Friday, January 13, 2012

Nur Su'Ain Annissa Bt Mat Su (2)

update terkini : 13 Jan 2012@4.41pm

salam sahabat2 ku,
coretan ini adalah supaya sahabat2 disini faham keadaan betapa besar dan berat dugaan yg ain dan keluarga tempuhi juga sutiasi yg ain dan keluarga alami. ye lah nak sorang2 tanyer pun kesian jugak kan..so antu share la kat sini. cerita nie pun dapat dari ain sendiri selepas antu tepon dier semalam dan ptg tadi.

ain terpaksa dibedah walaupun dia belum sampai tempoh nak bersalin sebab dier mengalami sakit perut yg amat sgt. lepas doktor check jantung baby laju dari normal, dan doktor suspect ada yg tak kena. so derang kene keluarkan baby sebab nak tau apa yg tak kena. masa operate doktor terkejut sebab byk nanah keluar. bila dah selamat kan baby doktor cari puncah nanah dan dapat tau apendiks ain dah pecah.rupa2nya ain kene apendik pada masa yg sama dan doktor tak sedar langsung hal tu. so sebab tu byk nanah. lepas keluarkan baby, salur jantung baby sempit, so sebab tu kene bua operation jantung back o normal. 1st operation di hospital putrajaya tak berjaya, baby still macam tu.lepas tu doktor kata on the same night jugak nak bawak ke ijn nak buat 2nd operation , tapi tak jadi sebab malam tu baby tak stabil dan badan
macam tak rerima ubat. esoknya baru derang transfer ke ijn. lepas buat 2nd operation baby masih macam tu macam tak da respon pada ubat, dan ada kidney failure. doktor buat 2 kali haemodialisis. even semalam jantung baby ada berhenti sekali. so petang semalam ain dan family dah decide nak bincang dgn doktor. derang dah nekad andai chances baby hanya 50-50 mereka nak hentikan rawatan. andai chances tinggi maka mereka akan teruskan. so malam tadi lepas bincang dgn doktor doktor kata jgn fikir macam tu, sebab katanya chances baby ain masih tinggi dan masih boleh diselamatkan. so derang pun setuju nak teruskan lagi rawatan.

as for ain pulak... lepas apendik pecah dia juat buat rawatan luar je , semalam jahitan dier macam terbukak dan ada berair. so suspect ada infection tu yg kene warded balik dan nak buat 2nd operation. alhamdulillah berkat doa kawan2 doktor kata just jahitan terbukak sikit je. dan tak de infection. so ain tak jadi buat 2nd operation. just kene cuci luka macam biasa je. ain dah discharge dan skrg sudah pulang ke palong sebab kat putrajaya tak da org nak jaga dier. at least kat kampung tu mak dan ayah ain ada.

as for baby ain pulak, syukur alhamdulillah hari nie baby dah mula menampakkan perubahan yg positif. ain ucapkan ribuan terima kasih pada sahabat2 yg mendoakan beliau dan babynye. semoga kiter terus berdoa agar ain dan baby dia sihat seperti sediakala hendaknya.

kata ain..dier tak dapat nak balas jasa baik korang yg byk mendoakan beliau. hanya ALLAH sahaja yg boleh membalasnya.

setakat itu je lah yg antu dapat update tuk kengkawan. kalau ada sebarang berita insyaallah antu akan bagi tau lagi.

p/s lau ader typo tu pandai2 lah...antu bz tak sempat nak dabel cek

mmg copy paste dr original mesej ni, xde edit2... buat kenang2an... apa2 pun syukur alhamdulillah Ain beransur pulih & baby pun mula ada menunjukkan tanda2 positif utk meneruskan hidup...

Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment