Wednesday, February 26, 2014

Bila Big Boss Kahwin Lagi....

Inchik Hubby dengan Eman Manan & Pak Lah
pep achim
Baru2 ni kami ke wedding BigBoss aku... hoh.. BigBoss ka? ya la... ini perkahwinan kedua dia selepas perkahwinan pertamanya sudah menemui jalan buntu. Hal rumahtangga org lain, aku taknak masuk campur.. dengar sebelah pihak versi lain, sebelah pihak lg versi lain... aku xtau mana 1 yg betul. Jadi.... bila dah dpt invitation tu, kena lah pergi ye tak... suka ke, xsuka ke tu belakang kira.. yg penting tanggungjawab aku sebagai staff aka ahli komiti event company, aku dah jalankan sepatutnya.

Sorry ek... gambar pengantinnya aku x upload kat sini. Bagi tidak mengundang situasi diluar jangkaan.. nanti ahkaaakkkk juga yg kena :P walaupun takde halangan drpd sapa2... tapi sindiri mau ingat la...

 Kami pun nak juga... (mcm la tak biasa jumpa)... haha

Pak Lah & Eman Manan mmg selalu ada bila masa function company aku. Nak kata xheran dgn dorang tu xde la.. tp bila sekali2 berjumpa keterujaan tu tetap ado... haha

Eman Manan lepas geram... kesian kat kitorang tunggu punya lama nak bergambar dgn dia... asik la org lain potong queue... takpe2.. bg can... huhu
 
Oh Inchik Hubbyku... kenapa nampak 'sihat' sgt tu... huhuhu... senang hati ka? Saya terlebih bg mkn kek ka? Kena paksa mkn set slimming Shaklee ni... kena ikut time, ni x... asik la skip... nak kena suap supplemen kat mulut baru nak mkn... cemana ni?


View dari bilik hotel tingkat 11... nice
 
Kitorang check in kat Muar Traders Hotel. 2hari 1 mlm dgn rate RM146.00/mlm. Betul2 ditengah2 Bandar Muar. Baru 1st time aku bermalam kat Muar ni, biasanya bermalam di Batu Pahat je, dah nama pun kampong Inchik Hubby kan...


Inchik Hubby dah pandai nak berselfie... gelap pun gelap la... belasah... huhuhu 

Pic ni, amik kat belakang hotel, sambil2 tengok org mancing kat tepi2 tu.. ada la sorang mamat tu dapat ikan besar tapi yg excited lebihnya Inchik Hubby aku... boleh? haha... nampak sangat da lama xg mancing lepas dari pegi ke One Phatom Bank ari tu. Nanti kita beli pancing baru ye sayang... (pancing patah, sekali 2 plak tu... ish3)

Pastu malam selepas kenduri tahlil, masing2 balik umah tukar baju... pakat keluar cari mkn lagi.. xkenyang sey... hahaha... Group pengantin ntah ke mana, bershopping kat pasar malam... kitorang xikut. Inchik Hubby bawak aku pegi mkn sup, dekat tempat pasar mlm tu jugak... lupa plak apa nama, gambar pun xamik... apa ke tiba segan aku nak amik bagai... hehehe

Yg terkujut aku tu... aunty india yg amik order kitorang tu siap guna tab, senah... ko ado? aku ingat takat kat KL jek gitu... hahaah.... tabik ah...

K, sekejap je kat Muor... lepas bersanding di rumah pengantin pompuan, kitorg gerak balik KL. Lepas ni aku up citer reception kat KL plak... Tetamu2nya ya ampuuunnnn.... VVIP segala... protocol sey... protocol... kecut perut minah2 komiti... haha


k, bye.

Tuesday, February 25, 2014

CURANG

Takutnya tengok tajuk... >_<


Minggu lepas, kawan aku mengadu. Rupanya dah lama dipendam dalam hati, sampai berkecamuk jiwa & perasaan.. Buat keje pun macam xbermaya gitu.. itu salah, ini salah... nasib baik dpt bos tak fussy... Patut la mcm pelik je aku tengok lately. Bila ditanya, dia jawab "aku ok je"... tapi aku tau dia ada masalah. Tapi xkan aku nak paksa dia cerita kan.. aku biarkan dulu... Tapi semlm, xsemena2 dia menangis. Menangis beriya2 takde cover2 lagi dah. Panik aku sey... Aku mmg tak reti nak pujuk2 org... tak boleh tgk org nangis2 gitu, terutama sekali kalau kawan2 rapat aku... mmg dgn aku sekali berderai airmata.... huhuhu...

Aku bercerita kat sini DENGAN IZINNYA. Katanya dengan harapan agar org memahami apa isi hati isteri yg dianaiya zahir dan batin. Walaupun dia redha dengan apa yg berlaku, mungkin ada yg tersirat disebaliknya, Allah maha mengetahui kan...

