Friday, July 5, 2013

Umur 4 tahun sudah ketagih dadah....?

Korang baca paper harian metro ari ni x? Cemana la masa depan budak pompuan ni nanti ek? hhhmmmm... ;(

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Siti Norhidayatidayu Razali - Harian Metro
Kuala Lumpur: Usianya baru empat tahun, namun sudah ketagihan dadah selepas terdedah kepada perbuatan ibu bapanya yang juga penagih dadah tegar melepas gian di hadapan kanak-kanak perempuan itu.
Lebih mengejutkan kanak-kanak itu turut dipercayai menjadi mangsa gangguan seksual di kawasan tempat tinggalnya di Jalan Chow Kit, di sini, menyebabkan dia menjadi trauma terhadap lelaki.

Bagaimanapun, pihak berkuasa sukar mengesan siapa pelaku gangguan seksual itu berikutan tempat tinggal mangsa dan ibu bapanya dipenuhi penagih dadah.
Mangsa ditempatkan di sebuah pusat perlindungan kanak-kanak di pinggir ibu kota selepas ibu bapanya ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah sebulan lalu.

Jurucakap pusat perlindungan itu berkata, mangsa petah bercakap dan dia menceritakan tinggal dalam rumah yang turut menjadi tempat penginapan beberapa penagih dadah lain.

“Difahamkan, kanak-kanak itu sejak kecil membesar dalam keadaan persekitaran yang amat teruk iaitu dikelilingi penagih dadah berikutan kedua-dua ibu bapanya juga penagih dadah. “Setiap hari mereka melepaskan gian di hadapan kanak-kanak itu menyebabkan dia kerap terdedah kepada asap dadah itu hingga turut mengalami ketagihan,” katanya.
Selepas ibu bapanya ditahan dan dimasukkan ke penjara, kanak-kanak itu terabai sebelum dia diselamatkan sebuah yayasan kebajikan, seterusnya dihantar ke pusat perlindungan.

Jurucakap itu berkata, mangsa tidak menunjukkan sebarang reaksi aneh ketika mula-mula berada di pusat perlindungan sehingga dia demam pada 1 Julai lalu dan dihantar ke hospital untuk rawatan.
“Doktor wanita yang merawatnya mendapati mangsa mengalami trauma yang teruk terhadap lelaki. Ini kerana, apabila doktor lelaki mendekatinya untuk pemeriksaan, dia takut dan mula menjerit.

“Berikutan itu, doktor wanita berkenaan percaya kanak-kanak itu mangsa gangguan seksual,” katanya.

Doktor berkenaan kemudian membuat laporan di Balai Polis Cheras.

Wednesday, July 3, 2013

For U, Inchik Hubby :)


Alahai.... Teduhan Kasih

Sapa follow citer Teduhan Kasih ni? Semlm last kan? Aku start follow masa da episod tengah2... kira sempat jugak la menjiwai citer ni.... peeehhhh... piiaannnggg.... :p

Tahniah Along@Zarina Zainuddin & Ayu@Nabila Huda... sgt menjadi lakonan korang, sampai aku rasa mcm nak sepak2 je korang bila korang ada depan mata... huhuhuhu.... Ehsan@Adi Putra, aku xberapa minat dia ni sebenonya... aku suka lg kat Aaron Aziz... ahaakksss.... Efa@Sherry Ibrahim, come back yg bagus... da lama xberlakon kan... Tapi endingnya sgt klise, pesal mesti bini tu peknen terus nak beranak? Nak menunjukkan kebahagiaan? Takde cara lain ke? eseeyymmeeennn...

Banyak pengajaran sebenarnya dalam citer ni. Banyak jugak situasi yang terjadi dalam dunia realiti... Tengok contoh Along & mak dia, terpekik terlolong bila berckp, sombong, suka menghina org lain... Ayu, walau Effa tu bestfriend dia, sanggup sampai merampas suami kwn baik sendiri semata2 cemburu... susah-payah berpikir mcm mana nak balas dendam pada org yg tak bersalah. Akhirnya, segala perbuatan jahat memakan diri sendiri... Nenek aku kata, 'what goes around, comes around'... Pandai nenek aku ckp omputeh.. :p

Tu la kan, dalam drama ke filem ke, dapat gak kita tengok apa yg terjadi akhirnya... Sepatutnya, bende2 mcm ni kita jadikan iktibar... jodoh, rezeki, ajal, maut tu semua dr ketentuanNya, mana tau ntah pendek umur ke kita... xsempat nak bertaubat, xsempat nak mintak ampun, mintak maaf pada org2 yg kita ada buat salah.. cemana? X aman dlm kubur tu nanti... Nauzubillah :( 

Peringatan untuk diri aku sendiri jugak... jgn sekali2 menzalimi org lain... 

