Wednesday, February 29, 2012

A Thousand Years

Terdengar lagu ni masa nak masuk parking keta kat opis... best la pulak.. Tp mp3 nyer lom dpt, kat opis tak leh bukak Youtube... haiyyaa... tunggulah mlm kang aku upload kat sini....

Liriknya pun.... alahaaiiii....

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more

“A Thousand Years” - Christina Perri

Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I’m afraid to fall
Watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow

One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
Standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this

One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I’ll love you for a thousand more

One step closer
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I’ll love you for a thousand more


(Sayang, kalau masuk dlm cd wedding pun ok gak ni.... :P)

Monday, February 27, 2012

Checklist - 3 months to go

uuuhhhhh... pejam celik pejam celik... hampir 3 bulan lagi untuk aku & incik popeye menjadi Raja & Permaisuri (errkkk... boley ke ek? Untuk sehari je pun.... :P)

Ok, ni saja aku nak buat checklist utk tgk apa yg dah ada, apa yg xde, apa yg dlm pembikinan, apa yg apa2 lah... hehehe... pinjam checklist blogger sorang ni Shakina Farhan namanya... (pinjam ye awak :)) Elok gak ada blog cenggini, ianya sangat membantu... (checklist tiru bulat2 tu... pemalas btl aku ni :P)

1. Tarikh :
Nikah : 1 Jun 2012 (night)
Resepsi : 2 Jun 2012 (day)
Bertandang: Pending

2. Theme & concept:
Nikah : Off White + Yellow (TBC)
Resepsi : Applegreen + Brown + Yellowish
Bertandang : Pending

3. Legal documents:
Kursus kahwin: Done
Hiv Test: Pending
Borang Kebenaran Nikah: Pending
Surah nikah mami & daddy: Done

4. Venue
Nikah : Rumah, Taman Melawati
Resepsi : Rumah, Taman Melawati
Bertandang: Pending

5. Catering/Canopy
Nikah : Meeting mlm esok dgn WN Catering
Resepsi : Already paid deposit RM2300. Balance-Pending
Bertandang: Pending

6. Pelamin
Nikah : Mini pelamin- Pending
-Decoration: (To be confirmed)
-Design: Pending
-Bantal nikah: Done
Resepsi : Pelamin (To be confirmed)
-Dais & Decoration: Pending
-Design: To be confirmed
Bertandang: Pending

7. Photographer
Nikah : WN Catering - DONE
Balance on accommodation+transportation-Pending
Resepsi : Done (WNC)
Bertandang: Pending
Choices of pose: Pending

8. Videographer
Nikah: WN Catering - (TBC) - lupa plak ada dlm pakej ke x. Kena check balik
Resepsi: WN Catering - (TBC)
Bertandang: Pending
Choices of songs: Pending

9. Wedding outfits
Nikah:
-Dress: In progress - Kak Normah
-Tudung: Pending.
-Veil: Pending.
-Shoe: Pending.
-Accessories: Pending.

Resepsi:
-Dress: Mb Bridal, Semua House - ptg ni g fitting
-Tudung: Pending.
-Veil: Pending
-Shoe: Pending
-Accessories: Pending
+Outdoor dress: Pending

Bertandang:
-Dress: Pending.
-Tudung: Pending.
-Veil: Pending.
-Shoe: Pending.
-Accessories: Pending.

10. Makeup
Nikah: Pending
Resepsi: Pending
Bertandang: Pending

11. Doorgift
Nikah: Dah beli semlm utk 200 pax - DONE
-isi dalam: Pending
Resepsi: Bunga Telur & gift box - DONE
-VIP doorgift:Pending
-Guest doorgift: Pending.
Bertandang:Pending

12. Bunga Pahar/Bunga Manggar/Centerpiece
Nikah: Pending
Resepsi: Pending
Bertandang:Pending

13. Hantaran
Bilangan dulang: 5 berbalas 7
For me: Pending
  1. Mas kahwin & Cincin-Done
  2. Handbag & jam- Done
  3. Chocolate Pachi- Done (kira done la)
  4. Toiletries/Perfume set- Done
  5. Tafsir al-Quran/Telekung- Done
To decorate: Sayang You, Semua House

