Monday, August 5, 2019

Akinabalu - Day 1


Hari yang ditunggu2 dah tiba. Dari mula hari pertama aku terjebak dengan aktiviti hiking, ini kemuncak segala penat lelah yang beriya2 sangat tu. Kami akan mendaki ke puncak Gunung Kinabalu. Masa ni macam2 rasa ada... gemuruh ada, panik ada, seronok ada, tak sabar pun ada... nak patah balik memang dah terlambat sangat dah.

Demi untuk penuhi cita2 Big Boss kitorang untuk conquer Low's Peak Gunung Kinabalu, aku tawakal & redho je. Seawal jam 5 pagi, kitorang yang duduk berdekatan berkumpul kat HQ untuk bergerak ke airport dengan 1 MPV. Serius masa ni aku dah seram sejuk.. hahaha.. dah la memang sejuk subuh2 hari tu.

(bukan flight kami.. hehehe)

Dah lama tak naik flight agak gugup disitu :D

Setiap kali naik flight, mesti duduk kat wing... tak tau nape

Semangat!!

Cuma 4 orang climbers perempuan

Segala arrangement ke Akinabalu, diarrange oleh pihak organiser TRC sendiri. Kami team hikers cuma perlu jaga kesihatan, ikut arahan & mendaki je...




Lebih kurang 2 jam kemudian, kami selamat sampai di Airport Kota Kinabalu. Transport pun dah sedia menunggu. Masa ni dah tengahari, perut pun dah pedih (takde in flight meal dalam flight Malindo walaupun dalam eticket kata ada), sempat sarapan sikit je kat KLIA td.

Apa nama restoran ni... tak ingat :p
Destinasi seterusnya.. makan tengahari. Makanan sampai by course... 1st course nasi goreng. Memang licin la jawabnya, masing2 dah kebulur. Lepas tu baru la course2 lain sampai bertalu2... ikan siakap steam sampai, udang, ketam, vege, desert.. rataaahhhhh... hahahaha.. memang selesai, lishiiiiinnnn :D

Lepas makan sempat la ronda kejap kedai2 yang ada dekat dengan restoran tu. Tapi takde la shopping apa pun, cuma beli mask je, untuk pakai masa nak ke summit nanti. On the way ke tempat penginapan, kami sempat singgah di Nabalu. Sempat la borong nenas, goreng pisang untuk makan2 dalam van... Sejuk2 ni lain macam selera walaupun baru lepas lunch :p





Since kami ada team photographer sendiri, kebanyakan gambar2 yang ada ni dari kamera dorang la... hehehe. Destinasi seterusnya, ke tempat penginapan kami untuk malam pertama, Kinabalu Park.

Aku tak expect langsung kami akan bermalam kat sini. Tapi tu lah.... terlupa pulak ikut rombongan BIG BOSS kan... mana maunya stay kat hotel2 cikai... hehehhe... 

Register dulu sebelum boleh check in ke bilik masing2

Speechless...
Masa nampak puncak ni, tertanya sendiri, betul ke aku nak naik ke peak Gunung Kinabalu ni? Macam seram je... boleh ke... Rupanya bukan aku sorang yang ada perasaan macam tu.. huhuhhu

Taklimat pembahagian bilik

Ok... yang tak tersangka sekali... Kami dah dapat bilik masing2. Aku & kawan aku, Lina share 1 chalet, di Nepenthes Logde. Yang kelakarnya, belum sampai lagi kami dah macam jakun... hahahaha... ajer giler kome dapat duduk kat tempat cenggini... berapa byr 1 malam sini? Kalau nak datang sendiri berhad, mau pikir dulu 18 kali kot... habis sebulan bonus, tu pun kalau dapat bonus la kan... hehehe




Nak tilam tebal & empuk macam ni.. sayang weeeyyyy nak bangun!!

