Monday, November 4, 2013

Oceanview Resort Apartment & Ostrich Farm, Port Dickson

Sebelum aku ke Melaka ari tu, aku bawak family aku bercuti ke Port Dickson. Dah mami aku nak g mandi laut sgt, badan dah gatal2 nak kena cuci ngan pasir pantai katanya... Aku pun mula la hunting hotel & apartment kat situ... Kebetulan driver bos aku baru balik dari PD jugak, dia bagi aku no Abang Mat tempat dia main go kart kat situ.. Isteri kepada Abang Mat buat perkhidmatan menyewa apartment kat Oceanview Resort & Apartment.. Sebelum call tu, aku google dulu tengok tempat tu mcm mana... agak menarik jugak... Pastu baru aku call Kak Suzi, tanya apa2 patut... 1 mlm apartment 2 bilik RM350, tingkat 1.
 
Pantai agak jauh ke belakang, kena naik keta keluar... nak jln kaki pun boleh, tp berpeluh gak la... huhuhu
 
Apartment agak luas, ada 3 bilik tido 2 bilik air, dapur & kemudahan lain. Korang boleh karaoke free kat situ, terletak kat café & bersebelahan dengan swimming pool.
 
Balik dari pantai, Inchik Hubby ajak aku g Ostrich Farm... Berdua je, pasai nak masuk tu kena bayor... hehehe... RM25 utk dewasa, untuk kanak2 aku lupa plak... separuh dari tu la kot. Nak amik gambar entrance, tp dorang tengah alter info kat dinding entrance so, xde la gambarnya. Macam2 jugak ada kat dalam ni... bukan takat ostrich je... ada kuda, kambing, keldai, rabbit... DINOSOR!! hahaha... betul... tp aku xamik gambar sbb fon abis bateri... huhuhuu...
 
 

Treasure Hunt NPC-FGV Melaka 2013

Mcm biasa baru nak masuk entry tertunggak.... aku rasa mcm 24 jam sehari xcukup utk aku... peehhhh gittuuuu... bz sgt katanya... :p
 
Treasure Hunt NPC-FGV Melaka 2013 berlangsung pada 26 - 27 October 2013.. dan mcm tahun2 lepas aku ikut join skali dibawah tajaan company aku... Kitorg pergi 2 kereta, maknanya 8 org la semua... Aku join ni pun sebab ada 2 org tarik diri last minit... Tanya dulu dengan Inchik Hubby, boleh tak aku pegi sebab 3 hari 2 malam... Hari ke-3 tu patutnya big boss ada meeting dengan CEO NPC, tp cancel last minit jugak... So, balik jugak la hari ahad tu.. Ini kali ke 3 ikut join treasure hunt... Saja suka2 je bukan nak menang sgt pun, pasal dah tau memang xde chance nak menang punya lah... hehehehe... peserta lain lagi ramai yang handal2... Cuma kali ni, aku bernasib baik sebab dapat menang lucky draw... Dapat Electrolux Microwave Oven gitu.... Alhamdulillah... Macam tau2 je skang aku suka masak2... haha... Dah 2 la microwave aku kat umah + 1 oven.. mana nak letak ntah, dapur dah la secoet je besarnya... :D
 
Hari pertama treasure hunt KL - Melaka
 Malam menunggu keputusan & dinner... Mamat kat belakang tu, salah seorang team mate kitorang gak... masing2 tak nak kena interview dgn reporter, last2 dia gak yg kena mengadap... hahaha... Masa ni, 4 org dari kitorang menang lucky draw termasuk la aku... yeeaaaayyyy....
 Hari kedua sebelum balik KL... kitorang merewang cuci mata... baru kol 10am kot, tp panasnya dah macam tengari... huhuhu... xleh tahan... Gambar sorang lelaki & pompuan tengah nyanyi tu kan... aku ada amik video... selesai je dorang nyanyi si lelaki tu tanya aku, "adik amik video ke?" aku kata "ha'ah".. pastu dia kata "hulur2 a sket..." Aku mcm blur jap... tp pastu letak a RM3 kat kotak gitar dia tu... huhuhu... tapi xleh nak komplen apa la, sbb dia pun cari rezeki sampingan dgn cara gitu, yg penting halal... xpe bang, saya halalkan rm3 tu ek.... huhuhu...
 
