Dah lama tak review tempat makan. Meh aku nak citer pasal Restoran Tupai-Tupai kat Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur pulak. Biasanya aku dengan Inchik Hubby pergi makan kat cawangan Ampang nun. Beberapa kali jugak sejak belum kawen lagi. Dan aku prefer Restoran Tupai-Tupai, Ampang lagi nak compare dengan kat KL ni. Sebab apa?
Sebab... rasa masakan kurang menarik (pada aku la).. Kitorang tak amik steamboat, sebab Inchik Hubby kata tak banyak choice bahan-bahannya.. Dia yang meround tempat steamboat tu, aku sibuk melayan wassap kat pangkin... haha :P jadinya aku tak tau la apa yang ada... So, Inchik Hubby order je ala cart.
Entrance cantik... tempat parking pun luas. Tempat duduk boleh pilih sama ada nak duduk kat pangkin (ada 3 ke 4 pangkin kat situ).. tapi siap sedia la bila dah nak malam... segala serangga, nyamuk pun sibuk nak join makan skali... huhu.. tapinya memang privacy la. Boleh kalo nak meluruskan pinggang macam orang tu... heheeh...
Sup tu aku suka. Tapi nasi goreng terlalu berminyak. Yang lain ala kadar je. Tapi ketam... hhhmmm... Inchik Hubby kata ketam tak sepatutnya dipecahkan kulitnya semasa dimasak kecuali tukang masak nak cover rasa bahawa ketam tu dah tak elok... tapi bila hidang siap bagi penyepit untuk pecahkan kulit ketam tu... motif?
Total price semua pada aku tak berbaloi sangat dengan apa yang kami order.. sorry to say... hampa..
Sejam lepas tu, Inchik Hubby komplen tangan & muka mula bengkak... nasib baik dah on the way nak balik. Selalunya kalo dia dah kena macam tu, maknanya ada yang tak kena dengan makanan yang dia makan. Lain macam orang sensitif makanan ni... huhuhu
Tapi, kalo ada yang mencuba takde salahnya... Pergilah cuba, cuma mungkin nasib kami tak berapa bagus nak makan sedap2 hari tu... :)
Alamat :
Tupai-Tupai Restaurant & Cafe
551A Jalan Bukit Petaling,
50460 Kuala Lumpur, Malaysia
551A Jalan Bukit Petaling,
50460 Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon: +603 2143 2525
No comments:
Post a Comment