Saturday, April 27, 2013

Oh Pavlova...

Akhirnya... Lepas gak kempunan nak mkn Pavlova ni... Yeehhaaaa... Korg dah xheran mende ni kan? Tp aku baru je nak merasa haaa... Kesian :p

Bismillah... Jemput skali? Hehehe

Sent from my BlackBerry®

IRON MAN 3

Giler best... Suka.. Suka... Suka...

Semlm g tgk ngan inchik hubby.. Balik keje terus je g KL Festival City. Mula tu ingat nak booking online je kat TGV WWM... Tp sejam dok loading je... Last2 beli kat kaunter je... Abih citer :p

Aku dah tgk since Iron Man 1 lg.. Xmiss, sbb nak tgk Tony Stark yg emcem tu... Kekekek... Sgt cool :p

Pasni nak donlod citer ni, boleh tgk byk2 kali lg... Lalalalala
Sent from my BlackBerry®

Friday, April 26, 2013

Pemandu yg ✗ sayang nyawa

Malam td, otw nak balik ke rumah dr Festival City.. Kereta Myvi putih ni, dok cucuk keta kitorg dr belakang, siap bg lampu tinggi lg. Padahal jalan ada 3 lane, kitorg kat lane tengah. Dah kalo nak laju sgt, pegi la lane kanan skali, apa hal lak nak cucuk2 keta org? Inchik hubby pun da hangen 1 bdn.. Nak ke kiri ada plak lori pikap, nak xnak kitorg terpaksa laju lg & potong lori tu. Tapi yg sengalnya, lori tu pun xreti nak slow, xkan xnampak Myvi putih mcm nak tercirit lajunya kat blakang kitorg. Nasib baik xeksiden sbb mmg dah dkt sgt jarak lori dgn keta kitorg. Yg Myvi putih sengal tu terus ptg kitorg masuk simpang kiri, yg mana sehala dgn laluan kitorg!! Sekali lorong tu jem dowh... Dia boleh plak cilok ke belah kanan jalan besar & then masuk balik ke belah kiri... Samseng btl!

Yang bestnya apa? Kitorg dok perati jugak keta tu nak hala ke perumahan mana... Rupa-rupanya sama apartment dgn kitorg!!!! Drivernya pun budak2 je lg, mcm budak U je. Boleh plak jln berlenggang kangkung ke block apartment dia. Ingatkan emergency la sgt nak g jamban!! Baldigol sood punya org... Akai takdak!!

Sent from my BlackBerry®

Thursday, April 25, 2013

Bila Dugaan Menjelma

Entry yg da lama terperap kat draft box.... ikutkan hati aku xnak post n3 ni. Tapi since ada hamba Allah yg agak seringkali mempertikaikan tentang kemampuan & 'kemewahan' aku selepas kawen... makanya aku decide utk post kan jugak kat sini... Aku malas nak layan sebenarnya, buang masa aku je & mungkin nti ada jugak readers yg slh sangka dgn aku... xbest la pulak kan... tp harap2 korg jgn la pikir yg bukan2 ek... :)

Sebelum aku kawen, mmg aku xde peluang nak g bercuti kemana2 dgn kwn2 kecuali jika berkenaan dgn company, kena g outstation ke contohnya... tp lepas je kawen ni, alhamdulillah... aku rasa da lepas bebas & kawen pulak dgn org yg sama hobi & sekepala... takat ni apa2 program yg kitorg plan, semua on je.... TAPI bila bajet mencukupi la kan... jenuh gak dok ikat perut nak simpan duit utk g bercuti ke, beli brg2 ke.... apa, ingat kitorg ni gaji berpuluh ribu ke? Anytime je nak kuar duit, nak belanja sakan? NO.... kat situ yg si hamba Allah ni silap & salah sangka... :) Nak argue tempat mana kitorg g mkn sedap2, yg mcm aku posting kat n3 lepas2 tu? Cuba tgk.... ada ke aku post psl mkn kat hotel 5 star? Mkn kat club? Resort? xde kan? Semua tmpt cikai2.... tepi2 jln... restoran2 biasa, yg menarik ttp harga berpatutan... x salah rasanya aku nak share dgn kwn2 blog kat sini, berkongsi sesuatu yg baik... bukan nak menunjuk... jauh panggang dr api org kata... Nak argue psl aku g bercuti laki bini? Cer tgk sket... kat mana kitorg pegi.... ada g paris? london? new zealand? zimbabwe???? habih jauh pun takat g Krabi, tu pun g honeymoon, beli pakej masa MATTA Fair... berapa la sgt... alahaaiii...