For Incik Popeye: Pending
  1. Cincin- Pending
  2. Kasut- Pending
  3. Baju/Wallet/Belt-Pending
  4. Jam tangan- Pending
  5. Perfume set- Pending
  6. Tafsir Al-Quran- Done
  7. Manisan- Done (kira done la)
To decorate: Sayang You, Semua House

14. Cincin kahwin
For him: Pending
For her: In progress (custom made)

15. Invitation Card
Nikah & Resepsi: (lupa nama printer :P)
-1000pcs (pakej)= RM870
-Deposit: RM50
-Design: Pending
-Printing: Pending

16. Cake
Nikah: To be confirmed
Resepsi: Pulut Kuning - Done (by caterer)
Bertandang: Pending

17. Jurunikah/Pembaca doa
Nikah: Jurunikah-Pending
Resepsi: Pembaca doa-Pending
Bertandang: Pending

18. Handbouquet
Nikah: In progress (mami)
-Types & colors of fresh flower: Pending
Resepsi: In progress (DIY bunga crystal)
-Types & colors of crystal: White, Yellow (light & gold)
Bertandang: Pending

19. Guest List
Nikah: 200 invitees. To be confirmed
Resepsi: 1000 invitees. To be confirmed

20. MC/Kompang/Entertainment
MC: Done (by caterer)
Kompang: Done (by caterer)
PA system: Done (by caterer)
CD of songs: Pending

21. Pengapit/Bridemaids/Bestman
Nikah: Bridemaids & Bestman
7 Bridemaids: Pending
- Bridemaids dress: Pending

5 Bestman: To be confirmed.
-Bestman outfit: Pending

Resepsi: Pending
Dress: Baju melayu & Baju kurung moden.
Color: To be confirmed
Bertandang: Pending

22. Dresses for family
Resepsi: His family & her family.
His family:Pending
Her family: Pink - Gray
30 corsages: Pending
Bertandang: Pending

23. Bilik pengantin
Katil: Done
Decoration: Sendiri je

24. Signage
Resepsi: 20pcs.
Location: Pending
Design: Pending
Printing: Pending
Welcome sign: Pending

25. Facial/Massage/Inai
Pending

26. Honeymoon
Date:(To be confirmed)
Location: (To be confirmed)
Tickets: Pending
Accommodation: Pending

27. Pre/Post Wedding
Photographer: (Pre) Pending & (Post) Done (by caterer)
Theme: To be confirmed
Outfit: Pending
Location: To be confirmed
Date: To be confirmed

Peehhhh... banyaknya yg still pending... hhmmmm... takpe2... bawak bertendang... pelan2 kayuh.... huhuhu...

Monday, February 20, 2012

Dari Si Dia....

Kesian incik popeye... dah 2-3 hari gusi still bengkak.... td dia ikut kawan g mancing kat sg. sikamat, semenyih... xnak layan sakit gusi katanya... sambil2 dia dok melepak, aku layan la sms dgn dia.... xsangka, rupanya... sang pujangga jugak dia ye... ooppssss... i fol in lev again ler... hehehe... ni antara bait2 madah puisi dr incik popeye... (tlg jgn loya ok.... puisi ni utk aku sorang... kekeke :D)

"Dan suara itu merayu dalam kocakan kolam malam,
membisik bait-bait rindu buat sang ratu,
dimanakah kamu kala kamu kurindu.
Balas siakap, baliklah ke isteri kamu wahai perindu, apa yang kau mahu tiada di situ...

Dan angin resah mendesah,
mengemaskan lagi dakapan sejuk,
melontar jauh kenangan memujuk,
senyum dan tawamu menggamit pelangi, secangkir kasihmu menawan hati...

Dan meronta daku dalam hembusan bayu,
kubawa kasihmu dalam hentian sepatu,
kutitip cintamu dalam sendu,
kubasuh pedihmu dalam penghujung rindu...
Duhai angin malam,
sampaikanlah rintihanku buat si dara jelita,
kerna dia sorang yg kucinta...."


errrmmm... i'm speechless :p... tq sayang :D

aku nak balas... tp mmg xreti, cuma teringat bait2 lagu Ella... hehe....
bak kata Ella dlm lagu Simbiosis...