Balik hari ahad tu sempat singgah ke Makam Hang Tuah, tapi sorang pun xnak masuk, takat tgk dari luar je... lagipun hari dah mula hujan... cujuuukkkk... Last stop di Melaka, g makan kat Portuguese Settlement... lapor... time ni hujan lebat siap angin kuat... habis terbang2 meja segala... huhuhu... Makan kat situ xberapa nak kena dengan tekak kitorang.. tapi belasah je la, dah lapar katanya...


 
On the way balik, kitorang lalu Port Dickson.. sebab da masuk dalam itinery kitorang nak main go kart... hahaha... lepas gian beb... agak ramai hari tu dan cuaca pun xberapa nak elok... mendung & hujan... kebetulan ada 1 group buat tournament go kart kat situ, terpaksa la kitorg tunggu kejap... Kat sini macam2 ada selain go kart ada jugak ATV, archery & shooting paint ball... aku nak try shooting paint ball tu, tp aku ni lemah semangat dengar bunyi meletup2 ni... huhuhu...  so aku main go kart je la... main dalam hujan tu, tp xla lebat... tp lencun gak la seluar jeans & baju... pulak tu helmet xde visor... harus macam org baru lepas cuci muka basahnya... hahahha... tapi takpe, yang penting kitorang enjoy...
 
ooo yaa... kalo korang nak main go kart kat sini, boleh call Abang Mat kat 019-3808529... Abg ni best, sporting... korang nak buat family day ke, outing ngan kawan2 ke... dia boleh arrange & bg reasonable price... korang sure puas hati lah... :D Lokasi tepat tempat ni aku xberapa tau sgt, tapinya kalo dari Port Dickson, tempat ni selepas Ancasa Resort Apartment, belah kanan... tak jauh, dekat je... so jgn laju2 takut terlepas k...

Friday, November 1, 2013

"PROMO NOVEMBER-VIVIX (Amazing product)

♡ Buy 6 FREE 1 anda dapat FREE MEMBERSHIP+CASH BONUS bulan hadapan+FREE SEBOTOL
♡ Beli 1 botol sahaja pun tetap dapat harga PROMO
♡ Beli 2 botol dgn harga AHLI anda dapat FREE MEMBERSHIP+CASH BONUS utk bulan hadapan
 
Bulan ni offer vivix beli 6 percuma 1..
 
kebaikan vivix sampai org gelar as magic portion!
 
10 KEBAIKAN VIVIX!
1. Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
2. Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius.
3. Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4. Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis.
5. kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf.
6. Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk.
7. Membantu dlm proses penurunan berat badan
8. Menyokong kesihatan matah
9. Meningkatkan kesihatan imum badan
10. Menggalakan kesihatan keseluruhan
 
Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit2 serius, antaranya :
• Diabetes
• Kolestrol tinggi
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Tekanan Darah Tinggi
• Alzheimer atau nyanyuk
• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
• Gout
• Letih
• Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
• Kanser dan tumor
• Katarak dan masalah mata
• Masalah saraf
• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh
• masalah kulit jerawat jeragat dan masalah kulit lain termasuk eczema
 
 
 
Berminat?
Hubungi saya @018 272 1323 sms/whatsapp
bbm : 75F5375F 

Wednesday, October 16, 2013

Sembelit

Pagi2 dah kuar tajuk n3 psl sembelit... korang pernah kena x? Ke memang selalu kena? Kalo kena gitu, korang buat cemana? Ada ubat x? Ada orang cari milo... asal minum je milo menggelodak isi perut... xsabor2 nak kuor... ada orang minum air kosong je banyak2... ada orang amik pil chi kit teck aun... macam2 lg lah...
 
Cer cari alternative lain untuk mengelakkan sembelit... macam mamat kat bawah ni ha... :)
 
Apa kata kita cuba ini pulak...
 
Nak cuba? Sms/wassap aku 018-2721323... Nak g beli sendiri? boleh je... guna ID aku ni: 999398...
 
Nenek aku kata... mencegah lebih barik daripada mengubati... dapat cegah lebih awal, lagi bagus kan...

Saturday, October 12, 2013

2013 Edu-Ineri di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

20hb - 22hb September yg lepas berlangsungnya INTERNATIONAL EXPOSITION OF RESEARCH AND INNOVATION IN EDUCATION 2013 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tg. Malim, Perak.
 

 
Salah seorang peserta ialah my Inchik Hubby... :D Ini baru 1st time dia masuk pertandingan macam ni... Hasil innovasi beliau ialah puzzle yang diperbuat daripada kain felt. 100% idea memang idea dia sendiri, aku cuma bantu2 sikit mana2 yg boleh...