Rupanya lepas kawen ni lg byk dugaan ek... sabar je la :( Nak tau nape? Masa nak kenduri kawen aku, kucing kesygan family aku mati, sekor demi sekor... yg tgl cuma sekor je lg... tu pun sampai skang dok dlm umah & dilarang kuar sama skali... huhuhu.... Pastu daddy aku lak xsembuh2 sakit sampai skang, doktor pun xtau nak kata sakit apa, nak kata strok bukan, tp semakin hari, semakin lemah & kerap demam panas... baru2 ni mami aku plak masuk spital, seminggu... pastu inchik hubby pun masuk spital jugak & sampai skang still berulang jumpa doktor kat HKL... & baru2 ni, inchik hubby eksiden. Pagi masa nak g skool... 3 keta terlibat, keta inchik hubby yg belakang skali, agak teruk kemek depan keta dia... sebulan jugak keta dia tersadai kat 'spital'.... tp nasib baik daddy aku xguna sgt keta dia, so kitorg pun pinjam la guna sampai keta inchik hubby siap... dah pinjam sebulan tu, xkan nak wat tak tau je kan... kena la byrkan utk bulan tu... peeehhhh... peritnya rasa bila bajet utk bln ni lari mencanak2!! sib baik aku pakai tudung, kalo x... mmg terserlah kebotakan kepala aku.... hehehe... makanya, kitorg xde la kemana2.. dok diam2 kat umah... layan arnab2 manja kitorg yg 3 ekor tu :P


Bila dah pindah umah, kwn aku si hamba Allah ni, sibuk nak mintak dtg umah... apa yg dia nak tgk sgt aku pun xtau la... nak kata kitorg duduk kat umah banglo mewah harga berjuta, xjugak... cuma rumah merpati biasa je... perabut pun xde... pendek kata umah kitorg ni, mcm umah org bujang... xde sofa, xde TV, xde astro... xde almari kayu jati :P betul aku ckp ni, serius... sofa kitorg cumalah sebijik beanbag yg aku beli dr Sigategi... tu je.. haaiihhhh... xpsl bocor rahsia rumahtangga aku.... hehehe... brg rumah yg paling mahal kitorg beli, cuma mesin basuh separa automatik... taaadddaaaaaa.... best kan :D So, kwnku... kalo kau baca blog ni, paham2 sendiri je la ek, aku malas nak bg alasan lg dah... org kata, bila berterus-terang, org xpercaya tp bila kita menipu, org terus2 percaya... pelik kan? Dah, pasni xyah nak banding2 aku dgn kau... kita jauh berbeza... aku x semewah kau... keta 2-3 biji, rumah besar, jawatan tinggi, gaji tinggi... sudah2 la, jgn riak & tamak... Allah xsuka org mcm kau...

dunia.. dunia... selagi manusia bergelar manusia... xkan berubah lumrah hidup,... selagi xpuashati selagi tu lah terus-terusan menindas manusia lain.... ingatlah, skarang ni kamu diatas, xkan bertahan selamanya kat atas tu... tiba masa nanti kamu akan berada dibawah jugak...

xpasal panjang berjela aku bebel kat sini... sori ye geng... agak terlepas sket tahap kesabaran aku ari ni... :(


Wednesday, April 24, 2013

|STICKY POST| It's Giveaway Time by CREATIVE BY TWO


Dak Syida ni... asal join GA je, tag nama aku... nak xnak kena terjebak jugak la kan... haaiisshhh... ahaks... MCM! ok2... jom je la join, free je pun...ni sumer aku tiru sejibik dr dak Syida... hehehehe..tp korang jgn tiru aku plak... kang sama je sumer.... :p

Dengan 5steps je korang dah leh layak join GA ni....

1. Follow blog Creative by Two. - dah-
2. Make a post titled It's Giveaway Time by CREATIVE BY TWO. This entry should be the sticky posts on you blog until 1 May 2013. -dah-
3. Place Kufi Art Promotion Poster in your entry. - dah-
4. Tag two(2) of your blogger friends to join our GA.
     (i) Syida
     (ii) Asknie
5. Leave a link of your blog entry in the comments section of this entry.-dah-


Sunday, April 21, 2013

Pouch henpon

Sambil2 kemas tmpt kerjatangan... Sempat gak buat 1.. Hahah... Pehtu, pakainya kejapnya... :p

Sent from my BlackBerry® smartphone

Thursday, April 18, 2013

Lawak petang khamis

Dalam tgh sakit gigi, inchik hubby boleh buat lawak ngokngek ptg2 khamis ni... haddoooiiii.... sib baik bos dah balik, kalo tidak.... harus pelik dia tgk, nape la secretary aku ni gelak depan pc tetiba :P
IH: lepas nie tak leh selalu gi KFC ler
Aku: nape
IH: pasal sales girl kat depan kaunter tue dia tanya soklan yang tak senonoh
Aku: syg beli kfc ke
IH: tak... dulu kan masa kita gi dengan shafiq... ingat tak kita makan kat kfc?
Aku: a... ada.... kat i city
IH: sales girl situ tanya ...i nak peha ke dada. lepas i tengok dia. atas bawah, atas bawah... dia kata... abang nak yang original ke... atau hot and spicy
Aku: hahahahahahahaha... syg wat lawak ek... hehehehe
IH: kikiki... berjaya!
Aku: siap... nak kena ek
IH: hehehe


 Aku ingatkan betul2 la kejadian... rupa2nya tipu2an... cceeehhhhh... xpe.. xpe... :p

Jom timbang berat blog :p

aku sebenarnya xtau apa2... hahaha... boley? tp sbb dah tertengok blog si Eraz Fadli, aku pun gatal gak nak try.... tp disebabkan aku tak leh nak upload pic, aku terus je copy paste dari website ni...