"aku tak pandai mengarang puisi...
tidak ku pandai bermadah berseni...
satu kalimah yang ku seikhlas tahu
hanyalah.. KU CINTA PADAMU..."

Semalam Yang Memenatkan... :P

Penat tapi seronok... penat maybe sebab semlm aku xberapa sihat kot... Dok terbersin dr hari sbelumnya, sampai la ke hari ni (tp hari ni dah kurang la)...

Semalam takde la buat aktiviti apa sgt pun... cuma ke Sg. Buaya, Rawang, ikut incik popeye bawak kwn cikgu skolah dia mancing... tu pun kejap je sbb asik dpt ikan puyu... hehehe... aku dlm dok xnak pegang joran tu, dpt gak la 2 ekor puyu, sambil duduk je tu... habis umpan, tgu incik popeye dtg letak umpan baru, tu je la keje aku (pemalas...hahaha)...

Dalam sejam kot lebih kurang mancing pastu kitorg g mandi sungai plak kat Sg. Chiling, Kuala Kubu Baru. Ramainya yg amat org dtg piknik kat situ semlm... ni baru kali ke-2 aku dtg sini dgn incik popeye... best lg mandi sungai drpd mandi laut... puaassss.... Airnya yg amatlah sejuk, mungkin sebab pagi tu hujan gaknya.... dalam terbersin2 tu, gagahkan jugak berendam... haha...

Dalam pukul 5 lebih, kitorg gerak balik. Tu pun ada org tu ada hati nak ajak g tengok wayang kat WWM(wangsa walk mall)... aku dah xlarat dah :P yg mengajak tu pun bukan sihat sgt, gusi bengkak tu.. hhmmm... last2 balik je terus...

Otw nak balik tu, ada eksiden la plak... motor dgn motor. Masa tu baru je jadi, 1 motor sudah tergolek, rasanya suami isteri kot... yg lelaki tu siap campak helmet, marah kat mamat yg jatuhkan dorg... sib baik keta xbyk masa tu... tp mamat yg buat salah tu, kira ada perasaan jugak la, dtg tlg alihkan motor yg tergolek tu... pastu xtau a apa citer, kitorg terus perjalanan balik... Ada 1 lg peristiwa yg kitorg nampak masa nak balik tu.... tp xsanggup nak citer kat sini (meleleh gak la airmata dok gelak... hehehehe)

oooppppssss... 1 lg, sebelum terlupa. Korang pernah tengok or mkn buah tampoi x? cer tengok pic ni....
ni dia rupa buah tampoi... sedap, lemak2 manis rasanya.. segugus rm3.. ada la dlm 10 bijik kot. Buah tampoi ni, buah hutan... mula tu agak cuak gak nak rasa, takot mabuk ke xsedap ke kan... dah nama buah hutan... hehehe...

tu lah dia, aktiviti semlm... balik umah cuci muka, cuci kaki, tukar baju... xlarat dah nak mandi, sejuk air sungai masih terasa... terus zzzzzzzzzzz..... xlara sgt dah nak celik mata... huhuhu...

Thursday, February 16, 2012

30 Rahsia Wanita Yang Lelaki Perlu Tahu


WARNING!!! Sekadar untuk pengetahuan...

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Kredit to http://msallehuddin.blogspot.com/

Tuesday, February 14, 2012

My Notty Cutiepies....

Alaaaa... tomei2.... :)

Ni anak2 Chochi masa umur sebulan gitu... 5 ekor semua lain2 kaler... (hhhmmm....) :p

Tp skang dorang dah besar, dah umur 9 bulan. senang nak ingat sbb dorang lahir masa hari ibu 8/5/2011@10am :) masa tu aku kat class, UM. Daddy aku la sms btau update terkini setiap sekor yg keluar... sampai la yg bongsu, si Tam.

Bila masing2 dah besar ni, payah gak nak jaga, suka2 je merayap ke rumah jiran2... time tido & mkn pandai lak balik umah...

Pagi td mami aku call... suruh hantar Abu, Bino, Chiki & Cumi ke SPCA. Tetiba je, terkejut gak... rupanya ada jiran sudah komplen, kucing2 aku buat 'bisnes' kat dlm pasu bunga umah dorg... huhuhu... Alahaaiiii.... kucing2ku... :( Tapi kalau kat umah, pandai lak mencari litter box sendiri... haiiyyaaa....