Inchik Hubby di boothnya... bajet retis katanya... :p
Jgn terpedaya... badan je dia tp muka org lain, tak nak glamer katanya.... muahahaha....
Dapat la Bronze medal, sijil & hamper.... permulaan yg bagus utk yg baru 1st time masuk competition ni
congratulations inchik hubby
 

Tu dia, dengan hamper, medal pingat gangsa & sijil penyertaan.
 
 
 Fresh flowers sebagai hiasan pentas... aku sgt teruja ok... sbb sgt cantik & wangiiiiiiiiiiiii........
 
Pertama kali aku jejak kaki di UPSI... cantik tempatnya :) Baru sampai kat pintu gerbang, terasa mcm nak pegi mendaftar masuk belajar plak... haha...

 
Kebanyakan yang hadir ke sini ialah pelajar2, guru2 & pensyarah2 kolej & university. Aku cuma hadir pada hari terakhir pertandingan ni... walaupun 1 hari kat sana, aku tengok masing2 komited dengan produk ciptaan sendiri.... Bagus2 idea dorang ni... Tapi sayangnya, xde pemenang pingat emas utk kategori sekolah... cemana tu?

Tapi ada yang jugak yang aku x berapa nak puashati dengan keputusan pemenang pertandingan tu. Tapi, ye lah... nak komplen kang, sapa la aku ni kan... huhuhu... Peliknya ada booth yang x berjaga, cuma letak semata2 paper cutting, infor HR sana sini sket... copy sijil penyertaan & yang dia pernah menang dalam pertandingan yang sama sebelum ni... letak buku terbitan sendiri kat situ... tapi, boleh menang Pingat Emas... hhhmmmm... & booth tu kepunyaan seorang yang bergelar Dr.
X paham betul aku...

Ybhg. Datuk Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah
Timbalan Menteri MOSTI
 
Lawak jugak Timbalan Menteri ni... Pandai dia bergurau dgn audience... pesanan dia yg berulang2 kali dia sebut.. "ikut ckp mak, belajar pandai2... nanti korang akan berjaya... mcm saya".. :D
 
Yg bwh ni, antara booth yg participate utk pertandingan rekacipta &  innovasi hari tu.

 





Masa di Tg. Malim, kitorang bermalam di Hotel Bunga Raya... Hotel bajet aje gitu. Harga bilik, 1 malam RM50 sahaja. Tapi jangan expect plak macam hotel 4-5 bintang ye... :p Boleh la setakat nak tido baring & berehat... Hotel ni xjauh dari UPSI, lbh kurang dlm 10 minit drive gitu... Agak selesa jugak la... (tapi kalo dgr bunyi-bunyian yg xenak tu, sila tutup telinga ye)... hahaha... dah hotel bajet katanya... :p
 
 ps: nyampah betul update blog kat guna pc opis ni... terus jd buta IT aku... isshhh...

Thursday, October 10, 2013

SHAKLEE - COLLAGEN

Shaklee Collagen Powder ada promotion laaaaa..... BELI 6 PERCUMA 1... meh pakat share2 ngan kwn2 beli... 
 
Ada apa dgn Collagen Powder Shaklee ni? Ok, meh sini aku citer...
 

Al -kisah...
al-kisaaahhh... (toiiyyyiibbbb)..... hehehe :p

Collagen Powder Shaklee ni asalnya daripada sisik ikan merah. Ia merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
 
Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.
 
Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan

Dengarnya ramai yg berebut2 nak beli Collagen Powder Shaklee ni... itu menunjukkan betapa ramainya wanita2 kat luar sana yg nak cantik, nak sihat, nak cergas.... ye la... kita pompuan ni kan multitasking gitu... walaupun buat 2-3 keje dalam waktu yang sama tapi tetap menteeeennnnn.... korang xnak ke? Xnak ke bagi inchik2 hubby msg2 kagum ngan korang? Dah la dapat bini cergas & sihat... merungut penat jarang sekali.. makin lama makin cun lak tu... mantappp....
 
Jom2... beli ramai2... tengah promosi ni, untuk bulan Oktober ni je.. Pasni xde dah, kena tunggu tahun dopan plak... kalo xlarat nak beli sorang2, share la dgn kwn2... Gerenti x nyesal punya... :D
 
Kalo nak order, contact aku kat sini, sms/wassap aje ye : 018-2721323.. atau nak guna ID aku pun boleh jugak 999398... atau bole email aku : adleenshoppe@gmail.com..
 
