Tuesday, September 24, 2013

One Fathom Bank, Kuala Selangor

Bulan lepas Inchik Hubby bawak aku pegi memancing lagi. Kali ni katanya nak ke One Fathom Bank. selama 3 hari 2 mlm. Dia cuma btau, OFB tu rumah api kat Kuala Selangor, kena naik bot dlm 2 jam gitu... Yang aku bygkan, umah api tu xjauh dr daratan mcm kat Bukit Melawati, Kuala Selangor tu.... tp pelik gak pesal sampai kena naik bot lama2, kena naik plak dr Port Klang... tp pertanyaan tu x kesampaian... so, aku ok kan je lah.... sekali ko... rupa-rupanya nuuuuuuunnnnnn jauh kat tengah2 laut... takde lain selain rumah api, laut yg terbentang luas & kapal2 dagang lalu-lalang dr jauh... huhuhuhuhu.... aku dah mcm gayat gitu... tp ku kontrol jebat...:p mana taknya, aku sorang je pompuan, yg lain sumer lelaki... xkan aku nak melenguh, merengek, menggedik kat Inchik Hubby aku kan... Sumer yg ada ari tu dlm 14 org termasuk aku...


Nak sampai dah...
Rumah api yg baru...
 
Rumah api lama
 
Yang sebenarnya, event memancing ni adalah dari kerjasama rakan2 Inchik Hubby dari radio amatur. Event utamanya ialah INTERNATIONAL LIGHTHOUSE LIGHTSHIP WEEKEND 2013. Yang mana melibatkan peserta radio amatur dari seluruh dunia. Aktiviti memancing ni kira sampingan aje. Ada juga 2-3 org yg ikut serta tu bukan ahli radio amatur (mcm aku la)... 

Ini 1st time aku ke tengah2 laut.. 1st time masuk tido kat dlm rumah api... 1st time merasa ribut kat tengah laut.. 1st time memancing kat tgh laut & 1st time jugak terdedah kpd aktiviti radio amatur... Mmg satu pengalaman yg sgt2 baru dlm hidup aku. Perasaan? Perasan.. heheh... Perasaan tu mmg excited la kan... pengalaman baru & adventure... TQ to Inchik Hubby sbb nak jugak bawak aku join skali walaupun kwn2 dia yg lain sumer dtg solo je... :D

Hari Pertama
16/08/2013

Gaya org mabuk laut
Aku hampir muntah bila dah nak dekat sampai ke OFB... huuhuu.. dah nak ke hujung tekak dah... mungkin sbb abg bot tu tutup bot tu dgn kanvas & aku tak tahan panas terperap dlm tu... katanya xnak nanti kitorg basah dek air laut... rupanya aku xboleh tahan keadaan mcm tu... 
 
Peace y'all... lega kena angin laut... x jadi nak muntah... huhuhu
Ikan kering abg2 penjaga rumah api...
Seperti biasa... aktiviti awal semua org... bergambar sakan dulu di tengah panas terik sebelum masuk ke rumah api... Dah puas berposing, baru masing2 sebok mengangkut segala beg, equipment radio & barang2 mancing... Sorg dari penjaga rumah api tu tunjukkan aku bilik... besar gabak bilik tu, ada 3 katil bujang yg aku boleh anggarkan dgn keluasan bilik tu boleh masuk dlm 6-8 org & masih selesa utk tido... xde plak aku amik gambar bilik tu, lupo :p tapi, bilik air & bilik mandi kena keluar turun ke bawah ye senah... ko jgn ingat bilik air ada skali kat dlm bilik tido tu... & bilik air tu adalah UNISEX okay... laki pompuan guna sekali.. so, pepandai la korang bajet cemana nak mandi ke apa... mcm aku, xde la aku nak g turun mandi sorang2 kan... buatnyer kena skodeng ke apa cemana... so, buat x malu je la bertemankan Inchik Hubby... heheh... DAN... perkara paling penting kpd korang yg bergantung hidup dgn phone & internet... kat sini mmg TAKDE LANGSUNG coverage ok... pandai2 la korang cari aktiviti sendiri :D