So, terpaksa la aku call SPCA Ampang utk tau cemana nak buat, nak hantar kat situ org tu kata tempat dorg tu dah penuh, so sama ada aku publish kat petfinder.my atau hantar ke SPCA Subang.
Link
Kalau ada sapa2 yg nak amik kucing2 kesayangan aku ni tengok la kat sini ek... Tp biarlah korang betul2 suka kucing & BUKAN penganiaya kucing... Kucing2 aku 4 ekor ni xpernah aku pukul pun... habis2 pun takat jentik telinga atau spray dgn air kalau dorg jahat...

Korang kalau berminat, cari la dorg kat sini ek... atau email terus kat aku : helinda.samsudin@gmail.com

For Serious Pet Adopters ONLY...






I'm gonna miss them so much.... :(

Sunday, February 12, 2012

Kesian Chochi :(

2 hari lepas Chochi balik dgn kaki belakang dia yg nampak mcm terkehel... sambil mengeow sakit.. masuk rumah cuba nak menyorok... terkejut aku tgk, tetiba je mcm tu... terus aku & abg aku bawak Chochi ke vet di Wangsa Melawati... Doktor check, kata tulang belakang dia ada teralih sket... kena buat xray utk tentukan kedudukan sebenar tulang dia. Tp kena tunggu hari ahad (ari ni la).. sbb klinik tu xde xray facility... nanti doktor dr shah alam akan dtg & bawak Chochi ke klinik sana utk xray... maknanya 2 mlm Chochi kena boarding... hhmmmm... risaunya... Hopefully x serius... :(

Chochi xlarat nak bgn... tido je... badan pun panas... :(

Terpaksa hulurkan air & mknan kat dia, baru bole dia mkn...
Td tengari aku & incik popeye dah hantar Chochi ke vet wangsa melawati... doktor kata esok baru dorg call btau apa2 perkembangan Chochi.... hhhmmmm...

Andai sapa yg buat kucing aku jd mcm ni... sumpah hidup dia xkan aman...!!!!!

Wednesday, February 8, 2012

Last day cuti

Selasa
7/2/2012

tido mlm td mcm takde tulang weehhh... bangun pun pukul 10am... ntah sapa la kuarkan kucen2 tu bg mkn gaknya :p aku xlarat sungguh.....

Hari ni, ada lg agenda.... peeehhhh... betul punya utilise cuti kali ni... Ptg jam 3pm, patutnya aku, mami & incik popeye pergi ke tempat caterer tu utk tgk baju pengantin & byr deposit kenduri... tapi akhirnya cuma aku berdua dgn incik popeye je yg pegi.. Tempat caterer tu kat Kg. Sg. Penchala... Dah sampai borak2 jap, tgk2 baju... try test cuba mana yg agak berkenaan... walaupun sebenarnya aku xberapa nak berkenan... sbb tak byk choice...ada la yg berkenan tp lari dr wedding theme aku... hhmmm... kakak tu kata tgu la dlm bulan 3, ada sorang buat baju baru, nanti boleh cuba yg tu... okaayyyy :p

Malas nak lama2 kat situ, pas aku byr deposit kenduri terus kitorg ca alif but... hehe... pegi Ikea pulak... saja jln2 ngabihkan masa last day cuti sesama... agak terleka di Ikea tgk2 jam dah pukul 9pm... x jd nak tgk wayang... terus gerak balik...

Terlupa pulak hari tu Thaipusam... kitorg g masuk jln ke gombak/batu caves la pulak... sangkut sudaaahhhh.... ada la sejam lebih sangkut... sempat la ngada2 kejap dlm keta... hahaha... sampai umah dlm kol 11pm.. Serius aku penat... cuci kaki, cuci muka & tukar baju... bedebuummmm.... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

(errkkk... rabu kerja ke? :p)

Berjimba di Johor - Day 3

Isnin
6/2/2012

Agenda pagi di bandar Batu Pahat... mula2 pas breakfast kat hotel, kitorg g pasar pagi. (eerrr.... aku g pasar?? :P) tp surprise jugak la dgn kemurahan harga yg ada kat situ, boleh plak sotong sepinggan ayan yg sedang tu harga RM5 je? kalau kat KL tu sekor je dah RM4, yg siap masak... Udang pun gitu gak... ikan siakap seekor RM16.. tu je yg sempat tanya, hehehe... tujuan g pasar tu sebenarnya nak cari nenas madu & kuih Karas (hasil pesanan dr penaja). Jumpa nenas & kerepek tempe je... kuih karas takdak...