(p/s: fon rosak da pekak balik :p so better xyah call until further notice... huhuhu)


 

Monday, October 7, 2013

SHAKLEE - VIVIX

Sambungan daripada n3 aku ari tu pasal Vivix... ada kawan yang tanya, berkesan x Vivix ni... sesuai untuk org yg ada penyakit apa... rasa dia mcm mana... mahalnya harga dia... Ok, aku nak citer sket apa yg aku paham tentang Vivix ni ngan korang... Aku bukan nak menjual k, tp kalo korang nak mencuba, dipersilakan.. Aku cuma nak berkongsi benda & perkara2 yang baik dgn kwn2 aku terutama yg sudi berblogwalking kat sini...
 
Apa itu VIVIX?
Ia adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggu Muscadine, Elderberri Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dgn polifenol. Polifenol adalah kumpula fitokimia yang terdiri drpd sebatian tanaman yg mengandungi khasit antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
 
- memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yg menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melabatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita & melambatkan proses tersebut.
 
- membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovakular, imuniti & sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.
 
kredit info blog mummy-sihat.
 
 Golongan yg memerlukan Vivix:
1) Pesakit Diabetes
2) Arthritis
3) Gout
4) Pesakit kanser yg telah menjalani kemoterapi
5) Orang yg rabun mata - memerlukan antioksidan yg tinggi
6) Golongan yg mementingkan kesihatan badan yg maksimum
7) Atlit atau yg aktif bersukan

Rasanya? Ala2 rasa stoberi gitu... xpekat sgt, xcair sgt... senang ditelan & cuma sesudu kecil setiap mlm sbelum tido :)

PERHATIAN:
VIVIX TIDAK SESUAI UNTUK IBU2 MENGANDUNG, IBU MENYUSU & MEREKA YG BERUMUR 18 TAHUN KE BAWAH.
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
 
antara testimonial dari pengguna vivix yg aku ambil dari pakcik google:
kredit blog ummineana...
 

kredit blog ummitiqah
 
ok, tu je lah sebahagian info yg aku boleh bg kat sini, letak byk2 kang kena saman plak.. huhuhu.... kpd blogger ummitiqah, ummineana & mummy-sihat... izinkan ye saya kongsi kat sini...
 
Pasni aku akan letak original testimonial drpd Daddy aku pulak... nak letak skarang awal lg sbb Daddy aku baru 2-3 ari amik Vivix ni. Cuma dia kata, terasa kesan sampingan dibahunya berdenyut2... tp takpe dia still carry on amik Vivix.
 
So, korang kalo terlintas dihati nak mencuba & nak harga yg lebih rendah bolehlah gunakan ID aku ni... 999398... Sharing is caring katanya... :)
 

Thursday, October 3, 2013

Kek Pisang Bercoklat

Atau ckp omputehnya... BLACK BOTTOM BANANA BARS :p

Aku dpt resepi ni dr blog omputeh mana ntah... lupa dah apa nama... 1st time aku try buat masa bulan puasa ari tu. Nampak mcm menarik... tertarik... lalu aku pun mcm ditarik2 utk cuba buat.. siap2 bahan sumer.. lleerrrr... kek pisang je pun, cuma bezanya ada tambahan coklat... Sementara tunggu nak masuk waktu berbuka, aku pun gigih la menggodek kek pisang ni kat dapur... Dalam stengah jam siap masak... ghau-ghaaauuuuuu bau dia :D ( ingat x trademark sapa?)
 
Ni la dia hasilnya... Gambar hasil cilokan dr fb dak opis aku... haha
 

 
Mula sorang yg order... pastu dia kata sedap sgt & dia repeat order... pastu org lain lak rasa... org tu pun order jugak berserta kwn yg duduk sebelah dia (nak kena btau ke? :P) Makanya, bermula hari ahad sampai hari ni, tiap2 hari aku kena buat kek pisang coklat ni... mlm ni last aku buat, tu pun sebab dak opis yg order memula tu mintak & dia adalah peminat tegar kek pisang aku... hehehe... weekend nak relax + baju dah bertimbun x bercuci....haiyyooo
 
Aku xpernah pun amik order masak2 kuih ke kek bagai2 ni... ni baru 1st time jugak... hhmmm... betul la org kata, bila da kawen ni otomatik kita jd matang & berusaha berdiri sendiri, jgn harap mak bapak selamanya... rumahtangga sendiri.. sendiri yg kemudi & jaga... Insyaallah...
 
