Friday, October 14, 2016

MENGEJAR MASA... KENAPA ADA 24 JAM AJE???

Agak-agak sempat tak aku siapkan semua order kawan-kawan aku ni sebelum masuk tahun 2017?

Allah... bercinta sungguh nak membuatnya.. kena pulak bila time mood melayang-layang terbang ntah ke mana... nak menyeru mood tu pulang balik ke tangan memang... alaaahhhhaaaaaiiiii sangat... haaaa kaannn...


Blanket baby ni patutnya dah lama siap, tapiiiiiiiiiiiiii.... sampai skang tak siap-siap lagi. Nasib baik orang yang mengorder kata tak urgent... tapi by the time dah siap, anak pun dah besar, selimut tak dan nak cover badan... hahahaha...


Teddy bear ni pulak... dalam mood mengait aku ke laut... aku cuba-cuba la ber'amigurumi'. First time buat ni. Dah siap, aku gatal pi post kat fb plak... hhhmmmm mendapat la kan... bertalu-talu orang tanya & siap place order... padan muka aku...

Dan order list bertambah lagi...

Skang ni ada....

1 Piano Pattern : Tissue Box Cover (order sejak dari bulan puasa, sampai skang aku tak usik lagi, ntah2 orang yg order pun dah lupa... hahaha)
1 Baby Poncho
1 Baby Dress
1 Adult Blouse
8 Teddy Bear
ada lagi... aku lupa apa... kat umah siap tulis kat whiteboard... cenggitu skali...

nampak sikit kan... kaaannn... itu pun dah cukup buat aku rasa macam nak tercirit, mengenangkan aku dah bazirkan masa terlalu-lalu banyak... adduuuhhhh

Tapi tu lah, itulah rezeki sampingan aku... cepat buat, cepat dapat duit... nak banyak lagi dapat duit, buat cantik-cantik... hehehe

Syukur Alhamdulillah, ada la jugak aku kebolehan berkerastangan.

Tu sebab, aku tak kesah pun nak berbelanja.. sebab aku cari duit sendiri... lalalalalalalaaaa.....

Nanti bila-bila, aku tunjuk yang dah siap pulak ek. Nak share je ngan korang. Cantik ke tak ke, korang nilaikan la sendiri... sebab aku pun belom sampai tahap Pro Crocheter lagi. :)

Thursday, October 13, 2016

Cinta Masam Manis

Tetiba aku termelekat... terfollow cerita ni. Dari 1st episode sampai semalam, takat ni belum miss lagi cuma kadang-kadang terlambat tengok sebab terlambat sampai umah. Ngokngekngokngekngokngek.... dah pukul 7 lebih baru on tv. Dah lama aku tak follow cerita pukul 7 ni, last cerita apa ek yang sebelum keluar cerita yang tajuk mengarut-ngarut ni... lupa dah... Pertama, aku rasa cerita ni macam best sebab ada Zamarul Hisham (hehehehe... minat gak tengok dia ni). Kedua, tajuk cerita tak merapu. Ketiga, memang dah boleh agak cerita chenta2 tanpa melibatkan profession tertentu. 

Memang aku layan betul cerita ni, sampai kadang enchik Hubby bercakap ngan aku pun, aku tak paham apa dia cakap, main angguk-angguk, ye-ye kan je sebab nak fokus kat cerita ni. hahahaha... ampun ya paaakkk!!! Saya tengah khusyuk, jangan diganggu. Dah lama tak melayan cerita pukul 7 ni. Susah nak dapat cerita yang aku boleh terima :D 

Maknanya sampai habis episod ni kena make sure kita dah ada kat rumah sebelum pukul 7, setiap hari Isnin hingga Khamis... tau yang!!! tau!! taauuu!!! (ditujukan khas kepada Inchik Hubby... ) hahahaha


Bukan nak kata aku teringat kisah lama-lamaaaaaaaaaaaa dulu-duluuuuuuuuuuuuu tu... takde lah. Tapi dia punya feel tu... feeeellll tuuu... pernah jugak la aku rasa. hadduuhhhh... Romantik orang lelaki yang lagi tua ni, lain macam sket.... addeessss.. geli pulak aku!! hahahahaha... Tapi tu lah... macam tu lah... yang pernah alami je tau... susah nak describe. Inchik Hubby dok kenen-kenen gak... macam ada kena-mengena je, syok sangat layan, tergelak-gelak.... ada apa-apa ke? aaiiissshhhhh.... jangan la bagi ai rasa serba-salah k.... :D

Satu lagi... si Erman tu rupanya Shah Jaszle... memula tu ingatkan sapa la mamat sotong ni, aku rasa macam nak sepak-sepak je bontot dia... giler gedik.... jentik tinger tu kang... hhaaaaa... Pastu ex-wife En. Johan plak, psycho sungguh... dah ko gatal cari jantan lain, tinggal anak, tinggal suami... ada hati nak rujuk balik... dah tu tak malu asik mintak duit ex-asben, ko bela plak jantan cenggitu... pulak tu kena dera, kena pukul... baru la nak nyesal kaaannn... dah tu terhegeh-hegeh nak rujuk balik... eeehhhh dia niiii!!! Tapi yang tak berubah dalam cerita melayu ni, mak-mak sibuk suruh anak kawin, siapkan carikan jodoh, nak yang orang kaya je, Dato Datin Tan Sri la bagai sebab nanti senang dapat projek, dapat duit juta-juta... yang bapak-bapak jenis tak kisah, cool gitu ala-ala orang kaya. Baru seminggu - dua punya cerita ni, aku dah emo... belum sebulan lagi... hehehehe

Tapi cerita ni, memang best... pada aku la best, pada korang, aku tak tau lah kan.... blog aku, sukati aku lah kan... kan... kaannn...