Dah sudah tu, kitorg menapak pulak ke kedai emas... incik popeye kata nak beli terus cincin tunang & nikah kat situ, sbb murah sket dr KL... huhuhu... tp mmg murah pun... siap dpt diskaun 40% lg untuk cincin nikah... siap kena tempah, sbb jemariku bak budak skolah rendah halusnya :P (jgn jeles ha...) lagi sebulan baru siap... Pastu g kedai emas lain pulak.. cari cincin tunang... dapaattt... dpt diskaun lg... byk jugak la... hehehe... alhamdulillah...

Dah dpt semua tu... kitorg balik hotel.. mandi lg skali & terus check out... Destinasi seterusnya, mencari rumah. Aku kemungkinan besarnya, akan berpindah ke Batu Pahat selepas kawen nanti... :)

Mula2 tu incik popeye tunjukkan rumah arwah parents dia di Taman Pantai. Rumah tu skarang dah disewakan kepada cikgu skolah, adik2 semua dah berhijrah ke luar Batu Pahat. Kemudian ke Tmn Soga pulak, tengok rumah yg aku jumpa kat dlm mudah.my ari tu... rumah semi-d, dah siap renovate, harga pun boleh kata murah jugak la, dlm rm210k... ok la kan? tp aku xberapa berkenan sbb surrounding majoriti penduduk cina.... xtahan woooo dgr bunyi anjing menyalak tetiap ari :P

Dah tu g mkn Baryani Mohd Shah kat (apa nama ntah tmpt tu :P) sedaaaapppp....

Siap mkn, menghala ke Taman Evergreen Heights. Rumah kwn skolah lama incik popeye. Terus aku jatuh cinta.... Ada padang golf, sejuk mata nengok... jln menghala ke kawasan perumahan pun agak nyaman... Dah berjumpa dgn Cikgu Sham (kwn incik popeye) & keluarga... orgnya peramah & 'sihat sgt'... Si isteri sgt helpful, siap explain detail tu pasal perumahan kat situ, mcm nak suruh kitorg beli rumah situ je layaknya.... hehehe

Rumah corner lot yg agak besar... hanya RM190k... *uuhhh.... i want... i want* wink*.... tp masih dlm perbincangan dgn incik popeye...

Jam dah masuk pukul 3.30pm & kitorg terpaksa bergerak balik ke KL terus... sbb mlmnya, caterer nak dtg umah utk meeting kenduri tu nanti...

Alhamdulillah, dlm jam 8pm kitorng selamat sampai rumah, lepas hantar kwn aku tu ke rumah dia.... x lama pas tu, caterer tu sampai rumah.. kesian incik popeye, tgh sedap layan sate dgn daddy aku, dia kena join meeting tu pulak...

pokpekpokpek... meeting dlm 1 jam lebih, setel...

Berjimba di Johor - Day 2

Ahad
5/2/2012

Destinasi seterusnya... Johor Premium Outlet, Kulaijaya. Mcm2 hal masa nak mencari tempat ni... lepas je tol skudai, dah nampak dah kat tepi jalan... punya la seronok masing2... tp bak kata omputih la kan... so near, but yet so far.... :P Berpusing2 nak mencari... singgah KFC, tanya dgn budak keje kat situ... ok lah, dia bg map... tp masalah yg problemnya... map ntah haper2... jgn kata JPO, landmarknya pun xjelas... yg pasti JPO tiada didalam map itu... hehehehe.... lupa nak amik & scan... kekekeke...