Harap2 lepas ni murah la rezeki kami suami isteri... yg penting usaha & rajin... Tapi jgn pulak ada org lain yg meroyan bila tgk kami semakin pulih dlm kehidupan kami... (pesanan dari penaja... huhuhuu)
 
 

SHAKLEE

Tetiba plak aku terjebak dgn Shaklee... Jenama ni dah lama sgt aku kenal sbb Mami aku regular customer supplement dari Shaklee ni, dia bergantung sgt pada Alfalfa... ini je yg sesuai dgn dia dari duluuuuuuuuuuuu lagi.... Tapi x plak dia nak masuk jd member ke apa... Mulanya aku klik banner Jutawan Shaklee kat blog Ben Ashaari.. Tujuannya cuma nak tgk apa produk yg aku bole order untuk Daddy aku... Itu tujuan utama. Tp sambil2 tu aku belek la produk2 lain yg ada... hhmmmm... menarik gak.. tapi aku utamakan tujuan asal aku dulu... Aku order Vivix daripada Nuyun... Lepas beremail sakan & bergurau-senda ala2 da kenal lama dgn Nuyun, last2 terjebak gak aku jadi member Shaklee... huuhuhu.... (walaupun aku x berapa nak minat sebenarnya).. tp bila Nuyun kata xsemestinya aku kena jual produk2 tu... xyah nak susah2 cari customer pun... beli utk kegunaan sendiri & keluarga pun cukup & byk kelebihan lain bila kita jd member produk ni... aku pun... hhhmmmmm (mata pandang siling opis, jari telunjuk ketuk2 dagu... sila bygkan :D) hahaha... korang buat ek? :p
 
Ok... ni dia barang yg aku order dari Nuyun...
 
Mahal? Insyaallah berbaloi... Harga x penting bila hasilnya terbukti berkesan...
Terus lepas jumpa Nuyun & amik Vivix ni, aku hantar ke rumah org tua aku... terangkan serba sedikit tatacara mkn supplement ni & apa efeknya... Nanti kita tengok apa perubahan pada daddy aku ye... Mami aku kalo ubat atau supplement yg ada kesan sampingan tu awal2 dia angkat tangan, xnak mkn... hhmmm... cemana nak baik kalo gitu... tp takpelah, aku xnak paksa...
 
Daripada testimoni customer Nuyun, ramai yg pulih dari sakit yg dihidapi & dorang kata supplement tu mmg sgt berkesan... kalo korang nak tau, g tgk kat blog Nuyun tu, aku dah letak link.
 
Aku sekadar mencuba & berikhtiar, kesian tgk Daddy aku makin hari makin uzur walaupun sakitnya bukan 100% berpunca dari penyakit biasa (korang paham x apa maksud aku?) Daddy aku yg org paling jarang sgt sakit dlm keluarga... setakat demam2 biasa tu ada la... Tapi yg sekali ni, mmg xmasuk dek akal... takpelah, kami berusaha moden & tradisional drpd berserah gitu aje... Korang tolonglah doa2kan sekali untuk Daddy aku ye... :) Semoga Allah membalas dgn kebaikan atas doa2 korang... Amin
 
ps: Nuyun... anak didik ni baru nak baca buku... bz ngan kek pisang dah seminggu... jgn tanya soalan cepumas lak tetiba ye... hehehe

Karipap Gergasi

Ternampak gerai akak ni jual karipap gergasi masa nak g amik supplement Shaklee untuk daddy aku kat Gombak ari tu... Inchik Hubby bole teruja plak dia... haha... sibuk soh amik gambar... tp aku nak amik gambar cemana, keta tengah bergerak... harus gambarnya bergerak sama la kan, silap2 xnampak apa... huhuhu...
 
Dah nak balik tu, sempat la singgah jap... Inchik Hubby g beli 3 bijik karipap gergasi gabak besor... teringin nak rasa katanya, sedap sgt ke? Sakan amik gambar karipap tu sambil2 akak tu bungkuskan karipap... haha... haddeeehhh... aku nengok dr dlm keta je la kan...
 
Karipap Gergasi Ayam & Daging...  Rupanya mcm xberapa nak promising... Tp Inchik Hubby & Mami aku kata sodap...


Ekspresi kena lebih k... haha
 
 
 
Nak tempah pun boleh... call je la...
 
 
 
 
 
 


Wednesday, October 2, 2013

Tolong vote untuk saya....