Nak tengok 'berat' blog korang katanya... :D

Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
(eg. iwebtool.com)

#
 Domain name Size Load Time Average Speed per KB

1sweetypink-leen.blogspot.com154.32 KB2.07 seconds0.01 seconds

Rumpai Laut tidak mengandungi kolagen

Wallahualam... aku baru terbaca psl ni kat sinar online jap td... aku pun mkn gak kolagen seaweed ni, tp skip2 la... beli ari tu (dah 2 bln lepas kot) yg dah siap proses (masak).. ada lg 1/2 bekas dlm fridge... biasa a kan, mula2 je rajin mkn, pastu bila dah terrrrskip skali, makanya.. terus2 la terrrskip berkali2.... hehehe...

Saja nak share dgn kwn2... baca je la ek, wpun pjg berjela... sharing is caring... kan... kan... :D


Rumpai Laut tidak mengandungi kolagen
Setakat ini tiada sebarang kajian sains menunjukkan rumpai laut mengandungi kolagen.
Rumpai Laut tidak mengandungi kolagen
Sebatian omega-3 menyumbang sifat antioksidan yang membantu mencegah stres oksidatif terhadap kolagen.
Sebahagian iklan dan label bungkusan produk berasaskan rumpai laut Sabah tertera istilah-istilah yang menarik seperti ‘marin kolagen’, ‘ibu kolagen’ atau ‘kolagen mentah’. Adakah benar rumpai laut Sabah mengandungi kolagen?

Jawapannya ialah rumpai laut tidak mengandungi kolagen. Setakat ini tiada sebarang kajian sains yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal terkemuka menunjukkan rumpai laut dari mana pun asalnya didapati mengandungi kolagen.

Kolagen hanya terdapat dalam tubuh haiwan iaitu meliputi semua haiwan bertulang belakang dan haiwan tidak bertulang belakang. Ia tidak wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Kajian-kajian terhadap komposisi rumpai laut hanya menemui protein. Kolagen adalah sejenis protein.

Protein yang memiliki sifat-sifat kimia dan fizikal yang menepati sifat kolagen barulah boleh dipanggil sebagai kolagen. Jadi, menyatakan sesuatu jenis rumpai laut mengandungi kolagen semata-mata kerana terdapat protein di dalamnya adalah tindakan yang tidak bijak.

Istilah kolagen menarik perhatian orang ramai kerana mereka mengetahui bahawa kolagen merupakan sejenis protein yang amat penting kepada tubuh. Lebih kurang tiga puluh peratus dari keseluruhan protein dalam tubuh manusia adalah terdiri dari kolagen.

Bahan penting

Ia merupakan protein berstruktur terdiri dari kabel-kabel terbina dari molekul yang menguatkan tendon serta lapisan-lapisan elastik yang menyokong kulit dan organorgan dalaman. Tulang dan gigi dibina dengan menambah kristal-kristal mineral kepada kolagen.

Jadi, secara umumnya kolagen merupakan sejenis protein yang bertanggungjawab menyumbang struktur kepada tubuh selain menjaga dan menyokong tisu-tisu lembut serta melekatkannya pada tulang. Peningkatan usia ialah faktor pembinaan kolagen semakin berkurangan dari segi paras dan kualiti.

Kadar pembinaan kolagen berkurangan pada purata 1.5 peratus setiap tahun bermula pada umur 25-30. Apabila mencapai umur 45, jumlah paras kolagen berkurangan sebanyak 30 peratus. Kekurangan berterusan ini memberi kesan kepada tisu, tulang, kesihatan kulit dan kuku.

Kolagen dibina dari asid-asid amino. Setelah rantai kolagen dibina, ia memerlukan vitamin C untuk mengubahsuai proline kepada hydroxyproline iaitu molekul yang penting untuk kestabilan kolagen. Vitamin C diperlukan bagi membantu penambahan oksigen.

Kekurangan vitamin C akan mengurangkan pembinaan hydroxyproline dan memberhentikan pembinaan kolagen baru. 100 gram rumpai laut iaitu bekalan sebulan yang biasa diambil oleh kaum wanita hanya mengandungi lebih kurang 35 miligram vitamin C.

Pengambilan 1 miligram lebih vitamin C setiap hari ini dipercayai tidak mencukupi untuk membina hydroxproline. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan struktur kolagen tidak kukuh dan membentuk sariawan. Menurut perspektif perubatan moden sariawan ialah sejenis penyakit dengan simptom-simptom termasuk gusi berdarah, kulit/bibir merekah (dan berdarah) serta lesu
melampau.

Doktor tidak memberitahu anda (kerana mereka tidak tahu) bahawa sariawan sebenarnya berlaku pada seluruh tubuh termasuk arteri jantung, arteri karotid dan arteri (dan arteriol) dalam otak! Ketidakkukuhan kolagen dan kerosakan sel kulit akan bermanifestasi dalam bentuk kulit berkedut.

Sebab itulah sebahagian pengeluar produk kecantikan menggabungkan kolagen dengan vitamin C. Oleh sebab kolagen juga berfungsi sebagai gam kepada sel-sel endotelia arteri maka produk berasaskan kolagen bukan sahaja dibeli oleh kaum wanita malah oleh kaum lelaki.

