

Daddy aku dah 3 tahun fully bedridden sebenarnya. Doktor kata dia ada Nerve problem. Tak boleh nak operate disebabkan faktor umur, masa tu dah 70thn. Memang risiko la. Masa tu boleh lagi nak bergerak sendiri tapi agak slow dari kebiasaan. Pastu lama-lama terus tak boleh buat apa dah... terbaring je sepanjang masa. Nasib baik abang aku rela hati nak jaga kat umah. Terus berenti keja, fulltime jaga dua2 org tua aku kat umah tu. Kesian jugak kadang tu, dengan takde income, stress, penat tapi ye lah... besar ganjaran pahala dia dapat... InsyaAllah. Aku cuma dapat bantu apa yang termampu je lah. 

Berbalik cerita pasal katil tadi. Mula tu, aku nak share berdua dengan mami aku keluar duit sendiri untuk beli katil hospital. Tapi aku kata, nanti aku cuba usaha cara lain. Apa aku buat ialah cuba memohon bantuan dari Yayasan tempat keje aku. Aku cerita dari A-Z kat bos & dia kata siapkan semua documentation, quotation kalo ada, nanti dia try push management untuk consider & luluskan secepat mungkin. Happynya aku... So, aku mula google dari segala sumber yang ada. Lazada, Mudah.my, Lelong.com apantah lagi... sampailah aku terjumpa fb KATIL HOSPITAL. Oleh kerana, aku boleh hubungi direct dengan tuan punya bisness ni... aku cubalah. Deal dengan En. Azaman. Dari mula sampai ke sudah, aku tak berpeluang nak jumpa dia, cuma mami, daddy & abang aku je jumpa, tu pun masa dia hantar katil tu ke rumah.

Amik masa jugak nak dapatkan katil ni, sebab salah sorang dari committee bercuti panjang. dekat sebulan jugak la. 

Dalam pada tu Encik Azman, wassap gambar katil, segala info & quotation yang aku mintak. Cepat, pantas & tuntas... hehehe... Aku plak yang segan sebab lambat decide. Ye lah, terpaksa sebab menunggu keputusan committee Yayasan.

Dipendekkan cerita, semalam pihak Katil Hospital hantar la katil tu ke rumah, lebih awal dari yang dijanjikan. Abang aku pun tak sempat nak kemas apa2 lagi kat umah.... huhuhu.. Syukur Alhamdulillah... selesai semuanya. 

belom sempat dirasmikan, tapi mami aku dah siap lapik ngan cadar... hahaha
Bubble Mattress... beli ni sekali untuk bedsore prevention







Ada banyak pilihan kat atas tu, bolehlah pilih ikut bajet masing-masing ye. And yes... delivery is all the way from Penang. Untuk maklumat lanjut, boleh la hubungi En. Azaman kat nombor tu atau klik je kat fb atau blog. Semoga dipermudahkan segala urusan korang ye... 

ps: semoga murah rezeki En. Azman selalu, dipermudahkan segala urusan & terima kasih sangat2 atas kepercayaan anda. 

2 comments:

  1. Leen beli yang mana ? Ok tak ? Memang sama betul cam kat hospital eak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya beli yg 3 fungsi tu.. Ha'ah sama je.. mmg katil kat hospital tu hani

      Delete