Sementara tu, geng2 radio sibuk pasang antena & equipment lain.. aku tak larat nak nengok, dok je la kat bilik... kera sumbang gitu kan... lgpun aku tak pernah kenal dgn dorang2 ni semua, tu la 1st time jumpa... xkan aku nak sibuk nak menggedik kat situ plak :p
Geng Radio tengah pasang antena
Lepas letak beg segala, aku rehat2 dulu kat bilik.. sampai kol 5.30pm gitu... Inchik Hubby ajak turun mancing... aku tgk kat luar, panas terik lg... errr, nak mancing gak ke? :p
 
 
Jam 8.30pm - waktu untuk mkn mlm. Sorang drpd ahli yg ada dah diberi tugas sebagai tukang masak sepanjang kitorg berada kat OFB ni. Apa je dia masak, ko mkn je la... jgn byk soal... tp tukang masak ni da plan awal2, apa dia nak masak hari2... Pas siap mkn sumer... aku naik ke bilik semula.. boring xde apa nak buat, aku TIDO :p Inchik Hubby plak turun balik ke jeti, sambung mancing. Aku sedar2 angin berbunyi kuat & hujan lebat... huh, ribut rupanya.. masa ni aku tak tau pulak yg Inchik Hubby dok mancing lg sorang2 kat jeti... sampai patah batang pancingnya... aku pun xterpikir nak turun tgk... nasib baik tak jd apa perkara buruk.... haaiihhhh... org kalo da gian lama xmancing gitu la kot... bukan dia kira keselamatan sendiri... hhhmmmm
 
 
Hari Kedua
17/8/2013
 
 
8am - aku terjaga.. Inchik Hubby aku ni ntah kat mana... xbalik bilik kot mlm tu... Tp mlm tu aku boleh plak termimpi si Fafau Hotfm... hahahaa... apa kes? :p Dalam kol 9am gitu, Inchik Hubby ajak turun sarapan.. baru dia citer yg dia mancing sorg2 kat jeti, belakang kepala berdarah terkena batang pancing dia yg patah... hhmmmm kuat tu... Aku xtau nak kata apa dah... Pas sarapan, aku ikut dorg turun mancing sampai la kol 12pm... Dah panas terik gitu, mana boleh tahan... mau rentung aku kang... dah la aku ni itam, kang bertambah itam plak... oooohhhh tidaaakkk.... Ajak Inchik hubby naik mandi terus... pastu aku sambung melepak dlm bilik sampai tertido... nak turun kat bilik tamu tgk tv, segan la plak...
 
 
 
5.30 - Turun lg mancing.. tu pun bila kena panggil... alaaa... baru nak layan mata... tp aku turun gak la... baru dapat pancing 2 ekor ikan ntah apa nama... dorg ajak plak g mancing kat area kapal karam... maknanya kena naik bot... eerrrrr... huhuuuhu... xpe lah... korg je la pegi ye... aku takut muntah terbelalak kat bot tu kang.. naya... hehehe...
 
 
 

Pas dorg pegi ke kapal karam tu, aku malas a nak sambung mancing... xkan aku nak beramah-mesra plak dgn lelaki2 yg xikut tu... huhuu... I is so pemalu ok.... :p Maka, aku pun naik ke bilik la semula, sampai la 'nelayan2' tegar tu sumer balik ke rumah api.... Masa tu dah pukul 8-9pm gitu kot...
 
Makan mmg mewah la dgn ikan2 fresh... goreng garing, mkn gitu je... walaupun aku ni xberapa nak kenan sgt mkn ikan... tp bila dpt ikan fresh, aku sesah je... kalo xmkn kang lapor... kan? :D
 
 
 
 Ahad
18/8/2013
 
Hari last kitorg kat sini... so, sapa2 yg nak lepaskan gian mancing... lepas sarapan je, dorg terus turun ke jeti... yg lain2, sibuk mengemas brg2 & equipment2 radio... Sempat la abg2 radio ni habiskan tugas dorg contact dgn radio2 amatur dr negara2 lain last minit.... ikut rekod dorg kira byk jugak la... tp aku xberapa nak amik port sgt sbb aku xberapa nak minat berckp dgn org2 xkenal... huhuhu.... rasa berat je mulut aku nak bukak... mcm ada emas 18kg gitu kan.... hahahaa... poyo :p
 


Taklimat akhir sebelum balik... kata2 aluan & terimakasih drpd pihak komiti & peserta... Dan acara akhir utk hari itu ialah..... acara mendaki tangga menuju ke puncak menara gading rumah api...
 