Produk-produk yang didakwa berasaskan kolagen memang benar-benar mengandungi kolagen. Yang peliknya hari ini ialah apabila sebahagian pengeluar dan pengiklan berani mendakwa rumpai laut atau produk berasaskan rumpai laut yang mereka peragakan mengandungi kolagen!

Ramai wanita yang bersungguh-sungguh mengamalkan pengambilan gel rumpai laut semata-mata kerana percaya ia mengandungi kolagen. Pengambilan pada dos yang sesuai dan secara berterusan memang didapati menghasilkan kesan positif terutama pada kesihatan kulit. Jika tidak terdapat kolagen adakah kandungan protein dalam rumpai laut membantu mencantikkan kulit dan membantu proses awet muda?

Jawapannya ialah paras protein yang amat rendah dalam pengambilan harian gel rumpai laut dipercayai tidak memenuhi keperluan asas tubuh untuk membina dan memulihara pelbagai jenis protein.

Berdasarkan kandungan tertinggi protein yang terdapat dalam rumpai laut Sabah seperti yang didapati dari hasil kajian para penyelidik Universiti Putra Malaysia (Synthesis, 11 Jun 2011) iaitu 10.4 peratus (pada Caulerpa lentillifera, rumpai laut hijau) maka penulis andaikan hanya 11 gram terdapat dalam sediaan gel untuk dimakan selama sebulan (berdasarkan 100 gram rumpai laut kering).

Maksudnya, hanya 0.367 gram protein yang diambil melalui gel rumpai laut setiap hari! Jumlah pengambilan harian protein yang dicadangkan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat ialah antara 0.8 - 1.1 gram (bergantung kepada umru dan keadaan) bagi seiap kilogram berat tubuh seseorang. Maksudnya, seseorang yang memiliki berat 60 kilogram maka mereka perlu ambil antara 48 - 66 gram makanan berprotein setiap hari!

Pelbagai produk protein

Dalam usus kecil setiap jenis protein termasuk kolagen dan gelatin yang sebelumnya diurai kepada peptide dalam perut akan diurai kepada asid-asid amino yang ringkas. Tubuh akan menentukan jenis protein yang akan dibina menurut keperluan. Pelbagai kajian mendapati suplemen kolagen membantu membina kolagen baru.

Melalui ekspresi gen, asid-asid amino akan digabungkan bagi membentuk jenis protein yang diperlukan contohnya antara lain untuk dijadikan enzim, protein penanda sel (terletak pada sel bagi memudahkan saintis mengenal pasti sesuatu jenis sel) pintu laluan mineral (terletak pada membran sel) dan kolagen.

Jadi, oleh sebab paras protein dari pengambilan harian rumpai laut tidak mencukupi maka sebahagian besar protein perlu diambil dari sumber-sumber makanan lain. Proses awet muda dan mencantikkan kulit dipercayai berpunca dari kombinasi beberapa aktiviti biologi pelbagai fitokimia rumpai laut. Sifat detoksifikasi rumpai laut adalah kerana kandungan polifenol, zink dan magnesium serta beberapa jenis vitamin.

Sebatian-sebatian polifenol, vitamin C, alfatocopherol, omega-3, pelbagai karotenoid, zink dan selenium menyumbang sifat antioksidan. Bahan-bahan antioksidan membantu mencegah berlakunya stres oksidatif (berpunca dari serangan radikal bebas) terhadap kolagen, pelbagai jenis enzim dan komponen sel.

Magnesium membantu mengawal hormon termasuk keseimbangan estrogen-progesterone. Zink dan magnesium yang dibantu oleh folat serta fitokimiafitokimia antisoksidan membantu ekspresi gen.

Selenium dan iodin bertanggungjawab membina hormon tiroksin yang berfungsi mengawal metabolisme. Fiber pula membantu proses pencernaan berjalan dengan lancar. Pengambilan suplemen vitamin C dos tinggi antara 2,000-3,000 gram sehari bersama jus buah-buahan kaya bioflavonoids dipercayai membantu aktiviti-aktiviti biologi rumpai laut secara lebih sempurna.

Jemput mkn geng...

Rezeki di pg khamis, kwn opis aka jiran apartment banjer.. Heheh... Tq Huda :D

Nasi lemak kosong je, tp sedap... RM1.50 sebungkus. Sambal ikan bilis sgt terasa kesambalannya, nasinya xlemak sgt, tp hhmmm... Xtau nak describe, sedap... Bak kata si Huda, mcm nasi lemak org dulu2... Huhuu...

Akak ni boleh amik order kot, siap ada chop nama & fon no tu.

Sent from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, April 17, 2013

49th Anniversary

Semoga berkekalan hingga ke syurga hendaknya... آمِّÙŠْÙ†َ يا رَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ†

Sent from my BlackBerry® smartphone

Bahana Candy Crush

Celik je mata bangun tido - candy crush
Balik je keje, on lappy - candy crush
Sambil makan - candy crush
Sambil tgk tv - candy crush
nasib baik masa mandi x leh nak bercandy crush....
nasib baik kat opis xleh bukak fb
nasib baik henfon cap ayam katik aku xleh main candy crush

bahana betul lah... haaadddooooiiiiii....

eh, korang main gak ke? Level baper dah? hehehe


Tuesday, April 16, 2013

Byte kena tipu...