Katanya, diawal perkahwinan mmg la bahagia... rasa macam masing2 berkongsi segalanya, takde rahsia2 gitu... masing2 bertolak ansur, happy,  xde syak wasangka... takde... melainkan yg indah2 belaka. Tapi, tiba satu ketika, kawan aku dapat tau... (actually suami terkantoi secara xsengaja..) suami ada akaun fb yg lain, secara diam2.. hmmm... ok lg. Kawan aku ni pun walaupun tak pandai IT, tp xdelah buta IT terus... ada gak bijaknya dia... Selidik punya selidik... rupanya suami dah blocked dia awal2 lagi. Dey... boleh lg stalk dari email akaun lain kan... *duuhhhh* (seriously aku dah sentap masa ni) Kalau takde apa2 kat fb tu kenapa perlu block wife sendiri? pelik kan... Dan syak wasangka berterusan... Kwn aku pun,  senyap je dah pasal tu. Malas nak byk soal katanya... Until satu hari, dia terbaca 1 status yg agak menyentap hati di fb rahsia si suami. Status tu pada hujung thn lepas rasanya. Dan dia masih lagi mendiamkan diri... (aku respek btl dgn kwn aku ni, kuat sungguh kesabarannya.) Tetap dilayan suami mcm biasa. Mcm takde apa2 yg berlaku.. padahal kesabaran & kepercayaan terhadap suami dah makin berkurangan... Mana xnya kan, makin lama makin terserlah perbezaan watak si suami. Sama ada si suami sedar atau x, atau mmg disengajakan... wallahualam.

Dan baru2 ni, tercetus salah faham yg aku rasa sangat bangang antara dorang. Masalah yg kecil, boleh selesai kalo bawak berbincang, Tanya elok2... Ini tak, terus mengaitkan situasi dengan org yg x berkenaan. Motif????? Kawan aku terus blank... & she is totally blank... apa salah dia? kenapa buat dia mcm tu? Malunya Ya Allah... tuhan je tau... (I feel u fren) Aku pun tgk apa yg terjadi setelah ditunjuk pada aku. Dan aku rasa, tindakan si suami mmg kurang diakal fikirannya.. seakan nak membukak pekung sendiri... Astaghfirullah... aku cuba menempatkan diri aku dalam situasi itu, mcm mana rasanya dianaiya oleh org yg kita kasihi, yg sanggup kita terima buruk baik & kekurangan... tapi ini balasan yg kita terima... luluh hati dibuatnya.

Sejak hari kejadian (hampir seminggu)... dorang masih xbercakap, xbertegur sapa... cuma sekali si suami bertanya nak mkn ke x... tapi cemana nak menjawab bila hati dah retak beribu2... pergi keje pun dah xbtau... xde salam peluk cium lagi dah. Kawan aku tgl kat umah termangu2, berderai lagi airmata di subuh2 hari... tertekan sungguh jiwanya... :(

Hari ni aku tanya dia... sampai bila nak mcm ni. Dia xbercakap, kau xbercakap... Pastu kawan aku boleh plak buat lawak, dia kata dia bercakap dengan kipas kat bilik (stand fan)... pastu dengar balik suara mcm robot pastu gelak sorang2.. adeehhh boleh? Sakit jiwa ke apa? Itu je kot cara nak hiburkan hati dia... nak bagi mood untuk pergi keje mcm biasa... (aku kenal sangat kau kawan... lebih dari kenal :)) Tengoklah hari ni mcm mana... siapa yg bersuara dulu katanya. Dia rindu sebenarnya, rindu sangat... tapi dek kerana keluluhan hati diperlakukan begitu buat semuanya jadi hambar....

Aku peluk dia lagi, sama2 menangis.... Ya Allah, kau tabahkanlah hatinya... panjangkanlah jodoh mereka hingga ke jannah & kurniakanlah mereka anak2 yg soleh...

Maaf, aku xdapat nak cerita sedetailnya.. bukan aku lupa cuma x sampai hati... Ni pun dah bergenang airmata :(

Moral of the story...

Encik2 suami diluar sana, cubalah untuk setia... sesetianya yg mungkin tanpa ada org ketiga diantara kamu & isteri. Kesian isteri tu, dari pagi ke petang di pejabat, balik rumah sambung keje rumah lagi... suami dah berdengkur, isteri baru dapat berehat. Ada yg sanggup berkongsi belanja bulanan, silap2 ada yg menanggung belanja suami (kenyataan kan), membantu kononnya.. tapi ini yg isteri dapat... dimana hati budi kamu? Jangan sampai si isteri lari meninggalkan kamu kerana rasa terkilan yg xdapat dibendung... Nauzubillah... Kenanglah kebaikan2 si isteri..

Puan2 Isteri... hak kamu adalah hak kamu jua... pertahankan selagi terdaya. Biar tegas tapi kena pada tempatnya. Syurga kita bukan lagi dibawah tapak kaki ibu... tetapi suami. Jangan juga kamu bermain kayu tiga seperti lelaki... x elok dipandang org, lagi dihina nantinya...

