Wednesday, June 4, 2014

Sedetik.. Kisah & Tauladan

Korang mesti biasa dengar peribahasa ni kan... 

"IBARAT MELEPASKAN ANJING YANG TERSEPIT"

Maksudnya lebih kurang mcm ni... kita tolong lepaskan anjing yang tersepit, tak boleh nak lepaskan diri sendiri, tapi bila dah lepas, kita balik yang digigitnya.. atau dengan kata lain kita menolong orang lain yang sedang dalam kesusahan, dengan ikhlas tanpa ada niat untuk meminta balasan, tapi bila dia dah lepas dari kesusahan tu, kita pulak yang disakitinya ditambah lagi dengan maki-hamun.. memang tak mengenang budi langsung kan?

Tapi, ye lah.. dah namanya manusia. Memang mudah lupa pada jasa orang lain. Lebih-lebih lagi bila dia dah senang & tak perlu meminta-minta lagi pada orang lain untuk menolong diri dia. Terus buka cerita baru.. "Hal kau, hal kau aje, bukan hal aku..." Sedangkan, dia mungkin terlupa siapa orang yang menolong dia masa susah dulu. Sanggup susah & senang bersama, hinggakan kepentingan diri-sendiri pun sanggup diketepikan, semata-mata nak pastikan yang dia tak kesusahan & bahagia. Walaupun bantuan sekadar yang termampu, tetapi cukup untuk melegakan sesak didada.

Sedih, kecewa, terkilan... kenapa sampai begitu drastik sekali perubahan yang ditunjukkan. Atau mungkin takut, orang yang dulu menolong meminta balasan? Tak mungkin, kerana orang itu masih berkudrat untuk menampung diri-sendiri dan bukannya mata duitan atau materialistik.. yang diinginkan cuma sebuah KEJUJURAN. Itu sahaja. Tapi dibalas dengan kata-kata nista... kenapa? Hanya kerana sekelumit pertolongan yang diminta...? Allahuakbar, sungguh berat ujianMu Ya Allah... cuma kesabaran yang sangat tinggi yang diperlukan saat ini. 

Rasanya tiada salahnya kalau dikongsi bersama rezeki yang dinikmati tu kan... Sekadar berbudi-bahasa, mengenang jasa bantuan orang lain. Tanpa perlu diberi "hint" atau terpaksa diungkit segala jenis bentuk bantuan yang dulu dihulurkan.. Sekiranya terdetik keikhlasan dihati, semua tu takkan berlaku. 

Tiada siapa yang sempurna, yang perfect... baik yang menolong & yang ditolong... Tanggungjawab bersama untuk bersusah senang bersama & bantuan dari orang lain itu BUKANnya satu kewajipan, tapi lebih kepada rasa kasih & tak sanggup melihat orang itu kesusahan. Sekiranya orang yang menolong itu tidak redho maka tidak akan dihalalkan semuanya dunia & akhirat. Tapi bila dah dimaki, tak mungkin pertolongan yang dah diberi itu diikhlaskan.. 

Sedetik... Kisah & Tauladan.. apa yang berlaku disekeliling aku, yang didepan mataku... Sangat memilukan. Renungkanlah diri... apakah betul apa yang kamu lakukan? apakah patut perkataan nista itu yang kamu lontarkan? Apakah patut semua itu diterima oleh orang yang telah membantu kamu? Jangan sombong & riak... 

p/s: doa ni boleh diamalkan untuk semua bukan untuk family sahaja ye.. jom kita cuba, semoga hati-hati manusia yang keras disekeliling kita akan terbuka & lembut akhirnya... InsyaAllah... amin

Friday, May 30, 2014

Berhari minggu di Batu Pahat ~ Part 2

Hari Ahad, sebelum check out.. Kitorang terus pegi menziarah kubur arwah orang tua & adik Inchik Hubby. Bersihkan kubur lebih kurang, baca yassin.. sejam lebih jugak la kat kubur. Inchik Hubby kata, mak dia baik.. setia dengan ayahnya sampai ke akhir hayat... harap2 aku pun mcm tu la jugak.. huhuhu.. Baiklah Inchik Hubby, saya akan setia dengan awak kalau awak pun setia dengan saya saja... ok? Janji depan kubur mak, abah & adik ni... jangan main2 tau... bukan setakat buat syarat menjawab je... :)