Inchik hubby buat lawak plak ptg2 selasa ni... Hahahaahah...

Sampai je umah, terus dia panggil Byte, rabbit jantan manja sekor tu :p... Dah la tu, pgl plak mcm suara pompuan (konon2 aku la tu)... Terus laju melompat keluar si Byte, tp bila tgk2 yg panggil tu bkn aku, terus dia lari tmpt lain... Heheheh...

inchik hubby pgl lg bagai nak rak... Tp dia xnak gak dekat... Habis la, da kena tipu skali xkan dia percaya lg, selagi mummy dia xde dpn mata.. Heheheh...

Adooiiiyyaaiii bibit... Comel la kamu ni :D

Sent from my BlackBerry® smartphone

Selagi bergelar manusia...

1) Yang tamak & haloba : Tak puas dgn apa yg ada. Selagi boleh dikerah keringat manusia lain bg memuaskan nafsunya, xkira bagaimana keadaan manusia lain itu. Tambah lg bila didorong kepercayaan terhadap nasihat teman2 rapat kononnya.

2) Yang pandai tp bukan cerdik : Belajar la setinggi mana pun, tp bila akal dah dikuasai nafsu & syaitan, sanggup melakukan apa saja yg walhal sudah terang bahawa yg dilakukan itu salah. Ada otak tp letak kat tumit! Pandai... ye mmg pandai, tp pandai menyusahkan hidup org lain.

3) Yang berhati busuk : Tak boleh melihat manusia lain memperolehi kehidupan yg bahagia. Sentiasa mencari onar bg memporak-perandakan kebahagiaan itu. Mungkin terasa kebahagiaan & kesenangan yg pernah dikecapi bersama dirampas oleh org lain... Orang lain yg tidak bersalah.

4) Yang terpesong akidahnya : Menduakan Yang SATU... Astaghfirullah... Syirik tu... Tapi demi mencapai cita-cita... Tak kau pedulikan semua tu.... Tapi Allah maha mengetahui & doa org2 yg kau zalimi akan dimakbulkan olehNya.

5) Karma : Kalau pun 1 hari nanti, kau dapat apa yg kau hajati, tp ingat... 1 hari nanti kau juga akan dpt merasa apa saja kejahatan yg kau buat pada manusia lain. Jika tidak pada diri-sendiri, mungkin kepada kaum keluarga atau insan2 yg kau sayangi...

6) Teman : Wahai teman2 kepada manusia seperti ini, nasihatilah mereka dgn nasihat yg baik2, nasihat2 yg berguna... bukan menambahkan lg api ke bara yg masih bernyala. Apa yg kamu dapat jika terus-terusan menambahkan kebencian manusia ini kepada manusia yg lain? Dapat pahala? Jauh sekali.... Jika kamu sebenar2nya seorang teman yg baik, jgn mendengar disebelah pihak saja... & begitu, kamu tidak layak memberi nasihat & menjadi penasihat & kamu bukanlah seorang teman yg sebenar2nya teman yg sejati.

7) Kamu : & kamu manusia... renungkanlah... bermuhasabah diri sendiri. Kamu bijak, cerdik & cantik... muliakan apa yg ada pd diri kamu, jgnlah merosakkan org lain xkira pada zahir & batinnya... lupakan apa yg dah berlalu, xguna berdendam.. kelak dendam itu akan memakan diri kamu sendiri. Cubalah utk terima seadanya apa yg kamu ada... Kerana itu saja yg mampu diusahakan oleh dia. Tak perlu bersyak-wasangka, tiada siapa yg menghasut manusia itu utk melakukan apa yg kamu fikirkan... Semoga Allah bukakan mata hati kamu utk menginsafi diri, segala apa yg berlaku ada hikmah disebaliknya... & jika kamu bertemu dgn seseorang, jagalah dia, jauh lebih baik drpd yg sbelumnya.

Sayu hati ini bila melihat keperitan yg ditanggung oleh manusia yg teraniaya... InsyaAllah, moga Allah bukakan jalan untukmu bagi memperolehi kehidupan yg lebih sempurna... AMIN.

Saturday, April 13, 2013

My already big boy Byte

Ini Byte. Panggilan manja Bibit. Satu2nya arnab jantan yg ada.. Lg 2 tu betina. Mentang2 dia je jantan, dah nakal tp manjanya kdg melampau... Hahah...

Apa2 pun, Byte tetap penglipu hati duka lara kitorg kat umah... :)

Sent from my BlackBerry® smartphone

Love... Love...

Tetiba ada plak sorg cikgu order bende love ni utk buat gantung kat keta dia.. Dah lama xberkerastangan ni... Hehehe... Tu lah, bila malas melanda, mmg xusik lgsg tp bila dah mula xleh nak stop. Order tetiba ni, buat aku xleh nak pikir design cemana, guna je la apa yg ada kat gobok brg felt aku tu ha...