Berpusing2... hilang nafas la jugak dibuatnya... sapa yg xde stamina tu, xyah la ye... hehehe
 


 


Selesai sudah acara 3 hari 2 malam di One Fathom Bank... Best mmg best... 1 pengalaman baru utk aku... juga akan menjadi 1 lg hobi baru utk aku... tp kalo dtg sini lg, aku kena standby barang2 jahitan aku... kalo tidak mmg mkn tido je la aku selagi xbalik darat.... hahaha...
 
 
 


Akhirnya... terpost jugak citer OFB ni, setelah dkt 2 bln terperap dlm draft box aku... huhuhuuu.... tp ntah kenapa aku xreti nak besarkan gambar2 kat sini, nak letak caption pun xreti :p.... dah tukar pc baru (nak gak btau tu) semua pun baru... tetiba jd buta IT jap... nak godek2 xberapa nak rajin.. xkisah la ek, janji ada bende nak tunjuk kat korang kan... :D

Anai-anai

Aku paling seriau kalau berkaitan dgn anai-anai ni... Nampak je kecik secoet, tapi impactnya... uuuhhhaaaiiiiii.... kalo x dicegah cepat mmg bahana la jawabnya... tetiba aku cerita pasal anai-anai plak ek.. sebab per? sebab hari tu dlm 1-2 bulan lepas, bilik tido aku ada anai-anai... ntah dr mana datang pun aku xtau... tau2 lantai parquette bilik aku da berlubang je... pastu nampak semut putih2 merayap kat bwh lapisan kayu lantai tu... haiiyyoooo.... xboleh jadi ni... esok tu terus aku g beli racun anai-anai kat kedai hardware. Ingat nak cari yg mcm umpan tu, tp kedai tu xde plak, dorang cuma ada yg racun cecair tu je... aku cakap yg tu bau busuk, aku taknak... mati2 budak kedai tu kata xde bau... nak tak nak aku pun beli la jugak... baru bukak tutup botol racun tu pun aku dah pening... mcm tu ko kata xberbau ye budak??? Dah campur ngan air sumer, aku mulakan tugas meng'spray' tempat2 rayapan si anai2 bertuah tu.... peeehhhhh.... berpinau mata aku, tangkap ke kepala baunya.... dlm seminggu gak la aku monitor hasilnya... Nampak mcm da kurang, mcm la kan... sbb tmpt yg aku spray tu dah takde kesan anai2 lg... so lega jugak la rasanya walaupun aku tau xsemudah tu anai2 nak menghilangkan diri... tapi baru2 ni, aku dpt detect kehadiran si anai2 gerombolan yg baru... terus aku google cari umpan anai2... jumpa ada org jual, 1 tiub rm20... terus aku order 2 tiub... sementara tu aku spray jugak dgn racun anai2 busuk tu, on kipas bilik sbb xnak bg bilik tu berbau busuk sgt kan...
 
Esok tu terus sampai, umpan anai2 tu... alhamdulillah...

Main order je, rupanya kat Terengganu... huhuhu... tq tuan kedai :)
 Balik umah, aku perabih 1 tiub dulu... 1 lg simpan.... kita try test cuba yg ni pulak... Masuk ari ni dah 4-5 hari gak la... mcm xluak je umpan anai2 tu, ntah2 dah xde kot anai2 pasal aku da spray sebelum tu... hhmmm....

Aku tanya2 gak dgn kwn2 aku... kot dorg ada kenal sesapa yg amik upah bunuh anai2... Mmg ada la sorang btau... tp dia amik dlm rm750 kalo umah apartment, mula2 dia dtg check dulu, yg tu free je... nanti kalo kompom kena buat kerja baru dia caj... tp kan sbb dek kenal kwn2, dia pun bg la harga kwn2 jugak... ada la diskaun sket... hehe... tp walaupun diskaun, aku kena bajet2 gak tu :p Takpe lah, aku cuba cara mudah & murah mcm ni dulu... kalo xberkesan, baru aku upah org la kot.
 

