Friday, January 4, 2013

Cameron Highland - Part 1

Ari ni nak sambung citer psl g Cameron ari tu... Tajuk siap ada Part 1 lg, mcm byk no nak citer.... hehe

Lepas mak aku call kata suruh pospon g Langkawi ari jumaat tawun lepas (28/12/12 : btl la kan? :P)... mati kutu aku jap... alahai, pospon la plak... baju sumer da pack, xkan nak kemas balik kot... Pagi sabtu masa baru kuar umah nak g keje, tetiba dpt idea. 

Aku ckp kat inchik hubby : "kita g pangkor nak x?"
Inchik hubby : "bila?"
Aku : "ari ni la, pas i balik kije"
Inchik hubby : "jom... i xkisah, ok je"
Aku : "k, nti nak google chalet kat pangkor lah" (dgn seronoknya)

Sampai opis, xdan nengok keje, aku mula menggoogle... pangkor chalet. Call inchik hubby bg phone no chalet sana... ntah berapa byk aku bg, inchik hubby kata dia call, sumer pakat jwb chalet sumer dah penuh... alaaaaaa (lg skali)... tension dah aku ni... ntah apa2 je la aku surf kat tenet dah... tetiba kuar plak iklan Cameron Highland. Call inchik hubby lg skali, kita g Cameron la nak? Dia ok je la kan... & aku sambung menggoogle cari tmpt tido kat sana... terus dpt Marina Chalet & Homestay. Bg no tepon kat inchik hubby, dia call daaaannnnn... goooollllll!!!! eh... dapat.... Marina Chalet & Homestay kat Tanah Rata, sebelum Brinchang.

Yeeeessss.... aku dpt gak g bercuti walaupun gilernyer last minit. Ye la kan... aku da apply cuti utk Isnin (31/12/12), boleh je nak cancel... tp sah2 la ari tu mesti senyap-sunyi opis, ramai yg amik cuti. Boleh cuti gak tp dok umah diam2... tp masa tu unifi down 3 ari.... apa aku nak buat? TV/radio xde, boleh ampun lg.... internet xde kalu... haiiyyoooo.... xtau nak kata :P

K, dah dpt sumer.... sharp kol 1 aku cabut balik umah. Amik luggage, off segala switch letrik, paip air... siapkan mknan kucen, tglkan anak ikan aku kat abg guard encem utk 3 hari.... sib baik dia nak tlg... hehehehe.. & kitorg terus gerak. Masa ni x bitau mak aku lg, kitorg nak g Cameron... boley?


Sampai jugak akhirnya... apa2 hal, kita posing dulu.... :D

Alhamdulillah, lebih kurang jam 6pm lbh kurang, kitorg selamat sampai di Cameron Highland. Ini kali kedua aku dtg sini, selepas hampir 22 thn! Aku rasa kalo aku xkawen, mungkin xsampai dah tempat gini... Last masa pegi CH dulu, dgn family makcik aku, masa tu aku baru pas SPM. Lamakan? MMg tersgtlah jauhnyer berbeza dulu & sekarang.

Penat mmg penatlah kan, walaupun bukan aku yg drive :P... inchik hubby nak menyinggah dulu, nak jalan2 tp aku dah tak larat nak bergerak ke mana2... apa2 hal kita g check-in la dulu, esok baru jalan sakan. Terus la kitorg g cari Marina Chalet tu... xsusah pun, ada signboard tepi jalan selepas ladang Bharat Tea, ikut je la, sampai nampak pintu gerbang Kg. Taman Sedia Homestay.

Credit to: Marina Chalet & Homestay
Terlupa pulak nak amik gambar pintu gerbang tu, yg ni aku amik kat blog chalet tu sendiri. Sampai je sana, kitorg terus check in. Kawasan ni agak aman, x sibuk & mmg kawasan perumahan yg diubahsuai sebagai homestay... Harga pun x mahal sgt, chalet yg aku dpt last minit ni harganya RM150 pernite. Bilik je pun benornya, ada katil queen size 1, tilam bujang extra 1, tv & bilik air. Ada astro & wifi. Tp tepon blackberry cap ayam aku, xplak dpt detect coverage wifi, asik la gprs sampai ke sudah.... huhuhuhu

Bilik aku yg tepi skali... yg depan2 tu sumer chalet
Deretan Bilik sederet bilik aku amik
Biliknya... kecik je sedang elok utk 2 org
Siap angkut beg... aku mandi2 & terbungkang atas katil... Rehat dulu, bg lurus semua tulang-temulang badan... Dalam kol 8 lebih gitu, baru kitorg kuar cari mknan. Malam hujan renyai, xla lebat mana, tp cukup buat aku kesejukan, dah la lupa nak bwk sweater, boley? Kitorang g mkn kat Brinchang, ada deretan kedai mkn sebelum sampai ke pekan Brinchang. Pas mkn aku ajak inchik hubby g Pasar Malam Brinchang, jalan kaki je sbb xjauh pun tp mengah la jugak pasal jalannya mendaki bukit, dah la sejuk takat pakai tshirt lengan pjg je. Sampai2 je kat pekan Brinchang, org punyer la ramai, keta jgn ckp la kan.... jem jln dibuatnya.

Aku dah xtahan sejuk, ternampak pulak ada dewan skolah cina buat wholesale pakaian. Kitorg pun singgah la nak tgk2... pusing2 jap dlm tu, terberkenan la aku dgn 1 jacket, terus beli. Harga xde la murah mana pun, cecah gak RM50. Inchik hubby beli seluar track 2 helai, RM10 selai... hahaha... (1 da koyak dah.... :P)

Dah Jambu, epal pulak... siap ada perisa lg.. :P
tobat aku xnak beli lg buah ni.... gempak je lebih.... tp kalo korang nak cuba, xde salahnya... :P

Bermacam rupa fridge magnet... cantik2 belaka... rambang mata nak pilih.
Mencuba madu lebah fresh... RM2 sepotong.
huhuhu... cactus comey 1pasu kecik RM7 :P
Langit xde awan... bulan mengambang penuh... canteeekkkk
Pondok karaoke :P
Dah penat cuci mata kat pasar mlm... inchik hubby ajak g karaoke plak... eerrrkkk?? karaoke? huhuu.... 

Ye la... ikut je. Karaoke ni kat Golf Club Brinchang, 1 jam RM40 aje. ok la kan, bilik pun besar, sound system bagus, tv screen besar tp yg nyanyinya 2 org je... aku takat melalak 2 lagu je, yg lainnya sampai abih masa inchik hubby yg nyanyi sorang2.... hehehehe

k, jam da 12mlm... kitorg pun balik ke chalet. Tido senyenyak2nya.... sejuk, tarik selimut.... zzzzzz

Pasni ada Part 2 laks.... lalalalala (huuiiihhh.. pjgnya part 1 :P)

No comments:

Post a Comment