Tuesday, February 25, 2014

CURANG

Takutnya tengok tajuk... >_<


Minggu lepas, kawan aku mengadu. Rupanya dah lama dipendam dalam hati, sampai berkecamuk jiwa & perasaan.. Buat keje pun macam xbermaya gitu.. itu salah, ini salah... nasib baik dpt bos tak fussy... Patut la mcm pelik je aku tengok lately. Bila ditanya, dia jawab "aku ok je"... tapi aku tau dia ada masalah. Tapi xkan aku nak paksa dia cerita kan.. aku biarkan dulu... Tapi semlm, xsemena2 dia menangis. Menangis beriya2 takde cover2 lagi dah. Panik aku sey... Aku mmg tak reti nak pujuk2 org... tak boleh tgk org nangis2 gitu, terutama sekali kalau kawan2 rapat aku... mmg dgn aku sekali berderai airmata.... huhuhu...

Aku bercerita kat sini DENGAN IZINNYA. Katanya dengan harapan agar org memahami apa isi hati isteri yg dianaiya zahir dan batin. Walaupun dia redha dengan apa yg berlaku, mungkin ada yg tersirat disebaliknya, Allah maha mengetahui kan...

Katanya, diawal perkahwinan mmg la bahagia... rasa macam masing2 berkongsi segalanya, takde rahsia2 gitu... masing2 bertolak ansur, happy,  xde syak wasangka... takde... melainkan yg indah2 belaka. Tapi, tiba satu ketika, kawan aku dapat tau... (actually suami terkantoi secara xsengaja..) suami ada akaun fb yg lain, secara diam2.. hmmm... ok lg. Kawan aku ni pun walaupun tak pandai IT, tp xdelah buta IT terus... ada gak bijaknya dia... Selidik punya selidik... rupanya suami dah blocked dia awal2 lagi. Dey... boleh lg stalk dari email akaun lain kan... *duuhhhh* (seriously aku dah sentap masa ni) Kalau takde apa2 kat fb tu kenapa perlu block wife sendiri? pelik kan... Dan syak wasangka berterusan... Kwn aku pun,  senyap je dah pasal tu. Malas nak byk soal katanya... Until satu hari, dia terbaca 1 status yg agak menyentap hati di fb rahsia si suami. Status tu pada hujung thn lepas rasanya. Dan dia masih lagi mendiamkan diri... (aku respek btl dgn kwn aku ni, kuat sungguh kesabarannya.) Tetap dilayan suami mcm biasa. Mcm takde apa2 yg berlaku.. padahal kesabaran & kepercayaan terhadap suami dah makin berkurangan... Mana xnya kan, makin lama makin terserlah perbezaan watak si suami. Sama ada si suami sedar atau x, atau mmg disengajakan... wallahualam.

Dan baru2 ni, tercetus salah faham yg aku rasa sangat bangang antara dorang. Masalah yg kecil, boleh selesai kalo bawak berbincang, Tanya elok2... Ini tak, terus mengaitkan situasi dengan org yg x berkenaan. Motif????? Kawan aku terus blank... & she is totally blank... apa salah dia? kenapa buat dia mcm tu? Malunya Ya Allah... tuhan je tau... (I feel u fren) Aku pun tgk apa yg terjadi setelah ditunjuk pada aku. Dan aku rasa, tindakan si suami mmg kurang diakal fikirannya.. seakan nak membukak pekung sendiri... Astaghfirullah... aku cuba menempatkan diri aku dalam situasi itu, mcm mana rasanya dianaiya oleh org yg kita kasihi, yg sanggup kita terima buruk baik & kekurangan... tapi ini balasan yg kita terima... luluh hati dibuatnya.

Sejak hari kejadian (hampir seminggu)... dorang masih xbercakap, xbertegur sapa... cuma sekali si suami bertanya nak mkn ke x... tapi cemana nak menjawab bila hati dah retak beribu2... pergi keje pun dah xbtau... xde salam peluk cium lagi dah. Kawan aku tgl kat umah termangu2, berderai lagi airmata di subuh2 hari... tertekan sungguh jiwanya... :(

Hari ni aku tanya dia... sampai bila nak mcm ni. Dia xbercakap, kau xbercakap... Pastu kawan aku boleh plak buat lawak, dia kata dia bercakap dengan kipas kat bilik (stand fan)... pastu dengar balik suara mcm robot pastu gelak sorang2.. adeehhh boleh? Sakit jiwa ke apa? Itu je kot cara nak hiburkan hati dia... nak bagi mood untuk pergi keje mcm biasa... (aku kenal sangat kau kawan... lebih dari kenal :)) Tengoklah hari ni mcm mana... siapa yg bersuara dulu katanya. Dia rindu sebenarnya, rindu sangat... tapi dek kerana keluluhan hati diperlakukan begitu buat semuanya jadi hambar....

Aku peluk dia lagi, sama2 menangis.... Ya Allah, kau tabahkanlah hatinya... panjangkanlah jodoh mereka hingga ke jannah & kurniakanlah mereka anak2 yg soleh...

Maaf, aku xdapat nak cerita sedetailnya.. bukan aku lupa cuma x sampai hati... Ni pun dah bergenang airmata :(

Moral of the story...

Encik2 suami diluar sana, cubalah untuk setia... sesetianya yg mungkin tanpa ada org ketiga diantara kamu & isteri. Kesian isteri tu, dari pagi ke petang di pejabat, balik rumah sambung keje rumah lagi... suami dah berdengkur, isteri baru dapat berehat. Ada yg sanggup berkongsi belanja bulanan, silap2 ada yg menanggung belanja suami (kenyataan kan), membantu kononnya.. tapi ini yg isteri dapat... dimana hati budi kamu? Jangan sampai si isteri lari meninggalkan kamu kerana rasa terkilan yg xdapat dibendung... Nauzubillah... Kenanglah kebaikan2 si isteri..

Puan2 Isteri... hak kamu adalah hak kamu jua... pertahankan selagi terdaya. Biar tegas tapi kena pada tempatnya. Syurga kita bukan lagi dibawah tapak kaki ibu... tetapi suami. Jangan juga kamu bermain kayu tiga seperti lelaki... x elok dipandang org, lagi dihina nantinya...

Kawanku, bersabarlah... aku tau kau kuat. Kesabaran kau lebih tinggi dari aku. Aku salute... Tapi walau apa pun yg terjadi, ramai yg akan support kau ok... Kami sentiasa disisi... susah & senang... selamanya... :)

My Hubby... jadikan ini sebagai satu pengajaran bukan pengalaman... I xtau sama ada I sanggup menghadapi semua kemelut rumahtangga.. mcm mana kawan I hadapi skarang. Mintak dijauhkanlah.. Tetapkanlah hati kami Ya Allah...

I LOVE YOU SO MUCH SAYANG :)


No comments:

Post a Comment