Kawanku, bersabarlah... aku tau kau kuat. Kesabaran kau lebih tinggi dari aku. Aku salute... Tapi walau apa pun yg terjadi, ramai yg akan support kau ok... Kami sentiasa disisi... susah & senang... selamanya... :)

My Hubby... jadikan ini sebagai satu pengajaran bukan pengalaman... I xtau sama ada I sanggup menghadapi semua kemelut rumahtangga.. mcm mana kawan I hadapi skarang. Mintak dijauhkanlah.. Tetapkanlah hati kami Ya Allah...

I LOVE YOU SO MUCH SAYANG :)


Monday, February 17, 2014

LAWATAN KE KILANG KOMPANG

Huuiihhh.. tetiba sebut kilang kompang... :p

Korang pernah pergi kilang kompang or pernah tengok cemana proses buat kompang? Tak pernah? Aku pun tak pernah... hehehe.... tapi cuti CNY ari tu, Inchik Hubby bawak aku pegi Parit Raja, Muar. Katanya nak survey kilang kompang tu, sbb nak bawak budak2 kompang skolah dia pegi melawat sana cuti skolah akan datang. Aku ikut je la.. lagipun cuti panjang takde gi memana pun... dok umah je. Tu pun pegi balik hari je... Dan ada sorang lg cikgu ikut sama, bawak gak bini dia... (giler romantic gedsss kapel ni.... haha)

Pas amik cikgu tu kat skolah lebih kurang kol 8am lebih gitu, kitorang terus gerak ke Muar. Biasanya, aku duduk belakang je kalo ada kawan2 lelaki Inchik Hubby tumpang. Tapi kali ni, cikgu tu laki bini insist nak duduk belakang. Kitorang pun ok kan je lah kan... :p

Macam biasa aku menggalas tanggungjawab sebagai co-pilot @ tukang hulur kuaci @ navigator... hahaha... dah mcm nak g treasure hunt plak dgn berpandukan Waze apps. Kadang2 Waze ni pun xleh harap gak... huhuhu... ke lain dibaginya direction..

Layan gambar dulu ek...

Ahli lawatan bersama dengan tuan punya kilang kompang...
Perasan tak, kompang dorang pegang tu warna hitam? Itu katanya diperbuat daripada plastik filem x-ray. Kalo tengok betul2, macam2 pattern ada... ada gambar otak la, ada gambar tengkorak la, ada gambar tulang la... macam2 ada... hehe... tapi kompang jenis ni tak tahan lama, sbb tak tahan panas & lama2 jadi kendur & tak boleh guna lagi dah. Tu tuan punya kompang hantar kat kilang ni untuk tukar ke kulit kambing macam yg asal.

Pernah masuk suratkhabar... 
Close up kompang x-ray
cara-cara mengikis bulu kambing
Sisa-sisa kayu kompang... aku dgn isteri cikgu tu amik bawak balik buat tempat potong2 bawang... hahaha

Salah satu mesin yg digunakan untuk memproses rangka kompang
Kulit kambing yg dah kering & dah dikikis bulunya
Proses menegangkan kulit kambing
Pengalaman baru melawati kilang kompang & baru ku tahu cemana susahnya nak buat kompang ni. Jadinya, jangan cepat melatah bila tengok harga sebiji kompang tu mahal ye... Banyak proses nak kena buat, dari potong kayu sampai lah ke mengikis bulu kambing... silap sikit je, habis... buang terus & mula dari basic... huhuhu....

Dan satu pengalaman juga bila terpaksa menghadapi pasangan yg sangat romantika d'amor... Aduuuuhhhaaiiii... mencabar mental sungguh :P Nak aku cerita kat sini, rasa mcm mengaibkan org pulak tapi cukup lah aku nak pesan... kalo korang berpergian kemana2 menumpang kenderaan org lain, jagalah tingkah-laku or at least ingat2lah sikit pada tuan punya kenderaan tu. Selesa ke dorang dgn korang yg ala2 romeo & juliet... berkeluh-kesah kat belakang, bermanja2... eeeewwwww.... please la okay... mau muntah belalak kot... huhuhu... & tak pasal2 moment tu boleh jadi bahan gurauan aku & inchik hubby sampai skarang... hahaha... 

Nasib baik la aku tak segedik itu & diperakui oleh Inchik Hubby sendiri... muahahaha... wa brutal okay :p Mintak maaflah kalo Cikgu I terbaca cerita ni... sebab kesan moment tu sangat mendalam & mengacau jiwa & raga kami suami-isteri... hahaha

Wednesday, February 5, 2014

Terpinggir...

Kesian blog aku yg seketul ni.. terpinggir sudah.. dok sibuk ngan blog 1 lg... huhuhu... Inchik Hubby pun dah asik bertanya, nape takde citer baru ni? haha... jap eekkk... tengah tunggu idea mari.. dah lama x mari, tu yg terpinggir :P


Kita minum dulu...