P/s: mulai skang ni kalo nak wat posting bergambor xleh nak post guna pc kat opis, kena guna henfon cap ayam katik ni atau kat umah... Apa aje la mendengki org IT kat sini, xpaham aku... Ceehhh...

Sent from my BlackBerry® smartphone

Friday, April 12, 2013

Air xdak 5 hari???

SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN BHD
SIARANMEDIA
SIARAN SEGERA
11 APRIL 2013
GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL MELIBATKAN HAMPIR SETENGAH JUTAPENGGUNA DI SEKITAR WILAYAH GOMBAK DAN KUALA LUMPUR AKIBAT KEJADIAN PAIP PECAH
Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin melaporkan bahawa Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning telah diaktifkan di SYABAS Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak pada jam 1.00 pagi, 11April 2013 berikutan paip dari jenis "Mild Steel" (MS) berukuran 2000mm dari Kolam Air Dusun Kubung ke Wangsa Maju telah pecah di lokasi berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak. Pihak SYABAS menerima maklumat daripada orang ramai berhubung kejadian tersebut pada jam 10.00 malam tadi.
Paip yang pecah ini membekalkan air kepada kira-kira 89,760 akaun domestik dan akaun-akaun pukal di 82 buah kawasan dalam Wilayah Gombak dan Kuala Lumpur yang melibatkan lebih kurang hampir setengah juta orang pengguna. Antara kawasan terlibat yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual seperti berikut:
Wilayah Kuala Lumpur
1. Flat DBKL Dato' Keramat
2. Jalan Padang Tembak
3. Jalan Semarak
4. Jalan Gurney
5. Kementah
6. Pulapol
7. Wisma Tanah
8. JUPEM
9. UTM
10. FELDA
11. Pusat Latihan Telekom 12.Jalan U Thant
13. Jalan Ampang Hilir
14. Taman Pandan Jaya
15. Taman Cempaka
16. Taman Bakti
17. Taman Nirwana
18. Kampung Pandan Dalam
19. Taman Cahaya
20. Pandan Cahaya
21. Taman Dagang
22. Taman Shamelin
23. Taman Tenaga
24. Taman Miharja
25. Taman Kobena
26. Bandar Permaisuri
27. Desa Pandan
28. Flat Sri Melaka
Jumlah Akaun : 28,368
Wilayah Gombak
1. Kampung Baru Ampang
2. Kampung Melayu Ampang
3. Taman Hillview
4. Bukit Jobina
5. Taman Dato Ahmad Razali
6. Taman Bukit Indah
7. Taman TAR
8. Kampung Tasek Permai
9. Ukay Heights
10. Ampang Jaya
11. Dataran Ukay
12. Pinggiran Ukay
13 Sri Ukay
14. Beverly Heights
15. Ampang Indah
16. Ampang Jaya
17. Ampang Saujana
18. Ampang Water Front
19. Bandar Baru Ampang
20. Bukit Ampang Permai
21. Bukit Indah
22. Desa Lembah Permai
23. Desa Setapak
24. Jalan Ampang
25. Kampung Bukit Sungai Puteh
26. Keramat AU 1 hingga AU 5
27. Kampung Ampang Campuran
28. Kampung Indah Mulia
29. Kampung Kemensah
30. Kampung Lembah Jaya
31. Kampung Pinggir Tiga Jaya
32. Kampung Tengah Lembah Jaya
33. Lembah Jaya Utara
34. Lembah Jaya Selatan
35. Sri Rampai
36. Taman Ampang
37. Taman Dagang Permai
38. Taman Pandan Ria
39. Taman Permai Jaya
40. Taman Permata
41. Taman Saujana Ampang
42. Tasek Tambahan
43. Taman Ampang Mewah
44. Taman Ampang Utama
45. Taman Bukit Ampang
46. Taman Cahaya Ampang
47. Taman Dagang Jaya
48. Taman Halaman
49. Taman Kesuma Ampang
50. Taman Kosas
51. Taman Mulia Jaya
52. Taman Rasmi Jaya
53. Taman Sri Ampang
54. Taman Watan
55. Wangsa Melawati
Tambahan Kawasan Terlibat
56. Tmn Danau Kota
57. Bukit Antarabangsa
Jumlah Akaun : 61,392
Sent from my BlackBerry® smartphone







Wednesday, April 10, 2013

abil4fauziah.blogspot.com

Baru hari ni aku mula buka blog En. Abil & arwah isterinya. Aku mula baca dr awal posting En. Abil. Sebelum ni cuma dgr cerita dr kwn2 je, baru dgr je pun... aku dah sebak2 cemana, tu belum baca sendiri lg... aku ni nampak je brutal (org kata la :P), tp mudah je airmata meleleh kalo tacing (touching) xkena gaya.... huhuhu....

Aku tersgt2 respek dgn En. Abil, sgt kagum dgn pengorbanan yg telah dilakukan demi utk isteri tercinta... Betul lah org kata... Kisah En. Abil & Arwah isteri boleh dikatakan "Setia Hingga Ke Hujung Nyawa" bkn takat tajuk novel & drama je... ini betul2 realiti...