Pastu jumpa pulak dgn sorang uncle tgh bakar sampah kat belakang umah dia, incik popeye pun berenti la nak tanya... tp, dia pun tak tau daaaa... *kesian anjing uncle tu, kena jerkah ngan incik popeye* hahahaha (mak pun terkejut nyah :P)

Tak leh give up lg ni... kena gak cari sampai dapat tempat tu. Terjumpa pulak sorang uncle cina tgh naik basikal... errrmmm... dia sgt baik hati... :D dia xdpt nak tlg bg direction, tp dia tlg bg direction ke rumah sorang melayu utk tlg bg kitorg direction ke JPO... boleh gitu... hehehe... anyway tq so much la uncle yg sporting... :D

Akhirnya.... jumpa sudah jln menghala ke JPO (separuh) sbb confuse dgn simpang... kiri ke kanan eeeekkkkk... tetiba lalu sebuah bas dgn gambar JPO terpampang kat badan bas tu... kwn aku kata.. ikut je bas tu, sure kita sampai nyer lah... ddaannnnnn... taaddaaaaaaa.... mmg betul la.. bas tu bawak kitorg sampai ke destinasi idaman... yeeaayyyy

Park kereta... & kitorg pun mcm *fuiiyyooo... besarnya tempat ni*... gitu la... hehehe
Macam2 brand ada... Michael Korrs, Burberry, Coach, Charles & Keith, Guess, Fossil, Emmer Zegna apa lg ntah... byk bebenor... So, kitorng pun mula la meredah dari 1 outlet ke 1 outlet... mula2 jln2 kat bawah2 je... mmg brand yg high-end la... harga pas discount pun.. agak *ehheemmm* hehehe... dah puas jln2 kat bawah, kitorg naik atas pulak... okay, kat sini... brand2 yg agak mampu utk kelas pertengahan.... mmg byk di shopping2 mall kat KL... tp harganya agak murah selepas discount... dlm 50% gitu la... apa lg.. bercabang2 la tanduk aku keluar... (i love u incik popeye) :P dah puas jln2, baru perasan... kebanyakannya brg aku, brg incik popeye ada 1 je... hehehe... *muaahhhh* Kwn aku, Fizza... telah berjaya aku pengaruhi, tersangkut gak la bag Carlo Rino sebijik & beberapa helai baju Padini... hehehe
Bukti bahawa kitorg bertiga... hehehe... (kang ada pulak yg query :P)
Bajet dlm pukul 4pm, kitrog kena gerak ke Batu Pahat. Dalam jam 7pm lebih, kitorg sampai di Batu Pahat & check in di Garden Hotel. Lagi la murah bilik kat hotel ni... Std king/twin baru RM88... :p dah check in, kitorg keluar la ke bandar Batu Pahat, nak g tengok wayang & mkn2... Nampak la UO, singgah... hehehe... tp wayangnya ada 3 cerita je, mall nya pun mcm nak tak nak je hidup :P... pastu kitorg pegi pulak ke Square One Mall, xjauh dari UO tu td... tengok wayang citer Journey 2 : The Mysterious Island... aku la nak tengok tu, sbb xnak tengok cite berat2... bertambah berat kepala aku nti... huhuhu... Best jugak citer tu.. sedap suara si The Rock nyanyi... ingatkan pandai wrestling je :P

Berjimba di Johor - Day 1

4 hari public holiday kali ni mmg aku gunakan sepenuhnya.... sampai aku terlupa bila hari sepatutnya aku mula bekerja balik.... punya la best... hehehe

Day 1
Sabtu - 4 Feb 2012

Aku, Mami & Incik Popeye keluar rumah menuju ke Sayang You, Semua House... Tujuan yg sebenarnya nak tgk baju untuk bersanding... Tapi end up... Mami aku terus beli bunga telur 1000pcs... ppeeehhhh... tak tangguh2 dah... :p Bajunya x dpt, bunga telurnya pulak yg dpt... Penuh la kereta incik Popeye dgn kotak bunga telur, tu pun x semua dpt sumbat... tgl la lg separuh kat situ.. esoknya baru mami & daddy aku g amik yg balance tu... Dah lepas tu, g Jakel pulak... beli kain utk baju raya aku & incik Popeye... habih gak la RM1k++... waaahhhh... raya tahun ni berdua... yeeaayyyy.... baju sedondon lg, sakan... hikhikhik :D

Dah tu hantar mami aku balik rumah... sampai umah dlm kol 3pm lebih kot lebih kurang...