Wednesday, September 18, 2013

Tiramisu

Nak jugak post gambar ni tengah2 mlm kan... mcm xley tunggu esok je plak... :p

My 1st attempt tiramisu.... byk bunyik takdak.... mmmmmmmm.... mantap sungguh rasanya... :D Aku saja buat lebih.. konon2 nak mintak inchik hubby jual kat cikgu-cikgi.. hehehe... laku senah... dorang kata sodap... heeeee... suka aku tau... suka1000x...

Isteri kaki pukul

Harian Metro

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Asmah Rusman

 
Kajang: Dia menendang pintu bilik di rumahnya di Saujana Impian, di sini, sehingga pecah sebelum memukul dan menendang suaminya yang bersembunyi di dalam.
Itulah tindakan ganas seorang wanita berusia 38 tahun terhadap suaminya berusia 40 tahun selepas mengesyaki lelaki itu menduakannya.

Akibat kejadian kira-kira jam 1.30 pagi Sabtu lalu itu, suami terbabit yang juga peniaga dilaporkan cedera di badan dan kepalanya akibat ditendang dan dipukul isterinya.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini, dan difahamkan dia sudah membuat lima laporan polis berhubung keganasan isterinya yang sering memukulnya sejak lebih tujuh bulan lalu.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian awal pagi Sabtu lalu, mangsa yang baru pulang mengajak isterinya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu berbincang mengenai masalah keluarga mereka.

“Bagaimanapun, permintaan mangsa dibalas dengan maki-hamun oleh isterinya. Biarpun dipujuk, wanita itu terus memaki hamun mangsa sebelum mengugut untuk membelasahnya,” katanya.

Menurutnya, bimbang dengan ugutan isterinya dan menyedari wanita itu sering bertindak agresif terhadapnya, mangsa segera masuk ke bilik utama rumahnya sebelum mengunci pintu dari dalam.

“Kira-kira 10 minit kemudian, wanita terbabit mengetuk pintu bilik sambil mengarahkan mangsa membukanya, namun mangsa hanya mendiamkan diri di dalam bilik kerana takut dipukul.

“Tindakan mangsa menyebabkan isterinya berang lalu wanita itu menendang pintu bilik sehingga pecah. Selepas masuk, dia terus menendang dan memukul mangsa beberapa kali,” katanya.

Sumber itu memberitahu, ketika ditendang dan dipukul, mangsa tidak melawan sebaliknya hanya meminta dikasihani, namun rayuannya tidak diendahkan isterinya.

“Suspek (isteri) hanya berhenti memukul suaminya itu selepas melihat kepala mangsa berdarah,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian bergegas meninggalkan rumahnya sebelum membuat laporan polis. “Dalam laporannya, mangsa menyatakan dia sering dipukul isterinya sejak lebih tujuh bulan lalu dan sudah membuat lima laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima lima laporan laporan berhubung kejadian itudan memberitahu semua kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
 
apa nak jadi la suami isteri skarang ni... garang bebenor isterinya ni, suaminya plak yg takut.... huhuhuhu.... sadis betul :p

Thursday, September 12, 2013

Kicap ni rupanya...!!!


Ayat dlm metro ..memaparkan logo halal yg tdk diiktiraf malah biadab mengunakan botol arak yg dikitar semula...

Kicap ni keluaran mana ek? Malaysia ke Indon? hhmmm....

Choc Cake di subuh hari...

Ntah apa tiba hangen aku subuh2 hari ni... tiba2 teringin nak buat kek... Nasib baik ada resepi kek instant 5 minit... aaaaa... menjadi saja... tp terpaksa diderhakakan resepinya, patut guna fresh milk tp aku takde plak kat umah ha... last2 bancuh je susu cair + susu pekat sket... ntah apa rasa xtau a... hahahaha.... yg penting jadi.... ngehngehngeh....

Wednesday, September 11, 2013

Kilang kicap ‘botol arak’

Oleh Mohd Fadly Samsudin

Kuala Lumpur: Sebuah kilang memproses kicap bukan sahaja memaparkan logo halal yang tidak diiktiraf, malah bertindak ‘biadab’ menggunakan botol arak yang dikitar semula bagi menghasilkan produk keluarannya.
 
