Tuesday, October 1, 2013

Photo Contest SUS n d FELT PRODUCT

Pagi2 bukak email je, terus nampak email daripada kedai SUS ni... Aku boleh dikatakan regular customer kedai SUS ni, walaupun x kerap mana, tp kira selalu gak la order online barang2 felt daripada dorang... Servis yang cepat & pantas... Harga pun xde la mahal mana, agak berpatutan.. Aku sukaaaaa..... tapi sejak busy dgn oven berantu kat dapur, aku dah jarang berkerastangan menggodek barang2 felt aku.... heheh... Panjang lak mukadimah :p
 
K, nak dipendekkan cerita... SUS buat lg photo contest.. aku baru 1st time nak join ni... Harap2 korang tlg la LIKE kat fan page SUS tu nanti ek... Aku nak mesin Sizzix Big Shot tu ha... aku punya yg lama da rosak... Nak beli lain, harganya... uuhhaaiiii.... sedangkan yg lama tu pun, bercinta rasanya nak simpan duit... So, cara2 nak sertai photo contest ni.... baca kat bawah ek...
 


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

PHOTO CONTEST KEMBALI LAGI!
Kini photo contest kembali lagi dengan hadiah yang lebih menarik! Hadiah utama adalah Sizzix Big Shot Starter Kit yang bernilai RM650. Cara-cara untuk menyertainya sangat mudah. Anda hanya perlu emailkan photo apa sahaja hasil kraftangan felt anda kepada kami. Pastikan gambar anda cantik, jelas dan menarik untuk menarik hati pengadil dan 'likers' di fan page Facebook SUS n d FELT PRODUCT.

HADIAH UTAMA!!
SIZZIX BIG SHOT STARTER KIT


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :
1. Anda mestilah seorang rakyat Malaysia dan tidak kira peringkat umur.
2. Emailkan photo anda ke susndfeltproduct@gmail.com beserta maklumat di bawah :
  • Nama :
  • Alamat :
  • No. telefon :
  • Email :
  • Tajuk photo :
  • Link Facebook atau Blog jika ada : (untuk tujuan promosi)
3. Photo hendaklah diemailkan selewat-lewatnya pada 30 Oktober 2013. Tarikh tutup 'LIKE' adalah pada 15 November 2013. Pemenang utama akan diumumkan pada 18 November 2013.
4. Photo yang diemailkan akan diupload di fan page SUS n d FELT PRODUCT.
5. Pemenang akan dipilih berdasarkan permarkahan pengadil sebanyak 50% dan bilangan 'LIKE' di fan page sebanyak 50%.
6. Photo yang dihantar untuk penyertaan akan menjadi hak milik SUS n d FELT PRODUCT dan boleh digunakan untuk tujuan promosi.

      Ayuh! Jangan tunggu lama-lama untuk hasilkan sesuatu yang menarik untuk menyertai photo contest ini. Photo sudah boleh mula diemailkan kepada kami sekarang juga! Jika ada sebarang pertanyaan sila emailkan ke susndfeltproduct@gmail.com.

 
 
Menarik x? Menarik kaaannn.... korang kalo nak join pun silalah... Mana la tau kot dah rezeki nak menang... Mesti ada yg lg kreatif idea buat kraftangan ni kan... jom kita cuba...
 
TAHNIAH & SYABAS in advance kepada crafters2 yg mencuba.... Majulah felt untuk negara... eh... motif? hahaha... semangat... semangat.... :D

No comments:

Post a Comment