Selesai menziarah... kitorang ulang ke Pasar Batu Pahat. Nak beli segala ikan, sotong, udang fresh... oohhh... Inchik Hubby sudah rambang mata katanya... Sebelum masuk ke pasar basah tu, singgah kat uncle kopi ni dulu.. belikan kopi untuk daddy aku... uncle ni blend biji kopi kat situ jugak.. wangi je bau kopi kat situ.. aku rasa mcm tengah beli perfume kat shopping kompleks... kan.. sbb bila kita dah cium2 banyak bau perfume, sampai weng... terus orang kaunter tu bagi kopi suruh bau, nak bagi deria bau kita neutral semula.... gitu lah...hehehe


Pemburuan bermula... dari mula masuk pasar basah sampai ke hujung dok tengok2 barang fresh... Inchik Hubby dah tak tau nak beli kat mana dulu.. harga pun murah2 je, jauh beza dengan pasar kat KL... Sotong sekilo RM12, kalau yang kat luar pasar tu, sotong 3 pinggan RM10 :D.. Ikan jenahak seekor RM6.50. Udang yg besar2 sikit tu sekilo RM38... itu antaranya lah... Dan aku membontoti Inchik Hubby bagai membontoti Mami aku ke pasar... hahahaha.. hadooiii lllaaaa.... serius citer la ek, aku memang x reti nak membeli-belah barang basah kat pasar macam ni... (aaaaaaaa.... malu :P)


Selesai cerita shopping kat pasar.. letak segala hasil tangkapan dalam 'Coldman' kat kereta (kaki mancing wajib ada kotak coldman ni kan) masa untuk pegi cari air batu. Ingatkan merata je ada jual air batu kat Batu Pahat.. tetapi RUPANYA.. ish.. ish.. iiiissshhh... SUSAH NAK DAPAT ok! errr... orang2 Batu Pahat ni tak berapa nak perlu guna air batu kot ek? :P Merata la kitorang round kawasan sekitar.. pegi station minyak xde jual ais.. pegi 7-11 pun xde ais... pegi kedai makan pun xde ais (ke xnak jual ais).. Kepanikan sudah melanda... Tapi akhirnya, dapat jugak air batu.. dapat kat mana? belakang kedai makan, kebetulan ada lori air batu tengah hantar air batu kat customer... wwaaaa... leganyaaaa... beli la 1 bungkus besar air batu, baru RM4 je.. penuh Coldman.. selamat ikan2 mahal.. sotong2 & udang2... huhuhuhu...

Ku bawa ke mana jua supplement kesayangan aku ni :D
Sejak addicted dengan Shaklee.. pegi ke mana pun, aku usung semua supplement... dah mcm barang display kat cabinet bilik hotel aku... haha... Bukan apa, kalo mkn skip2.. mana nak ada efeknya... serupa mkn jajan la.. teringin je makan.. x teringin x mkn... gitu.. yang paling aku x boleh putus ialah si Ostematrix & Alfalfa... putus kalu... siap lah sakit belakang & resdung aku datang melawat... pernah try seminggu x amik... fuiiyyooo.. jauh beza weh tahap kekentalan badan aku... hahah... (stetmen melampau okey :P) Tapikan.. ye lah.. bila da makin berusia ni, kena la beringat sket... x terlambat sgt pun nak mula penjagaan kesihatan kita kan... (ayat promot... haha) korang kalo senang2 boleh singgah sini atau sini... tengok2 la mana yg berkenan dihati... btau aku ye.. 

Sempat lak berShaklee bagai kan.. hehehe.. ok, lepas dari kemengahan mencari air batu.. kitorang pun gerak balik ke Kuala Lumpur. Tapi sebelum tu ada lg 1 misi kitorang kena sudahkan.. Iaitu mencari Itik Salai... yyyeeeee.... Itik salai ye adik2... bukan itik gantung k... :P balik ikut Melaka... aku ingatkan kat Alor Gajah ada la jual itik salai ni.. jenuh dok perati kiri kanan jalan, xplak nampak2 org jual... terus call Mami aku tanya biasa dia beli kat mana.. Yang mami aku ni pun 1 hal gak.. boleh lupa nama tempat.... huhuhu... 

