Monday, June 16, 2014

Hhhmmm... MMG APTB LAH!!!

What else can i say?

Ari tu boleh lg nak post blog, cuma tak boleh nak view je... tapi skang nak posting pun tak boleh dah...

Watdehel...???

Alahai IT department oiiii... facebook tu korang tak nak block plak ke? Baik blocked yang tu je drpd blocked blog2 sumer ni... adooyyaaiii... goblock betul lah korang... sama mcm yg tukang bagi arahan tu jugak...!!!

TAT NENAS MAMA LAGIIIIII....

Meh order meh... ahkak baru amik stok ni. Tat Nenas Mama yg terhangat dipasaran. Kalo nak, meh cecepat wassap ahkak ye... Kalo jauh xpe, kita boleh pos tapi kena caj postage la ye... InsyaAllah akan sampai dgn selamatnya.

Wednesday, June 11, 2014

Cuti-Cuti ke Kota Kinabalu, Sabah (Part 1)

Cuti sekolah adalah hari pergi bercuti2 bagi cikgu2 & murid2 sekolah terutamanya... kan? Jadinya, sapa isteri atau suami yang bekerja sebagai cikgu tu, siap2 la standby cuti ye... mcm aku... hehehehe... Tetiba, cuti kali ni Inchik Hubby ajak ke Sabah plak. Nak g jalan ke Kota Kinabalu katanya. Kebetulan plak pakcik dia ada kat sana, jadi arrangement tempat tinggal, transport & aktiviti, Inchik Hubby yang uruskan. Aku cuma booking flight tiket & bungkus kain baju je.

Kitorang pegi 4 hari 3 malam, bertolak hari khamis 5hb June (flight malam) sampai Kota Kinabalu dalam 12am gitu. Balik hari ahad 8 June (flight petang kol 6.30pm) sampai KLIA2 dlm kol 9pm. Kereta memang parking je KLIA2 tu je & chargesnya sungguh maveles skali... huhuhuhu... nanti aku cuba letak linknya nanti ye.

Day 0 - Khamis 5 June 2014

Lepas balik je keje, Inchik Hubby amik aku balik rumah dulu. Mandi2, siap2 terus gerak ke KLIA2. Nasib baik jalan x jem. Sampai airport kol 7 lebih gitu. Check in segala bagasi & equipment memancing Inchik Hubby, nak gak bawak tu, sbb katanya nanti nak mancing Kat Kota Kinabalu. Iyo lah... den layankan ajo. huhu... Gambar tak plak amik... hehehe...

Sampai di Airport Kota Kinabalu, dah jam 12am.. tunggu nak amik bagasi lg dah setengah jam. Pakcik Inchik Hubby dah tunggu dah kat luar. Pakcik dia ni pun baru je pindah ke sana, dalam 3-4 bulan gitu kot. Jadinya, tu yang dia ajak je kitorang stay kat rumah dia selama kitorang kat bercuti tu. Walaupun kitorang dah plan, mungkin bermalam 1-2 malam je, hari lain nak g jalan2 sendiri2... tapi impian tak tercapai... huhuhu...

Dah sampai umah pakcik Inchik Hubby, borak jap lebih kurang, masuk bilik terus masing2 pengsan. Rasa macam baru je terlelap, sedar2 dah pagi subuh. Sini cepat je siangnya. kol 6am dah cerah dah.

Day 1 - Jumaat 6 June 2014

Hari ni Pakcik Inchik Hubby kerja, ye lah hari Jumaat kan. Inchik Hubby nak ke Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, untuk dapatkan informasi pasal keje dia lah.. Tapi aku sangat xpaham dengan kedudukan setiap jabatan kat dalam bangunan tu. Lain2 tempat sumernya... haiyyooo... dah la tu, jauh2.. kena naik bas atau teksi. Aku hangen dah ni... dah rupa mcm ceti nak kejar org mintak hutang :P 

Kat Sabah panggil Bas Mini
Tanyalah kat org2 situ, cemana nak ke tempat yang dituju. Dorang kata, "naik saja bas mini bha, mao naik taksi pun buleh, tapi caj mahal.. tapi kalo mao jalan kaki lagi bagus, buleh nampak macam2..." (aku ingatkan dekat... so ok lah).. Kitorang pun turun dari pejabat tu, lintas jalan, sekali berhenti sebiji van (mcm van skolah).. abg driver van tu tanya nak ke mana... rupanya itu dia bas mini Sabah... hahaha... tambangnya seringgit sorang. Tapi sedia maklum je lah kan, keadaan dalam van cemana :P