"Mulia dibalas syurga
Dosa kan sengsara
ini hukum karma....
gila darjat
gila harta
gila kuasa
semua gila....."


Tuesday, July 2, 2013

Alahai...

Alahai kamu manusia... catatan harian aku kamu jadikan bahan rujukan untuk kepentingan & kepuasan serakah kamu...? Tapi aku bersyukur, sbb apa yg terkandung dalam catatan blog aku semuanya fakta yg tak pernah aku putar-belitkan... Kesenangan & kegembiraan kami berdua adalah hasil usaha kami yg halal & bukan dr hasil manipulasi hak org lain... Kami tahu apa tujuan kamu, apa yg dah kamu lakukan dibelakang dia... ingatlah sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga... kamu tak kan selamanya berada diatas... walau siapa juga kamu, siapa kawan2 penasihat kamu, siapa keluarga kamu... Allah tu maha mengetahui... Takkan dibiar hambaNya yang tak bersalah ditindas sewenang-wenangnya... Sesungguhnya, doa orang2 yang teraniaya itu pasti dimakbulkan... 

Kami sedar, kami tidak semewah kamu wahai manusia... tapi Alhamdulillah, hati kami bersih... tiada sekelumit pun hasad dengki... tiada anggapan buruk terhadap kamu walau apa jua yg cuba kamu lakukan... cuma terbit rasa kasihan kerana kamu sedaya-upaya cuba merosakkan penghidupan dia yang baru nak dimulakan kembali... Setelah bergolok-bergadai semata-mata cuba memberikan apa yg kamu minta... Permintaan yang adakala tidak masuk dek akal... sehingga langsung tak punya apa... 

Aku sedia maklum dengan manusia2 yang berperangai sebegini... selagi belum tercapai kepuasan dihati, selagi tu takkan berhenti... Walau dengan apa cara sekalipun... Astaghfirullahalazim... 

Mahkamah duniawi boleh kamu seleweng informasi, mmg ramai yg sudi membantu... 
mahkamah di akhirat, cuma kamu yang menghadapinya sendiri... dimana kwn2 kamu?

Testimonial Ephyra

Sebelum - xde mekap cuma, bedak nipis aje
Selepas - xde mekap & xde bedak lgsg
hah... cemana? ada beza ke? tang kulit muka, serius aku xberapa nak perasan sgt... pasai mungkin ari tu aku g berjemur kat pulau, kulit aku plak mmg senang sgt kena sunburn, nak cerah balik tu mmg bapak payah.... huhuhu... tapi tang lain aku mmg terasa perbezaan.

1) tumit kaki dah kurang pecah2
2) badan dah x letih lesu bila balik dr keje, dah balik umah boleh lg sambung berkemas pulak :P
3) rambut bertambah tebal, walaupun ada lg keguguran rambut tp dah kurang a
4) kuku tangan yg xrata skang da terasa licin (walau x 100%)
5) kwn kata... kulit muka nampak da kurang berminyak & nampak lembab...

Rasa mcm nak continue amik ephyra, tapi... huhhu... ya ongkosnya ya buk... agak ada kepayahan disitu :P tapi Insyaallah, ada rezeki lebih kalu, akanku order dr kamu ya Moon... Mekaseh la sbb bagi ahkak cuba ephyra ni, mmg best banget... Skang ni menten amik VCO & multivitamin je ler... 

Korang, aku sajeskan... beli la ephyra ni. Memang mantop... plus, kena rajin minum air kosong... baru la menjadi... jgn ikut mcm aku, pemalas nak minum air kosong... tu pasal kesannya agak ala2 je... hehehe