Tuesday, July 23, 2019

Bukit Tabur

Pengakuan:
Aku bukan seorang hikers. Diulangi BUKAN seorang hikers :p
Tapi tetiba aku boleh terjebak pulak dengan aktiviti ni. Bukan tak suka, suka tu suka.. sebab aku nature, aku suka fresh air, bau hutan, bau pokok, bau udara selepas hujan. Sangat refreshing. Tapi aku ada masalah dengan aktiviti hiking ni.. hahaha... sebab aku tak suka pacat!! Aku tak suka dapat lebam yang tanpa sebab!! Aku tak suka 'dikacau'!!
Tapi terpaksaku pejamkan mata, butakan hati SEBAB aku dah tak boleh nak berpatah balik.. kenapa? Insyaallah, aku akan terus sambung cerita pasal hiking ni di post-post yang akan datang :)

Bukit Tabur, Taman Melawati
5 Jan 2019

Buat pertama kali, aku & team climbers ofis (tak semua ada masa ni) berhiking untuk pertama kalinya bersama. Bukit pertama kami tuju ialah Bukit Tabur di Taman Melawati. Oleh kerana kebanyakan dari kami tinggal berhampiran, makanya kat sini ajelah yang mudah untuk mulakan langkah pertama ekspedisi kami.

Pencetus idea ialah Big Boss sendiri. Kami yang terlibat sama-sama cuba bagi komitmen dan sokongan. Lagi pun kalau dia boleh... takkan kami yang pangkat anak-anak ni tak boleh kan? kan? gicchheewww.... :p


Bermula seawal jam 7 pagi. Bagi newbie macam aku ni, agak lelah la jugak. Siap muntah lagi.. pucat muka aku... hehehehe.. nampak nau tak fit! Lepas rest kejap, minum air... terus sambung. Alhamdulillah, dapat sampai ke puncak Bukit Tabur tu.

Puncak penuh, tak leh nak selit... issshhhh
Ramai juga rupanya hikers kat atas tu. Siap lepak, relax amik gambar walaupun panas, matahari dah mencanak masa ni. Aku memang tak la nak berjemur sakan.. cepat2 cari pokok... Dalam pada nak turun tu, tapak kasut big boss tercabut terus daaaa.. Nasib baik ada 'McGyver' to the rescue.

Tapak kasut big boss tercabut la pulak... hehehe
Bukit Tabur, Taman Melawati
19 Jan 2019

Pendakian ke 2 ke Bukit Tabur. Kali ni takde dah muntah segala bagai... hehehehe...
Kali ni kami bergerak naik awal sikit dari sebelum ni. Sempatlah capture gambar matahari naik. Cantiknya, MasyAllah...



Pit stop ke-5.. Mintak nyawaaa....
Kali ni cuba ke puncak yang depan lagi sikit... Macam ginilah gayanya... hahaha.. last2 duduk je lah tunggu yang lain turun.

Ada 2 ekor anjing jinak kat puncak Bukit Tabur. Elok je duduk atas batu tu. Tak kacau orang pun, tapi aku awas2 jugak la... kang tetiba dia lompat kat aku, naya weehh... nasib baik tak leh pegang, tangan dah geram je nak usap anjing tu sebab jinak sangat... :D

Dah puashati kat puncak tu, kami turun. Sekali sampai kat kaki bukit, ada orang dah tunggu. Kena tulis nama kat buku dia, sebab kami naik tanpa kebenaran.

Kebetulan masa kami kat puncak tu, dengarnya ada hikers yang terjatuh tapi di sebelah yang lain, kat situ agak bahaya compare dengan belah yang kami naik ni. Rasanya entrance ke Bukit Tabur dah tutup sepenuhnya skarang ni. Rasanyalah...

WANITA...




Monday, July 22, 2019

BOSS IS LEAVING

12 tahun aku bekerja di bawah boss yang sorang ni. 12 tahun bertahan dengan dia :D
Kenapa? Sebab dia seorang yang sangat bertolak-ansur, tak fussy, tak suka marah-marah. Kalau buat salah pun, dia setakat tegur je (tapi menusuk ke kalbu ayatnya... hehehe), tapi sebab dah salah sendiri, redho je lah.

Dia tak pernah meninggi suara, tak pernah sekali pun. Makin slow suaranya ada lah, macam ada diamond dalam mulut. Masa baru-baru kerja, takut nak mintak dia ulang apa yang dia cakap.. tapi bila dah lama-lama... selamba je tanya "sorry boss, again" :p 
Terus dia clear throat dulu.. eheemm eheemmm... baru cakap semula.. hahahaha.. 
hadoi la boss :D

Boss, Accounts, Audit & Corporate Service Department staff
Hujung bulan 6, 2018... hari akhir Boss dengan kami. Sedih? Tak tahu nak cakap macam mana. Walaupun aku dah tau setahun sebelumnya, bila Boss kata nak retire. Banyak cerita & sebab-sebab kenapa dia amik keputusan untuk undur diri & tak renew kontrak lagi. Siap dia risau apa akan jadi pada aku bila dia takde nanti dan apa yang dia risaukan tu makin ketara sekarang ni.. :( Well people, its office politics, what do you expect? :)

