Tuesday, December 20, 2016

BC COMICS CAFE, SUNWAY PUTRA MALL

Sapa dah pernah makan kat sini? Ok ke tak? Boleh repeat ke tak? 

Al-kisah di hari minggu hari tu... lepas melaundry kain baju, Inchik Hubby ajak ke PWTC. Ada event komik katanya. Yang tu nanti entry lain aku ngomel ye. Dah jalan2 dalam PWTC tu, aku ajak la dia ke Sunway Putra Mall. Dah berkurun kot aku tak jejak ke sini. Last sebelum bertukar nama, The Mall ke apa ntah... Since dah kebetulan datang sini, sambil2 la singgah. Masuk2 je Sunway Putra Mall ni, kitorang macam.. wwwaaaahhhhhh... dah lain la. Jakun jap... kesian tau... hehehe...

Terus aku kata, nak try makan kat cafe Batman, jom cari... gigih la melilau mata mencari, rupanya setingkat je dari tempat kitorang masuk. 1st impression aku, laaaa... kecik je tempat dia. Ingatkan dalam restoran besar ke... rupanya sebelah cafe, sebelah kedai souvenir BC Comics. Ada la patung Batman besor gabak 2 ketul kat situ. Amik gakla gambar... tapi aku xnak letak kat sini, sebab Inchik Hubby kata aku nampak gemok... huhuhu... 



gitu.... berdepan je cafe & souvenir shop dia

Apa yang kitorang order... harga tu agak2 branded cafe punya harga k... *nangis*

Ingatkan boleh bawak balik bekas makanan tu, dah alang2 bayar mahalkan... hahaha

Dia punya

Aku punya
Sedap burger & 'patty'nya... tapi portion besar bagi aku, tak habis... nak mintak tapau malu plak.. dah rupa macam tikus makan... kihkihkih... tapi aku bawak balik mineral water dia je. Sayang ooiii... ada lagi setengah botol. Mineral water je kot.. apa kesah sangat? Ehhh... aku kisah noookkk... sebotol tu RM9.90 k... tu harga atas katebang tu.... bila tengok import dari mana... boleh tahan gak la jauhnya... nuuunnnnn dari Pendang, Kedah.... muuuaaahahahahahaha... kuingatkan ye la import dari Gotham City... hehe

Konon nak jimat, gigih order mineral water je... ice lemon tea dah termasuk dalam set Batman. Sekali tengok resit... amiiikk kkooo...
Takpelah... ni je lah sekali aku datang sini, buat syarat kata orang kan. Takde la jakun sangat bila orang dok cerita.... huhuhu... Tapi waiter yang datang amik order kitorang tu, sangatlah politenya... Bagus2...

Tetiba Batman datang hinggap kat burger Superman... aaiikkk...

Dah tu je citernya... 1st & last la aku datang makan sini. Sekian, mekaseh... akak bukan orang hado2 nak repeat makan tempat macam ni deekkk... Dapat merasa sekali cukup la... lalalalalala....

Friday, December 9, 2016

PERLU KE MENINDAS ORANG LAIN UNTUK KESENANGAN DIRI-SENDIRI


“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil.” (An-Nisa’: 29)


Penjelasan Beberapa Mufradat Ayat

“Jangan kalian memakan.”

Yang dimaksud ‘makan’ di sini adalah segala bentuk tindakan, baik mengambil atau menguasai. (Tafsir Al-Alusi)

Ibnul Arabi t menjelaskan: “Maknanya, janganlah kalian mengambil dan janganlah kalian menempuh caranya.” (Ahkam Al-Qur’an, 1/97)


“Dan janganlah sebagian kamu memakan harta sebagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui”. [al Baqarah/2 : 188].



“Harta-harta kalian”, meliputi seluruh jenis harta, semuanya termasuk kecuali bila ada dalil syar’i yang menunjukkan kebolehannya. Maka segala perkara yang tidak dibolehkan mengambilnya dalam syariat berarti harta tersebut dimakan dengan cara yang batil. (Fathul Qadir)


 “Barangsiapa merampas hak seorang muslim dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkan baginya surga,” maka salah seorang bertanya,”Meskipun sedikit, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab,”Ya, meskipun hanya setangkai kayu sugi (siwak).”[HR Muslim]
  
“Sungguh akan datang kepada manusia suatu masa, yaitu seseorang tidak lagi peduli dari mana dia mendapatkan harta, dari jalan halal ataukah (yang) haram”. [HR Bukhari]




Drama 7 Hari Mencintaiku

Sapa follow citer ni? Aku start follow masa dah episode ke 7 ke 8 gitu.... so, bila dah tengah2 citer ni, aku tak berapa nak layan sangat, sebab tak paham... hehehe.... Tapi tengok gak la.. bila free2 tu, aku tengok balik mula dari episod 1.