Ok, dah selesai hal Inchik Hubby. Kitorng ke pasar filipin pulak. Sepupu aku dah tunggu sana. Aku pun ada gak sepupu kat Sabah, keje kat UMS. Naik lagi van bas mini ke pasar tapi aku xbtau nak ke pasar filipin, makanya bas mini tu berhenti la kat pasar jugak, tp pasar lain yang agak jauh jugak la dari pasar filipin. My bad... ko jawab... menapak kekdahnya... masa tu baru kol 9am, tapi aku rasa mcm dah tengari. Dah nak dekat sampai ke pasar filipin, aku nampak Starbucks. Terus serbu masuk dalam... nak minum air... tak tahan sudah... huhuhu... Sambil2 tu aku dok berwassap2 dgn sepupu aku, nak jumpa kat mana. Lepas lepak2 jap, hilangkan lelah kepanasan yg membahang (ewaahhh)... kitorang gerak ke Le Meridien Hotel, sebelah starbucks tu je pun. Sepupu aku tunggu sana. Masa tgh nak lintas jalan, ada sorang makcik tgh syahdu menyanyi... penuh perasan gitu.. & kuat sepenuh hati... hehehe... Inchik Hubby siap bagi duit, sedekah katanya.. ntah org tu waras ke tak gaknya, main bagi je... huhuhu


Takat jalan2 beli brooch 3-4 biji untuk sendiri & Inchik Hubby belikan untuk cikgu2 skolah dia. Aku dah takde mood nak shopping pasal plan hari pertama dah mcm apa je... Brooch pearl memang melambak2 la kan, tapi xde la dapat murah mana pun. Jenuh la mintak kurang... takat singgit - dua je kurangnya... hhmmm.. Kalo aku bwk duit byk takpe gak nak memborong. Kang aku soping sakan kat sini, balik KL menganga, duit banjer dah habis... naya je kang :P

Ole2 dah beli, pegi ke pasar sebelah plak, beli ikan bilis. Ikan bilis mata biru org kata, RM30 sekilo, kalo xsilap aku la... Beli tu, beli ni... terus g umah sepupu aku plak kat Kolombong. Inchik Hubby boleh plak buat lawak... "datang dari Kolompo nak pegi ke Kolombong... terus ko laut, ko darat" deeeyyy... wat lawak bahaso minang yo... huhuhuhu... lepak la kat sana sampai petang. Sempat la makan tengari & semayang jumaat yang lelaki2nya.. aku? Bantai tido sampai dorang balik solat... hehehe... ngantuk sgt, x cukup tido... Makcik aku pun kebetulan ada kat sana, dah seminggu, meneman cucunya balik ke Sabah dari MCKK.

Dah petang, jumpa plak dengan kawan universiti Inchik Hubby, sambil2 tunggu pakcik dia datang jemput kitorang kat Wawasan Plaza. Borak geng2 pendidik ni, aku x campur sgt... Pastu terus g cari makan malam, seberang Wawasan Plaza tu.

Ikan dah x berapa fresh.. hhmmm
Terbantut lagi plan asal, sebab ingat nak g makan seafood yang fresh kat sana. Dah dibawak makan kat sini, kitorang telan je lah daripada kebulur tengah malam kang... huhu

ikan jelawat 3 rasa, sotong goreng tepung & baby kailan

Cantik kan... 
Serius, masa ni aku dah x larat sangat. Kepenatan & mengantuk. Mungkin sebab siang tu berjalan kaki jauh & berpanas. Pakcik Inchik Hubby ni pulak layan borak macam2.... hhhmmmm... 

End of Day 1.

Mission: Exhausted. Target 0 achieved. Frustrated.

Sambung Day 2 pulak.

Wordless Wednesday


APTB!!! Start from now on... no blogwalking... keje.... keje... keje...

Tuesday, June 10, 2014

Trip Memancing di Rumah Rakit

Tak tau nak letak tajuk apa... dah macam tajuk karangan budak sekolah pun ye jugak kan? huhuhu.. belasah je lah, janji ceritanya pasal memancing... hehehe

Trip ni dah outdated benornya.. Bisa la aku kan... :p Kitorang pergi 31hb May - 1 June 2014 hari tu lagi. Naper ntah tiba malas aku nak mengupdate blog... hhhmmmm... Ikutkan perancangan awal, kitorang nak pergi awal dua hari, tapi last minit kawan Inchik Hubby ada hal la pulak... dingdongdingdong punya cerita terus decide pegi 31hb May tu je. Awal subuh jam 5 pagi gerak dari rumah. Janji dengan kawan Inchik Hubby jumpa kat R&R Ayer Keroh pastu konvoi je sampai ke tempat tujuan. Konvoi 2 kereta je pun.