Syabas En. Abil atas kegigihan, kesabaran & kasih-sayang yg telah anda tunjukkan, pasti arwah berbangga kerana memiliki seorang suami yg tersgt2 mulia. (aiiyyarrkkk... kan aku dah kata, airmata nak meleleh dah ha... sob) 

Mungkin ada lg lelaki mulia seperti En. Abil di dunia ni, cuma kita je yg tak tau. Tapi kalo ada pun, mungkin tersgt rare.... & En. Abil adalah salah sorg drpdnya. Semoga dimurahkan rezeki, dipermudahkan jalan hidup En. Abil seterusnya selepas ini, Insyaallah.

Al-fatihah utk arwah Fauziah, semoga tenang disana & ditempatkan dikalangan org2 yg dikasihiNya. Amin.

Rabu Tanpa Kata....

Sent from my BlackBerry® smartphone

Monday, April 8, 2013

Gaya Travel Magazine

Tengah boring2 xde keje ptg td, aku dok la merayap kat blog org.... tetiba Syida hulur aku 1 envelope... Ingatkan utk bos, malas je aku nak capai... hahaha... Sekali tgk... eh... nama aku... siap tulis 'printed matter (magazine)"... terus bijik mata aku terang gitu haaa... hehehehe...

Akhirnya yang ditunggu2 dah sampai... yeeaaayyyy..... Tq Cik Emila Yusof.... saya sgt sukakannya.... hehehee.... boleh buat rujukan kalo nak ke mana2 pasni.... lalalalalala....


Dah baca dah... not bad isi kandungannya... gambar2 pun sgt menarik & tertarik... heheheeh... Tahun ni tahun melawat terengganu ropernyer ye.... okeh... next destination.... yyeeehhhaaaa....

“Pakej Pulau Malaysia Bersama Jomlahcuti.Com”

Dalam dok membaca email, mereply email group, tetiba ternampak plak 1 email belum tertengok, drpd Jomlahcuti.com. Aku lupa plak bila masa aku subscribe website ni... hehehehe.... K geng, Jomlahcuti.com tgh buat contest... dah mula bulan 2 ari tu rupanya, berakhir pd 13 April 2013. Apa lg, byk masa lg jom2 join.... Nak tau caranya? Klik kat link tu nanti ek..

Jomlahcuti.com menawarkan pakej percutian yang pada aku amatlah berbaloi. Sebab harga pakej yang ditawarkan sangat menarik & menitikberatkan hal kebajikan pelanggan. Tengok pada maklumbalas pelanggan yang pernah berurusan dengan dorang ni pun, dah cukup untuk meyakinkan kita. Insyaallah, aku jugak akan menggunakan khidmat kumpulan Jomlahcuti ni kalau nak g holiday dimasa akan datang.

 “Saya ingin bercuti bersama jomlahcuti.com kerana berpeluang menjimatkan perbelanjaan dan menikmati makna percutian yang sebenar.


Thursday, April 4, 2013

Kena Ragut

Tetiba citer psl kena ragut... tapi bukan aku la... nauzubillah, mintak dijauhkan drpd kena ragut atau perbuatan yg tak bertanggungjawab gini.

Pagi ni aku baca metro online. Salah satu drpd tajuk utama yang menarik perhatian aku ialah "Yasmin diragut kali kedua". hhmmm... kesian dia. Bende kalo dah nak jadi akan jadi jugak, walau berhati2 cemana skalipun  kan... Menurut artikel, Yasmin letak beg dia kat seat belah penumpang & waktu kejadian dia tgh berhenti kat trafik lite & tetiba dtg motorist smash cermin tingkap keta dia... Tapi Yasmin sempat tarik beg dia & motorist tu xdpt apa yg ditarget. 

Apa yg korang terpikir bila baca atau nampak atau terlibat dgn situasi yg mcm tu? Mcm aku selalu terpikir, org pompuan ni kdg amik mudah hal2 keselamatan mcm ni, wpun nampak remeh. Tapi kesannya??? Aku kalau drive sorang2 (sebelum kawen aku mmg akan drive sendiri nak ke mana2).. Perkara paling penting yg mula2 aku buat... masuk je keta, kunci pintu pastu keluarkan wallet & fon, handbag letak bwh seat... sama ada seat belah penumpang atau seat driver. Kenapa? Sebab kalau boleh, aku nak elakkan perkara mcm ni berlaku pd aku. Kenapa kuarkan wallet & fon? Sebab kalo lalu tol, senang la nak capai wallet & kuarkan duit kan :p xde la time tu baru terhegeh2 nak seluk beg bwh seat.... ko ingat tol tu ko sorg je yg lalu??? huhuhu... Fon pun gitu gak... time tu fon bunyi, time tu gak ko teraba2 bwh seat cari beg... kalo eksiden sapa nak jwb? unless kalo korg guna handsfree la kan... 