Tapi episod 20 semalam... memang touching sangat... Sakit ati pun ada gak tengok si Mia tu. Memang ego tahap atok gaban aku rasa... Kerasnya hati dia... astaghfirullahalazim...!!! Sanggup tinggalkan baby dia yang baru lahir gitu je, semata2 kerana ego dia... Nangis aku bila tengok Khuzairi down giler... lelaki kot, susah nak kuar airmata... memang jatuh segala ego lelaki, walau dia cuba cover kesedihan dia. Apa je yang dia tak buat. Semua kehendak Mia dia ikut. Kecuali bila Mia suruh dia tinggalkan mak tiri dia. Itu memang sangat dilemma. Bila Mia nekad nak tinggalkan Khuzairi & dia terpaksa terima keputusan Mia, memang masa ni meleleh2 airmata aku...& lagi sedih bila Khuzairi seakan hilang punca, melutut atas jalan lepas Mia pergi... nasib baik inchik asben kat dalam bilik keje dia, kalo tak, mau kena ejek kot... cepat2 aku kesat airmata kering2 sebelum dia kuar dari bilik... hahahaha..tapi agaknya dia perasan jugak, cuma tak tegur je... hehehe...

Ok, aku emo... hehehehe... tak sabar nak tunggu endingnya minggu depan. Nak tengok macam mana menyesalnya Mia & nak tengok apa usaha dia untuk kembali pada Khuzairi & anak dia & macam mana Khuzairi nak cuba terima Mia balik. Tapi memang anaklah yang akan jadi punca dorang kembali bersama... Sebab kalau dalam kehidupan realiti pun... semuanya kerana anak. Cuma yang bezanya, ego ibubapa anak tu... Mak tiri si Khuzairi tu pun satu hal jugak... boleh tahan mulut dia... kalaulah aku jadi Mia, cemana ek... giler stress. Memang jadi hati batu kot..




Thursday, December 8, 2016

SUMPAH PALSU

Firman Allah S.W.T dalam Surah Ali Imran :77
" Sesungguhnya orang-orang  yang menukar janji Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak akan mendapatkan pahala di akhirat. Dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka, dan tidak akan melihat mereka pada hari kiamat, bahkan tidak akan menetapkan kesucian mereka dan mereka akan mendapat  seksaan yang pedih"
Ayat ini turun sehubungan dengan dua orang lelaki yang bersengketa pada sebidang tanah dan mengadu kepada Nabi s.a.w. Menurut riwayat Abdullah bahawa ketika itu Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Barangsiapa yang bersumpah palsu untuk mengambil hak dari seseorang muslim, maka nantinya akan menemui Allah dalam keadaan mendapat kemurkaannya"
Menurut Abu Umamah katanya: Kami duduk bersama Nabi s.a.w, lalu beliau menyatakan:
"Barangsiapa yang mengambil hak seseorang Muslim dengan menggunakan sumpahnya, maka Allah mewajibkan baginya untuk memasuki neraka, dan diharamkan baginya memasuki syurga" (Hadis Riwayat Muslim)



Thursday, December 1, 2016

Cuti Panjang Tahun 2017

Dok cerita2 dengan bestfren aku ari tu pasal cuti tahun 2017. Konon plan nak gi bercuti sama2... konooonnnnya la kan... tak tau a jadi ke x... hahaha...

Kawan aku ni takpe la jugak, duit Singapore lagi besar dari duit Malaysia ni ha... asal ajak, jom aje dia. Bila dia ajak aku je... "aaaa.. eerrmmm... berapa haribulan tu? Dah gaji ke belum? Bajet berapa?" hahahaha... gituuuu... Apa? Ingat aku loaded sangat ke? Kalo tak menyimpan awal2, tak plan awal2.. memang tak la dapat aku nak gi yalan2... huhuhuhu... berangan je boley laaa... Tapi untungnya kalo gi yalan2 ngan kawan aku ni, sumer dia banjer... kadang dia lagi tau tempat makan best kat KL dari aku... hahaha...

Hah.. gigih ni aku google calendar 2017... segala cuti ada situ... dah la cuti bersambung2 hari plak tu. Memang selamat cuti tahun, tak yah amik dah... Sila la plan apa yang patut. Nak kawen ka... nak gi cuti2 ka... nak berjimba2 ka... nak gi honeymoon ka... nak balik kampung ka.... kan? aannn.... haaa...

Siap dia propose suruh amik MC... kerlas kao jaahhh... hahaha



Haaiihhh... geram je tengok an.... harap2 cukup la bajet aku & inchik hubby nak pegi bercuti hujung tahun depan... setahun noookkk nak simpan duit... hahahaha... pejam mata.. ikat perut... puasa... beli barang keperluan je, tahan segala kehendak nafsu soping bagai tu... bolehkah?? BOLEEEHHHH!!! 

Ya Allah... kau jauhkanlah segala hasutan syaitan dari kami. Elakkan kami dari membazir masa & wang. Dah lama kami tak dapat nak pergi bercuti berdua. Permudahkanlah segala urusan kami, murahkanlah rezeki kami... Amin

Selamat bercuti tawan2... nggeeeee :D