Tapi Inchik Hubby sayang jangan risau... jangan bimbang... usah khuatir.. jangan ragu kerana CHENTAKU TETAP PADAMU.... takde la ai nak terbawak-bawak feeling-feeling angau cenggituuuuuu... haha

K... jangan lupa Isnin hingga Khamis, jam 6.50pm.... 

Bye

Wednesday, October 12, 2016

Wordless Wednesday




NORMAL PEOPLE 
DON'T GO AROUND 
DESTROYING 
OTHER HUMAN BEINGS...

Friday, September 23, 2016

KOPI PACAK POWER JSD


KOPI PACAK POWER
(10 sachet sekotak)

RM57.90 SEKOTAK

OFFER (SELAGI STOK MASIH ADOOO)
RM150.00 >>> 3 KOTAK







Jangan ingat Kopi Pacak Power JSD ni untuk bagi tenonet abam2 terpacak je ye... 
tapi merangkumi untuk kesihatan dalaman & luaran juga. 
Dengan syarat kena KONSISTEN... 

Dapatkan dari agent & stokis JSD berdaftar berhampiran dengan anda.


*keahlian percuma
*less 20% - 30% untuk ahli berdaftar




Adleen JSD4U
Whatsapp aje : 017 257 1198

KATIL HOSPITAL

Lain yang aku nak belikan untuk daddy aku, lain pulak yang dapat beli dulu... dah rezeki daddy aku kot, dapat la belikan dia katil macam kat hospital tu. Memang dah dalam list aku nak beli tapi hold dulu... pastu tetiba mami aku call kata kesian kat abg aku, dah sakit dada, sakit belakang dia pasal dok angkat daddy aku hari-hari. 

Daddy aku dah 3 tahun fully bedridden sebenarnya. Doktor kata dia ada Nerve problem. Tak boleh nak operate disebabkan faktor umur, masa tu dah 70thn. Memang risiko la. Masa tu boleh lagi nak bergerak sendiri tapi agak slow dari kebiasaan. Pastu lama-lama terus tak boleh buat apa dah... terbaring je sepanjang masa. Nasib baik abang aku rela hati nak jaga kat umah. Terus berenti keja, fulltime jaga dua2 org tua aku kat umah tu. Kesian jugak kadang tu, dengan takde income, stress, penat tapi ye lah... besar ganjaran pahala dia dapat... InsyaAllah. Aku cuma dapat bantu apa yang termampu je lah. 

Berbalik cerita pasal katil tadi. Mula tu, aku nak share berdua dengan mami aku keluar duit sendiri untuk beli katil hospital. Tapi aku kata, nanti aku cuba usaha cara lain. Apa aku buat ialah cuba memohon bantuan dari Yayasan tempat keje aku. Aku cerita dari A-Z kat bos & dia kata siapkan semua documentation, quotation kalo ada, nanti dia try push management untuk consider & luluskan secepat mungkin. Happynya aku... So, aku mula google dari segala sumber yang ada. Lazada, Mudah.my, Lelong.com apantah lagi... sampailah aku terjumpa fb KATIL HOSPITAL. Oleh kerana, aku boleh hubungi direct dengan tuan punya bisness ni... aku cubalah. Deal dengan En. Azaman. Dari mula sampai ke sudah, aku tak berpeluang nak jumpa dia, cuma mami, daddy & abang aku je jumpa, tu pun masa dia hantar katil tu ke rumah.

Amik masa jugak nak dapatkan katil ni, sebab salah sorang dari committee bercuti panjang. dekat sebulan jugak la. 

Dalam pada tu Encik Azman, wassap gambar katil, segala info & quotation yang aku mintak. Cepat, pantas & tuntas... hehehe... Aku plak yang segan sebab lambat decide. Ye lah, terpaksa sebab menunggu keputusan committee Yayasan.

Dipendekkan cerita, semalam pihak Katil Hospital hantar la katil tu ke rumah, lebih awal dari yang dijanjikan. Abang aku pun tak sempat nak kemas apa2 lagi kat umah.... huhuhu.. Syukur Alhamdulillah... selesai semuanya. 

belom sempat dirasmikan, tapi mami aku dah siap lapik ngan cadar... hahaha
Bubble Mattress... beli ni sekali untuk bedsore prevention







Ada banyak pilihan kat atas tu, bolehlah pilih ikut bajet masing-masing ye. And yes... delivery is all the way from Penang. Untuk maklumat lanjut, boleh la hubungi En. Azaman kat nombor tu atau klik je kat fb atau blog. Semoga dipermudahkan segala urusan korang ye... 

ps: semoga murah rezeki En. Azman selalu, dipermudahkan segala urusan & terima kasih sangat2 atas kepercayaan anda.