Inchik Hubby dengan Eman Manan & Pak Lah pep achim |
Baru2 ni kami ke wedding BigBoss aku... hoh.. BigBoss ka? ya la... ini perkahwinan kedua dia selepas perkahwinan pertamanya sudah menemui jalan buntu. Hal rumahtangga org lain, aku taknak masuk campur.. dengar sebelah pihak versi lain, sebelah pihak lg versi lain... aku xtau mana 1 yg betul. Jadi.... bila dah dpt invitation tu, kena lah pergi ye tak... suka ke, xsuka ke tu belakang kira.. yg penting tanggungjawab aku sebagai staff aka ahli komiti event company, aku dah jalankan sepatutnya.
Sorry ek... gambar pengantinnya aku x upload kat sini. Bagi tidak mengundang situasi diluar jangkaan.. nanti ahkaaakkkk juga yg kena :P walaupun takde halangan drpd sapa2... tapi sindiri mau ingat la...
Kami pun nak juga... (mcm la tak biasa jumpa)... haha
Pak Lah & Eman Manan mmg selalu ada bila masa function company aku. Nak kata xheran dgn dorang tu xde la.. tp bila sekali2 berjumpa keterujaan tu tetap ado... haha
Eman Manan lepas geram... kesian kat kitorang tunggu punya lama nak bergambar dgn dia... asik la org lain potong queue... takpe2.. bg can... huhu
Oh Inchik Hubbyku... kenapa nampak 'sihat' sgt tu... huhuhu... senang hati ka? Saya terlebih bg mkn kek ka? Kena paksa mkn set slimming Shaklee ni... kena ikut time, ni x... asik la skip... nak kena suap supplemen kat mulut baru nak mkn... cemana ni?
View dari bilik hotel tingkat 11... nice
Kitorang check in kat Muar Traders Hotel. 2hari 1 mlm dgn rate RM146.00/mlm. Betul2 ditengah2 Bandar Muar. Baru 1st time aku bermalam kat Muar ni, biasanya bermalam di Batu Pahat je, dah nama pun kampong Inchik Hubby kan...
Inchik Hubby dah pandai nak berselfie... gelap pun gelap la... belasah... huhuhu
Pic ni, amik kat belakang hotel, sambil2 tengok org mancing kat tepi2 tu.. ada la sorang mamat tu dapat ikan besar tapi yg excited lebihnya Inchik Hubby aku... boleh? haha... nampak sangat da lama xg mancing lepas dari pegi ke One Phatom Bank ari tu. Nanti kita beli pancing baru ye sayang... (pancing patah, sekali 2 plak tu... ish3)
Pastu malam selepas kenduri tahlil, masing2 balik umah tukar baju... pakat keluar cari mkn lagi.. xkenyang sey... hahaha... Group pengantin ntah ke mana, bershopping kat pasar malam... kitorang xikut. Inchik Hubby bawak aku pegi mkn sup, dekat tempat pasar mlm tu jugak... lupa plak apa nama, gambar pun xamik... apa ke tiba segan aku nak amik bagai... hehehe
Yg terkujut aku tu... aunty india yg amik order kitorang tu siap guna tab, senah... ko ado? aku ingat takat kat KL jek gitu... hahaah.... tabik ah...
K, sekejap je kat Muor... lepas bersanding di rumah pengantin pompuan, kitorg gerak balik KL. Lepas ni aku up citer reception kat KL plak... Tetamu2nya ya ampuuunnnn.... VVIP segala... protocol sey... protocol... kecut perut minah2 komiti... haha
k, bye.
No comments:
Post a Comment