Best Friend aku yang betul2 aku kategorikan sebagai best friend cuma 3 org je...
Yang betul2 memahami aku... yang tau buruk baik aku, susah senang aku... semua dalam poket mereka...
Kami bersama hampir 10 tahun yang lalu...
Walau aku cuba untuk happykan diri, tunjuk muka ceria... tapi mereka tau aku sebaliknya...
Tak pernah memaksa aku cerita apa masalah aku.. sabar menunggu until aku sedia untuk mengadu...
Tapi aku tak pernah sabar untuk cerita pada mereka, kalau ada sesuatu yang menggembirakan hati aku.. :)
Dan... aku jugak memahami mereka sepertimana mereka memahami aku...
Kami tak pernah berkira walau apa keadaan sekali pun...
Meminjam tu adatlah, bila da masing2 pokai... tapi sangat jarang itu berlaku...
Siapa yang tak kenal aku.. tak mustahil akan kata aku seorang yg sombong, selfish, angkuh...
Cuba dah kenal, baru kalian tau aku macam mana sebenarnya...
Dan... bila ada orang lain cuba buat onar tentang aku,
jangan terkejut bila tiba-tiba ramai yang sukarela datang defend aku... :)
Aku tak suruh pun.. aku tak minta pun...
Sebabnya mereka lagi mengenali aku daripada kamu...
Aku bukan PENIPU;
Aku bukan PENCURI;
& Aku bukan orang yang suka mencari masalah;
Aku mungkin menipu untuk kesejahteraan & keselamatan aku & rumahtangga aku..
Tapi aku bukan pencuri, tapi mungkin aku tercuri hati & perasaan org lain tanpa aku sedari...
Kerana aku adalah aku... tak pernah cuba menjadi yang lain kecuali jika keadaan memaksa...
Jangan salahkan aku jika jadi begitu... :(
Apa yang kau mahu tahu tentang aku... tanyalah 3 orang best friend aku tu...
Tanya apa saja... terpulang pada mereka sama ada nak bercerita atau tidak, aku tiada halangan...
Tapi kau takde hak untuk marah & berkata kasar dengan kawan2 aku...
Kau tak kenal mereka!!
Jangan ingat aku diam itu maknanya aku tak tau... ;)
Malas aku nak panjangkan cerita je...
Aku tak pernah riak untuk bercerita tentang kawan2 aku... cukup aku saja yang tahu..
Haaiihhh...
Niat hati nak post quotes tu je, tapi dah terbebel pulak kat sini...
Aku terkilan sebenarnya... maaf :(
Best Friend pada aku diibaratkan kaki kiri dipijak, kaki kanan terasa sama...
Aku harap sangat kau dapat menjadi BEST FRIEND aku yg ke-4..
Biar masa saja yang menentukan...
~ Assalammualaikum ~
No comments:
Post a Comment