Tak dan nak melepak tengok tv pun





Tapi sayangnya, kami cuma sempat berehat & tido tak sampai 6 jam pun.  Since kami check in pun dah petang, terus mandi & pergi dinner di Balsam Cafe.



Front view

Chalet sebelah

Siap nak pergi dinner


Taklimat lagi sekali dari Encik Mike, guide kami
Lepas dinner, kami diberi taklimat lagi sekali untuk persiapan mendaki esok paginya. Sejuknya masa ni, walau dah pakai sweater pun, menggelatuk sejuk dengan hujan & angin lagi... huuiiihhhh

Balik chalet, packing bag & bag untuk pass ke porter untuk ke Laban Rata esoknya.

End of Day 1.


Thursday, July 25, 2019

TIADA TAJUK



Wednesday, July 24, 2019

BATU CAVES

Last aku datang ke Batu Caves ni masa umur 4 - 5 tahun. Tu pun kat bawah je, amik gambar dengan abang2 aku, siap pegang senapang... hahahaha

Kali ni aku datang lagi buat kali ke-2. Kali ni training turun naik tangga. Dapat la 4 kali ulang. First time nak turun tangga tu, rasa gayat sebab tangga dia kecik. Masuk kali ke-2, ok dah sket. Dah lepas tu laju sket lagi :p Masuk naik kali-4, aku semput dah. Cukup la tu. Nanti repeat lagi. Nyamuk banyak dok hurung... aku je pulak tu, orang lain relax je aku tengok. Darah manis kot... hahaha bllwweekk :D

Cantik tangga Batu Caves ni, colorful... taappiiii aromanya tak berapa nak syahdu... huhuhu


Salah sorang geng menangga hari tu

BUKIT GASING

BUKIT GASING, PJ
6 April 2019

Sebelum masuk bulan puasa, gigihkan diri mendaki Bukit Gasing. Kali ni pergi dengan kawan seofis & family dia. First time aku sampai sini sejak terpaksa rajin berhiking ni... hehehehe... Selalu tu dengar nama je, nak sampainya tak tau bila.



Tu dia, dah lebih kurang macam Gunung Datuk rupanya. Tapi sebab bukit, takdelah nampak mencanak sangat.. tapi tetaaapppp menduga kakiku :p Maklum je lah kaki aku terlebih tulang... kiri kanan pulak tu. Nak cari kasut punyalah payah. Bila dah jumpa yang sedap pakai... harganya la pulak... boleh tergolek biji mata tengok... hahaha


Arah tujuan kami sebenarnya nak ke jambatan gantung. Tapi tersalah haluan, makanya ke jambatan besi ni yang kami sampai :D


Anak-anak kawan aku nampak sungai kecik ni, tak kira apa dah... terus bukak kasut & lompat dalam air... basah pun basah laaaaahhhh... hahaha.. takpe kita bagi dorang main air dulu puas2... jap lagi nak jalan balik pulak.

GUNUNG DATUK

GUNUNG DATUK
23 Mac 2019

Seterusnya.. ke Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan.

Dengarnya lebih mencanak, takde diskaun2 bak kata hikers. Aku dengar macam tu, terus la menggoogle dengan lajunya.. nak gak tau macam mana rupa mencanaknya Gunung Datuk ni.

...... aannnddd yup... mencanak enuff for me.... huhuhu. Mula la dalam kepala pikir macam2, boleh ke lepas ni? Angsi pun aku fail, inikan pulak Datuk :p

Tapi gigihkan jugaklah. 



Surprisingly, aku tak seletih daki Gunung Angsi. Mungkin sebab masa ni aku sihat kot. Tapi abis jugak la 100 Plus sebotol. Bila nak turun, dah takde air minum!! hahaha... padan muka aku :p

Pantang dipanggil nama, terus posing... :D

Almost there...
Photographer tetap aku... hahahaha
Masa dah sampai peak... banyak betul lebah hutan. Seriau gak kot kena sengat. Tu yang sampai aku cover kepala dengan towel kecik. Rupanya, masa tu ialah musim pokok hutan berbunga.
Panas terik dah sampai peak Gunung Datuk


Aku gayat bila kat peak ni, tak berani nak berdiri... gigil lutut weehhh... hahaha. Tapi viewnya memang spectacular!! awesome!!! 