Korang dah tgk entri semlm? Belum? Xjumpa? alaaahhhh.... meh klik kat sini, LIKE je terus, xyah belek2... hehehe... tlg vote utk aku k... I leviu kengkawan :D

Ni la dianya yg akan korang vote...
Ramai lg yg lebih kreatif... cantik2 sumer... jeles plak aku tengok... hahaha... Kalo korang baik hati, tlg la vote ek.... xrugi apa pun, bukan kena byr.. :P sekali klik je... Pastu dah siap... bole la sambung main candy crush korang tu.... hehehehe.... Maceh in advance kwn2... :D

Vote ek.. ek... ek... vote tau....

Tuesday, October 1, 2013

Photo Contest SUS n d FELT PRODUCT

Pagi2 bukak email je, terus nampak email daripada kedai SUS ni... Aku boleh dikatakan regular customer kedai SUS ni, walaupun x kerap mana, tp kira selalu gak la order online barang2 felt daripada dorang... Servis yang cepat & pantas... Harga pun xde la mahal mana, agak berpatutan.. Aku sukaaaaa..... tapi sejak busy dgn oven berantu kat dapur, aku dah jarang berkerastangan menggodek barang2 felt aku.... heheh... Panjang lak mukadimah :p
 
K, nak dipendekkan cerita... SUS buat lg photo contest.. aku baru 1st time nak join ni... Harap2 korang tlg la LIKE kat fan page SUS tu nanti ek... Aku nak mesin Sizzix Big Shot tu ha... aku punya yg lama da rosak... Nak beli lain, harganya... uuhhaaiiii.... sedangkan yg lama tu pun, bercinta rasanya nak simpan duit... So, cara2 nak sertai photo contest ni.... baca kat bawah ek...
 


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

PHOTO CONTEST KEMBALI LAGI!
Kini photo contest kembali lagi dengan hadiah yang lebih menarik! Hadiah utama adalah Sizzix Big Shot Starter Kit yang bernilai RM650. Cara-cara untuk menyertainya sangat mudah. Anda hanya perlu emailkan photo apa sahaja hasil kraftangan felt anda kepada kami. Pastikan gambar anda cantik, jelas dan menarik untuk menarik hati pengadil dan 'likers' di fan page Facebook SUS n d FELT PRODUCT.

HADIAH UTAMA!!
SIZZIX BIG SHOT STARTER KIT


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :
1. Anda mestilah seorang rakyat Malaysia dan tidak kira peringkat umur.
2. Emailkan photo anda ke susndfeltproduct@gmail.com beserta maklumat di bawah :
  • Nama :
  • Alamat :
  • No. telefon :
  • Email :
  • Tajuk photo :
  • Link Facebook atau Blog jika ada : (untuk tujuan promosi)
3. Photo hendaklah diemailkan selewat-lewatnya pada 30 Oktober 2013. Tarikh tutup 'LIKE' adalah pada 15 November 2013. Pemenang utama akan diumumkan pada 18 November 2013.
4. Photo yang diemailkan akan diupload di fan page SUS n d FELT PRODUCT.
5. Pemenang akan dipilih berdasarkan permarkahan pengadil sebanyak 50% dan bilangan 'LIKE' di fan page sebanyak 50%.
6. Photo yang dihantar untuk penyertaan akan menjadi hak milik SUS n d FELT PRODUCT dan boleh digunakan untuk tujuan promosi.

      Ayuh! Jangan tunggu lama-lama untuk hasilkan sesuatu yang menarik untuk menyertai photo contest ini. Photo sudah boleh mula diemailkan kepada kami sekarang juga! Jika ada sebarang pertanyaan sila emailkan ke susndfeltproduct@gmail.com.

 
 
Menarik x? Menarik kaaannn.... korang kalo nak join pun silalah... Mana la tau kot dah rezeki nak menang... Mesti ada yg lg kreatif idea buat kraftangan ni kan... jom kita cuba...
 
TAHNIAH & SYABAS in advance kepada crafters2 yg mencuba.... Majulah felt untuk negara... eh... motif? hahaha... semangat... semangat.... :D

Tuesday, September 24, 2013

One Fathom Bank, Kuala Selangor

Bulan lepas Inchik Hubby bawak aku pegi memancing lagi. Kali ni katanya nak ke One Fathom Bank. selama 3 hari 2 mlm. Dia cuma btau, OFB tu rumah api kat Kuala Selangor, kena naik bot dlm 2 jam gitu... Yang aku bygkan, umah api tu xjauh dr daratan mcm kat Bukit Melawati, Kuala Selangor tu.... tp pelik gak pesal sampai kena naik bot lama2, kena naik plak dr Port Klang... tp pertanyaan tu x kesampaian... so, aku ok kan je lah.... sekali ko... rupa-rupanya nuuuuuuunnnnnn jauh kat tengah2 laut... takde lain selain rumah api, laut yg terbentang luas & kapal2 dagang lalu-lalang dr jauh... huhuhuhuhu.... aku dah mcm gayat gitu... tp ku kontrol jebat...:p mana taknya, aku sorang je pompuan, yg lain sumer lelaki... xkan aku nak melenguh, merengek, menggedik kat Inchik Hubby aku kan... Sumer yg ada ari tu dlm 14 org termasuk aku...