Inchik Hubby berhenti kejap kat foodcourt di Alor Gajah.. merehatkan keretanya, kesian 3-4 jam bergerak x rehat2.. mentang2 la baru pas servis kan... sambil2 tu kitorang tanya2 jugak kat orang2 kedai situ kat mana ada jual itik salai pujaan hati tu... ada sorang mamat ni, btau arah ke mana nak dapatkan itik salai.. tapi ntah kitorang yang x paham arahan ke gaknya.. xjumpa.. hehehe.. makanya terus je la hala ke tampin, negeri sembilan. Masuk je Kuala Pilah, hujan lebat selebatnya... Berhenti kat 1 lg foodcourt kat pekan Kuala Pilah tu, ada sorang pakcik ni btau.. "x jauh dah... dopan yo sket lagi, halo ko bahau... nanti ado la kek tepi jalan orang jua itik salai" gitu la lebih kurang dialog dia... Yang aku ni dah xtahan nak terkucil.. sejuk dek ekon keta... apa2 hal kita cari petronas dulu... (aku suka lg singgah kat toilet petronas, pasal sah2 mmg bersih nak compare dgn toilet petrol pump lain... den dah terkono, tu psl berani ckp...)

Dah lepas hajat, aku tanya plak kat adik kaunter petronas tu... adik tu jwb lebih kurang gini... "dopan sket yo laie kak... tapikan, raso eh da tutup psl da malam.. tapi ado 1 laie, yg tu xtau la bukak ko x", ok dik mokaseh la yo... haha... Den pun gitau la laki den gitu.. eh Inchik Hubby :D 

Pencarian ditoruih an... mmg x jauh dari stesen minyak, pandang yo bolah kanan, ado 1 gerai tongah menyalai ayam itik ikan semilang daging... tu diooooo... hahaha... misi tercapai sudah... Makanya.. kitorg pun memborong hampir kesemuanya.. tamak ok!! cuma tinggalkan ayam & daging je sket kat situ... pastu dapat plak free gift katanya.. lemang & rendang... hehehe....


Dah dapat segala hajat dihati... kitorg pun gerak balik ke KL... on the way balik tu... lepas 1 gerai.. 1 gerai kitorg nampak tengah menyalai itik... hehehe.. sakit je mata nengoknya.. time tengah mencari, xjumpa2.. bila dah dapat merata je ada... dugaan sungguh.. moralnya disini ialah... jangan mudah mengalah!

Sampai KL, singgah jap umah mami aku, hulur segala yang dipesan, lepak jap... tertido jap... balik umah.. Sampai umah dalam kol 12am gitu kot... Mandi2 terus tido... tak larat dah.. esoknya keje weh...

Friday, May 23, 2014

TART NENAS MAMA YANG TENGAH MELETOP


kalau dah Ben Ashaari pun suka... takkan korang tak boleh nak suka jugak kan.. wahai para penggemar Tart Nenas... hahhaha

Citer banyak tak nak... nak tau, silalah order ye... gerenti takkan menyesal :D

Untuk pengetahuan, dealer Tart Nenas Mama ada berhampiran dengan anda. tinggalkan je pesanan kat no tepon atau fb Atie Baharin. Nanti ada lah menyusul dealer2 setia Tart Nenas Mama...

Cepat2 order... stock kat dealer ni kalah goreng pisang panas... 

Sapa2 yang kat area Hulu Kelang/Wangsa Maju... boleh wassap aku k.. InsyaAllah, selagi stock masih ada, ada la rezeki korang jam2 tu jugak.. hehehe...

Nak order untuk raya boleh lagi ni. HQ TNM tutup pengambilan order 2 minggu SEBELUM puasa. Terpaksa tutup awal bagi mengelakkan kekecewaan customer... gitteeewwww.... 
Boleh la mula buat pre-order skarang ye.

Wednesday, May 21, 2014

SUKHUMVIT GARDEN & CENDOL BAKAR

Lepas pada tak berapa nak puashati makan kat Rahman Palace, esoknya kitorang ke Sukhumvit Garden....mmuuaahahahaha... semata-mata kan... Dan, nasib baik makanan kat sini sedap... SEDAP... Inchik Hubby kata dia bagi 5 bintang.... :D

Sukhumvit Garden klik je link tu... semua info ada... hehe
Kitorang sampai dalam 5.30pm gitu. Ye la, lepas Inchik Hubby amik aku balik keje, terus je drive ke sini. Memang belum ada customer pun lagi. Staff-staff Sukhumvit pun tengah makan sebelum mula kerja. 


