Tuesday, September 24, 2013

Anai-anai

Aku paling seriau kalau berkaitan dgn anai-anai ni... Nampak je kecik secoet, tapi impactnya... uuuhhhaaaiiiiii.... kalo x dicegah cepat mmg bahana la jawabnya... tetiba aku cerita pasal anai-anai plak ek.. sebab per? sebab hari tu dlm 1-2 bulan lepas, bilik tido aku ada anai-anai... ntah dr mana datang pun aku xtau... tau2 lantai parquette bilik aku da berlubang je... pastu nampak semut putih2 merayap kat bwh lapisan kayu lantai tu... haiiyyoooo.... xboleh jadi ni... esok tu terus aku g beli racun anai-anai kat kedai hardware. Ingat nak cari yg mcm umpan tu, tp kedai tu xde plak, dorang cuma ada yg racun cecair tu je... aku cakap yg tu bau busuk, aku taknak... mati2 budak kedai tu kata xde bau... nak tak nak aku pun beli la jugak... baru bukak tutup botol racun tu pun aku dah pening... mcm tu ko kata xberbau ye budak??? Dah campur ngan air sumer, aku mulakan tugas meng'spray' tempat2 rayapan si anai2 bertuah tu.... peeehhhhh.... berpinau mata aku, tangkap ke kepala baunya.... dlm seminggu gak la aku monitor hasilnya... Nampak mcm da kurang, mcm la kan... sbb tmpt yg aku spray tu dah takde kesan anai2 lg... so lega jugak la rasanya walaupun aku tau xsemudah tu anai2 nak menghilangkan diri... tapi baru2 ni, aku dpt detect kehadiran si anai2 gerombolan yg baru... terus aku google cari umpan anai2... jumpa ada org jual, 1 tiub rm20... terus aku order 2 tiub... sementara tu aku spray jugak dgn racun anai2 busuk tu, on kipas bilik sbb xnak bg bilik tu berbau busuk sgt kan...
 
Esok tu terus sampai, umpan anai2 tu... alhamdulillah...

Main order je, rupanya kat Terengganu... huhuhu... tq tuan kedai :)
 Balik umah, aku perabih 1 tiub dulu... 1 lg simpan.... kita try test cuba yg ni pulak... Masuk ari ni dah 4-5 hari gak la... mcm xluak je umpan anai2 tu, ntah2 dah xde kot anai2 pasal aku da spray sebelum tu... hhmmm....

Aku tanya2 gak dgn kwn2 aku... kot dorg ada kenal sesapa yg amik upah bunuh anai2... Mmg ada la sorang btau... tp dia amik dlm rm750 kalo umah apartment, mula2 dia dtg check dulu, yg tu free je... nanti kalo kompom kena buat kerja baru dia caj... tp kan sbb dek kenal kwn2, dia pun bg la harga kwn2 jugak... ada la diskaun sket... hehe... tp walaupun diskaun, aku kena bajet2 gak tu :p Takpe lah, aku cuba cara mudah & murah mcm ni dulu... kalo xberkesan, baru aku upah org la kot.
 

Wednesday, September 18, 2013

Tiramisu

Nak jugak post gambar ni tengah2 mlm kan... mcm xley tunggu esok je plak... :p

My 1st attempt tiramisu.... byk bunyik takdak.... mmmmmmmm.... mantap sungguh rasanya... :D Aku saja buat lebih.. konon2 nak mintak inchik hubby jual kat cikgu-cikgi.. hehehe... laku senah... dorang kata sodap... heeeee... suka aku tau... suka1000x...

Isteri kaki pukul

Harian Metro

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Asmah Rusman

 
Kajang: Dia menendang pintu bilik di rumahnya di Saujana Impian, di sini, sehingga pecah sebelum memukul dan menendang suaminya yang bersembunyi di dalam.
Itulah tindakan ganas seorang wanita berusia 38 tahun terhadap suaminya berusia 40 tahun selepas mengesyaki lelaki itu menduakannya.

Akibat kejadian kira-kira jam 1.30 pagi Sabtu lalu itu, suami terbabit yang juga peniaga dilaporkan cedera di badan dan kepalanya akibat ditendang dan dipukul isterinya.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini, dan difahamkan dia sudah membuat lima laporan polis berhubung keganasan isterinya yang sering memukulnya sejak lebih tujuh bulan lalu.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian awal pagi Sabtu lalu, mangsa yang baru pulang mengajak isterinya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu berbincang mengenai masalah keluarga mereka.

“Bagaimanapun, permintaan mangsa dibalas dengan maki-hamun oleh isterinya. Biarpun dipujuk, wanita itu terus memaki hamun mangsa sebelum mengugut untuk membelasahnya,” katanya.

Menurutnya, bimbang dengan ugutan isterinya dan menyedari wanita itu sering bertindak agresif terhadapnya, mangsa segera masuk ke bilik utama rumahnya sebelum mengunci pintu dari dalam.

“Kira-kira 10 minit kemudian, wanita terbabit mengetuk pintu bilik sambil mengarahkan mangsa membukanya, namun mangsa hanya mendiamkan diri di dalam bilik kerana takut dipukul.

“Tindakan mangsa menyebabkan isterinya berang lalu wanita itu menendang pintu bilik sehingga pecah. Selepas masuk, dia terus menendang dan memukul mangsa beberapa kali,” katanya.

Sumber itu memberitahu, ketika ditendang dan dipukul, mangsa tidak melawan sebaliknya hanya meminta dikasihani, namun rayuannya tidak diendahkan isterinya.

“Suspek (isteri) hanya berhenti memukul suaminya itu selepas melihat kepala mangsa berdarah,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian bergegas meninggalkan rumahnya sebelum membuat laporan polis. “Dalam laporannya, mangsa menyatakan dia sering dipukul isterinya sejak lebih tujuh bulan lalu dan sudah membuat lima laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima lima laporan laporan berhubung kejadian itudan memberitahu semua kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
 
apa nak jadi la suami isteri skarang ni... garang bebenor isterinya ni, suaminya plak yg takut.... huhuhuhu.... sadis betul :p

Thursday, September 12, 2013

Kicap ni rupanya...!!!


Ayat dlm metro ..memaparkan logo halal yg tdk diiktiraf malah biadab mengunakan botol arak yg dikitar semula...

Kicap ni keluaran mana ek? Malaysia ke Indon? hhmmm....

Choc Cake di subuh hari...

Ntah apa tiba hangen aku subuh2 hari ni... tiba2 teringin nak buat kek... Nasib baik ada resepi kek instant 5 minit... aaaaa... menjadi saja... tp terpaksa diderhakakan resepinya, patut guna fresh milk tp aku takde plak kat umah ha... last2 bancuh je susu cair + susu pekat sket... ntah apa rasa xtau a... hahahaha.... yg penting jadi.... ngehngehngeh....