Satu lg cara, korg tinted la cermin keta. Ada kelebihan mentinted cermin keta ni... tp jgn la sampai gelap-gelita. Aku pun tinted cermin keta aku, tp agak melebihi sedikit dr spesifikasi yg dibenarkan... & dgn keadaan cermin yg gelap gitu telah menyelamatkan aku drpd org2 yg berniat tidak baik mungkin, alhamdulillah. Pernah ada sorg lelaki, ketuk cermin keta aku nak mintak duit. Masa tu aku berhenti kat trafik lite nak ke UM. Walau xlama, cukup utk buat aku menggigil seriau... cemana aku tau dia nak mintak duit? Sebab sebelum tu, lelaki tu dah pau driver kancil merah depan aku... driver tu rasanya lelaki cina & muda lg... nampak dia bg RM10 sekeping, kemudian sekeping lg... baru si lelaki tu beredar ke kereta aku pulak. Aku xbukak tingkap... gilo?? takat pandang dia dr dalam keta je. Dalam 2-3minit gitu, dia terus blah.

Sekali lg, kat trafik lite jugak, rasanya aku nak ke Ikea jumpa kwn... (quiet sometime, da lupa)... motorist benti sebelah keta (belah penumpang), tetiba aku terkejut sbb ada bunyi mcm org ketuk cermin keta aku dgn bende keras... aku toleh kiri, motorist tu (berdua) terus blah & aku perasan kat tgn pembonceng mcm dia pegang bende (xtau apa)... huh.... nasib baik xjadi apa2... tapi skang aku dah jarang2 sgt dpt drive sendiri (rindu pun ada gak :P)... tp aku tetap beringat jugak... beg aku selitkan kat celah seat, jgn bg org nampak terutamanya org2 yg naik motor... kena gak beringat kan... bkn nak kata sumer org yg naik motor tu jahat.

Dan 1 lg nak aku ingatkan pada korg2 wanita ni... yg bwk motor sendiri ke mana2... jgn la letak beg korg dlm raga motor tu. Biarlah sangkut beg tu kat badan cemana pun kemudian pakai jeket, maknanya beg tu berada didalam jeket. So, xde org jahat nampak & dpt meragut korg kan.... & 1 lg, pd awek2 yg membonceng motor pakwe2... kalo pakai beg yg jenis tali panjang tu, begnya jgn la diletakkan arah ke belakang... tu namanya saja nak menempah malang ye... kenapa?? lu pikir la sendiri, xkan itu pun aku nak kena bgtau....

Peringatan ni bukan utk korang je tp utk aku jugak.... Berwaspada la selalu... Dan utk kaum lelaki jugak... yg mana suka sgt tglkan wallet & fon dlm keta... tlg tukar tabiat buruk tu k.... Org kalo nak buat jahat, mmg dorg pandai je nak cari rezeki mudah.... Pecah keta & amik brg2 berharga yg ada... 1 hal plak nak kena g wat report polis, nak kena buat ic baru, bank kad baru... report kat bank, cancel credit card... call telco cancel line... leceh kan? 

Seram sungguh bila teringat bende2 gini.... hhmmmm...


Wednesday, April 3, 2013

"Giveaway Lestari April"

Daaahhhh... dah mula nak berjinak2 join GA la bagai.... hehehe... saja suka2, sambil2 menambah kenalan blogger... xpe kan, lg bagus kan... korang kalo nak join GA ni, meh la skali.... Sebelum ni aku join GA Mak Dara... tapi xde rejeki... redho je la... huhuhuhu

Korang klik je la kat banner tu kalo nak join ek... good luck & majulah GA utk negara.... eeehhh.... haha


Tempoh Giveaway:
2 April - 22 April 2013


Bella menjerit!!!

Bella ni arnab betina aku, umur dah 3 bln. Petang td aku amik dia dr kurungan (kat toilet je pun :p) ... Sbb kesian dah lama xkuar kat hall. Pastu, Byte (arnab jantan) dok dlm cage, marah kot dia tgl terkonteng2 kat dlm cage tu, aku pun kuarkan la.. Ingatkan nak kuarkan kejap je... Xdan nak melangkah tetiba Bella menjerit.. Huh... Aku & inchik hubby terkejut giler... Pesal lak Bella bole menjerit nyaring gitu, rupanya Byte dah geget dia... Haddoooiiii... Bibit ni... Lepaskan marah ke apa... Terus aku amik Byte, masukkan balik dlm cage.

Sampai skang menjd tanda tanya... Nape Byte buat Bella gitu... Pdhal sbelom ni punya kamceng... Hhhmmmmm...

La ni Byte tgh ngamuk kat dlm cage... Haiiyyaaaa...

Sent from my BlackBerry® smartphone

Colgate Optic White

Kebetulan ubat gigi da habis, aku singgah la kat Guardian beli ubat gigi yang ni. Saja nak try (ye ke... :p) Dok tengok kat iklan, nampak cantik je gigi si Fazura putih melepak, cantik bersih mcm tuan punya badan... Aku pun gatal nak cuba gak la... Kat kotak ni kata gigi akan jadi putih dalam masa seminggu...

Meh kita tgk ek.. Betul ke ✗... Ke nak aku tunjuk bukti skali? Hahahah...

Sent from my BlackBerry® smartphone

Bubar sudah..

Akhirnya yg ditunggu2 oleh rakyat Malaysia...

Selamat mengundi semua...

Sent from my BlackBerry® smartphone