Hujan pulak petang tu, takde la dapat nak berposing-posing kat basikal putih tu ha... hehe... Cantik jugak deco tempat ni. Agak jakun aku kejap, pasal baru 1st time sampai, tapi lepas ni akan diulangi lagi sebab mencapai standard piawaian tempat makan pilihan Inchik Hubby selaku tukang belanja... haha... saya cuma bagi cadangan je :P

Lepas ni, kena cari tempat lain pulak... cer korang bagi suggestion boley? Ingat nak try kat Intai-intai, tapi baca review customer agak macam tak berapa gitu... neeexxttttt????



atas: kerabu mangga. bawah: somtam
atas: nasi goreng krapraw. bawah: nasi goreng nenas
atas: ikan siakap masak stim lemon. bawah: apanamalupa :p tapi isinya ayam masak ala2 gulai kering
Ok, overall memang rasa masakan kat sini sedap & mantap. Cuma yang berbungkus tu tak larat nak makan, sebab dah kenyang sangat. Nasi goreng tu nampak je sikit (pada aku la). Dan satu lg pesanan aku... pastikan lepas korang order, mintak waiter tu ulang balik apa yang korang order tadi k...

Waiter: nak order apa bang?
Inchik Hubby: ok, makan nak try nasi goreng kapraw, nasi goreng nenas... blablablabla
Waiter : ok, minum?
Inchik Hubby: bagi saya Orange + Nenas & honey lemon panas.
Waiter: ok bang... (nak blah dah)
Inchik Hubby: Nanti jap... taknak ulang balik ke, apa saya order tadi?
Waiter: oooo... ok2... makan blablabla... minum honey lemon & tembikai
Kitorang: ??? Bila masa plak order air tembikai?
Inhik Hubby: Orange + Nenas bang... bukan tembikai
Waiter: ooo... salah2... ok2... Orange + Nenas... blah ke dapur
Inchik Hubby: hahahahahaha.... cer try bagi teka-teki kat fb...Orange + Nenas = jadi apa? hehehehe :p

Kisahnya... hehehe

ha... sebelum sampai ke Sukhumvit Garden, korang akan nampak gerai cendol bakar ni. Masuk je simpang ke Sukhumvit Garden, dah nampak belah kanan gerai ni. Inchik Hubby terus berenti, nak try cendol bakar durian. Aku tak makan cendol... alahan... tolong jangan paksa... hehehe.. rojak pun ada jual, aku cuba zoom poster rojak tapi tak berapa nampak tulisannya... maka takde lah ku tepekkan disini... :)

nampak menggoda tak cendol bakar durian tu? :D


Wokay... done bab Sukhumvit Garden & Cendol Bakar... Lepas ni ke mana pulak kitorang pegi JJCM... tungggguuuuuuu... 

Tuesday, May 20, 2014

RAHMAN PALACE

Tempat yang tak sengaja terjumpa... Hari tu sebenarnya nak pegi makan kat Sukhumvit Garden (dulunya nama Kunang-Kunang), berdekatan dengan Taman Melati. Yang jadi terjumpanya Rahman Palace ni, pasal Inchik Hubby dah terlajak skeeeetttt je sebelah Sukhumvit Garden tu. Signboard tempat ni pun kecik je, sekecik lorong nak ke tempatnya.

Oleh curious nak tau, Inchik Hubby pun terus je la drive sampai ke belakang. Ooooo... tempat steamboat lah... jom kita try sini pulak.. kata si Inchik Hubby. Aku ok je... makan free kan :P


Tempat parking yang agak luas & anggaran dalam 20 meja ada kot kat sini..
Masa sampai tu baru jam 6pm lebih kurang, orang pun tak ramai lagi... cuma ada 1-2 meja je customer. Caj kat sini tak berapa mahal, RM23 seorang. Ok la tu.. 

Antara bahan steamboat yang kitorang amik
Agak ok la makan kat sini, tapi 'wow factor' tu tak berapa la sangat... tapi kena la dengan harganya. Yang paling feveret Inchik Hubby ialah... air oren nya... hehehe... dia kata sedap. tapi aku rasa biasa je :P

Yang atas tu ialah butter ok... untuk meng'grill' makanan korang
Tak lepak lama kat sini... habis makan je terus chow...