Bagaimanapun, perkara itu terbongkar selepas Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) yang diketuai Kamaruddin Mohammad Yassin bersama sembilan pegawai melakukan serbuan ke premis berkenaan di Taman Taynton, Cheras, di sini, semalam.
Difahamkan, botol yang diimport dari Thailand itu dibasuh di belakang premis yang kotor, malah proses menuang kicap ke dalam botol dilakukan secara manual pekerja tanpa menitik-beratkan soal kebersihan.

Pengarah PPDNKK WPKL Abu Samah Shabudin berkata, serbuan kira-kira jam 1.15 tengah hari itu dibuat hasil risikan selama dua bulan selepas aduan diterima daripada pengguna.

Foto
PEGAWAI penguat kuasa PPDNKK WPKL memeriksa kicap diletakkan dalam botol arak yang dikesan di sebuah kilang di Cheras. Gambar kecil, kerja pemprosesan dalam persekitaran amat kotor.

“Pihak kami berjaya merampas sebanyak 2,000 botol kicap, 20,000 botol kosong dan mesin pemprosesan yang dianggarkan bernilai RM150,000.

Kenapa perlu dikaburkan label botol kicap tu kalo dah tau pengguna tertipu.... biar je la terang2 tunjuk... hhhmmmm....

Tuesday, September 10, 2013

Easy Taxi

Macam2 kemudahan da ada skang... semuanya dihujung jari anda... eecceehh... Baru2 ni produk Easy Taxi plak dilancarkan.. Org ramai dah xyah risau dah kalo nak naik teksi. Boleh booking online je.. Keselamatan pun terjamin.. sesapa yg guna smartphone bole lah donlod application Easy Taxi tu. Tapi kena pastikan lokasi korang betul2 la... takut nanti kang xsampai2 lak teksi tu kan... hehe
 
Easy access: Chan (centre) flanked by Syed Ismail Syed Yaacob (left) and Khairul Anuar Loo Amir Hassan (right), who have joined more than 30,000 taxi drivers in adopting the latest taxi booking application that is now available in Malaysia.
Easy access: Chan (centre) flanked by Syed Ismail Syed Yaacob (left) and Khairul Anuar Loo Amir Hassan (right), who have joined more than 30,000 taxi drivers in adopting the latest taxi booking application that is now available in Malaysia.
Easy Taxi, a global tried-and-tested taxi booking application company, kicked off its South-East Asia operations in Malaysia. Easy Taxi is present in 30 cities in 11 countries including Brazil, Peru, Chile, Argentina, Mexico, Colombia and Venezuela, and has more than 30,000 taxi drivers in its network.
With a network of 800 taxis secured over one month and 27,000 downloads of the app in Malaysia, adding to one million global downloads in the past seven months, Easy Taxi’s goal is to offer Malaysians who rely on taxis for their travel needs, a free and easy to download application that helps book a safe and reliable taxi ride, every time.
 
“We felt an easy to book taxi service that people and passengers could trust and depend on was missing in Malaysia.
 
“We say this because we understand the frustrations of trying to get metered taxis, waiting for long periods of time, and not knowing if we will arrive at our destination on time and safely,” said Easy Taxi Malaysia managing director Chan Heng Joon.
 
He said, “Easy Taxi is the answer to our taxi woes. Now, all passengers need to do is confirm their pick-up point and book a taxi with a press of a button. After the request is sent, passengers will receive a confirmation for a taxi driver with the driver’s name, photo, car model and registration number.
 
Passengers then have the option to follow the vehicle’s location in real time as it approaches. For safety reasons, quality checks are done before the drivers are allowed to join our Easy Taxi network.
The app is available on iOS, Android and Blackberry devices, and also tracks the nearest taxi in the area to ensure customers can enjoy a speedy ride to their destination.
 
The company operates on an open business model that gives its drivers the opportunity to earn more income by not having to work exclusively with Easy Taxi.
 
Easy Taxi’s revenue in Malaysia will primarily be generated from taxi drivers who pay a flat rate of just RM1 for each ride completed, from some 500,000 rides expected in its first year of operations.
Easy Taxi is backed by Rocket Internet, the German company known for building e-commerce businesses in emerging markets.
 