Pukul 5pm... aku & incik popeye bergerak ke Kulaijaya, Johor.... Destinasi seterusnya... JPO (Johor Premium Outlets).. tengok sini kalo nak tau... kematu gak la punggung aku dok dlm kereta... lama x travel jauh2 ni.. 5 jam gitu... Dah sampai kulai, kitorg check in kat Nouvelle Hotel, korg leh tgk kat sini kalau nak try check in.. website dia ada tp still under construction la pulak... www.nouvellehotel.com
Hotel baru ni... interior design bilik tu mmg aku teramatlah sgt berkenannya... kemas, moden & terkini... 1 malam chargenya lebih kurang rm117 utk std twin/king. So kitorg tido sini 1 mlm... eerrrr.... lupa nak btau... bukan kitorg berdua je tau check in kat sini tp bertiga... aku kena la bawak PA/bodyguard/bestfren/alibi aku skali.... hehehe... utk keselamatan diri (bak kata aziz satar dlm citer p. ramlee tu :P)....... & aktiviti seterusnya ialah... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Wednesday, February 1, 2012

The Beginning - Part 1

Tak tau nak letak 'title' apa entry yg ni.... :P

Dah 3 hari berlalu, aku dok pikir lg cemana nak mula citer.... Malu pun ye.. excited pun ye.. Tak ramai lg yg tau pasal ni sebenarnya, tapi takpelah... bende baik nak watpe sorok... kan? kan? kan? :D

29 Januari 2012
Akhirnya... incik popeye dah menghantar wakilnya datang merisik aku... (ihik... blushing :P)
Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan sempurna & agak meriah jugak... sbb dah macam hari raya kat umah aku, dengan kehadiran family adik-beradik mak aku & anak2 dorang.... (tq u'olls..) & masing2 agak terkejut jugak bila tgk barang2 hantaran sampingan yg incik popeye bagi kat aku... dah lagaknya mcm org nak bertunang gitu... hehehe...

Perasaan aku? Seriau ada... seronok ada.. malu ada... bangga pun ada... Ye lah, akhirnya... sampai jugak seru aku, setelah hampir2 tertutup hati & minda utk join club kwn2 & cozin2 aku yg dah kawen tu... (gedik ek :P) Syukur, alhamdulillah.... harap2 takde la apa2 rintangan lg sepanjang menanti ketibaan hari ITU.. & terima kasih pada semua yg mendoakan aku...

Insyaallah... mengikut perancangan kami, hari ITU akan berlangsung pada 2 June 2012, hari Sabtu. Terlebih awal drpd perancangan asal iaitu sepatutnya pd bulan 12... Salah satu sbbnya yg utama ialah kerana... mami & daddy aku berkemungkinan akan pergi menunaikan haji pada bulan 10 thn ni, Insyaallah... dorang xnak pulak bg aku menikah dulu, bersanding kemudian... makanya dicepatkan lah...

Sekarang dah masuk bulan Februari, ada lg 4 bulan utk aku selesaikan semuanya... adeessss.... Majlis nak buat kat mana pun belum ada final decision lg... hhmmm.... takpe lah, tu nanti citer... kita tgk gambor dulu ye... Hehehe...

Pak Uteh, Daddy & Mami
Antara wakil lelaki pihak incik popeye :)
Meriah dengan makanan... tq to Achik Enon sbb tolong masak... sedaaapppp :D
tu dia cincin tandanya... besar ek? dah dipesan awal2... jgn beli yg halus sgt.. apa lagi kan... hehehe
errrmmmm... hehe :)

tu je for now... tata....



Kelebihan Buah Tomato

Hari ni nak citer pasal buah tomato la plak.... moh baca, bagus ni utk kesihatan...
Aku mmg suka mkn tomato, kena plak tomato yg fresh tu.... mkn gitu je mcm mkn apple... hehehe....





TOMATO buah berwarna merah dan boleh dimakan mentah. Namun, bukan semua orang menggemarinya! Tahukah anda tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya?


Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.
Perunding Pemakanan di Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw John, berkata cara terbaik bagi menambah jumlah likopena di dalam badan manusia adalah melalui pengambilan makanan berasaskan tomato dan produk masakan yang diperbuat daripada bahan itu.
Beliau berkata, berdasarkan kajian saintifik, likopena dapat membantu mencegah penyakit tertentu seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Likopena juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan sekali gus mengawal tekanan darah supaya stabil, katanya pada ceramah kesihatan The Red Campaign di ibu negara, baru-baru ini. Kempen itu dianjurkan oleh syarikat makanan global, Heinz, yang mengeluarkan sos tomato, perasa dan pelbagai aneka sos.