Kali ni trip memancing, kitorang pegi ke satu tempat di Masai, Johor Bharu, namanya Kong Kong... hehehe Aku ingatkan nama tu nickname pemancing2 tegar yang bagi. Rupanya memang nama tempat tu Kong Kong... huhu... Sampai sana dalam pukul 11am gitu. Pastu kawan Inchik Hubby kata kena naik bot nak ke rumah rakit tu, agak jauh jugak la (katanya :p).. Dah punggah2 barang sumer letak dalam bot, terus gerak... wa cakap lu memang jauh gilerrrsssss okay... adalah dalam 5 minit gitu... huahuahuahuahua... tak sempat nak mabuk pun.. ceeehhhhh... tipah tertipu bang... tipah tertipuuuuuu... abang jahat... huhuhuuu

dah sampai.. nampak tak pokok2 kat pic no 3 tu? jauh kan... huhuhuhu
Dah sampai ke Rumah Rakit AAY... Naik je ke rumah rakit, terus punggah balik barang dari bot. Masing2 dah excited terutama sekali Inchik2 Hubby kami. Oooo... Kwn Inchik Hubby pun bawak wife dia jugak. Dorang baru je kawen, awal tahun ari tu kot... 

Ada kolam ikan & yang penting toilet & bilik mandi lengkap & bersih
Kat sini ada dapur untuk memasak jugak, tapi aku tak amik gambar plak.. Dan aku dah ditugaskan oleh Inchik Hubby bertindak sebagai tukang masak of the day... huh... masak je apa ada, makan je jgn komplen banyak... Tapi bab berkemas, cuci pinggan mangkuk, aku bagi kat wife kawan Inchik Hubby... baru adil kan?
Antara yang aku dapat... Buntal, ikan apa nama ntah tp bukan belut (ahkak geliiiiiiiiiiiiii) & sembilang
Aku asik la dapat si buntal & ikan panjang tu ha.... fed up betul.. last2 aku tengok je la dorang mancing pulak... huhu
Kwn baru dapat sembilang & Inchik Hubby dapat kerapu
Tamak ke tak tamak... kiri kana pegang joran... dapatnya idak... ahahaha
Inchik Hubby nak amik gambar aku tengah mancing, sanggup suruh aku pegang joran kiri kanan... boley? Sekali tersangkut kat bubu abang rumah rakit tu... amik... eh, dalam tu ado ketam gak...

Abg ni tengah proses ikan untuk bagi makan ikan dalam sangkar
Tengah2 malangut memancing, tetiba terkejut bunyi mesin kuat berdegung-degang... rupanya abang tu tengah proses ikan.. nak bagi ikan dalam sangkar makan. Ikan makan ikan... orang makan orang... eh.. :p

Sampai la ke malam mancing, aku sambil2 tu lepak gak tengok TV.. haaa... sini ada wifi, ada tv, ada bilik k... so korang tak yah risau boring ke apa... tapi jangan expect la wifi kat situ laju mcm unifi ye... hehehe...

atas: pagi. bwh: senja

Sapa2 nak try memancing & bermalam kat rumah rakit, boleh hubungi nombor tu k... korang nak buat gathering pun boleh, dorang ada sediakan tempat untuk bbq sekali kat situ. Cumanya korang bwk je la bahan2 mentah & rencah. Pinggan mangkuk, dapur masak tak yah angkut pun takpe, situ ada lengkap dah.

Ok, dah habis trip mancing 1 malam di Kong Kong. Esok pagi2 lagi kitorang dah gerak nak balik KL. Tapi sebelum tu, Inchik Hubby ada lagi misi yang perlu diselesaikan, singgah Batu Pahat. Nak jenguk kepuk kubur arwah orang tua & adiknya yang baru siap.

Dah cantik... :) Al-fatihah

Wednesday, June 4, 2014

WANGSA GRILL by CHEF ZUBIR

Next review makan-makan.. kita pegi ke Wangsa Grill by Chef Zubir di Wangsa Melawati.

Agak excited jugak bila Inchik Hubby bawak makan kat sini. Ye la kan, nak merasa hasil air tangan Chef terkenal :)

Macam biasalah, kitorang pegi makan lepas Inchik Hubby amik aku balik keje. Deco kat dalam biasa2 je.. tapi menarik jugak la.. siap ada world clock lagi.. Ok, sementara korang tunggu makanan sampai, kunyah2 la dulu titbits tu ye sambil borak2 sambil mata melilau mencari kat mana toilet.. Nampak tak sorang lelaki kat gambar bwh tu, haaaa.. kat belakang dia tu lah toilet... :p


Starter: Atas: Ox Tail Soup. Kiri: Seafood Salad (lupa nama) Kanan: titbits
Ox Tail Soup tu Inchik Hubby kata rasa pelik, tapi sedap... sebab bila hirup je terasa macam tomyam tapi bukan tomyam pastu bila dah hujung2 rasa tu, baru terasa supnya... Memang berbintang2 la Inchik Hubby bagi.. haha... Yang bestnya, korang tanya la apa saja ingredients yang terkandung dalam setiap menu, InsyaAllah waiter yang serve korang tu akan dapat jawab. Detail ok... aku tabik.