The total investment in Easy Taxi now stands at RM65mil, with a recent addition of RM45mil from Latin American Internet Holding (LAIH).
 
The money will be used to add new functions and features, enhance the company’s level of customer service and support its international expansion.
 
Haaa.... senangkan... aku dah donlod kat phone aku dah.. cuma belum masa nak guna je lg... apa2 hal standby je bende2 gini... xde la nanti last minit baru nak kalut kan....
 
Korang boleh donlod dari SINI...

Jom Makan...

Minggu lepas abang aku yg sulung admitted kat Hospital Ampang... Tetiba lak dia semput xleh nak bernafas lgsg katanya... Gigih la abg aku sorang lg g hantar dia ke spital mlm2 kol 10 lebih gitu... Esoknya pas balik keje, aku g la tgk dia... masa tu dia kena pakai oksigen, xleh tanggal2... nurse tak bagi tanggalkan... nak g toilet pun kena teman, xleh sorang2... tp ari ni da kuar dah... berkilo ubat spital soh bwk balik... huhuhu.... rupanya, paru-paru dia berair balik, kena mcm mula2 dulu... tu la dia, tido mlm xpakai baju, minum ais... org tegah degil.... kan da sakit :p
 
Balik dari spital, inchik hubby bawak la aku g mkn ke tempat dia melepak masa muda2 dulu.... ihiikkk... muda ek :p Tempat tu kat Pandan Mewah... xjauh dr spital ampang tu... ala gerai kecik je... tp masakan dia, sedap amat.. pandai akak tu masak... boleh diulangi lg pasni... :D


Aku mkn bubur ayam je

Inchik hubby mkn nasi goreng cina & kalian ikan masin
 
 
Masakan Nampak sempoi.... tp jgn terpedaya... rasa dulu... mantap kaaakkkk....
 
 
 p/s: aaiihhh... xreti aku guna pc baru ni... ntah kemana2 nak ejas gambor ntah... lantak situ, janji leh nampak :p
 

SERSOL

Ari tu 5 September.... hikhikhik.... baru la ni aku nak citer, hampeh je kan... :p bajet pasan la sgt org nak baca belog aku kan...

Sambung balik :D... ari tu 5 September, aku dipelawa oleh Kak Maria, Secretary kpd Big Bos opis aku utk pegi ke Majlis Menandatangani MOU antara SERSOL dgn Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM). So, kitorg pegi la bertiga, dgn sorang lg secretary jugak,,, alasan bg kat bos memasing, nak experience & belajar cemana nak handle event sign MOU kononnya... padahal nak g mkn free je... muahahha... nakal secretary2 ni tau :p
 
Tapikan, mmg aku gained sumthing gak la, takde la membuta je pegi sana... & at the same time, dpt doorg gift... 1 tin cat 5 liter seorang... hahahaha... Event tu xla lama sgt, cuma jadi panjang meleret bila ada sorang tu berucap mcm kat kenduri kawen... saya kenal si polan da lama... dia ni anak Menteri.. blabla... perlu ke? alahai... hilang ke'formality'an majlis tu (bole aku letak gitu? :p)... Dan tetamu kehormat sebagai saksi majlis tu ialah Timbalan Menteri Kewangan... dan dlm ucapan alu2an beliau, masih terselit bunyi2 politik psl minyak dan sebagainya.... hhhmmmmm....
 
Habis segala ucapan2... sign2 bagai... kitorg dipelawa untuk menjamu selera mkn tengari kat Shook, Starhill... Oleh kerana, kitorg xkenal sorang pun kat situ & meja pun terhad, maka masing2 main duduk je lah...
 
Terselit plak gambar cawan kat situ... aku amik sebab suka tgk bentuk cawan tu je... mana nak cari ek... :D
 
boleh la nak mengecat bilik tido pasni...
 
Dah kenyang perut, suka hati... Kak Maria ajak plak g Pavilion... hehehhe... saja je kan nak abihkan masa... padahal masa tu bos aku ada apomen kat Pavi tu... nasib baik x terserempak... :p Puas jln2 cuci mata, Kak Maria puas sopping2 brg mekap, kitorg balik opis ler terus....
 
ps: teringin nak beli eyeliner shu eumura... pehhh... nanti kau... tgu bulan dpn kot... huhuhuuu....