Nak sampai dah...
Rumah api yg baru...
 
Rumah api lama
 
Yang sebenarnya, event memancing ni adalah dari kerjasama rakan2 Inchik Hubby dari radio amatur. Event utamanya ialah INTERNATIONAL LIGHTHOUSE LIGHTSHIP WEEKEND 2013. Yang mana melibatkan peserta radio amatur dari seluruh dunia. Aktiviti memancing ni kira sampingan aje. Ada juga 2-3 org yg ikut serta tu bukan ahli radio amatur (mcm aku la)... 

Ini 1st time aku ke tengah2 laut.. 1st time masuk tido kat dlm rumah api... 1st time merasa ribut kat tengah laut.. 1st time memancing kat tgh laut & 1st time jugak terdedah kpd aktiviti radio amatur... Mmg satu pengalaman yg sgt2 baru dlm hidup aku. Perasaan? Perasan.. heheh... Perasaan tu mmg excited la kan... pengalaman baru & adventure... TQ to Inchik Hubby sbb nak jugak bawak aku join skali walaupun kwn2 dia yg lain sumer dtg solo je... :D

Hari Pertama
16/08/2013

Gaya org mabuk laut
Aku hampir muntah bila dah nak dekat sampai ke OFB... huuhuu.. dah nak ke hujung tekak dah... mungkin sbb abg bot tu tutup bot tu dgn kanvas & aku tak tahan panas terperap dlm tu... katanya xnak nanti kitorg basah dek air laut... rupanya aku xboleh tahan keadaan mcm tu... 
 
Peace y'all... lega kena angin laut... x jadi nak muntah... huhuhu
Ikan kering abg2 penjaga rumah api...
Seperti biasa... aktiviti awal semua org... bergambar sakan dulu di tengah panas terik sebelum masuk ke rumah api... Dah puas berposing, baru masing2 sebok mengangkut segala beg, equipment radio & barang2 mancing... Sorg dari penjaga rumah api tu tunjukkan aku bilik... besar gabak bilik tu, ada 3 katil bujang yg aku boleh anggarkan dgn keluasan bilik tu boleh masuk dlm 6-8 org & masih selesa utk tido... xde plak aku amik gambar bilik tu, lupo :p tapi, bilik air & bilik mandi kena keluar turun ke bawah ye senah... ko jgn ingat bilik air ada skali kat dlm bilik tido tu... & bilik air tu adalah UNISEX okay... laki pompuan guna sekali.. so, pepandai la korang bajet cemana nak mandi ke apa... mcm aku, xde la aku nak g turun mandi sorang2 kan... buatnyer kena skodeng ke apa cemana... so, buat x malu je la bertemankan Inchik Hubby... heheh... DAN... perkara paling penting kpd korang yg bergantung hidup dgn phone & internet... kat sini mmg TAKDE LANGSUNG coverage ok... pandai2 la korang cari aktiviti sendiri :D

Sementara tu, geng2 radio sibuk pasang antena & equipment lain.. aku tak larat nak nengok, dok je la kat bilik... kera sumbang gitu kan... lgpun aku tak pernah kenal dgn dorang2 ni semua, tu la 1st time jumpa... xkan aku nak sibuk nak menggedik kat situ plak :p
Geng Radio tengah pasang antena
Lepas letak beg segala, aku rehat2 dulu kat bilik.. sampai kol 5.30pm gitu... Inchik Hubby ajak turun mancing... aku tgk kat luar, panas terik lg... errr, nak mancing gak ke? :p
 