Ingat lagi masa dia panggil aku, nak bagitahu dia dah nak pencen. Dah dapat agak dia nak cakap pasal tu, pasal aku dah dengar rumours sebelum tu lagi. Tapi bila dah dengar dari mulut dia sendiri, so confirmed lah. Dengan tak malunya menitik jugak airmata aku depan dia. Puas aku pujuk, tak bagi dia pergi. :(


Aku, Boss & Driver Boss :D
Terima kasih Boss untuk segala teguran, tunjuk ajar dan nasihat. Sentiasa bagi support dan menyokong idea yang dikongsi. Dah setahun berlalu, takde sapa pun yang ganti tempat dia, hence jawatan dia pun dah takde... Berhad company with no CFO?? kelakar tak?

Aku? hhmmmm...

Tak Hilang

Macam biskut Chipsmore.. kejap ada kejap takde


Tapi dah lama hilangnya... sejak ofis blocked segala access internet. Terus aku hilang mood. Tapi hari ni ntah macam mana.. godek-godek, dapat la pulak masuk... hehehhe. Nak berblogging guna fon boleh je, tapi tak puas. Skrin tepon kecik nau... Nak guna laptop, laptop pun dah layak dicampak ke laut kekdahnya.

Banyak cerita terperap, bertahun, berbulan, berminggu... ada yang aku dah lupa nak cerita apa.


Tapi ada cerita menarik aku nak share kat sini... 2019, tahun aku enjoy dengan event company (walaupun belum hujung tahun lagi). Tapi dalam ke'enjoy'an tu terselit jugak rasa sedih pilu, marah sakit hati, terkilan... Sebab semakin terserlah warna-warna sisi diri masing-masing yang terlibat. Membuat aku sedar, dimana kedudukan diri & bagaimana mereka melayan kamu bila tiba waktu-waktu tertentu. Bukan diminta untuk disanjung sentiasa tetapi cukup sekadar dikenang untuk kerjasama yang diberi selama berkhidmat bersama. Takpelah, mungkin dah tiba masanya untuk aku undur diri... bila?

Tersoodeeehhhh la pulookkk... hehehe

Banyak nak terobek cerita ni... nak kena tengok folder album kat fon dulu... k bye... hahaha

Monday, May 8, 2017

Mary Kay : Kenali Botanical Effects Skin Care


Botanical Effects Skin Care sesuai untuk para remaja yang berusia belasan tahun & mereka yang mempunyai masalah kulit akibat daripada penggunaan Skin Care yang tidak selamat atau pendek kata mengandungi merkuri & bahan-bahan yang terlarang. Botanical Effects Skin Care terdiri daripada 3 jenis pencuci yang berlainan mengikut kesesuaian kulit pengguna iaitu untuk kulit kering, normal dan berminyak.

Formula Botanical Skin Care Effects adalah daripada bahan-bahan botanik seperti Silymarin (susu buah tistel) & Luo Han Guo. Bahan-bahan ini bertindak bagi melindungi & menenangkan kulit kita & juga mengukuhkan sistem imun.


Formula 1 - khusus untuk kulit kering
* Mengandungi ekstrak biji flaks yang kaya dengan asid lemak omega-3, ianya membantu melegakan ketidakselesaan kulit kering.
* Mengandungi ekstrak alga laut yang terkenal sebagai sumber vitamin, mineral & asid lemak yang bertindak sebagai pelembap & menyeimbangkan kelembapan kulit.

Formula 2 - khusus untuk kulit normal
* Mengandungi ekstrak bunga kemboja yang bertindak untuk menenangkan & melegakan kulit serta sejenis antioksidan yang membantu melindungi daripada tekanan persekitaran.
*Mengandungi ekstrak bunga teratai yang merupakan sumber mineral penting untuk kulit yang sihat

Formula 3 - khusus untuk kulit berminyak
* Mengandungi ekstrak pokok teh putih yang membantu mengurangkan bakteria yang menyebabkan pori-pori tersumbat.
* Mengandungi ekstrak jambu batu yang membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati & pori-pori tersumbat supaya mengurangkan permukaan berminyak.


Rangkaian Botanical Effects Skin Care terdiri daripada
3 in 1 Cleanser
Freshen
Hydrate
Mask

Ujian klinikal telah dilakukan & diakui selamat walaupun dengan kulit yang paling sensitif. Rangkaian Botanical Effects Skin Care juga ternyata menjimatkan penggunaan dengan tatacara & tunjuk ajar yang betul.

Dapatkan rangkaian Botanical Effects Skin Care daripada Beauty Consultants Mary Kay berhampiran anda & kami dengan senang hati akan memberi nasihat & tunjuk ajar kepada anda sehingga anda berpuashati dengan perubahan kulit anda kepada yang lebih baik.

Pastikan anda tidak membeli rangkaian penjagaan muka Mary Kay daripada online shopping web yang lain, kerana anda tidak akan dapat khidmat nasihat yang sepatutnya. Pastikan wang yang anda labur itu tidak sia-sia.