Wednesday, May 14, 2014

Ruz Aladdin restoran & katering

Review tempat makan lagi.. kali kat Ruz & Jeneral Aladdin restoran & katering. Restoran ni letaknya betul2 kat sebelah Hotel Flamingo, Jalan Hulu Kelang. errrmm... tak tau jugak? Ampang Point tau? haaa... kat situ la, seberang jalan je.

Selalu kitorg lalu-lalang je depan restoran ni... tapi kali ni, Inchik Hubby ajak singgah. Nak rasa makan kat sini plak. Aku ok jeeewww.... hehe


Dan, itu menu yang kitorang order. Biasa makan baryani kambing, ayam la, daging la kan... tengok kat menu tu lain dari yang lain... Harga takde la mahal sangat, still dalam bajet kemampuan. Rasanya? Rasanya pun biasa-biasa je.. xde apa yang spesel sangat. Mungkin restoran ni base on cara katering, jadinya makanan semua jenis yang da siap-siap masak awal (sebab tak hangat pun masa dia serve)... Air mata kucing pun tak berapa nak rasa mata kucing, Inchik Hubby kata mata kucing tu tak fresh (jenis kering, kena rendam air panas dulu).

Atas: Nasi Baryani Sotong, air mata kucing. Bawah: Nasi Baryani Ayam Kampung & Telur Pindang
Ok, tu dia review aku. Tapi harap-harap tak mempengaruhi la niat korang nak makan kat sini. Lain orang lain citarasa kan. Tak salah nak cuba :)

K, bye...

ORDER FOR TARTS, SHAWLS & SHAKLEE

Dear my lovely readers... followers... kawan-kawans... 
mintak tolong korang, kalo nak order tart or shaklee or shawl email kat aku ek... tepon wat hal la plak... meh email kat adleenshoppe2573@gmail.com
Time gini la plak tepon nak wat hal... 
wwwaaaaa.... mintak nyawa....
Tetiba lak senyap-sunyi tepon tu. 
Tengok macam ok je, rupanya k.o... huhuhu
Harap2 tak lama la sakitnya tu ;(










Inchik hubby... boleh tolong? ngggeeeeee :D

Tuesday, May 13, 2014

Tart Nenas Mama

Ada sapa2 kat sini penggemar kuih tart nenas? Ada? Ada? Mustahil la kalo xde kan... jgn nak membongak, kata org N9.. hehehe...
Ahkak jual kuih tart lak ni dik... sodaaappp... xde tipu punya... ari tu try beli 2 bekas lain2 flavor... 1 flavor biasa tart nenas gulung & 1 lg cheese tart... cair dimulut gitu... bg kawan2 opis rasa skali... berkali2 dorang dok ulang... gitu... haha... ada yg dah siap order utk raya dah...
Murah je.. 1 bekas harga RM28 sahaja. Isi dalam ada lebih kurang 45 -50 biji.
Sapa nak meh order ye... jangan malu2... boleh sms/wassap ahkak kat 018 272 1323
Semlm dah order 15 bekas... sumer org dah chop awai2... hehehe

Friday, May 9, 2014

RESTORAN TUPAI-TUPAI

Dah lama tak review tempat makan. Meh aku nak citer pasal Restoran Tupai-Tupai kat Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur pulak. Biasanya aku dengan Inchik Hubby pergi makan kat cawangan Ampang nun. Beberapa kali jugak sejak belum kawen lagi. Dan aku prefer Restoran Tupai-Tupai, Ampang lagi nak compare dengan kat KL ni. Sebab apa?

Sebab... rasa masakan kurang menarik (pada aku la).. Kitorang tak amik steamboat, sebab Inchik Hubby kata tak banyak choice bahan-bahannya.. Dia yang meround tempat steamboat tu, aku sibuk melayan wassap kat pangkin... haha :P jadinya aku tak tau la apa yang ada... So, Inchik Hubby order je ala cart.