Mary berkata, sumber terbaik untuk mendapatkan likopena ialah dari sos spagheti, jus tomato, tembikai, pes tomato, sup tomato, cili sos dan sos koktel. Beliau berkata, kira-kira 80 peratus likopena terkandung di dalam produk tomato dan buah tomato tetapi hakikatnya, tomato yang sudah dimasak mengandungi likopena yang lebih tinggi.

Ini kerana, katanya, proses memasak akan memecahkan dinding sel tomato yang sekali gus membenarkan tubuh manusia menyerap likopena. Bagaimanapun, beliau berkata, sebaik-baiknya pastikan anda tidak menggunakan minyak dan lemak yang berlebihan ketika memasak untuk memastikan keberkesanan penyerapan likopena.
Antara kelebihan dan kebaikan tomato ialah....

1. Baik Untuk Kencing Manis

Kandungan Karbohidrat dalam tomato sangat rendah maka ia baik untuk pesakit diabetes. Tomato dikatakan sangat berkesan dalam mengawal peratusan gula di dalam air kencing pesakit diabetes.

2. Baik Untuk Mata

Kiranya selama ini kita dengar lobak merah dan berry baik untuk mata, tomato juga baik untuk mata sebenarnya. Kerana kaya dengan vitamin A, tomato amat bermanfaat untuk kesihatan mata khasya rabun malam dan rabun jauh serta penyakit-penyakit mata lain akibat kekurangan vitamin. Daun tomato pula berguna untuk merawat saraf optik dan lemah mata. Ambil segenggam daun tomato yang baru dipetik. Bilas dan rendam selama 15 minit dalam air panas (tidak terlalu panas) di dalam bekas tertutup. Sejatkan. Air ini merupakan tonik untuk mata dan saraf optik. Hendaklah dimakan sesudu teh sebelum mengambil sajian utama 3 kali sehari.

3. Baik Untuk Obesiti

Tomato sangat berguna dalam rawatan obesiti. Makanlah satu atau dua biji tomato ranum pada awal pagi tanpa sarapan selama 2 bulan. Ini dianggap kaedah selamat untuk pengurangan berat badan. Pada waktu yang sama, ia membekalkan elemen-elemen makanan penting untuk mengekalkan kesihatan.

4. Baik Untuk Gangguan Usus dan Hati

Minum segelas penuh jus tomato segar. Campur dengan secubit garam dan lada sulah. Diminum pada awal pagi. Ia petua berkesan untuk mengurangkan mabuk wanita mengandung, merawat masalah berkaitan hempedu dan hati serta jaundis. Juga berkesan merawat masalah penghadaman, angin dalam usus dan sembelit.

5. Baik Untuk Gangguan Pernafasan

Sebelum tidur, telan tiga ulas bawang putih. Kemudian minum segelas penuh jus tomato segar dicamputkan madu dan secubit serbuk pelaga. Ini merupakan petua berkesan merawat TB dan jangkitan paru-paru. Ia meningkatkan pertahanan tubuh dan menghalang penolakan serta percampuran ubat-ubatan yang sering berlaku pada pesakit TB. Bagi pesakit lelah, rawatan ini melegakan rasa sesak di dalam bronkiol dan pengeluaran mukus (lendir) melampau serta kejang.

6. Baik Untuk Ibu yang Menyusu

Ibu yang menyusukan bayi digalakkan makan tomato. Memakan produk berasaskan tomato (atau tomato yang dimasak) boleh meningkatkan kandungan likopena di dalam susu ibu. Ini tentunya baik untuk kesihatan bayi.

Tip Memilih TOMATO...

Untuk yang paling berkhasiat, pilihlah tomato yang paling merah ranum.

Untuk yang lebih sedap pula, rendamkan beberapa biji tomato di dalam air. Yang tenggelam itu lebih sedap berbanding yang terapung. Ini kerana yang tenggelam itu mengandungi lebih banyak kandungan gula.

Apa lagi..... Jom Makan TOMATO....hehehe