Dessert Chocolate Lava & Vanilla Ice Cream
Aku teruja bila nampak perkataan Chocolate Lave. Jadi, aku pun order untuk pencuci mulut. Tapi... hhhmmmm... takde pun lavanya... terlebih masak kot. Dah jadi cupcake biasa je. Terer lagi aku buat ari tu... meleleh lavanya... huhuhu.. ok, a bit kecewa disitu. Yang temptingnya bila dihidangkan dalam pinggan yang besar gabak tapi isinya secoet gitu... comey je... haha

Juice Jambu untuk aku & Vanilla Milkshake untuk Inchik Hubby
Boleh ulang lagi ke sini nanti. Korang pun kena cuba jugak la kalo nak tau sedap ke tak sedap.. tapi memang aku rekomen. Cer try ox tail soup tu... :)

Sedetik.. Kisah & Tauladan

Korang mesti biasa dengar peribahasa ni kan... 

"IBARAT MELEPASKAN ANJING YANG TERSEPIT"

Maksudnya lebih kurang mcm ni... kita tolong lepaskan anjing yang tersepit, tak boleh nak lepaskan diri sendiri, tapi bila dah lepas, kita balik yang digigitnya.. atau dengan kata lain kita menolong orang lain yang sedang dalam kesusahan, dengan ikhlas tanpa ada niat untuk meminta balasan, tapi bila dia dah lepas dari kesusahan tu, kita pulak yang disakitinya ditambah lagi dengan maki-hamun.. memang tak mengenang budi langsung kan?

Tapi, ye lah.. dah namanya manusia. Memang mudah lupa pada jasa orang lain. Lebih-lebih lagi bila dia dah senang & tak perlu meminta-minta lagi pada orang lain untuk menolong diri dia. Terus buka cerita baru.. "Hal kau, hal kau aje, bukan hal aku..." Sedangkan, dia mungkin terlupa siapa orang yang menolong dia masa susah dulu. Sanggup susah & senang bersama, hinggakan kepentingan diri-sendiri pun sanggup diketepikan, semata-mata nak pastikan yang dia tak kesusahan & bahagia. Walaupun bantuan sekadar yang termampu, tetapi cukup untuk melegakan sesak didada.

Sedih, kecewa, terkilan... kenapa sampai begitu drastik sekali perubahan yang ditunjukkan. Atau mungkin takut, orang yang dulu menolong meminta balasan? Tak mungkin, kerana orang itu masih berkudrat untuk menampung diri-sendiri dan bukannya mata duitan atau materialistik.. yang diinginkan cuma sebuah KEJUJURAN. Itu sahaja. Tapi dibalas dengan kata-kata nista... kenapa? Hanya kerana sekelumit pertolongan yang diminta...? Allahuakbar, sungguh berat ujianMu Ya Allah... cuma kesabaran yang sangat tinggi yang diperlukan saat ini. 

Rasanya tiada salahnya kalau dikongsi bersama rezeki yang dinikmati tu kan... Sekadar berbudi-bahasa, mengenang jasa bantuan orang lain. Tanpa perlu diberi "hint" atau terpaksa diungkit segala jenis bentuk bantuan yang dulu dihulurkan.. Sekiranya terdetik keikhlasan dihati, semua tu takkan berlaku. 

Tiada siapa yang sempurna, yang perfect... baik yang menolong & yang ditolong... Tanggungjawab bersama untuk bersusah senang bersama & bantuan dari orang lain itu BUKANnya satu kewajipan, tapi lebih kepada rasa kasih & tak sanggup melihat orang itu kesusahan. Sekiranya orang yang menolong itu tidak redho maka tidak akan dihalalkan semuanya dunia & akhirat. Tapi bila dah dimaki, tak mungkin pertolongan yang dah diberi itu diikhlaskan.. 

Sedetik... Kisah & Tauladan.. apa yang berlaku disekeliling aku, yang didepan mataku... Sangat memilukan. Renungkanlah diri... apakah betul apa yang kamu lakukan? apakah patut perkataan nista itu yang kamu lontarkan? Apakah patut semua itu diterima oleh orang yang telah membantu kamu? Jangan sombong & riak... 

p/s: doa ni boleh diamalkan untuk semua bukan untuk family sahaja ye.. jom kita cuba, semoga hati-hati manusia yang keras disekeliling kita akan terbuka & lembut akhirnya... InsyaAllah... amin