Entrance cantik... tempat parking pun luas. Tempat duduk boleh pilih sama ada nak duduk kat pangkin (ada 3 ke 4 pangkin kat situ).. tapi siap sedia la bila dah nak malam... segala serangga, nyamuk pun sibuk nak join makan skali... huhu.. tapinya memang privacy la. Boleh kalo nak meluruskan pinggang macam orang tu... heheeh...


 Ni apa yang kitorang order untuk petang tu. Ingatkan rasa sama macam kat Ampang, tetapi... hhhmmm... agak kureng. Sorry ye... First & last la kitorang datang makan sini.


Sup tu aku suka. Tapi nasi goreng terlalu berminyak. Yang lain ala kadar je. Tapi ketam... hhhmmm... Inchik Hubby kata ketam tak sepatutnya dipecahkan kulitnya semasa dimasak kecuali tukang masak nak cover rasa bahawa ketam tu dah tak elok... tapi bila hidang siap bagi penyepit untuk pecahkan kulit ketam tu... motif? 

Total price semua pada aku tak berbaloi sangat dengan apa yang kami order.. sorry to say... hampa..

Sejam lepas tu, Inchik Hubby komplen tangan & muka mula bengkak... nasib baik dah on the way nak balik. Selalunya kalo dia dah kena macam tu, maknanya ada yang tak kena dengan makanan yang dia makan. Lain macam orang sensitif makanan ni... huhuhu

Tapi, kalo ada yang mencuba takde salahnya... Pergilah cuba, cuma mungkin nasib kami tak berapa bagus nak makan sedap2 hari tu... :)
Alamat :
Tupai-Tupai Restaurant & Cafe
551A Jalan Bukit Petaling,
50460 Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon: +603 2143 2525

Wednesday, May 7, 2014

Berhari Minggu di Batu Pahat ~ Part 1

Last weekend Inchik Hubby hangkut aku balik kampung dia kat Batu Pahat. Panjang cuti aku hujung minggu tu, sebab kan 1 May, Hari Pekerja.. so aku sambung amik cuti esoknya... dah lama rasanya x amik cuti panjang gini... Jadinya, pas Inchik Hubby balik dari sekolah hari Jumaat, kitorang terus gerak ke BP. Siap buat itinerary untuk 3 hari tu.. jumaat sampai ahad. Tapi Jumaat tu xde apa sangat la, pasal sampai BP pun dah kol 8pm lebih gitu.. Sampai terus check in di Pelican Hotel. (takde plak aku amik gambar bilik... hehe)

Esoknya, pagi2 lagi kitorang dah turun sarapan, sebab pastu nak pegi ke pasar Batu Pahat. (Aku sebenarnya x berapa nak suka g pasar ni... pening mcm2 bau ada... panas lak tu.. ngada2 kan :P) Ikut je lah kemana Inchik Hubby pegi (kecuali ke jamban.. hehe).. sebab dia memang suka sangat pegi ke pasar.. tak kisah la walau pergi jalan ke mana pun... dia pantang betul kalau jumpa pasar, kolam ikan & lamb chop... huhuhu

Dalam gambar yang macam kuih tu ialah kelapa laut ye... aku ingatkan kuih apa la rupa gitu. Buah petola kering, kitorang beli sebiji, sebab makcik tu kata boleh buat sponge untuk mandi & cuci pinggan... Kalau kat shopping kompleks dah siap letak batang pemegang kan, harga pun dalam belas2 gitu... bendenya sama je.. Dah kitorang ni banyak sangat tanya, sampai makcik tu kata.. "takpe lah, amik je dulu.. bayar esok pun takpe... " hadeehh... menyengat rasanya statement itu.... haha... terus Inchik Hubby bayar.. berapa ntah.. RM3 kot... lupa..


Sabun cap buruh pun hado... terjumpa kat kedai Bangla masa aku tengah beli buah pinang (mak aku pesan...:P) Sabun tu untuk cuci baju tau.. bukan untuk sabun badan...hehehe... Pastu, Royal Tiger Energy Drink HALAL kata mamat bangla tu... rasa dia macam redbull... "itu halal punya abang, bangladesh mari... boleh minum, tada mabuk..." harga RM2. Inchik Hubby nak beli, tapi aku rasa macam x berapa nak konfiden je...