 
Jam 8.30pm - waktu untuk mkn mlm. Sorang drpd ahli yg ada dah diberi tugas sebagai tukang masak sepanjang kitorg berada kat OFB ni. Apa je dia masak, ko mkn je la... jgn byk soal... tp tukang masak ni da plan awal2, apa dia nak masak hari2... Pas siap mkn sumer... aku naik ke bilik semula.. boring xde apa nak buat, aku TIDO :p Inchik Hubby plak turun balik ke jeti, sambung mancing. Aku sedar2 angin berbunyi kuat & hujan lebat... huh, ribut rupanya.. masa ni aku tak tau pulak yg Inchik Hubby dok mancing lg sorang2 kat jeti... sampai patah batang pancingnya... aku pun xterpikir nak turun tgk... nasib baik tak jd apa perkara buruk.... haaiihhhh... org kalo da gian lama xmancing gitu la kot... bukan dia kira keselamatan sendiri... hhhmmmm
 
 
Hari Kedua
17/8/2013
 
 
8am - aku terjaga.. Inchik Hubby aku ni ntah kat mana... xbalik bilik kot mlm tu... Tp mlm tu aku boleh plak termimpi si Fafau Hotfm... hahahaa... apa kes? :p Dalam kol 9am gitu, Inchik Hubby ajak turun sarapan.. baru dia citer yg dia mancing sorg2 kat jeti, belakang kepala berdarah terkena batang pancing dia yg patah... hhmmmm kuat tu... Aku xtau nak kata apa dah... Pas sarapan, aku ikut dorg turun mancing sampai la kol 12pm... Dah panas terik gitu, mana boleh tahan... mau rentung aku kang... dah la aku ni itam, kang bertambah itam plak... oooohhhh tidaaakkk.... Ajak Inchik hubby naik mandi terus... pastu aku sambung melepak dlm bilik sampai tertido... nak turun kat bilik tamu tgk tv, segan la plak...
 
 
 
5.30 - Turun lg mancing.. tu pun bila kena panggil... alaaa... baru nak layan mata... tp aku turun gak la... baru dapat pancing 2 ekor ikan ntah apa nama... dorg ajak plak g mancing kat area kapal karam... maknanya kena naik bot... eerrrrr... huhuuuhu... xpe lah... korg je la pegi ye... aku takut muntah terbelalak kat bot tu kang.. naya... hehehe...
 
 
 

Pas dorg pegi ke kapal karam tu, aku malas a nak sambung mancing... xkan aku nak beramah-mesra plak dgn lelaki2 yg xikut tu... huhuu... I is so pemalu ok.... :p Maka, aku pun naik ke bilik la semula, sampai la 'nelayan2' tegar tu sumer balik ke rumah api.... Masa tu dah pukul 8-9pm gitu kot...
 
Makan mmg mewah la dgn ikan2 fresh... goreng garing, mkn gitu je... walaupun aku ni xberapa nak kenan sgt mkn ikan... tp bila dpt ikan fresh, aku sesah je... kalo xmkn kang lapor... kan? :D
 
 
 
 Ahad
18/8/2013
 
Hari last kitorg kat sini... so, sapa2 yg nak lepaskan gian mancing... lepas sarapan je, dorg terus turun ke jeti... yg lain2, sibuk mengemas brg2 & equipment2 radio... Sempat la abg2 radio ni habiskan tugas dorg contact dgn radio2 amatur dr negara2 lain last minit.... ikut rekod dorg kira byk jugak la... tp aku xberapa nak amik port sgt sbb aku xberapa nak minat berckp dgn org2 xkenal... huhuhu.... rasa berat je mulut aku nak bukak... mcm ada emas 18kg gitu kan.... hahahaa... poyo :p
 


Taklimat akhir sebelum balik... kata2 aluan & terimakasih drpd pihak komiti & peserta... Dan acara akhir utk hari itu ialah..... acara mendaki tangga menuju ke puncak menara gading rumah api...
 
Berpusing2... hilang nafas la jugak dibuatnya... sapa yg xde stamina tu, xyah la ye... hehehe
 


 


Selesai sudah acara 3 hari 2 malam di One Fathom Bank... Best mmg best... 1 pengalaman baru utk aku... juga akan menjadi 1 lg hobi baru utk aku... tp kalo dtg sini lg, aku kena standby barang2 jahitan aku... kalo tidak mmg mkn tido je la aku selagi xbalik darat.... hahaha...
 
 
 


Akhirnya... terpost jugak citer OFB ni, setelah dkt 2 bln terperap dlm draft box aku... huhuhuuu.... tp ntah kenapa aku xreti nak besarkan gambar2 kat sini, nak letak caption pun xreti :p.... dah tukar pc baru (nak gak btau tu) semua pun baru... tetiba jd buta IT jap... nak godek2 xberapa nak rajin.. xkisah la ek, janji ada bende nak tunjuk kat korang kan... :D