BERJAYA!!!

Nak turun takde gambar... sebab masing2 dah berlari turun, pro katanya... huhuhu.. tinggallah aku & tiga empat orang lagi jalan slow2.. tapi lama2 aku jalan sorang rupanya. Aku tercepat ke.. ada jugak berenti & cuba tunggu yang lain. Tapi macam lambat sangat, tak nampak2. Aku teruskan jugaklah sampai ke entrance mula tadi.

Dalam hati non-stop baca ayat kursi. Seram tetap seram bila lalu kat certain area, memang pandang bawah je la, tak berani pandang kiri kanan.. hehehe

Akhirnya,

Tu diiiaaaa...

Nak turun lagi mencabar minda & kaki. Ada masa aku tak larat nak melangkah, terus slide je kat batu2 yang besar. Nasib baik tak koyak seluar :D

Kemana pendakian seterusnya?

Tuesday, July 23, 2019

GUNUNG ANGSI


24 Feb 2019
Gunung Angsi, Negeri Sembilan
Nampak gayanya sebulan sekali kami beraktiviti mendaki bersama. Kali ni ke Gunung Angsi, Negeri Sembilan. Yang lebih mencabar fizikal & mental aku. Masa ni aku selsema sebenarnya, tapi paksa jugak diri ikut dorang mendaki. And I have a quiet weird feelings masa ni. Tak tau kenapa. Kamera fon aku langsung tak nak bagi kerjasama masa sebelum gerak naik. Ntah berapa kali aku off & on dia... tala kamera ke lain, heloookkkk je pulak... tala ke entrance, hang & off terus. Maka, terpaksa la aku menyibuk kat kamera fon orang lain... huhuhuhu 



Pucatnya la muka... sememeh :p

Jangan pandang depan... pitam!! hahaha


Ntah sampai tinggi mana tak tau, aku give up. Dah berpeluh sejuk, pandangan dah kelabu macam nak pitam. Bernafas pun dah tak tentu hala rasanya. Aku suruh kawan yang meneman aku untuk teruskan ke peak & aku terus mendaki slowly sampai la nampak uncle kopi ni. Aku duduk kat pondok depan dia, bukak kasut terus.. ingat nak lelap kejap. Sebelum aku nak teruskan ke peak. Sekali uncle tu tegur, dia tengok aku dah pucat giler time tu. Dia offer air kopi panas. Dalam hati aku, takkan la sampai ke sini ada orang meniaga makanan. Gigih sungguh ni. Pastu, dia kata amik apa saja ada makanan yang ada.. tak payah bayar. Muka u manyak pucat, duduk sini minum kopi panas. Tunggu sampai kawan u turun, u tak payah naik la...

aiseeyyyy... tak boleh ke uncle, ok lah saya tunggu sini. Tapi dalam hati, seram benornya :p

Rupanya uncle tu memang ada every weekend kat situ. Dia datang awal sambil tunggu kawan2 dia sampai untuk hiking sama2. Sambil2 tu dia masak bubur kacang merah & buat air kopi.. dia jamu free je pada hikers yang lalu kat situ. Bagus uncle ni. Thank you uncle :D

Tak tau berapa kali terjaga & tertido.. kawan2ku tak jua muncul... hahahaha... apa la lama sangat dorang ni. Berkhemah dulu ke apa? Dari berpeluh sampai dah sejuk kejung. Terus terlelap sampai ntah sapa kejut, dorang dah turun dah.. :p


Bila nak turun, ada pulak yang sudi tolong bawak bagpack aku... hehehe... tq awak :D

 
 
Seronok korang picnic eeekkk....