Kitorang jalan pulak ke deretan kedai lama depan pasar tu. Nak mengimbau kenangan dulu katanya :P Terus singgah kat kedai jual songkok ni.. & terus la terbeli sekali songkok untuk raya... hewhewhew... Inchik Hubby suka pakai songkok tinggi, pastu pakai plak ngan baju melayu leher bulat (johor sungguh :P) Kesian plak kat adik ni... dia dah bagi harga sekian2.. aku dok la tawar-menawar nak murah.. hehehe... tapi adik ni baik, x banyak cakap.. dia bagi je harga yg aku mintak.. (agaknya kalo aku mintak rendah lagi, dapat kot... haha) So, korang kalo dah alang2 ke Pasar Batu Pahat, nak cari songkok, boleh singgah la kat kedai songkok ni ek... 

Adik kecik tu, mula malu2 je nak bergambar sampai si abang tarik dia ke depan... comey jek tau... hehe
Dah selesai hal songkok raya... kitorang g minum kat stall luar pasar tu plak. Pekena sarbat... Ni kedai feveret Inchik Hubby masa muda2 rumaja dulu katanya... lepas ke pasar, mesti singgah kedai ni. Tapi katanya sarbatnya dah tak se'kaw' dulu... tapi aku minum, macam nak terpejam2 gak la mata ni ha... tapi ku control macho jebat.. walau ku hirup sikit2 je sampai habis... haha
Sambil layan sarbat.. sambil tunggu kawan Inchik Hubby datang lepak sama. Aku dah berpeluh sakan dah.. maklumlah dah nak tengahari.. huhuhu... Dah berborak sakan masing2.. 

Nasi Baryani Mat Shah
Makan tengahari.. layan Nasi Baryani. Nasi Baryani Mat Shah ni memang popular kat Batu Pahat... Sekali 3 pinggan Inchik Hubby order.. yang pastinya 2 pinggan baryani kambing k... (degil sungguh).. Selesai sessi merayap untuk setengah hari, kitorang balik ke hotel... mandi2.. lepak2 jap.. aku nak tido tapi tetiba mata x nak plak lelap.. layan je la astro ulangan maharaja lawak.. (mula dari check in sampai check out... asik layan maharaja lawak saja... citer kat channel lain, ntah hape2.. ) Tetiba aku teringat Sup Gear Box... walaweeyyyy... maka sessi peng'Google'lan (ada ke perkataan ni?:P) pun bermula... banyak keluar kat tenet 'Sup Gear Box Sitam'.. kat BP Walk.. oohh... tau tempat ni.. boleh la pegi.. terus kitorang siap2... dengan excitednya aku berangan macam dah terasa2 kat lidah keenakkan sup gear bos sitam ni... TETAPI bila kitorang dah sampai gerai tu TUTUP!!! kenapa dia tutup??? wwwaaaaa... sediiihhh... nasib baik aku tak peknen.. kalo tidak mau meleleh air liur budak dalam perut... huhuhu... 

Masa tu dah nak dekat waktu Maghrib kot... senja2 keluar time setan tengah meroyan :P

Gerai Sitam ni, letaknya betul2 kat depan Hong Leong Bank kat BP Walk... Berdepan dengan bangunan warna putih (x ingat nama)...

Takpe2... Pak Sitam, nanti kitorang datang balik yer...
 Tapi, demi tak nak mengecewakan aku... Inchik Hubby ajak gak tengok2 kat gerai2 lain... daaaaannnn jumpa 1 gerai jual sup gearbox... yeeaaahhhaaaa... akak melayu, dia sorang je kat situ buat sup gearbox... hehehe.. kalo dah rezeki tu kan... mesti ada punyalah... Alhamdulillah... Inchik Hubby order sup daging & tauhu tempe je... 2 biji gearbox aku belasah sorang2.. ngggeeee... :D

ooohhh... sampai juling bijik mataku menghirup lemak2 dalam tulang itu... heehhehe
ok... dah kenyang.. dah puas... jom balik hotel... penat siang x hilang lagi.. nanti sambung cerita esoknya pulak... Part 2 :D